Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

5 Jul 2010

♥ Live, Dream and Do!

2 ♥ comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..






Today I sit and wonder what will tomorrow bring, what my attitude will be towards it, how my actions will affect the outcome? I tell myself, today, not to worry about tomorrow. Fix what I can today and tomorrow will already have a better outcome..
InsyaAllah!

If I always thinking about the things I could do or would do then I'm not actually doing the doing. So stop thinking and start doing!
Disappointment can only come from thinking about what I could or would do!
Live, dream and most importantly DO!

19 Jun 2010

♥ I Will Survive, Pray For Me..

6 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..



Minggu yang paling menyedihkan dan mengguriskan hati saya. Sangat². Walaupun sepanjang 2 tahun ini saya pastikan saya bersabar dengan sikap & tindakan dia, tapi sabar saya ada batasnya. Mungkin saya perlu extend lagi tahap kesabaran tu. Jadi lebih tinggi. Memandangkan dia makin lama makin menguji kesabaran saya. Dan saya perlu ubah strategi, bak kata hubby, oleh kerana saya dah tahu pun sikap & dah boleh agak pun apa yg dia akan lakukan untuk menganiaya kami, maka saya perlu act smart untuk sedia berlawan dengan sebarang kemungkinan!

Sepatutnya, saya tak perlu lagi ambil peperiksaan selama 3 hari, kerana peperiksaan itu telah digantikan pun dengan peperiksaan lain yg telah diuruskan oleh pihak HR. Tapi disebabkan dia telah pun mengambil peperiksaan tersebut pada tahun lepas, dia mati²an memaksa pihak pentadbiran untuk mewajibkan peperiksaan 3 hari itu ke atas saya. Sedangkan saya baru saja selesai duduki peperiksaan gantian oleh HR. Saya tidak faham apa motifnya. Ironinya, dia gagal peperiksaan yg dia dah ambil tu. Dia mahu saya turut rasai apa yg dia rasa?? Dia sanggup bertekak dengan pihak atasan supaya saya wajib ambil peperiksaan tersebut. Sanggup bertekak dengan boss di HR yang menganjurkan peperiksaan tu. Sehingga pada malamnya bos HR itu tidak dapat tidur & terpaksa ke hospital kerana hampir diserang sakit jantung! Akibat pressure yg diterima.. Huhu.

Saya akur dengan keputusan perlu juga hadapi peperiksaan 3 hari tu, walaupun saya telah membuang masa menduduki peperiksaan gantian tu. Untuk ke peperiksaan 3 hari, diberi dua pilihan, samada pada akhir bulan 6 ini atau pertengahan bulan 11 nanti. Saya telah memohon pada dia untuk mendaftar bagi bulan 11 nanti, kerana kurang persediaan, dan insyaAllah dalam masa 5 bulan saya sempat untuk siapsediakan diri. Malangnya permintaan saya itu tak diizinkannya! Bertegang urat juga saya cuba nak jelaskan padanya kenapa saya perlu ambil pada bulan 11, bukannya bulan 6 ini.. sebolehnya saya tidak mahu gagal! Ambil peperiksaan dalam short notice memang membahayakan diri, dan kebarangkalian untuk gagal tu tinggi! Menyakitkan hati jawapan dari dia, saya quote kan disini kata² dia :

Takpelah, awak ambil je dulu exam tu, kalau fail pun atleast awak dah tau mcm mana soalannya.. lepas tu ambil lagi skali dah ok la kot...
Aduh.. saya tak nak FAIL! Bukan saya kalau sengaja nak menggagalkan diri. Memang bukan saya. Dia nak saya fail kot? Dia nak saya gagal macam dia. Dia gagal peperiksaan tu. Dia nak saya ikut serta dia dalam senarai gagal. Mati²an saya pertahankan yang saya taknak nanti direkodkan saya pernah gagal peperiksaan, dalam Rekod Perkhidmatan saya. Tapi dia masih mengatakan tak apa..! Oleh kerana saya jadi geram, saya luahkan kata ni pada dia :

Saya PANTANG kalau gagal-gagal ni..!
Saya tau dia terdiam. Tapi di dalam hati saya ada bahang panas & saya tak dapat tahan lagi sehinggalah saya luahkan kata² tu pada dia.. Tapi, seperti selalunya, dia akan gelak & tersenyum sinis.. seolah² mengejek saya.. Okay. Kalau itu yang dia mahu, saya turutkan. Jadi saya pun meminta jasa baik dia untuk meminjamkan pada saya soalan peperiksaan yang dia duduki tahun lepas. Tapi sangat memeranjatkan, dia taknak bagi pada saya dan terus suggestkan saya ke perpustakaan di Nilai untuk cari soalan² lepas. Baiknya dia. Tersangat baik hatiiiii..


Tak apa. Saya turutkan katanya. Saya mendaftar juga peperiksaan bulan 6. Seterusnya saya menanti keputusan samada dipanggil untuk ke peperiksaan atau tidak. Dalam hati saya berdoa supaya tidak dipanggil, dan boleh dijadikan alasan untuk ke bulan 11 nanti. Setiap hari saya semak keputusan pendaftaran. Ada juga panggilan dibuat bertanyakan status permohonan.

Isnin lalu menjelaskan situasi saya..sesungguhnya saya telahpun dipanggil untuk ke peperiksaan 3 hari tersebut. Keputusan itu membuatkan saya kelamkabut. Tinggal 2 minggu lagi. Sungguh, saya belum bersedia apa pun. Saya segera ke perpustakaan di Nilai, 18 set soalan tahun lepas saya angkut pulang. Saya yakin usaha tangga kejayaan.

Minggu ini saya pergi mengadap dia. Saya perlukan cuti yang panjang 3-4 hari untuk revision & study. Saya tak punya masa lagi. Tiga topik besar perlu saya cover untuk peperiksaan ini. Saya sangat berharap saya dibenarkan cuti lama, memandangkan saya jarang ambil cuti (baru 2 hari bercuti sepanjang tahun 2010 ini) dan cuti ini sangat² penting bagi saya. Saya nyatakan saya perlu bercuti lama. Untuk peperiksaan. Pada awalnya dia memang tak izinkan. Terkejut besar saya. Biar betul. Saya pertahankan permintaan saya. Takkan saya nak redah jawab exam tanpa persediaan apa pun? Confirm la saya fail. Bila saya katakan macam tu padanya, dia tersenyum sinis..yang membuatkan saya rasa.. aiiiiiiiii geramnya..

