20 Apr 2009

♥ Kuasa Minda..

5 ♥ comments
Dear blog,

Lama juga saya ketepikan blog ni. Urusan kerja dan kursus² yang dihadiri sepanjang tempoh 2 minggu ini membataskan. Kali ini saya teringat mengenai kuasa minda / akal kita yang mengawal tindakan rasional keseluruhan diri kita. Yang secara dasarnya, diri kita dikawal oleh Allah s.w.t. Saya tertarik dengan pengalaman (ujian minda) yang saya rasakan, biasa² saja, tetapi sebenarnya jika dilihat dari sudut yang tersirat, ia tak kurang luarbiasanya. (selain daripada pengalaman bersalin mengejut secara normal tempohari)..

Ujian pertama: Saya pernah menaiki funfair ride di Penang Funfair. Yang berpusing 360° sepenuhnya. (There were all manner of spinning, twisting and twirling fun rides at the fair). Seperti di dalam gambar ini.


Awalnya, saya seorang sahaja yang benar² tolak ajakan kawan² saya. Memang saya tak minat. Juga saya tak pernah cuba naik yang 'ganas' seperti tu. Cuma ferris wheel yang biasa pernahlah.



Biarlah mereka yang naik, tapi bukan saya. Saya baru lepas kekenyangan. Haruskah saya turut serta? Tapi, akhirnya saya mengalah. Demi kawan.. (juga selepas beberapa org kawan saya agak bengang dengan tolakan saya). Kami pun dengan hati girang sama² naik. Aduh. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Lebih kurang 15 minit, kami pun berhenti. 4 org kawan saya, muntah teruk sejurus selepas jejakkan kaki ke tanah. Terbongkok² mereka muntah. Saya hanya memerhati & tersenyum. Saya yang awalnya tak sanggup, mereka pula yang teruk keadaannya. Kesemuanya geleng²kan kepala, masing² berjanji tak nak naik lagi. Saya pula yang rasa seronoknya, mungkin boleh untuk kali kedua lagi. Bukan bongkak.

Saya rasa cara mereka hadapi situasi yang buatkan mereka terima kesan yang agak teruk. Oleh kerana saya memang tak mahu pada awalnya, tetapi setelah dipaksa, saya rasakan saya perlu bersedia secara mental. Sebelum berputar, saya cepat² tetapkan (set) minda saya, saya akan berputar dan saya mesti terima keadaan teruk dan pening yang bakal saya hadapi nanti. Strategi seterusnya, saya tidak akan sekali² menjerit apabila berpusing, saya perlu tahan. Strategi seterusnya, saya tak perlu buka mata luas² apabila berpusing nanti. Cukuplah dengan menyepetkan mata saya. Sebelum berputar, saya lafazkan basmalah dan selawat, mudah²an tiada kejadian yang tak diingini berlaku.

Perlahan² tempat duduk kami diputarkan, dan apabila sampai di puncak yang teratas, serta-merta ia berpusing ke atas dan ke bawah (kaki kami di atas, kepala di bawah), memang teruk juga pusingannya! Kawan² di kiri dan kanan saya semuanya terjerit² samada takut atau seronok, saya hanya terdiam dan kadang² tersengih. Menerusi mata saya yang disepetkan, pandangan saya berbalam² dan cahaya² lampu neon di sekeliling yang bercampur². Bila kaki di atas, saya hanya nampak samar² langit yang gelap pekat. Tempat duduk kami akan berpusing sepenuhnya sambil besi pemegang tempat duduk kami yang utama turut berpusing ke kiri, kanan, depan dan belakang. Bayangkan.

Untung juga saya, oleh kerana saya agak berat, goncangan dan pusingan tidak banyak menjejaskan kedudukan saya di kerusi, berbanding kawan² yang lain yang lebih ringan. Hehe. Saya ada rakamkan videonya tapi sehingga saat ini masih belum berjumpa di mana letaknya. Saya yang awalnya tak sanggup, mereka pula yang teruk keadaannya. Kesemuanya geleng²kan kepala, masing² berjanji tak nak naik lagi. Saya pula yang rasa seronoknya, mungkin boleh untuk kali kedua lagi. Ada di antara kawan saya terduduk kepeningan selepas turun dari ride tu. Saya seorang yang masih maintain dan seimbang.. Hehe. Sebenarnya, semuanya dikawal oleh minda kita. Kuasa minda memang kuat untuk pengaruhi kita hadapi apa jua situasi. Dan sabar sebagai pemangkin dalam merealisasikan keupayaan minda kita.

