28 Feb 2009

♥ 1st Performance

10 ♥ comments

Dear blog,

Baru berkesempatan untuk upload gambar dinner ofis saya. Entah macam mana saya boleh join kumpulan koir, walaupun sebenarnya saya lagi suka join kumpulan nasyid (macam masa sekolah dulu..). Memandangkan ini je yang ada.. Tapi selagi kumpulan koir ini tidak menuntut saya untuk membuat tindakan di luar kawalan syariat & iman saya, saya rasa tak salah untuk turut serta.. Dan selagi aktiviti kokurikulum ini tidak menganggu prestasi kerja saya.. (eh tapi dapat merit okeh bagi yang join!) Persembahan sulung kami di majlis makan malam tempoh hari.. hari yang seronok untuk dikongsi bersama-sama kawan sepejabat.. =) Saya, Bee, Hetty, Naza, Tn.Hafiz & Eddy Lan adalah di bawah 1 team untuk suara kedua.. eh penting tau kami ini, sebab tanpa kami lagu akan jadi mendatar, plain dan tiada variasi harmoni. Hehe.


♯ Me, Bee, Along & Hetty ♯


♯ lalalala ♯


♯ inilah barisan kita ♯


♯ me with them ♯


♯ 2nd voice team ♯


♯ Dida, me, Bee, Hetty, Along ♯

♥ izzah©


25 Feb 2009

♥ Lagi..?

7 ♥ comments

Dear blog,

Assalamualaikum.

I've been trying to update my blog for the last few weeks but work has gotten in the way. Seperti biasa, memang tak berkesempatan untuk update blog sejak akhir² ini. Tuntutan kerja dan masa yang terbatas untuk mengarang. Sibuk mengarang laporan audit. =) Cuma, alhamdulillah lega rasanya bila 4 daripada 5 laporan audit dah selesai dipersembahkan.

Topik kali ini ialah, bagaimana nak menangani rakan sekerja yang, errr, menjengkelkan yang kita tak berapa suka (boleh ke kita nak suka atau tak suka sesuka hati kita je eh?? hmm) atau yang biasa disebut tak 'ngam'.. kalau diikutkan.. Sebenarnya saya sendiri tak berapa kesah sangat jika perangai atau sikap seseorang itu 'tidak sedap dipandang' mata atau sebagainya, itu mungkin sudah menjadi gaya mereka, tapi saya tahu kesabaran saya pun ada tahapnya . Saya cukup tidak suka pada mereka² yang bercakap besar, riya' dan takabbur. Menunjuk² tentang kebolehan dan kelebihan diri, sehinggakan saya rasakan ia cukup menjengkelkan. Saya faham, bagi mereka mungkin itu adalah cara untuk meningkatkan konfiden diri atau juga cara mereka untuk apresiasi diri mereka, tapi perlukah sampai orang di sekitarnya merasa rimas dan bosan??

Apa yang saya perhatikan, mereka² ini cuba untuk tidak terkebelakang, tak nak get left behind ME (well, maybe), tak nak menerima hakikat yang orang lain (saya?) lebih baik daripada mereka. Oh, tolonglah. I was born in this world not to beat anyone, but myself only. Saya sendiri pun tak suka untuk menceritakan kelebihan² diri saya secara terbuka, melainkan jika ditanya secara personal, dan sudah semestinya bukan saya orangnya yang suka 'masuk bakul angkat sendiri'. Sangatlah memalukan dan saya betul simpati dengan mereka² yang sebegitu. Betul, tolonglah, saya rimas dengan sketsa² yang macam ni. Lagi pandai, lagi cantik, lagi bagus, lagi elok, lagi itu, lagi ini, dan semua yang berkaitan dengan LAGI! Who is better than who. Duhhh. Saya rasa saya sedang berubah mungkin disebabkan hal ini, kata² saya menjadi semakin tajam berbisa, i am being so mean to them. Jangan ingat saya hanya pandai mendengar dan menerima, tapi untuk menyedarkan mereka saya rasa perlu saya berbuat sesuatu. I don't think I'd be able to say what I want to say if I could say it at all. However, maintain. Hold tight. I'm not trying to break anyone. I hope you're alright. I still worry all the time.


