29 May 2009

♥ Escapade I

17 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum..

Lama. Teramat lama saya meninggalkan blog ini. Cuti 1 minggu dan keluar dari bandar KL. Awalnya cuti saya agak kontroversi, 5 hari dan yang merisaukan kerja² audit akan tertangguh dengan ketiadaan saya.. [seperti yang dijangka, audit tertangguh & hanya dijalankan semula sekembalinya saya ke pejabat.. huhu]. Saya perlukan cuti ini. Saya perlu habiskan cuti saya sebelum Julai ini yang masih berbaki sebanyak 21 hari lagi. Maknanya, cuti saya kini berbaki 16 hari..[aduh, byk lagi..] Hmm. Ok lah. Saya bercuti juga bersempena dengan hari lahir hubby saya. Saya rasa elok jika saya ceritakan perjalanan percutian saya, sementara bahangnya masih terasa. Hehe.


17 Mei 2009

Perjalanan dimulakan pada awal pagi Ahad. Seawal jam 5.30 pagi saya bangun untuk mengemas barang. Selesai semuanya, selesai sarapan, lebih kurang jam 10.30 a.m kami bertolak dari Kajang. Singgah ke KL sebentar, salam peluk cium mak & ayah mertua dahulu. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Saya sedaya-upaya cuba menahan rasa mengantuk, untuk temankan hubby saya yang memandu. Lebih kurang 5 jam perjalanan, kami sampai ke bandar KT. Pertama kali saya sampai ke Terengganu (sian kan..hehe). Cantiknya rumah di tepi pantai. Indahnya pemandangan sepanjang perjalanan ke KT. Laut membiru menemani kami sehinggalah kami sampai ke destinasi sementara. Yang penting, kata hubby saya, saya dapat menikmati keropok lekor sepuasnya. Ya, memang keropok lekor adalah antara makanan kegemaran saya yg evergreen. Hehe. Sebelum sampai ke hotel untuk kami bermalam, kami singgah menjamu selera di gerai keropok lekor yang lazeez (lazat di dlm B.Arab) nye! Selesai urusan check-in, kami berehat, solat sementara menanti malam. Aktiviti malam kami ialah keluar berjalan ke bandar KT, jalan² lihat pemandangan. Tak lupa juga untuk snap² di Masjid Terapung.


[1.keropok lekor yg sedap sangat..] [2.Masjid Terapung] [3.birthday dinner di S.R]

Saya mencari² tempat makan yang sesuai, untuk dinner sempena hari lahir hubby.. [selamat hari lahir yg ke 35(!) buat hubby].. Haa.. saya ternampak Secret Recipe. Ok. Sesuai. Kami terus ke S.R. Makan. Dan tidak dilupakan, keknya yang heavenly baked. Heh. Seterusnya, kami pusing² bandar lagi. Singgah di Pantai Batu Buruk. Ambil angin. Kepenatan sudah, kami pulang ke penginapan & berehat.


18 Mei 2009

Seawal jam 5 saya sudah bangun. Bersiap untuk subuh. Bersiap untuk mengejar matahari terbit. Acara yang ditunggu oleh kebanyakan photographer amatur. [ops, saya masih beginner ye].. hehe. Pantai timur memang tempatnya untuk melihat matahari terbit. Cahaya di ufuk timur. Kami berkejar ke Pantai Batu Buruk, berdepan dengan hotel. Pagi itu sang mentari malu untuk menunjukkan diri di sebalik awan. Ada tanda hujan bakal turun. Suasana agak mendung pagi itu. Selesai di pantai, kami pulang. Singgah di Pasar Payang. Buah tangan buat keluarga & kawan² tidak dilupakan.

[1. saya dan hubby - Pantai Batu Buruk] [2. saya yg mengalahkan tokey kedai.. hehe]

Petang kami berjalan lagi. Saya rasa kami tidak makan tgh hari pun, kerana leka menjamah keropok lekor dari pagi sampai ke petang. Ye lah, alang² sampai ke KT. Agenda seterusnya ialah melawat Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam. Jika dilihat, Masjid Kristal lebih terkenal kerana pembinaannya yang unik - kubahnya dari kristal, tidak lebih dari itu. Malah ia lebih kepada tourist spot, berbanding untuk pengimarahannya.. [tanda² hampirnya kiamat tu..]. Bagaimanapun, bagi saya, idea membina Taman Tamadun Islam itu menarik juga. Kebanyakan masjid terkenal seluruh dunia sudah direplikakan di situ.. [save budget saya..]. Yang menariknya, replika itu dibina memang serupa dan terperinci dengan binaannya yang asal. Kehalusan & ketelitian replika itu agak mengkagumkan saya..[ye, saya memang sukakan ketelitian].. Hehe.