Ujian kedua ialah, apabila saya dicabar untuk menggenggam tin air (yang berisi air penuh) yang telah dibekukan sepenuhnya dengan tangan selama 1 minit. Nampak mudah, kan. tapi sebenarnya, oleh kerana aluminum merupakan pengalir haba yang baik dan ringan, (mengandungi 13 elektron), maka tahap kesejukan dan kebekuan yang perlu saya hadapi adalah lebih dari yang biasa. Pencabar saya tidak merasakan saya mampu untuk mencapai tempoh 1 minit, tapi saya buktikan padanya yang saya boleh, dengan bantuan kuasa minda saya.

Ujian pun bermula, dan apa yang saya lakukan ialah, jangan memikirkan langsung tentang kesejukan di tangan saya. Tidak sekali² perkataan sejuk boleh terlintas di fikiran saya, walaupun hakikatnya tangan saya sedang mengalami kesejukan yang tak terhingga. Saya cuba bermain dengan reverse psychology. Saya setkan di fikiran saya, apa yang di dalam genggaman saya adalah kepanasan. Tin yang panas untuk memanaskan tangan saya. Benar. Saya tak berasa sejuk, di minda saya terasa panas, dan cuma tangan saya berasa sedikit perit. Bukan sejuk. Dan saya berjaya mencapai tempoh lebih dari 1 minit. Lebih dari yang ditetapkan. Mungkin mampu untuk teruskan 1 minit lagi. Pencabar saya yang pada mulanya menggelakkan saya, terdiam. Heh. Saya terangkan padanya, saya cuma setkan di minda saya, tin air yang digenggam panas, bukan sejuk. Cubalah. Kuasai minda kita dan bersabar.

Kesimpulannya, kita mampu hadapi apa jua situasi dalam kehidupan ini, dengan mengawal minda kita dengan sebaiknya. Kita juga boleh kurangkan permasalahan, dengan mengubah sedikit persepsi yang ada di fikiran kita. Selebihnya kita serahkan pada Dia, sebab Dia yang menentukan segala²nya, kita hanya mampu usaha dan ikhtiar. Sebagaimana jika kita sedang hadapi sakit yang teruk sekalipun, kita perlu kawal minda kita untuk menerimanya, dan seharusnya dengan minda kita lawan rasa sakit tersebut. Sabar. Sabar juga adalah elemen terkuat dalam kuasa minda kita. Jika tanpa kesabaran, segalanya akan rosak. Minda kita memang ciptaan Allah yang amat menakjubkan. Subhanallah. Rugilah jika kita tak manfaatkannya. Allahua'alam.



6 Apr 2009

♥ Saya di Tag? Smart Tag?

15 ♥ comments

Dear blog,

terima kasih Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum. Oleh kerana saya menerima banyak pelawaan tag oleh kekawan, saya rasa elok saya letakkan di 1 ruangan khas untuk saya penuhi pelawaan² ini. Berbanyak terima kasih buat kekawan yang men'tag' saya. Semua tag akan dikumpulkan di entry ini..







Love Pictures, Images and Photos

Monday, April 06, 2009

I've been tagged. By Emon. Thanx anyway. Isi senggang masa. =)

Butir tag:

1. Anda rasa anda hot?
= Panas di dunia ni tak seberapa jika dibandingkan di sana nanti..huhu

2. Upload gambar kegemaran anda
= Gambar kegemaran buat masa ni:

3. Kenapa anda suka gambar ini?
= Gambar ibu mertua saya (baru lepas solat) + cucu kesayangan dia + menantu kesayangan dia.. hehe

4. Bila kali terakhir anda makan piza?
= Dah lama jugak tak jamah piza ni..bila ye..hmm..

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
= Taubat~Opick

6. Apa yang anda buat selain menyiapkan tag ini?
= Blog hopping + update recipe

7. Selain nama anda sendiri,anda suka di panggil dengan panggilan apa?
= Teteh (Mak Teh actually, dipendekkan oleh anak² buah so jadi la Teteh)

8. Tag lagi 6 orang:
  1. Srisufi
  2. Achik Falin
  3. Along Yumi
  4. Leenoh
  5. Tina Agustina
  6. Adikbucuk
9. Siapa no 1 di atas pada anda?
= Kawan yang hebat =)

10. Orang no 3 di atas ada hubungan dengan sesiapa?
= Dengan En.Adam nye la kot.. hihi

11. Kata sesuatu berkenaan orang no 5 di atas:
= Colleague saya yg sesatunya saya tau ade blog.. yg lelain tu, hmm tidak dapat dipastikan..

12. Bagaimana pula dengan no 4?
= 'Ustaz' maya yang hebat bila berkata²..

13. Siapakah orang no 2?
= Kawan maya saya yang baik yang merupakan kawan baik kepada adik ipar kawan baik saya.. hehe.. boleh?