♥ izzah©

13 Feb 2009

♥ Owh Valentine's Day..

6 ♥ comments

Dear blog,

Assalamualaikum. Agak lama juga tak berupdate, minggu ini teramatlah sibuk dengan Audit Report yang perlu di submit ke CEO.. dan perlu tunggu feedback & buat tindakan selanjutnya.. Pagi tadi ramai² ke Bilik Persidangan, tazkirah Jumaat oleh al-Ustaz Mohd. Helmi dpd API, UM tajuknya mengenai kecintaan kita kepada Allah.. alhamdulillah ramai juga yang turut serta mendengar, berbeza dengan Jumaat lepas semasa sesi membaca Al-Quran yang disertai oleh beberapa orang sahaje (alhamdulillah seluruh department saya turut serta).. Tazkirah pagi tadi dimulakan dengan al-Ustaz quote kan "menyukai sesuatu memang adalah fitrah manusia".. (memang betul pun kan).. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran al-Karim ayat 14, Surah Ali 'Imran:

(Bismillahirrahmanirrahim)

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Ayat ini dijadikan sebagai imtihan untuk menguji samada kita cintakan Allah s.w.t atau sebaliknya..

Samada kita tetap turutkan nafsu, terikut budaya Barat dengan meraikan Hari Kekasih (Valentine's Day) atau sebaliknya? Pada saya, konsep meraikan atas rasa sayang kepada seseorang yang kita sayang mungkin tiada salahnya, tetapi kenapa perlu 14 Februari, dan kenapa perlu dinamakan Valentine? Saya sendiri meraikan rasa kesayangan dan kasih saya pada orang yang dicintai, tetapi bukan pada hari² tertentu atas nama ocassion tertentu, tetapi setiap hari! Setiap hari saya meraikannya, setiap hari saya meluahkan rasa kasih dan sayang saya pada suami, mama dan baba saya serta adik-beradik yang lain.. setiap hari saya meraikannya! Dan apa yang paling penting, setiap hari, 5 kali wajib bagi saya mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan, kenikmatan umur dan rezeki buat mereka.. insyaAllah!



Aha, berkenaan isu boikot. Betul, perang di Palestin sudah reda, tapi, perlukan kita berhenti berperang dengan nafsu kita untuk ke McD atau KFC atau yang seumpama dengannya? Alhamdulillah sehingga hari ini, saya dan keluarga berjaya mengekalkan tindakan boikot ini. Dan seperti biasa, cemuhan pasti dilemparkan. Terutamanya di ofis.

"Ala, mula² boleh la nak boikot, lepas tu dah takde dah.."

"Kitorang tak kuat iman, tak larat nak boikot.."

"Boleh ke tu nak boikot lelama..? Ala nanti mesti tak jugak.."

"KFC dah announced hari tu diorang tak terlibat dengan Israel, so tak payah la nak boikot.. McD lain lah.."

Ha, inilah antara ayat² yang ditadah oleh telinga saya pada hari ini.. Sementelahan pada kebiasaannya hari Jumaat di ofis adalah hari untuk rehat yang panjang - biasanya dulu lunch di lokasi yang agak jauh dari ofis contohnya di KFC atau McD di KLSentral, Midvalley atau KLCC.. Oh, tak mengapalah. Itu semua bukan urusan saya lagi. Tepuk dada tanyalah iman.

♥ izzah©

7 Feb 2009

♥ Astaghfirullahal'azim

2 ♥ comments

Dear blog,

Saya rasa malas nak berkata apa² pun berkenaan isu ini. Memang ramai juga sanak-saudara saya sendiri yang terlibat dengan politik (ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya). Bagi saya, politik itu bersih, suci dan cantik, jika ia dilaksanakan benar² menurut hukum dan undang² dari Allah s.w.t, bukan undang² buatan manusia. Politik jadi kotor dan tercela disebabkan ahli² di dalamnya, bila ia sebaliknya, bila ia dilaksanakan untuk kepentingan diri, bukan kepentingan ummah manusia.. Allahu'alam. Moga Allah melindungi hamba-hambaNya yang lemah..