Saya perlukan cuti 4 hari. Saya katakan padanya, dulu masa dia nak exam pun, dia siap ambil kursus intensif 4 hari dan terus cuti sepanjang minggu sebelum hari peperiksaan, boleh pun?? Kenapa saya tak diizinkan? Sedangkan dia sepatutnya lebih yakin dengan ilmu & pengalaman kerja lebih 20 tahun. Sedangkan saya belum pun masuk 3 tahun bekerja. Patutnya saya diberi persediaan yang lebih. Sambil tersengih dia pertahankan yang kursus intensif yg diambil tu atas permohonan sendiri. Memanglah, kebetulan tiada pula kursus intensif yang boleh saya ambil sebelum peperiksaan ini. Saya argue lagi, kenapa tak boleh saya ambil cuti lama, sedangkan pada minggu itu, tiada agenda besar yang penting dan tiada yang perlukan penglibatan saya walaupun pada minggu tersebut hanya saya & dia sahaja di ofis, yang lain perlu hadiri kursus di Bagan Lalang.. Dan saya pun berjanji akan siapkan semua kerja sebelum pergi. Dia cuma menjawab dengan riak wajah yg sombong :

Saya tak boleh duduk kat ofis sorang²..

Dalam erti kata yang lain, dia maksudkan yang dia taknak dia seorang yang terima memo, terima surat, jawab panggilan kerana dia rasakan dirinya begitu besar?? Tolonglahh.. Saya ambil peperiksaan ni pun sebab paksaan dari dia. Sekarang saya perlu buat persediaan untuk peperiksaan ini, dia pulak yang tak izinkan?? Apa ni?? Sangat² tak faham. Atau sengaja nak lihat saya gagal?? Sengaja tarik saya biar saya terjerumus & tersungkur?? Saya sangat marah.

Saya katakan yang saya sangat perlu cuti ini kerana melalui semakan saya pada kertas exam yang lepas, soalan agak susah.. nak tahu apa dia jawab dengan senyuman sinisnya ?

Memang susah pun.. saya dah ambil 3 kali pun, semuanya FAIL..!

Ya Rabbi..Ya Karim.. hendak sahaja saya bertanya, apa dia nak saya pun fail macam dia? atau dia nak tengok saya fail juga? Saya tak pandai untuk perang mulut scara hebat.. sekiranya saya marah, seluruh badan saya akan menggeletar.. mulut saya akan menggeletar & saya susah untuk berkata².. saya sangat benci bila saya perlu bercakap semasa marah..

Akhirnya saya katakan padanya, sekiranya saya rasa tak boleh, saya takkan hadir pada hari peperiksaan tersebut. Saya akan tarik diri dan akan pergi hanya pada bulan 11 nanti. Dan dia hanya menjawab:

Terpulang awaklah..


Hati saya terasa mendidih, saya menahan geram yang teramat.. saya takkan menangis depan dia hanya membuatkan saya nampak lemah di mata dia. Tidak, sama sekali. Dia membuatkan saya geram dan saya berazam untuk buktikan sesuatu pada dia. Saya perlu buat STATEMENT pada dia. Sangat perlu! Dia membuatkan saya berkobar² untuk lulus dan berjaya!

Dengan semangat dari hubby (greatest supporter ever!) dan kekawan senasib, saya akan cuba sehabis baik untuk lulus peperiksaan itu nanti. Tiada yang mustahil, jika kita berusaha keras, kan? Saya perlu buat satu statement besar, di mana statement tu nanti boleh menutup jurang besar yang dia reka antara saya dan dia. Saya perlu buktikan ILMU tidak mengenal faktor umur. Saya bukan berdendam. Tapi ini pengajaran kehidupan. Pengajaran buat saya, andai saya ditaqdirkan di atas, saya perlu ingat, saya perlu support yang di bawah saya. Bukan menganiaya. Bukan menindas. Bukan ambil kesempatan. Saya sedang lalui semua ini, saya tahu bagaimana rasanya diperlakukan sebegini. Saya janji pada diri, saya tidak akan lakukan seperti apa yg dia buat pada saya dan kawan².. Baba contoh pemimpin terbaik untuk saya contohi. Semua pekerja sayangkan dia. Even ramai x-staff nya add saya di Facebook semata² nak tahu perkembangan baba & nak bertanyakan khabar baba. Even x-driver nya selalu bertanyakan khabar baba melalui saya. Saya tahu dia tak pernah tindas pekerjanya. Sebab saya pernah bekerja dengan baba. Dan rakan² sekerja yg lain sendiri yang datang bercerita pada saya tentang baba. Apa yang berlaku hari ini pengajaran terbesar buat saya..

Walaupun saya telah ditolak dan hampir jatuh, saya akan bangkit dan pastikan saya akan melompat tinggi! Terima kasih abg, terus hebat menyokong dan bagi semangat yang sangat membuatkan saya bersemangat untuk berjaya. Terima kasih juga buat kawan² senasib: Nisya, Suganti, Sahzuan dan Hafiz.. walaupun kita setiap hari ditindas & dianiaya, tunggulah masanya kita akan buktikan kebenarannya! InsyaAllah.. Doakan saya lulus peperiksaan ini. Saya amat perlu untuk lulus. Sangat perlu. Sangat sangat perlu. Moga Allah mudahkan urusan saya kali ini, aminn. Saya perlu berusaha bersungguh² sekarang. Sekarang.




no matter what you throw at me, i will survive it and push through to the end.. you can't beat me.. your willingness to see me fail, is my chance for improvement! insyaAllah!




27 Apr 2010

♥ Hairan Bin Ajaib..

3 ♥ comments

Assalamualaikum..



Hairan. Tersangatlah hairan. Kalau kita ambil sesuatu peperiksaan, contohnya SPM la, dan tak lama kemudian kita pun dapat keputusan. Tapi keputusan tu teruk dan kita yakin kita sepatutnya mampu dapat keputusan yang lebih baik lagi. Kita sangat yakin pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kertas jawapan kita. Maka kita berhak untuk memohon supaya kertas jawapan kita diperiksa semula, kan?? Sebab kita tak berpuas hati dengan markah yang rendah, bukan?