14. Pesanan kepada no 6
= Adik, be strong, cry no more, we all love u always! =)









Love Pictures, Images and Photos
Friday, July 03, 2009

Saya telah di tag oleh Bintu Cumel lama dulu.. pada 21 April 2009 yg lepas.. aduii lamanya.. asif ya Bintu.. kak izz sibuk sangat + terlupa sesangat pasal tag ni.. ok ok skang jugak kak izz buat! hehe

1) Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda guna sekarang, jangan tipu2 ek tak suka..
=Okies!


2)Bgtau nape anda suka wallpaper itu ?
= Gambar outdoor shooting pada satu pagi yang damai kat putrajaya.. sebenarnya ada cerita disebalik gambar ini.. tapi tak perlu la kot diceritakan kat sini.. malu laa.. hehe

3)Tag people to follow this question?
= Semua di dalam list blogroll saya. Tak kira. Semua jugak! hehe terima kasih. =)








Love Pictures, Images and Photos

Friday, July 03, 2009

Kali ini saya di tag oleh Tina. Thanx Tina! Here we go:

1. Bekas kekasih saya adalah :
= Err.. nak kena sebut nama dia eh kat sini..? hehe tak perlulah kot.. let bygones be bygones..

2. Saya sedang mendengar :
= Instrumental: Classical Soul ~ Eric Johnson

3. Mungkin saya patut :
= Plan ape nak wat sepanjang bercuti pada 3 [hari ni], 6, 7, 10, 13 & 14 ni.. waa

4. Saya suka :
= Memacam saya suka.. hehe.. saya suka hari cuti..yes!

5. Sahabat-sahabat baik saya :
= Yang selalu datang pada saya & berkongsi cerita dgn saya.. yg sanggup berkorban demi saya (wah!)..

6. Saya tak paham :
= Kenapa ramai org tak tau gunakan common sense.. lebih suka wat justifikasi ikut perasaan sendiri..

7. Saya kehilangan :
= Banyak benda / peluang dalam hidup saya.. tapi, pasti ada hikmahnya!

8. Ramai yang berkata :
= "takpe, usaha lagi!" [waa.. saya tak cakap pa pe ok! hehe]

9. Makna nama saya :
= cahaya kemuliaan..

10. Cinta itu adalah :
= sukar dimengertikan.. sgt subjektif..sebab ia berkait rapat dgn hati, hanya Allah yg Maha Mengetahui..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
= bekerja sambil merasakan dirinya hebat sangat.. [ok, saya sedang bercuti ni..so its not me!]

12. Saya akan cuba :
= sedaya-upaya saya untuk menjadi penjawat awam yg berdedikasi [bak kata Aliaa : "sila muntah ok".. haha]

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
= infiniti ∞ .. tu yg saya nampak la..

14. Telefon bimbit saya :
= SE w810i.. beli sebab nak walkman.. dengar Surah Maryam & Yusuf n letak kat perut.. :)

15. Bila saya terjaga dari tidur :
= saya akan check jam dulu.. pastu baru decide nak sambung sket lagi ke atau terus bangun! hehe

16. Saya paling meluat apabila :
= orang tu perasan hebat, bagus, dia je terer, suka bangga² diri, show off.. ape dia ingat dia sorang je bagus? semua org pun ade kelebihan & kekurangan.. so tak yah nak tunjuk la kan..

17. Pesta/Parti adalah :
= tempat menghidangkan makanan yg selalunya best la.. ade jugak kadang yang tak best.. penah pergi sekali! hihi.. nak tergelak pun ade.. x pe la.. syhhh..

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
= baby arnab kat umah saya tu.. masa time baby la.. putih gebu..comel..manje.. hehe..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
= peringkat umur masa zaman sekolah rendah & menengah.. macam² seronoknya!

20. Hari ini :
= nak berehat sepuasnya kat rumah..

21. Malam ini saya akan :
= berseorangan.. hubby balik kg.. huhu.. x bestnye..

22. Esok pula saya akan :
= bercuti sehinggalah hari selasa! tapi esok adalah hari yg paling penting dlm hidup saya.. sob sob..

23. Saya betul-betul inginkan :
= 2nd baby.. yes, baby!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
= olololo cumelnye.. haha.. perasan! ok, saya sgt ceria sbb hari ni tak yah gi keje! hehe

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
= pusat membeli-belah tapi dah jadi tempat saya makan dengan hubby. pavillion. midvalley. sg wang. mines. klcc. tak shopping pun. nanti abes la duit. haha.

26. Makanan Barat atau Jepun :
= Barat kot. Asia Barat nye pun ok. Jepunnye tak suka. Lagi kalau sushi. Janganlah offer. Terima kasih. hehe

27. Bilik yang terang atau gelap :
= Selain dari tidur, teranglah.

28. Makanan segera adalah :
= makanan yang selalu membuatkan saya sakit perut. tapi, sedap. tu yang tak tahan tu. hehe

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
= sikat rambut! [sambil jawab tag ni, sempat gi mandikan anak buah saya, Kauthar..hihi]

30. Siapa yang anda mahu Tag?
= wah.. ramai.. Along, Angah, Achik, Sri, Aliaa, Noi, Bob, Adikbucuk, Nini, Wana, Bintu.. dan sesiapa yang dah baca n sudi menjawab tag ini.. terimakasih!