[1. Masjid Kristal] [2. Masjid Palestin] [3. Masjid terkenal di Thailand..] [4. saya bersama beg tripod..ehe..]

Selesai di TTI, kami yg baru teringat belum menjamah makanan selain keropok lekor, singgah di restoran makanan laut [tak ingat namanya], yg letaknya di bawah jejambat.. ngeri juga perasaan saya bila makan di bawah jejambat diselang-selikan dengan deruman kenderaan yg laju. hehe. alhamdulillah, selesai makan & kenyang, kami yg keletihan balik ke penginapan.


19 Mei 2009

Awal subuh, kami bangun. Selesai solat, kami terus bergegas ke Pantai Batu Buruk. Apalagi, mengejar sunrise. Matahari di sini muncul agak awal. 6.40 kami harus standby dgn kamera + tripod di sana, kerana bila² masa sahaja akan mucul first light.. Memang sebelum ini saya tak terfikir langsung tentang cahaya pertama matahari terbit [subhanallah indahnya], sejak melibatkan diri dalam aktiviti fotografi ini, baru saya sedar betapa banyaknya ciptaan Allah yang saya lepaskan & yg saya missed sepanjang hidup saya. Bila merakamkannya ke dalam gambar, salah 1 cara menghargai keagungan ciptaanNya.. Ok ok. Berbalik pada agenda awal pagi, alhamdulillah kali ini dapat menanti sunrise, tapi kerana kepulan awan agak byk, cahaya mentari agak malu² juga sebenarnya. Tapi, pemandangan di tepi pantai sentiasa indah. Sentiasa menarik. Bagi sesiapa pun. Saya pasti. Subhanallah. Maha Hebatnya Dia.



Sesudah bergambar, kami pulang ke penginapan untuk sarapan dan berkemas. Kami akan meneruskan perjalanan ke pulau pada petangnya. Selepas bersarapan, saya mengemas, check out pada pukul 12 tgh hari. Kami terus ke Jeti Marang. Sambil menantikan bot sampai pada pukul 1.30, kami makan tgh hari dahulu di tepi jeti. Pulau Gemia sedang menanti kami berdua di seberang sana..

[bersambung..]



14 May 2009

♥ Kisah Kasut

9 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum..

Dua kisah berkenaan kasut ingin saya kongsikan di sini. Entah kenapa, saya sejak akhir² ini sibuk memikirkan tentang kasut.. yg mana satu nak dibawa berjalan, yg mana nak dibawa berlari, yg mana nak dibawa bersantai.. ish, buang masa juga. Oklah, 2 kisah kasut ini, saya rasakan cukup tersirat pengajarannya. Sama² kita hayati...

Kisah 1

Pada zaman dahulu terdapat seorang lelaki yang sangat kaya, kira kalau zaman kita ini diumpamakan seperti Bill Gates mungkin. Pada suatu hari lelaki kaya ni pergi ke rumah ibadat dengan memakai kasutnya yang sangat mahal. Kasutnya ditinggalkan di luar rumah ibadat tersebut.. (tidak dapat dipastikan mana 1 agama yg dianuti lelaki ini..)

Selepas selesai beribadat, lelaki kaya ni keluar dan beliau mendapati kasutnya yang mahal itu hilang! Kata budak yang bermain di luar, Si Miskin yang mencuri kasut itu. Lelaki kaya tersebut tiba-tiba terjelapuk, terduduk kesedihan…

Katanya, “Kenapalah aku pakai kasut mahal ni untuk pergi ke rumah ibadat, sekarang apa dah jadi? Si Miskin telah pun mencuri kasut aku yang mahal itu… Padahal kalau dia mahu, aku boleh berikan kasut itu percuma kepada Si Miskin…”

Katanya lagi, “Kalau aku pakai selipar buruk saje mungkin ini tidak berlaku, aku bertanggungjawab, aku yang bersalah, aku yang membuatkan si miskin itu menjadi pencuri…Aku telah merosakkan si miskin itu…”

Apa yang mula² kamu fikirkan kawan²? Mesti kawan² agak yang Si Kaya sedih sebab kasut mahal dia hilang, kan.. Bukan macam tu, sebenarnya si Kaya rasa bertanggungjawab menukar Si Miskin menjadi Si Pencuri. Kesian dia kan?