Tapi logik tak mengikut rasional akal fikiran, keputusan yang diperolehi tu bagus, markahnya tinggi, tapi kita pohon untuk disemak semula sebab tak percaya dengan markah tinggi tersebut? Ada dibuat orang ke? Patutkah kita buat macam tu? Kita disuruh oleh orang lain supaya membuat semakan semula kertas jawapan semata² kerana kita mendapat markah yang tertinggi. Huh. Sebenarnya dalam erti kata yang lain, cemburu. Cemburu kah? Kesiannya. Sedihnya. Hanya kerana dia tak dapat markah yang tinggi, tapi orang lain dapat markah yang lebih tinggi daripada dia, dia arahkan semakan semula dibuat, sekali lagi. Tak puas hati. Terang-terangan hasad tu terserlah? Na'uzubillah min zalik. Kalau terdesak sangat, ambillah. Ambil lah semua. Cukup²lah berada dalam keadaan cemburu, hasad, dengki & seumpamanya itu. Tak sanggup saya biarkan anda sebegitu.







☼ Tak sangka ada juga manusia sebegitu. Tak pernah puas hati dengan orang lain, sanggup buat yang pelik².. hmmm..

☼ Dapat markah tertinggi pun kena revise semula. Haishh.

☼ Pelik bin Ajaib..

☼ Boleh tak kalau nak cakap "suit yourself!!" kat orang yang dapat markah kurang & tak puas hati sangat tu? Hahaha.. [mesti hubby ku tak bagi nye.. tak baik kan.. hehe]







5 Apr 2010

♥ Breathe

0 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

anything you have the time to complain about, you have the time to change..

Entri ketiga untuk tahun ini. Fuh. *breathe* Lama sungguh. Seperti biasa, terlalu banyak peristiwa - kata² - drama, terlalu sikit masa yang ada.. Dengan berubahnya layout blog ini, moga saya rajin menulis dan bernafas di sini selepas ini.. hehe. InsyaAllah. Mungkin juga selepas ini saya akan ke domain yang lain, siapa tahu.. mungkin nanti akan sibuk bantu hubby saya di domain yang satu lagi - khusus untuk foto² yang 'ditembak'.. hubby saya pun dah mula berblog (baru 1 entri je..hehe)..

Kadangkala saya terfikir, sesuaikah kalau saya menulis entri yang menggunakan bahasa yang lebih serius, lebih bombastik, lebih memerlukan interpretasi yang tinggi untuk memahamnya? Walaupun saya tak pasti berapa ramai yang selalu datang membaca blog saya yang lebih banyak sawang dari entrinya.. Atau saya terus kekal menulis begini, gaya santai , tak terlalu formal, biasa sahaja.. dan entrinya pun entri yang biasa² saje.. Atau saya menulis mengikut suka hati saya - langgar semua pantang larang..? Hehe.. Ataupun ubah gaya menulis seperti kebudak²an walhal umur saya dah hampir menjengah 30-an!? Wahh.. Mungkin semua option² tersebut akan dipertimbangkan! Hehe

Semalam, hari minggu yang biasa tapi sibuk bagi saya.. Sebelah paginya sibuk dengan house chores.. selesai Zuhur saya mula menyiapkan bahan untuk membuat kek.. Kek coklat tanpa telur saya telah menjadi idaman (pergh ayat..) kakak² saya untuk dibawa ke pejabat.. akhirnya 5 biji kek siap dibakar & dihias, malangnya saya tak sempat mengambil gambar sebelum kek dibawa pergi... huhu.. memang penat tapi menyeronokkan.. ditambah pula dengan kejadian seperti kek retak (disebabkan saya careless masa handle kek tu), grill holder dlm oven terjatuh ke dasar bersama² 2 biji kek yang sedang dibakar (haha panik jugak saya..).. alhamdulillah semua cacat cela dan kekurangan dapat diatasi dengan topping yang mantap dan cool (wah, ayat baik nye..hihi).. Okey cukup cerita di rumah..

Sekarang cerita tentang ofis pula.. urghh.. tak best nya nak cerita.. nanti lah, saya belum ada perasaan lagi nak ceritakan hal ofis saya.. dahlah balik rumah pun saya bawa balik kerja dari ofis, hujung minggu pun sama, kat blog pun nak tulis juga pasal ofis ke? euww.. cuma satu perkara yang saya sangat gembira, lega & berpuas hati yang berkaitan dengan ofis, iaitu usaha saya dalam merealisasikan target 6S ofis saya.. Er, apakah 6S? Kalau diikutkan, amalan sebenar di semua pejabat kerajaan ialah 5S, tapi di ofis saya ditambah pula 1 lagi elemen 'S' nya.. Boleh google untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai 5S/6S ni ye.. hehe.. yang penting, saya siap tak tidur malam semata² nak lengkapkan documentation bagi 6S ini untuk tujuan Audit Inovasi.. di ofis pun agak stress juga bila sebahagian daripada masa kerja terpaksa diperuntukkan untuk 6S ni.. di waktu kami sibuk dengan outstation untuk audit.. memang risau juga kalau usaha saya ini sia² belaka, & mungkin tak dipandang, tapi bagi saya yang penting saya dah siapkan bahagian saya seperti yang saya janjikan.. alhamdulillah, panel² audit yang datang memeriksa sangat berpuas hati, keseluruhannya suka dan memuji usaha kami semua.. dan yang membuatkan penat dan mengantuk tak tidur semalaman saya hilang serta-merta ialah bila mereka berkata..

very impressive!!..

bagus! cantik, ada inisiative sendiri..!


Alhamdulillah.. Pada saya, tanpa team effort, semua ini tidak akan menjadi.. kan. Masing² bertanggungjawab untuk part masing².. Walaupun kami tidak begitu yakin untuk berada di kalangan yang teratas, sekurangnya saya akan lega sekiranya kami berada di posisi yang agak selesa dalam kedudukan carta 6S nanti.. Allahua'alam.. dan memang target kami untuk naikkan kedudukan kami insyaAllah yang sebelum ini jatuh ke bawah.. yang membuatkan saya geram dan berazam untuk memperbaikinya.. rasa puas atas usaha sendiri memang best, kan.. (macam rasa best bila buat akaun & balance..! hehe)

Hmm tak sangka pulak panjang juga entri ni sudahnya.. cukup setakat ini..

and note to myself: breathe..








☼ setiap pagi, kami berdua pasti mengejar matahari.. untuk pagi ini, cahaya pagi sangat indah, (kaya dengan vitamin D), langit sangat bersih dan kilauan emas terpantul pada permukaan² bangunan.. subhanallah.. sayang kami tinggalkan gear kami di rumah hari ini..

☼ bila pulang nanti, kalau hampir meniti senja, kami tercari² lagi sang mentari.. kadangkala cahayanya menembusi daun² dan membentuk sunrays yang sangat cantik.. Maha Suci Allah yang menciptakan..


Wassalam.






15 Feb 2010

♥ Awas.. Cili Memang Pedas..