Lega sungguh saya bila baba tak berminat untuk sertai politik bersama² saudaranya (walaupun banyak kali juga dipelawa) tapi lebih berminat (sangat²) dengan akademik.. alhamdulillah. Oh yes, credits to malaysiakini for the coverage. The truth is always out there.

♥ izzah©

4 Feb 2009

♥ Makanan Arab di Malaysia

0 ♥ comments

Dear blog,

Post sambungan mengenai kunjungan kami ke sebuah restoran Arab di Ampang untuk meraikan sahabat baba dari Arab Saudi yang baru tiba di KL. [Posted on 17 Jan 2009].

The food was heaven. Alhamdulillah. Try la. Al-Rawsha. Owned by hubby's relative. Di sana kami bertemu dengan keluarga Dr. Mohammad Fidaa' Bahjatt. Sungguh ramah & baik mereka ini. Isterinya Prof. Nadia Bahjatt dan anaknya Asmaa' Bahjatt pun peramah sangat. Saya faham bila berbual dalam Bahasa Arab, tapi tak mampu nak bercakap. Kami berbual dalam Bahasa Inggeris je. Luckily kakak saya Kak Ann ada & boleh berbual dalam Bahasa Arab. Prof. Nadia berbincang dengan saya, Kak An & Mama tentang ukhuwah dalam Islam, di mana kita semua adalah saudara, jika seorang terluka pasti semua akan terasa..



Kami makan dengan berselera, apatah lagi keluarga Dr. Fidaa' ni, ye lah memang makanan mereka pun.. hehe.. Apa yang dapat saya rumuskan, mereka adalah sebuah keluarga Arab yang educated dan Islamik.. alhamdulillah.. oh, gambar-gambar yang ditampal di sini memang tidak termasuk saya.. hehe.. Dan saya sertakan juga beberapa gambar masakan yang kami order malam tu yang, ohhh lazeez nyer! Rotinya pun lembut sama yang macam pernah saya makan di Tanah Arab dulu.. Kami berharap insyaAllah agar dapat berjumpa lagi dengan keluarga Dr. Fidaa' yang peramah ini. =) Again, my D-plan was ruined that day.

♥ izzah©

3 Feb 2009

♥ Jumaat

4 ♥ comments

Dear blog,

Patutnya tajuk kali ini pun sama juga, Quick Snippet.. tapi, macam bukan Snippet je.. Sebenarnya dah lama nak post gambar ni, gambar yang di'cilok' dari blog sahabat saya.. Puan Tina.. Gambar yang biasa di hari Jumaat tetapi entah kenapa saya tertarik dengannya.. hmm.. mungkin sebab sejuk hati bila melihatnya.. =)


Credits to Tina.. sbb bagi consent untuk saya menampal gambar-gambar ni di blog saya yang tak seberapa ini.. Inilah namanya Kuala Lumpur.. dosa dan pahala bercampur.. Cemana jugak rasanya solat di tengah-tengah jalanraya ye? Cuma kalau saya, agak susahla nak khusyuk..hatta solat di surau/masjid sekalipun saya perlu betul-betul fokus untuk capai khusyuk tu.. Tempat lapang yang open penah saya dirikan solat rasanya di Tanah Suci Makkah, di hadapan Ka'abah.. tapi di situ keadaannya benar-benar berlainan, tidak seperti yang biasa kita rasai, percayalah.. satu perasaan yang luar biasa yang saya pasti hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.. Apa yang penting suasana itu membuatkan saya & hati & jiwa saya rindu untuk ke sana semula, jika diizinkan Allah, insyaAllah..

♥ izzah©


1 Feb 2009

♥ Allahu Akbar!! Bravo!

0 ♥ comments
Dear blog,

Bravo!



Alhamdulillah. At least i feel relieved when finally there's a Muslim leader who can act as a Muslim.

♥ izzah©

Related Posts with Thumbnails

Google :

Loading...
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009