Love Pictures, Images and Photos




Wednesday, September 02, 2009

Okey. Saya telah ditag oleh wana.. tq wana!

1st Tag

starting time : 1.26 p.m
name : izzah
shoe size : 8, 9, 10..depends
height : 165
where do you live : KL-Kajang
have you ever been on a plane : Yup :)
swam in the ocean : yes!
fallen asleep @ school : jarang [erk, jwb not in english boleh kot? aci laaa.. hehe]
broken someone's heart : yea, penah
fell off your chair : 2 yrs ago..when i was pregnant...huhu..
waiting for someone to call : yea..hubby
saved emails : yea, some good info..
what is your room like : cozy
what's right beside you : err, wall?
what is the last thing you ate : Cucur bilis sahur..
ever had...chicken pox : masa kekecik..
sore throat : selalu gak..tonsilitis..
stitches : not yet
broken nose : nope, bleeding yes
do you believe in love at first sight : caye je..
like picnics : of course!
the last person you danced with : AGAC short course mates..poco²
last made you smile : i smile most of the time.. even when i speak.. huhu.. x siyes btul..
you last yelled at : my nieces yg nakal tu..
today did you...talk to someone you like : yes, hubby
kissed anyone : yes, hubby
get sick : alhamdulillah, notyet
talk to an ex : nope
miss someone : yea..someone..hmm
who do you really hate : lier, backstabber, yg suka cari gado..
do you like your handwriting : indeed! i have many types of fonts! u name it! hehe
are you toe nails painted : nope.
whose bed other than yours would you rather sleep in : my parents
what color shirt are you wearing now : skang tgh pakai baju kurung hijau camouflage + blazer
are you a friendly person : yea, think so..
do you have any pets : arnab, tapi mama punye..
do you sleep with the tv on : dah lama x tengok tv la.. eh jap tv tu ape ye? hihihi
what are you doing right now : killing my time with this taggg
can you handle the truth : insyaAllah
are you closer to your mother or father : Baba
do you eat healthy : Yg halal, insyaAllah..
do you still have pictures of you & your ex : x penah amek gamba bersama pun.. tadek..
if you're having a bad day, who are you most likely to go to : x yah gi memane.. duk dediam, tenangkan diri..
are you confident : when i am fully ready, yes..
5 of my bad habit : emm..kalau dah suka sgt sesuatu tu, bleh je tak ingat nak tido / nak makan..
5 people tag : you, you, you, you & you..


Love Pictures, Images and Photos


2nd Tag

1. Soalan ini terpksa dipdmkan...
++ alamak..so tadek la jawapannye..sbb wana dah padam.. hihi

2. How did u feel when u woke up this morning?
++ ngantuk laa.. mlm tadi tido kul 1 lebih...

3. Who was the last person / people you took photo with?
++ hubby

4. Would u consider urself spoiled?
++ nope. Allah knows best.

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
++yes. tapi mcm ramai jek.. erkk.. kat opis ade, situ ade, sini ade.. erkk..

6. Do you want someone to be dead?
++ laa.. tak baeknye..

7. What does your last text message say?
++ Askum, Izz, nanti tanyakan kat yoy tempat perlindungan kucing yg dia ckp aritu.. kakman nak antar anak² angkat abg bob ni la..

8. What are you thinking right now ?
++ kena abeskan tag ni before 2. da nak abes waktu rehat ni.

9. Do you want someone to be with you right now ?
++ not only someone, but a lot.. huhu

10. What was the time you went to bed last night?
++ 1.30 a.m kot..

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
++ x de plak pakai T skang ni.. baju kurung la..

12. Is someone on your mind right now?
++ yes.. hmmm..

13. Who was the last person who text you?
++ Kak Iman, my sis

TEN Lucky Person to do this quiz.

1- Tina
2- Aneesa
3- Along Riena
4- Angah Sarah
5- Achik Falin
6- Alang Fakhruddin
7- Adek Ainul
8- Amar - Anib
9- Aliaa Julie Beth
10- Truemax


14. Who is no.2 having a relationship with ?
++ Ooops.. ade la.. dia suh rahsiakan..hehe

15. Is no.3 a male or a female?
++ cute female

16. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
++ tak compatible la.. no.1 da kawen, dedua pompan..