5 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri ni berbau sedikit emosi. Saya sarankan pada sesiapa yang takut tidak dapat menerima cerita saya kali ini, supaya jauhkan entri ini. Saya tak syorkan pada mereka yang mungkin akan terasa hati, terkecil hati, terperasan ia ditujukan pada diri, termakan hati berulam jantung, terlebih sensitiviti untuk terus membaca tulisan saya kali ini. Sekurang²nya saya sudah ingatkan awal² lagi. Saya berhak menulis cerita sebegini, kerana ini adalah kisah benar, yang berlaku dan ini adalah ruangan tulisan saya. Saya ingatkan awal,² harap maaf, sila beredar sekiranya terasa tulisan saya nanti akan menyentuh perasaan, jiwa, raga, emosi segala. Cerita yang akan saya tulis di sini adalah kronologi. Kronologi, bermakna ia terus berlarutan. Sehingga sampai satu tahap, saya bosan. Saya cuba untuk menulis, bukan pada waktu saya sedang bengang atau marah. Awas ye, entri ini memang panjang. Saya boldkan pada perkataan 'lebih kurang', kerana saya tidak merekod segala perbualan dengan voice recorder.



Si X1 : Pihak Yang Disyakki Menganggu 1
Si X2 : Pihak Yang Disyakki Menganggu 2
Si X3 : Pihak Yang Disyakki Menganggu 3
Si X4 : Pihak Yang Disyakki Menganggu 4

Si Y1 : Pihak Yang Diganggu, Dibenci dan Dituduh 1
Si Y2 : Pihak Yang Diganggu, Dibenci dan Dituduh 2
Si Y3 : Pihak Yang Diganggu, Dibenci dan Dituduh 3
Si Y4 : Pihak Yang Diganggu, Dibenci dan Dituduh 4
Si Y5 : Pihak Yang Diganggu, Dibenci dan Dituduh 5



Situasi 1

Di suatu hari yang aman, Si Y1 atas nama kerja berjumpa dengan Encik Tanpa Nama. Lalu pelbagai soalan diajukan. Kebetulan Encik Tanpa Nama berseorangan. Encik Tanpa Nama mungkin mati kutu nak menjawab soalan. Si Y1 dikenali dengan soalannya yang bertubi². Penyiasatlah kata kan. Selepas hari kejadian, tindakan Si Y1 dipersoalkan. Kenapa Si Y1 menyoal Encik Tanpa Nama tanpa pengetahuan Si X1. Siapa Si X1? Allahua'alam. Beberapa hari berlalu, Si Y1 membuat panggilan pada Si X1. Lebih kurang begini bicaranya :

Si Y1 :
Hello assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan X1? Saya Y1 dari sekian sekian. Saya perlukan dokumen tu untuk laksanakan kerja. Boleh saya dapatkan tak dokumen tu?

Si X1 :
Hello waalaikumussalam. Saya X1 bercakap. Ooo. Saya tak tau kat mana saya campak dokumen tu. Ok.
Dia menjawab dengan nada yang sangat tak sedap didengar okey.. Huhu, tak kemana la kita kalau sombong sangat di dunia ni..



Situasi 2

Di suatu petang yang damai, sekumpulan manusia pergi ke satu daerah untuk menyiasat. Dikhabarkan daerah tersebut turut tak terkecuali berlakunya huru-hara. Dialognya lebih kurang begini ye saudara-saudari sekian :

Si Y2 :
Assalamualaikum. Kami datang ni nak menyiasat. Boleh kami menyiasat ke kawasan kejadian tersebut?

Si X2 :
Waalaikumussalam. Alamak tapi X1 takde.

Si Y2 :
Aik. Tapi X2 ni kan pengganti. Boleh izinkan kami kan.

Si X2 :
Ala tak berani la. Kena tanya X1 jugak.

Si Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5 :
Aik. Kastanya sama. Apa bezanya? Rasanya X1 bukan lagi tinggi pun..

X2 lantas pergi bertanya pada X3. Penjaga kawasan kejadian.

Si X2 :
X3, ada orang datang nak menyiasat.

X3 :
Tak boleh. X1 pesan kalau sesiapa datang nak menyiasat bila dia takde, jangan bagi masuk daerah ni. (dengan riak muka yang tak berapa indah dipandang..)

Si Y1, Y2, Y3, Y4 & Y5 :
Eh eh. Macam tu pulak. Watikah pemberitahuan pun dah diberi terlebih dahulu. Telefonlah X1 kot. Sampaikan kat dia, kami datang nak menyiasat kawasan kejadian.


Muka X2 dah satu macam. Biasalah. Ye, kebanyakan masa pun memang mukanya satu macam sahaja. Sambil telefon, mukanya pun tetap satu macam. Ada beza, kan, kalau kita bercakap di telefon sambil tersenyum, walaupun tak mungkin orang yang dipanggil tu boleh nampak. Ok. Biarkan dia.


X2 :
Okey. X1 izinkan masuk ke kawasan kejadian. Tapi kawasan kejadian berkunci. Kunci ada pada X3. X3, tolong bukakan kunci kawasan kejadian..!



Rupanya X3 sedang bergayutan di talian. Entah dengan siapa. X2 bercekak pinggang dengan muka satu macam di birai pintu sambil menanti X3. Manakala Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5 masih menanti. Terpinga² menanti. Tak sangka prosedurnya sebegini. Kenapa di daerah lain tak sesukar di daerah ini? Oh, kedatangan tak disambut. Atau tak disukai pun. Lama jugalah X3 bergayutan. Nampak macam disengajakan. Ok ok. Sabar ye Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5. Akhirnya kunci kawasan kejadian dibuka. Soalan ditanya bertubi². Maklumlah, masing² ada isu masing² yang perlu ditumpukan.


X2 nampak rimas. Y2 tetap lemparkan senyuman padanya. Sambil bercakap dengan sopan. X3 lagi nampak rimas. Dengan mukanya yang tak sedap dikhabarkan dengan kata² di sini.


Y3 :
Kat mana ye benda tu? Sambil bertanya pada X2.


X2 :
Tanpa suara, menjuihkan mulutnya ke satu arah, sambil tangannya menyilang di dada, badannya condong di birai pintu.


Y3 :
Oh, terima kasih.
Sambut Y3 sambil tersenyum. Y2 nampak apa yang berlaku. Tapi masih tersenyum.




Y4 :
Kenapa jadi macam ni? Kenapa tak buat macam tu?
X3 :
Saya banyak kerja lain kena buat.
Y4 :
Kerja lain bukan alasan. Yang ini pun memang kerja awak juga.



