7 Feb 2009

♥ Astaghfirullahal'azim


Dear blog,

Saya rasa malas nak berkata apa² pun berkenaan isu ini. Memang ramai juga sanak-saudara saya sendiri yang terlibat dengan politik (ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya). Bagi saya, politik itu bersih, suci dan cantik, jika ia dilaksanakan benar² menurut hukum dan undang² dari Allah s.w.t, bukan undang² buatan manusia. Politik jadi kotor dan tercela disebabkan ahli² di dalamnya, bila ia sebaliknya, bila ia dilaksanakan untuk kepentingan diri, bukan kepentingan ummah manusia.. Allahu'alam. Moga Allah melindungi hamba-hambaNya yang lemah..



Lega sungguh saya bila baba tak berminat untuk sertai politik bersama² saudaranya (walaupun banyak kali juga dipelawa) tapi lebih berminat (sangat²) dengan akademik.. alhamdulillah. Oh yes, credits to malaysiakini for the coverage. The truth is always out there.

♥ izzah©

2 ♥ comments:

Leenoh said...

Salam.
Politik itu ibarat poket baju, manakala Islam ibarat bajunya, kalau baju dijaga dengan elok dan rapi, maka poketpun ikut jadi elok dan rapi.
Islam itu cara hidup, politik itu salah satu elemen di dalamnya, kalau Islam dipatuhi, politiknya menjadi kebajikan kepada manusia.
Tiada satu saat pun manusia terlepas dari penilaian Allah.
Kebajikan disuruh buat, kemunugkaran seperti penipuan, rasuah dan seumpamanya disuruh cegah.
Alhamdulillah, pendirian dan penilaian Sdri.Izzah adalah betul dan saya menyokongnya.
Wassalam.

Izzah Marzuki said...

Betul tu Leenoh.. saya sgt setuju dengan anda. Terimakasih dengan pandangan anda. =)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009