17. What is no.1 studying about?
++ Environmental Science

18. When was the last time you chatted with them?
++ YM, plurk, facebook, kat ofis

19. Is no.4 single?
++ yer kot.. ke tak.. allahua'lam..

20. Say something about no. 2.
++ geng makcik pencepuk.. hihihi

21. What do you think about no.3 & no.5 being together?
++ adik bradik ni.. bagus la..

22. Describe no.9
++ kawan adik saya yg baik ngan saya.. dulu 1 skola ngan dia.. now dia sdh jd lecturer, best, gile² & terer wat spageti..

23. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
++ takpe, gado adikbadik..

24. Do you like 8?
++ ape punye soalan ni.. yes je la.. kekawan..mesti la suka.. hehe

25. How about 10?
++ dah lama menyepi. harap dia ok..


Love Pictures, Images and Photos





Tag & Awards From Nuha!

Sebenarnya dah lama tak dapat tag ni.. award pun penah dapat tapi tak terambil plak.. hehe.. tetiba Nuha comel bagi ni kat saya.. terimakasihla bebanyak ye adik Nuha! (sedap nama dia, suka suka.. hehe) Okey la ni tag & award nye..



Regulations to receive this award:

1) Thank and link the person that gave you the award.
++ Terima kasih bebanyak Nuha!

2) Pass this award onto 15 bloggers you're recently discovered and think are fantastic:
++ Ala takkan 15 je.. kalau boleh nak pass kat semua! hehe..

3) Contact the blogs and let them know they've won the award:
++ InsyaAllah..

4) State 7 things about yourself: easy. just state the seven.
++ 7? alamak macam banyak je.. hehe
++I am only one but still I am one..
++ I cannot do everything, but still I can do something I will not refuse to do something I can do.. ;)
++I love my life.. alhamdulillah..
++I rejoice in life for its own sake..life is sooo good.. its get better everyday.. ♥
++Okey...cukup dah 7 kan? Hihi..

Thats all. Till then..

Love Pictures, Images and Photos


4 September 2010

Salam.. wah lama sungguh tak buat tag ni semua.. tiba² cik iryani akhwan a.k.a yanma dah mengetag diriku yang selalu sibuk tak sempat buat ape pun.. hehe.. ok ok memandangkan ada masa lapang sket malam ni, ok cikyanma, k.izz buat sekarang jugak! yoshhhh! bersemangat betul.. hehe.. anyway terima kasih kerana telah berkongsi tag ni dengan k.izz yeee.. Ok mari kita mula..

Siapakah diri anda di rumah?
Hmm. Seorang isteri kepada suami saya. Dan anak kepada ibubapa saya. Dan Makteh yang garang (!) kepada anak² sedare yang nakal. Dan juga seorang tukang masak tak bertauliah. Tukang buat air - selalu direquest buatkan air ~ sedap la tu kot.. hehe perasan. Dan seorang tukang basuh pinggan. Dan juga seorang tukang basuh pakaian. Heh. Apsal semua ni macam surirumah tangga sepenuh masa lak nih.. hehe. All in all, saya selesa menjadi diri saya yang sebenarnya di rumah. Itulah saya. Yang simple dan hanya berpakaian biasa sahaja - gayanya macam seorang bibik lak.. haha. No make up. No bling² ye. 

Siapakah diri anda di samping rakan?
Selalu juga jadi pakar rujuk [ok pakar lah sangat..].. selalu dikelilingi / diserbu / rakan² untuk bergurau senda / dijadikan bahan rujukan [ againnn],  dan selain dijadikan sasaran untuk menyakat... dan tempat luah perasaan.. sebab mereka claim bila luahkan masalah, macam luahkan kat emak² [what?] gayanya.. mungkin sebab saya ni suka tersenyum kot?? hihi.. tapi rasanya soalan ni baik ditanyakan terus pada rakan², hanya mereka yang tahu jawapan yang paling tepat.. kan.

5 perkara anda idamkan tapi belum tercapai:
  • baby kedua
  • tunaikan haji, bersama suami
  • nak pegi maldives, bersama suami lagi
  • then nak travel around the globe, bersama suami tercinta gak [taknak pegi ngan org lain.. ehehe]
  • nak bina rumah, sebelah rumah mak ayah
Siapakah nama pasangan anda?
Mohd Khairuddin Ahmad

Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
  • sangat positif & optimis! 
  • sangat ceria, suka hiburkan hati saya
  • suka ceriakan suasana, tak suka sedih² / tense
  • sanggup bertungkus lumus untuk penuhi permintaan saya ~ selalu buat saya sangat terharu ok
  • dia sentiasa penuh dengan kasihsayang.. thats the best of him :)
Bilakah tarikh anniversary anda?
03 Jun setiap tahun bermula pada 2006

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda.
Kehilangan baby pertama yang tercinta, arwah Adib..

Lagu tema cinta anda
I knew I love You (Before I Met You) - Savage Garden

Apa perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda.

Kurangkan berhabis duit untuk saya.. haha.

Allahua'lam. Terima kasih cikYanma. Tak tahan baca Yanma punya jawapan. Tak habis² dengan dehemnya.. haha.