Sebelum melangkah pergi, Y2 berkejar ke tempat X2. Bukannya apa, walaupun agak terkilan dengan situasi di daerah tu, tetap perlu berterima kasih..


Sesampai Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5 di daerah sendiri, Y4 mendapat panggilan dari X2. Lebih kurang begini bunyi perbualannya :

X2 :
Dah habis menyiasat?
Y4 :
Dah, daerah korang yang terakhir.
X2 :
Kenapa keluarga Y semuanya kurang ajar??
Y4 :
Aik?!!!



Tidak berapa lama kemudian, Y2 pula mendapat panggilan dari X1. Bunyinya lebih kurang begini pula :

X1 :
Hello, Y2. Kenapa adik² Y2 kurang ajar sangat?
Y2 :
Hello. Aik. Kenapa lak? Siapa yang kurang ajar tu?
X1 :
Y5, Y4 dan Y1.
Y2 :
Agaknya di daerah X1 pun ada yang kurang ajar kot.
X1 :
Siapa?
Y2 :
Penjaga kawasan kejadian.

And the rest is history.





Situasi 3

Di suatu petang yang damai, Y2 sedang melakukan agenda rutin. Y2 didatangi oleh X3 dan X4. X3 dengan muka yang mempunyai tahap keasidan yang agak tinggi. X4 yang dikenali sebelum ini dengan kaya dengan senyuman, telah bertukar tahap ph nya. Berasid. Matanya merah menyala. Wow. Y2 agak terkejut. Tapi seperti biasa, Y2 tetap tenang dan tersenyum. Rupanya X3 dan X4 menghantar sesuatu. Lantas Y2 mengucapkan terima kasih, sambil tersenyum, dengan penuh sopan. Tapi X3 dan X4 terus berlalu. Dengan penuh tahap keasidan. Y2 terdiam. Dunia, oh dunia.





Situasi 4

Di suatu pagi yang indah, Y2 membuat panggilan kepada X4. Lebih kurang begini bunyinya :

Y2 :
Hello assalamualaikum. X4 ye? Ni Y2 ni. Nak tanya sikitlah, ada tak benda sekian sekian?
X4 :
Takde. Kat tempat lain. Memang takde.
Y2 :
So macam mana nak rujuk sekian sekian ye?
X4 :
Tak bolehlah. Memang ada kat tempat lain. Takdelah.
Macam biasa. Dengan nada yang tak mesra alam langsung.




Situasi 5

Hari yang sama, di suatu petang yang damai. Y4 membuat panggilan pula kepada X4. Y4 bercakap dengan nada yang lebih serius. Lebih kurang begini bunyinya :

Y4 :
Hello assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan X4? Saya daripada daerah sekian. Saya nak tanya tentang benda sekian. Kenapa takde? Macam mana nak rujuk? Kami perlukan benda tu untuk teruskan kerja kami.
X4 :
Benda tu memang takde. Ada di daerah lain. Bla bla bla..
Y4 :
Salinan pun takde? Kalau gitu macam mana nak buktikan kesahihan benda tu kalau buktinya takde?


X4 mungkin dah bengang kot. Atau menggelupur. Heh. Selepas beberapa soalan dari Y4, panggilan pun ditamatkan.





Situasi 6

3 minit kemudian, telefon Y3 berbunyi. Y3 tiada, berkursus. Y2 kebetulan berada di situ, tolong menjawab. Perbualannya lebih kurang begini :

X5 :
Hello, siapa bercakap tu? Y3 ada tak?
Y2 :
Hello, Y2 bercakap. Y3 takde. Berkursus. Siapa tu?
X5 :
Ni X5 ni. Ni korang menyiasat benda ni semua ni, kan.. tolong jaga adik² Y awak tu. Tak fair la pada kami kalau korang cakap kami tak bagi benda tu. Jangan cakap kami tak bagi semua benda yang korang nak.
Y2 :
Iye, X5. Kami takkan keluarkan hasil siasatan selagi kami tak terima benda tu.

Y2 terdengar suara X4 berselang-seli dengan suara X5. Mencucuk kah?

X5 :
Kenapa orang saya bagitau saya, Y3 cakap akan mengadu pada pihak tertinggi yang kami tak bagi kerjasama. Jangan tulis dalam hasil siasatan korang, yang kami taknak bagi kerjasama. Kami dah cukup banyak kena tegur dan kena marah dengan pihak tertinggi pasal ni semua.
Y2 :
Okey X5. Sebenarnya kami perlukan benda tu, untuk rujukan. Kalau takde benda tu, nak rujuk kat mana sebagai bukti. Kami takkan tulis dalam hasil siasatan macam tu, selagi belum dapat benda tu.


Dalam masa yang sama, Y2 cuba recall perbualan di antara Y4 dan X4 sebentar tadi. Takde pun yang berbunyi macam tu. Pelik. Ada ke ayat macam tu disebut tadi?

X5 :
Benda tu ada kat tempat lain. Kat daerah lain. So memang takdelah benda tu. Macam mana nak bagi? Jangan tulis dalam hasil siasatan korang, yang kami taknak bagi kerjasama. Kami dah cukup banyak kena tegur dan kena marah dengan pihak tertinggi pasal ni semua. Jangan tulis dalam hasil siasatan korang, yang kami taknak bagi kerjasama. Kami dah cukup banyak kena tegur dan kena marah dengan pihak tertinggi pasal ni semua.
Y2 :
Iye, takkan ditulis selagi belum selesai.
X5 :
Tapi jangan tulis dalam hasil siasatan korang, yang kami taknak bagi kerjasama. Jangan tulis dalam hasil siasatan korang, yang kami taknak bagi kerjasama. Korang patutnya bagi kerjasamalah sikit.
Y2 :
Ok. Tapi harap pihak X5 dan orang di daerah sana pun bagi kerjasama pada kita.

Panggilan pun ditamatkan. Y2 terkejut. Pelik. Dah diexaggerated dah ni. Sudahlah main petik nama Y3, padahal bukan Y3 pun yang buat panggilan, tapi Y4. Main terjah Y3 pulak tu. Apa ni? Y2 makin rasa sedih dan bengang.






Situasi 7

Suatu pagi yang indah, ceritanya agak panjang. Dipendekkan, pihak Y harus sekali lagi berurusan dengan pihak X. Tapi macam biasa, mengecewakan. Pihak Y hampir di'sabotaj'. Negeri besar yang diduduki X dan Y hampir dimalukan. Mujur pihak Y segera bertindak. Terima kasih atas sikap sambil lewa pihak X..