Sebenarnya perasaan tu tak boleh difikir sgt, sebab itu semua sebahagian dari taqdir kita. Sememangnya sudah tertulis di Lauhul Mahfuz, semua itu berlaku, mengikut sequence yang begitu cantik sekali.. kita tak boleh terus menerus salahkan diri.. Jika itu yang ditaqdirkan, elak mcm mana sekali pun ia tetap akan berlaku.. cukuplah dgn mengambil i'tibar dan tekad jgn ulangi lagi akan datang. InsyaAllah..

Kisah 2

Aku cuma ada seorang adik lelaki. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.

Apalagi.. aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab,"Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Begitulah kawan², kerana disebabkan kasut, kita warnai kehidupan kita ini dengan pelbagai warna. Teringat saya pada satu²nya adik lelaki saya, Loqman.. mampukah dia menjadi seperti adik lelaki di dalam kisah ini.. huhu.. Apa yang penting, keinsafan, rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang lahir atas tindakan yang dilakukan.. Allahua'alam.

[selitkan gambar kasut hijau(!) yang akan saya gunakan semasa vacation nanti..hehe]



8 May 2009

♥ Sayang Mama

8 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum. Setelah sekian lama saya diamkan blog saya ni. Saya rasa saya perlu ubah sekali sekala persekitaran blog ni. Lebih ceria. Walaupun sebenarnya saya lebih senang dengan warna bumi. Sekurang²nya putih lebih bersih. Rabu lepas adalah hari jadi mama. 6 Mei 1953. Saya dan hubby berkejar ke Kajang lepas kerja. Saya singgah di Alamanda, tergesa² carikan hadiah yang sesuai, terus ke Secret Recipe (penaja kek rasmi berbayar kami), adik saya pun sama berlari ke KLCC. Semuanya ada malam tu, kecuali seorang lagi kakak kembar saya yang tak dapat sertai kami. Mama nampak seronok. Harusnya sambutan di buat hujung minggu, tapi saya & hubby fikir apasalahnya kalau terus disambut pada hari kelahiran mama.. Sesuai pula dengan sambutan Hari Ibu pada bulan ini..Mama wanita yang cukup tabah, walaupun dia memang seorang yang lemah-lembut, softspoken, begitu juga tingkahlakunya, tapi hatinya memang keras.

Saya jarang melihat mama menangis. Sangat-sangat jarang. Dan dia tidak langsung menitiskan airmatanya semasa kami kehilangan Adib. Dia cukup kuat. Dia cukup berani. Dia yang kadang menggantikan baba menghantar dan mengambil kami di sekolah, sehinggalah kami selesai alam persekolahan. Dia yang selalu menghantar saya ke mana² yang saya pergi. Dia selalu dahulukan kami. Mama tak pernah meninggikan suara pada anak²nya. Dia memang contoh isteri terbaik pada pandangan kami adik-beradik. Mama tak pernah meninggikan suara depan baba. Tak pernah masam apa lagi mencuka di depan baba. Sanggup bersengkang mata semata² menantikan baba pulang lewat malam untuk menemankannya makan. Mama tetap melayan baba dengan senyuman walaupun ada harinya baba menjadi garang..(hehe) Mama memang seorang yang redha. Mama jarang tinggalkan solat dhuha nya, qiyamullailnya, Al-Qurannya.. Mulianya hati mama. Benarlah, seorang ibu tiada bandingannya.. Selamat hari lahir buat mama, saya dan anak²nya lain mendoakan moga mama terus dikurniakan rezeki umur dan nikmat, kalau boleh mama terus ada selama²nya di sisi kami, insyaAllah!

Saya rasa lagu ini sesuai sangat dengan mama. Lagu kegemaran saya sampai kini. Nyanyian Brothers. Buat ibu² di luar sana, Selamat Hari Ibu. Semoga dapat memegang amanah sebagai ibu dengan penuh tanggungjawab & kasih-sayang.

Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya




Terima kasih mama, ibu, mak, ummi, mommy, mom.. I love u.






Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009