Love Pictures, Images and Photos


12 December 2010

Hari ini diassignkan oleh Cik Moi untuk membuat assignment berbentuk tag. Hehe. Ok ok mari kita tengok hasilnya..

Pasal Diri Sendiri

   1. Nama : Noorul Izzah Marzuki
   2. Tarikh Lahir : 30 September 1981.
   3. Umur : 29 tahun
   4. Status : Berkahwin
   5. Zodiak : Libra
   6. Saiz Kaki : 9
   7. Berat sekarang : Alamak..haha
   8. Tinggi : 165 cm

   9. Nama Panggilan : Izzah, Nurul, Kak Izz, Makteh, Teteh
  10. Sekolah Rendah : SKLA, SRKBBBJ1, SKSRD
  11. Sekolah Menengah : SMKAMH, SMKAK
  12. Sijil / Asasi / Diploma : PASUM, KUINS
  13. Ijazah Sarjana Muda : B.Acct. with Honors, UUM
  14. Keadaan Bilik : Terkawal.. heh
 15. Pernah kapel berapa kali : 3 kali - yang last berjaya jadi suami, 
       alhamdulillah..hehe
  16. Ambil gambar sekarang dan jangan edit : Alamak.. tamola..

Pasal Orang

  17. Nama awek first : Awek? Tadek awek.
  18. Nama awek sekarang : Takdela.
  19. Nama orang paling di rindui : Ramai sangat.
  20. Nama orang terakhir pernah kau kecewakan : Tak pasti.
  21. Nama orang paling kau benci : Alamak. Bahaya kalau tulis sini. Hehe..
  22. Binatang Peliharaan : 2 ekor arnab - seekor hitam & seekor putih; Alpha &
       Beta.

Pasal Tabiat Diri


  23. Pernah Korek Hidung : Pernah la..
  24. Pernah baca mesej then gelak/senyum sorang sorang : Selalu je..
  25. Pernah gayut sampai tertidur : Ye pernah.
  26. Pernah kentut kat khalayak ramai : Adui. Pernah kot. Tapi tanpa disedari.. 
        haha
  27. Pernah tidur kat kelas : Pernah gak. Tertidur la.
  28. Pernah pukul orang : Pernah je. Pukulan manje.
  29. Pernah tidur lebih 24 jam : Tak pernah lagi laaa.. tu koma ke ape..
  30. Pernah nanges depan awek/pakwe : Pernah jugak.
  31. Pernah kena birthday prank : Ha yang ni tak pernah.

Kali Pertama

  32. Kena marah : Masa darjah 1. Kena marah dengan mama, sebab mengada
        sangat bila nak buat homework.. sekali kena zassss dengan rotan..wuwuwuuu
  33. Duk jauh dengan family : Waktu pergi rombongan sekolah masa Form 3.
  34. Tengok Wayang : Tahun 2001 kot..movie Princess Diaries.
  35. Ponteng kelas : Masa tadika la kot.. tak ingat dah.
  36. Jatuh Cinta : Darjah 6 kot?? Hehe
  37. Kena tolak : Masa umur 4 tahun kot. 
  38. Accident : Jatuh basikal masa umur 6 tahun kot. Lepas tu alhamdulillah takde
       lagi.


Ok Moi..alhamdulillah berjaye juge siapkan! Thanks Moi..

Love Pictures, Images and Photos 


25 Januari 2011

Kali ini saya ditag oleh Yus! Dah pernah buat tag ni & ada pun kat atas! Hehe tapi saya nak buat lagi.. takpekan??

1. Adakah anda rasa anda hot?
Hoh..  tak langsung. Hot tu camne sebenarnye?? Hihi


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.
Wallpaper pc kat ofis ni.. hehe

3. Cerita pasal gambar ni.
Hehe. Pasal cupcakes la. Apa lagi. My latest addiction! 

4. Kali terakhir makan pizza.
Emm, last month kot.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Tears of An Angel by Marty Friedman


6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Jeling² Plurk!

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Izzah, Nurul, Nul, Izz, Kak Izz, ZZ, Makteh, Teteh, Umi.

8. Tag 5 orang.
Aiseh. Migrain ni. hehe. Nak tag 5 orang dan lebih la ye? Semua orang yang baca ni saya tag! Hehehe


9. Siapa orang nombor 1 dengan anda?
Kawan baik.

10. Katakan sesuatu kepada nombor 5.
Thanks for being my friend, dude! :D


11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Ada hubungan dengan kawan saya lagi seorang.. haha

12. Bagaimana pula dengan nombor dua?
Dia pun kawan saya juga!

13. Kata-kata cinta kepada nombor 4.
I love u my friend!


14. Berikan 4 fakta tentang orang yang kamu tag.
Semuanya kawan saya yang comel, hensem, baik & best!


Hehehe..boleh ye camtu.. ;p
Selesaiii..