Situasi 8

X2 membuat aduan kepada pihak tertinggi, gara² pihak-atasan-tertinggi-yang-paling-tinggi membuat terjahan ke kawasan jajahannya. Maka pihak Y dipanggil. Terima kasih sekali lagi, pihak X.






Situasi 9

Pihak dari X bengang lagi. Gara² hasil siasatan pihak Y yang disediakan oleh Y2. Pihak X mengatakan anak buah dari Y yang tak bijak membuat kerja. Mengata Y2 kah? Terima kasih lagi.






Situasi 10

Di suatu pagi yang dingin. Perbualannya lebih kurang begini:

Y4 :
Program tu esok, kan?
X2 :
Hari ni lah. Korang nak masuk ke? Buat ape? Menyibuk je. Dah la korang tu kutuk² orang nombor satu..!
Y4 :
Eh kami pun tak ingin lah.

Pihak Y tahu, pasti kehadiran pihak Y bakal tak disenangi. Sudahnya, pihak Y batalkan niat nak turut serta program pihak X. Terima kasih, X2.






Situasi 11

X1 mengatakan Y2 kurang ajar. Gara² hasil seni Y2 yang sarkastik. Sebenarnya itulah yang dinamakan SATIRA. Entah mengapa ada yang terasa. Okey. Siapa makan cili, dia yang terasa pedas. As simple as that. Its a satire okey?

Satire: the use of irony, sarcasm, ridicule, or the like, in exposing, denouncing, or deriding vice, folly, etc. (source)


Pasti Y2 tidak menujukan secara spesifik kepada sesiapa pun. Betul, kan? Atas sebab itu, Y2 dituduh kurang ajar. Kesian Y2. Sekali lagi, terima kasihlah X2.



[cantikkan susunan cili ni.. perfectly ikut colour tone.. subhanallah.. suka suka]





Situasi 12

Y2 sedar, namanya dah dibuang daripada senarai kawan salah seorang daripada pihak X, di salah satu network terkenal di internet. Bermakna, dah menjadi isu yang personal. Tiada lagi profesional.. (selama ini pun banyak yang tak profesional pun..) Tak mengapa lah. Terima kasih, pihak X.

















Saya berharap, tiada lagi sambungan bagi situasi seterusnya. Tolonglah. Bosan. Teramat bosan. Memang ini cabaran. Lumrah, yang buruk disukai; yang baik dibenci. Apa pun, di daerah² lain, pihak Y selalunya disenangi. Di beri kerjasama. Pihak Y, walaubagaimana pun, terkilan dengan sikap pihak X, yang selalunya tak mesra alam, kurang profesional, selalunya seolah tak sudi membantu, suka mengelak, selalunya susah nak berterus-terang. Apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Kerja mesti dilaksanakan.



You do your work, I do my work!



Terima kasih, pihak X. Kerana menguji kesabaran pihak Y. Layan je lah ye. Moga Allah kurniakan lebih ketabahan buat pihak Y. Amin.





✿ܓ Jangan pula ada yang mengamuk bila baca tulisan saya ni ye. Saya dah warn awal² lagi kat atas.

✿ܓ Fahamilah tugas orang lain. Semua pun ada masalah masing².. tak rugi kalau gunakan budi bicara & berbudi bahasa.. kan

✿ܓ Saya menulis dalam keadaan yang penuh cool. Mungkin sebab tu ayat² nya tak berapa nak harsh.. hehe.

✿ܓ Saya minta maaf juga la siap², kalau ada yang rasa macam nak terasa dengan tulisan saya ini.. tak payah la nak terasa ke apa.. inilah di namakan kehidupan.. kan. What you give, you get back..

✿ܓ Tulisan saya ini tak boleh dijadikan prima facie ok.

✿ܓ Terima kasih buat yang sudi membaca. Tapi ada ke yang nak baca ye? Hmm tak pe lah, memang saya nak dokumentasi kan pun kronologi ni.. hihi buat rujukan di kemudian hari.

✿ܓYes, if life was easy, where would all the adventures be..??











Wassalam.


24 Jan 2010

♥ Love + Hate = Hlovate

17 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Buat pertama kalinya untuk tahun 2010 ini, saya menulis entry. Hehe. Januari pun dah nak sampai ke penghujungnya, saya baru berpeluang untuk menulis? Banyak je idea & cerita yang nak ditulis tapiii.. macam² halangan jugalah. Biasalah. Menulis ikut mood memang begini laa jadinya.

Awal tahun sememangnya sibuk. Terutamanya kerja. Sebab perancangan dah dibuat, dateline menanti, ditambah lagi dengan kerja² sampingan. Belum masuk bab rumahtangga, dapur, famili & aktiviti² riadah lain. Huhu. Banyak perkara juga yang terjadi seawal 2010 ni. Masam manis pahit kelat, semuanya ada. Rasa macam nak diceritakan semuanya kat sini, tapi mampu ke? Mampu ke nak menaip & sanggup ke nak membaca? Hehe. Kita pergi one by one yang termampu la ye.

Kebelakangan ini, saya banyak habiskan masa terluang dengan novel. Novel? Uhh bukan saya la kalau minat nak membaca novel romantik atau novel cinta. Yang ini lain. Hlovate. Pernah dengar, kan? Penulis novel misteri yang saya kagumi. Saya suka sangatlah dengan karya Cik Hlovate ni. Menarik. Islamik. Comel. Ringan. Selamba. Popcorn novel. Mula² saya nampak novel ni kat MPH Alamanda, English title, hmm nampak biasa² aja, dan tak terbeli pun. Lepas tu saya try google [biasa la, saya kan pengoogle setia setiap masa], saya cuba baca blogdrive dia. Hmm. Not bad. Tapi ceritanya tak penuh, saya tak puas hati.

Singgah di MPH, saya terus beli 2 buah novel dia - Tunas dan Rooftop Rant.. lepas tu teringin nak baca lagi, saya ke MPH lagi, sambar 5 Tahun 5 Bulan dan Aa+Bb pulak.. owh sangat berkhasiat dan menenangkan minda bila membaca karya dia ni.. ada lagi 2 cerita dia yang belum saya baca, jadinya bila ke Midvalley lagi [macam dah jadi weekly agenda lak gi situ], mesti singgah ke MPH, kebetulan hubby pun hobinya beli buku especially buku untuk rujukan fotografi, jadi saya pun sambarlah Gurindam Jiwa - Schubert's Serenade, Pelangi - Ked's Story.. oh dah lengkap koleksi Hlovate.. saya cuba juga beli novel penulis lain, saja nak uji, manalah tau mungkin saya je yang sceptical kat karya² penulis lain.. jadi saya pun beli juga 2 buah novel lain - Jaja & Din (Noor Suraya) dan Relevenkan Aku Di Hatimu - R.A.D.H.A (Rnyssa).

Betul lah. Lain penulis, lain pendekatannya, lain gaya bahasanya. Saya lebih suka Hlovate! Walaupun kebanyakan novelnya berkisar zaman remaja - zaman belajar, tapi caranya mengolah ayat & flow nya yg smooth dan bersahaja, dah cukup untuk buatkan saya berpuas hati. Betul, dah berapa belas tahun saya tinggalkan dunia bacaan fiksyen, tapi Hlovate membuka hati saya untuk membaca kembali.. Dan baru saya sedar, dalam masa sebulan, saya dah beli 8 buah novel! Huhu tak pernah la pulak saya jadi macam ni.




[ Gambar koleksi novel Hlovate diambil dari sini.. Tak sempat nak shoot sendiri, 3 buah dah di dalam tangan kakak saya.. tapi buku² novel saya, saya balut dengan plastic wrapper ye.. selagi tak balut, saya takkan baca atau pinjamkan kepada sesiapa.. hehe ]



Sekarang ni saya tengah menanti novel terbaru Hlovate yang dijangka akan keluar tak lama lagi kot - Versus. Tulisannya membuatkan saya rasa nak membaca lagi dan lagi. Novel Aa+Bb setebal ± 500 muka tu pun saya habiskan dalam masa sehari. Saya suka bila novel tu ada unsur² yang Islamik. Novel Jaja & Din dan R.A.D.H.A pun berunsur Islamik juga. Sebab bila membaca karya² macam ni, saya tak membaca cerita semata².. banyak yang menyedarkan saya, ingatkan saya kembali pada perkara² yang mungkin saya lupa & alpa. Allahua'alam. Dalam kesemua karya Hlovate, saya paling suka Aa+Bb ~ mungkin sebab ceritanya berkisar kehidupan rumahtangga kot. Novel Rooftop Rant pun best gak. Alaaa semua novel dia best, pada pendapat saya laa. Hehe. Maka saya syorkan anda semua membacanya..

Hlovate juga telah mendorong saya untuk membaca tulisan Harun Yahya. InsyaAllah, lepas ni bila ke MPH lagi, akan saya cari juga. Terima kasih Cik Hlovate, anda seorang doktor [rasanya dah jadi doktor kot skang ni?] yang berbakat. Ramai juga kawan saya yang berada di jurusan kedoktoran, berbakat besar dalam menulis. Antaranya Dr. Sarah [Angah Sarah] dan Dr.-to-be Arina.. hehe dan Dr.-to-be Nuhara.. Agak² kakak & abg ipar saya berbakat jugak kot dalam berkarya? Hmm Allahua'lamm..

Cukuplah tentang novel. Nak cerita yang lain juga. Mengenai tekanan darah saya yang naik disebabkan stress beberapa minggu lalu. Minggu lepas, saya agak bertambah stress jugalah, dengan kerja dan peristiwa di'warning' secara tak profesional oleh seorang pegawai.. -ada diceritakan di sini juga. Malas nak saya ceritakan di sini, tapi yang masih terngiang di telinga saya ialah kata²nya dengan nada yang tak menarik langsung untuk didengar :
"awak tolong tengok staff awak sikit ye, jangan cakap yang macam tu.. bla bla.."

dan yang tak tahan tu amaran dia yang berkali² dia sebut :

"jangan bagi staff awak tulis dalam laporan yang kami tak bagi maklumat.. kami dah cukup banyak kena marah dan kena tegur dengan CEO pasal ni semua.. bla bla bla bla.."



Eh, hello assalamualaikum, salah kami jugak ke bila mereka kena tegur oleh CEO disebabkan kualiti kerja mereka teruk?? Dah la menyerang staff saya - sangat³ tak profesional okey, kebetulan saya ada, boss saya takde pada waktu kejadian, saya pun cuba juga backing staff saya walaupun dengan nada yang tenang. Geram jugakla saya. Oh, staff dia kaki mengadu, ye? Terima kasihlah. Cukup untuk buatkan darah saya mendidih. Tapi, Jumaat lepas, ada pemeriksaan kesihatan di ofis, tekanan darah saya rendah betul. Pulak dah. Mungkin sebab sekarang amalkan minum jus daun belimbing pahit tu kot. Baguslah kalau rendah. Saya taknak naik tekanan darah; saya nak naik gaji..! haha. Kadar kolestrol saya rendah dan glukos saya normal, alhamdulillah tapi BMI saya huhu memanglah, tak normal.. hihi.

Rasanya cukuplah dulu kot. Sememangnya ada banyak lagi yang nak diceritakan. Simpan untuk entry seterusnya, insyaAllah. Lagi pun saya kena offline dulu, saya perlu siapkan kerja ofis - di hujung minggu yang tenang ni. Jumpa lagi nanti. Terima kasih membaca tulisan berjela ini ye.

✿ܓ changes could be good..

✿ܓ words can kill you, slowly..

✿ܓ saya makin sarkastik sekarang? ya Allah.. lembutkan hati ini..

✿ܓ saya ada lukis kartun yang agak.. sarkastik jugalah.. hehe.. untuk pertandingan di ofis saya.. nanti saya tunjukkan ye!






Wassalam.



20 Oct 2009

♥ Alhamdulillah

3 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim..

Ni entry yang backdated sebenarnya. Ada yang bertanya, mana birthday entry? hehe.. Kesibukan membataskan.. tak sempat nak menulis apa pun melainkan menulis report sahaja sekarang ini.. hehe.. harap maaf lah ye ini entri berkenaan birthday saya yang lalu.. dah lepas pun, 30 September 2009.. alhamdulillah.. rasanya tak perlulah kot diceritakan secara detail, ini pun saya curi masa lunch untuk menulis.. yang penting harijadi kali ini cukup bermakna.. dengan kiriman sms sejak dari jam 12.00 malamnya [salah seorang kakak saya dah kirim seminggu awal lagi..hehe], ucapan selamat dari keluarga, kawan² sepejabat, kawan² lama, kawan² facebook & plurk, panggilan² telefon ucap selamat, sambutan kecil²an di department saya dan birthday dinner dengan hubby pada malamnya.. cukup indah, terima kasih ya Allah, kerana terus-terusan menambahkan nikmat umur & rezeki.. terima kasih juga ya Allah kerana menghadiahi mereka yang sentiasa berada di sisi, teman² yang terbaik & manis semuanya..