 




3 Apr 2009

♥ Blind man who taught me how to see.. (Part II)

10 ♥ comments


Dear Blog,

... Sambungan bagi Part I. Sabtu pagi. Saya dan hubby bersiap² ke Midvalley. Agenda: melawat pameran DCIM 2009. [DigitalCamera.Imaging.Media]. Survey untuk DSLR. Heh. Cerita mengenai DSLR ni nanti saya post kan kemudian.
I met a bind man who taught me how to see. Ini cerita yang sepatutnya saya highlightkan di sini. Selesai di Midvalley, kami perlu singgah di Wisma Yakin. Kitab Durussamin permintaan baba harus saya tunaikan. Atau dia akan kekurangan rujukan untuk mengajar Kuliah Subuhnya nanti. Sampai di kedai kitab, saya beri peluang pada pakcik penjaga kedai carikan kitab tersebut untuk saya. Sambil tu saya tercari² juga novel Salju Sakinah. Boleh saya hadiahkan buat sahabat baik saya. Tiada, tapi alhamdulillah misi tercapai. Saya ke kaunter. Sengaja saya bayar lebih, dan saya larang pakcik tu daripada pulangkan bakinya. Saya cuma terfikirkan peristiwa semalam, tragedi semasa sedang makan bersama Ina. Ini lah masanya untuk tebus. Saya berharap mudah²an kekesalan saya untuk tidak menderma tempohari terubat dengan bersedekah di kedai kitab agama. Benar, saya rasa agak lega. Puas mungkin. Saya ceritakan juga pada hubby, dia tersenyum sambil pegang tangan saya & berkata, "Eloklah, rezeki kita yang lebih, kita kongsi sama² dengan yang lain.."

Terus kami ke Pertama Complex, kedai kamera memang banyak di sana. Tapi kami di Sogo terlebih dahulu. Mencari minyak wangi kegemaran ibu mertua saya. Saya pun teruja dengan harumannya yang.. hmm.. mengujakan. Hubby mengajak ke atas. Cari set
comforter yang baru, katanya. Kami ke escalator. Seorang pakguard memimpin tangan seorang makcik, menghala ke escalator. Makcik pun naik, pakguard pun terus melepaskannya. Hubby terus bertanya pada pakguard, dan pakguard dengan tanpa rasa bersalah memberitahu, "Tingkat 5.." Hubby saya cepat memandang saya, "Cepat, tolong makcik tu.." Saya yang belum faham lagi situasi sebenar "Eh, makcik tu buta ye bang??" Baru saya perasan tongkat di tangan kirinya. Lantas secepat mungkin saya mendaki escalator yang sedang bergerak, kejar makcik yang berseorangan tu. Doa sungguh² dalam hati saya, janganlah makcik bergerak, sedang escalator sedang bergerak juga, bahaya! Saya genggam lengan kiri makcik, erat. Dan saya pandang wajahnya. Memang makcik ni cacat penglihatan. Tapi mukanya bersih. Sentiasa tersenyum. Saya terasa sejuk memandangnya.

"Makcik nak ke mana?"
"Tingkat 5 dik.."
"Ooo.. takpe, meh saya bawakkan.."
"Terima kasih, mujur jumpa anak ni kat sini.."
"Saya pun memang nak ke atas ni makcik.. makcik nak cari ape ye kat sini?"
"Makcik nak cari fius ni haa, dah terbakar.."

Saya sempat menoleh ke belakang, bagitahu pada hubby yang makcik ni hendak mencari fius. Saya terus bertanya lagi.

"Ooo, ni utk main muzik ye makcik?"
"A'aaa, tak boleh nak main, fius ni untuk converter.. terpaksa la jalan ke sini nak cari ganti.."

Pada fikiran saya, makcik ni pasti serba boleh, electrical term pun dia tahu. Menyebutnya pun bagaikan dah biasa. Saya pula yang tertanya².

"Makcik main muzik kat mana?"
"Kat depan Globe, sebelah Sogo ni.."
"Jauh tu nak berjalan..kena seberang jalan kan"

Sambil saya mengira² jarak antara Sogo ke Globe.. Ada 3 jalan besar yang perlu diseberang..

"Takpe, makcik dah biasa.. lagipun siapa lagi yang nak carikan, partner makcik memang tak kan gi memana, makcik la yang kena berjalan ke kedai.."

Sampai di Tingkat 5, makcik keluarkan fius yang terbakar. Hubby saya terus mencari, sedang saya menunggu bersama makcik tadi. Sambil tu saya teruskan perbualan. Sedikit teruja memandangkan makcik ni cukup istimewa. Senyuman tak pernah lekang di bibir makcik ni.