[moist chocolate cake + chicken cornish]


[nyum nyum..]


[team terbaekk.. mekaseh!]


[dinner @ Taman Sari Brasserie, Hotel Istana]

Tahun ini adalah tahun yang paling banyak saya dihujani dengan ucapan² harijadi. Terima kasih buat semua yang mengingati. Terima kasih atas ucapan selamat dan doa kalian. Moga Allah memberkati semuanya.. amin.


6 Jun 2009

♥ What A Relieve..! Pheww..

2 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum..

Yes, it went well! The presentation / interview on last Tuesday. Alhamdulillah, it went off really well.. and I've made some good steps forward! I was so prepared to face some strong resistances, some questioning why I should waste time on that when I have so many important tasks to do and things of the sort, that I was surprised none of these were uttered (I haven’t had time for blogging until today, Saturday). I even skipped my sleep the day before just to prepare for the 'paperwork'. I guess I was sort of relieved. But I’m very realistic too: first, people in meetings / interview usually are cautious when they don’t really know much about the matter. Secondly, it’s true that no opposition was expressed, but it’s also true that no real commitment of collaboration was made either. Having the support of the boss never hurts.. and I could add that friends support (colleagues & plurkistanians) never hurts either! thanx a bunch kekawan! thanx a zillion to my great hubby too. I'm lucky and I'm grateful, I got what I wished for. My hubby's strengths complement my own. He gives me support, he's a team player, he stands beside me and he gives me a swift kick when I need it. He takes care of me, he loves me and he forgives me. I am thankful for my hubby. As we're celebrating our 3rd anniversary last Wednesday, this was the best gift for our marriage. Alhamdulillah. Thank you Allah.


♥3♥6♥6








[*Escapade II masih dalam pembikinan.. =) ]

28 Nov 2006

♥ Last Day at Work

0 ♥ comments

Last day at work. Big sigh of relief. No regrets, just hopes. Hv been planning of leaving since last October, but somehow managed to keep it going, since i had to. Big compromise that didn’t really work, but i didn’t hv much choice. Looking forward 2 a new experience with much less compromise. Still unknown…

I won’t think well of the time i spent here, but i’ve certainly learnt alot. What hv i learnt? I think 2 myself..

I’ve learnt that wut’s a year in our lives? doesn’t count 4 much when u lose it, but can change your life if u make good use of it. Time does go by if u just want it to..

I’ve learnt that i hv 2 do what i love in order 2 achieve and be satisfied. Just like i hv 2 be with whom i love. The more i compromise in that, the more i achieve less, and am less happy..

I’ve learnt that at times it seems like i know exactly what i want and what i love, its just very hard to get, so i just hveto make the right compromise. And when i do, hope 4 the best..

I’ve learnt that compromise is part of life, yet too much compromise can hurt..

I’ve learnt that giving up is not an option. When u give up u lose, and no one wants to lose..

I’ve learnt that my career (and job) is important to me, no matter how hard i try to convince myself otherwise. Achievements can be done in various ways, but i’m a single-minded person and that’s usually how i invest in myself. That investment is not 2 make money and hv a higher price, but 2 achieve, 2 do something useful. That is my return on my investment, its the usefulness i convince myself of doing. Contributing 2 the improvement of life as much as i can..

I’ve learnt that a work-life balance is crucial, but work is part of life, and its exhilarating 2 work when u don’t have to. And i miss it..

I’ve learnt that i’ve been raised 2 contribute through my work, & everything else is secondary. While not necessarily right, being raised like that makes thinking otherwise not seem right..

I’ve learnt that nothing lasts. Not the bad thing, nor the good thing. Just try to get as much good as you can. For me, its harder than normal. I’m not a lucky person in general, and things don’t come that easily for me. I miss and miss and miss, even if i try hard enough, but when it works out, it just feels so good. But i know it still doesn’t last..

I’ve learnt that i’m starting to lose my strong sense of attachment to people & to things. It was very easy to quit this job. U’d think that with age my sense of attachment would grow stronger & i’d grow more dependant on things and people i’m attached too, but no. With all the things and people i’ve lost over the years, i’m growing indifferent. Haven’t developed a strong bond to a thing or to a person in ages. Something that i’m most certainly missing, but it makes me travel much lighter..

I’ve learnt that patience is a virtue, but i wish we didn’t have to wait so long, and try so many things, especially when not knowing what the end would be..

I’m also learning that life is as beautiful as we make of it. We think we know what we want, we work on getting what we want, but Allah knows best..

Sometimes i wonder how my life would be if all what i hope for just happens, and all my not-so-successful experiences just never happened. Sounds like it would be nice. But i’m not doing that bad after all, & thanks Allah the Almighty for all. Wouldn’t know what to do without the peaks of hope i get from time to time. And i’m waiting 4 the last transaction to be keyed in the system. The last task 4 me to do in this big gigantic company..yeah. Thats it. ;)

12 Sept 2004

♥ What a hectic life i have..

0 ♥ comments

Heyyyyaaaa...

Long time no C... actually i am bz..very very very bz diz week.. supposed to go to langkawi for my KLK but unfortunately, have to cancel it.. change the plan with balik kg...my grandma is very ill..i am so sad.. aware that the KLK is very important for my evaluation, but it cannot be avoided! iskkkk..sent the excuse letter.. hmmm..lotsa things to do..assignment!!! ishhh tak menang tangan sehh..gile penat..naik bas turun bas..papa suh naik cab je to avoid kene brebut..ahhahaaa..dah biasa maaa brebut2 ni..tak kesah ahh..naik bas baru baper inggit..naik cab tak ke mahal tuhh..ishh..eyyy will update u later...taaa~~~~

Eyyyy...memang menyedihkan...aku tak leh lupe muka my grandma..according to my sis, dia dehydrated..iskkkkk..when it comes to think about her, air mata dah meleleh...tingat tadi, b4 i leave her, i speak slowly to her ears..panggil dia, told her that i'm leaving..not sure whether she still remember me or not, her grand daughter..maybe yes..sbb mlm tadi when i sat beside her, massaged her hand, then read the yaasin, she mumbled bout something..not sure but mama said maybe she knew it was me sitting beside her..isskkkk..ok back to the leaving thing..so i told her, i'm leaving..tried to hold my tears..dah siap2 pegang tissue in case..the i kissed on her cheeks & on her forehead..last kiss maybe.. :'-( sedih tengok muka dia..few drops dah terlepas jatuh..then makin menjadi2 lak aku nangis..suddenly grandma pejam2 kan mata dia kuat2, she's crying! ya Allah..help me...iskkkkkk..

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009