"Anak nama siapa..?"
"Panggil saya Nurul je makcik, tadi tu suami saya.."
"Ooo Nurul, dah lama kahwin? Dah ada anak?"

Dan kami pun berbual panjang sambil saya perhatikan hubby saya ke hulu-hilir mencari fius. Nampak gaya macam tak ada yang sesuai. Makcik yang saya benar lupa tanyakan namanya ini rupanya ada 3 orang anak. Semuanya dah berumahtangga. Cucunya pun dah ada 3 orang. Tapi entah kenapa, ada rasa kesal bila makcik ni jelaskan yang walaupun anaknya ada, tapi seolah tiada. Semuanya dia & suami perlu lakukan sendiri. Saya pun rasa simpati. Sambil tu sempat saya pohon dia mendoakan rezeki anak buat kami. Hubby saya rupanya tak berjaya mencari pengganti fius tu. Tapi dia tetap belikan fius lain walaupun tak sama spec nya, mungkin boleh cuba juga. Makcik paksa kami terima duit untuk belian fius tadi. Tapi kami menolak dengan baik.

Kami sedia untuk hantarkan dia ke bawah. Saya pegangkan lengannya erat, menuju ke escalator untuk turun. Hubby ikut di belakang. Sedang turun, kami sembang lagi. Tapi makcik tu tak putus² ucapkan terima kasih & nyatakan rasa syukurnya dapat bertemu kami. Saya sedar banyak mata yang memerhati. Saya senyum aje. Saya pimpin makcik dengan hati² agar tongkatnya tak dilanggar. Keluar dari Sogo, kami perlu lintas jalan yang agak besar. Di tengah panas terik kami berjalan. Saya terus bertanya lagi.

" Makcik jalan sorang² la tadi kat sini?"
"Ye nak, dah biasa, tak ape.."
"Kalau saya, seorang takut juga.."
"Eh mana boleh jalan kosong macam tu je, kena baca doa.. makcik pun kena baca jugak.."
"Oooo..bagus la makcik.. harap² ada org yang tolong makcik kalau nak kemana².."
"Selalunya ada je orang tolong, insyaAllah.."

Deria pendengaran makcik ni memang hebat. Setiap tempat yang dilalui, dia boleh mengecamnya dengan tepat sekali, hanya berpandukan pada bunyi lagu² yang dimainkan di dalam kedai² tersebut. Hebat bukan? Walaupun pandangan matanya gelap, tapi hatinya terang. Matahatinya bersih. Cuba kalau saya yang berjalan sambil tutup mata, tak dapat dibayangkan!

Sampai di tempat makcik bermain muzik, dia pelawa saya untuk duduk. Dia kata saya mesti penat berjalan, sambil pimpin dia. Oh tidak, penat atau panas memang serta-merta hilang, saya rasa puas dapat bersama makcik di tengah hari itu. Partner makcik ni pun sama² buta, hubby saya cuba sedaya upaya untuk selesaikan masalah fius tadi. Subhanallah, kebetulan pula makcik bertemu saya dan hubby, sememangnya hubby saya biasa dengan hal² yang berkaitan dengan elektrik ni. Memang bidang kerja dia. Allah s.w.t yang mempermudahkan jalannya. Alhamdulillah. Sebelum sampai ke tempat makcik tadi, dia sempat berbisik pada saya, bertanyakan nama hubby. Bila sampai, dia terus perkenalkan hubby saya pada partner nya, begitu seronok sekali. Sudahnya ramai juga yang lalu-lalang di situ berhenti melihat kami.

Selesai uruskan masalah fius tersebut, kami minta izin untuk beredar. Saya sempat sedeqahkan buat makcik sedikit bekalan. Dia nampak sungguh terharu. Kami tolak pelawaan dia untuk bayar harga fius yang dibeli tadi. Kami bersalam dan pergi. Sedih juga rasanya. Pertemuan sesingkat itu saya rasakan begitu bermakna. Insaf. Saya yang cukup segala anggota kurniaan Allah, mudah lupa dan terkadang kurang bersyukur. Sedangkan ada lagi yang serba-serbi kekurangan, tapi berkat doa & semangat juga keyakinan, boleh teruskan kehidupan seperti biasa, malah lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kita.

Saya rasa puas. Cukup puas. Dan teruja. Puas kerana saya berjaya menebus kekesalan hati atas tragedi semasa makan bersama Ina tempohari, malah digantikan dengan yang lebih baik lagi. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Adil. Saya doakan moga makcik & insan² yang senasib dengannya sentiasa dipelihara & dimurahkan rezeki olehNya, aamiinn. Syukur alhamdulillah, saya diajar melihat luasnya kehidupan ini, oleh seorang wanita buta.

*Oh ye, saya gunakan phrase blind man who taught me how to see ni, sebenarnya merujuk kepada lirik sebuah lagu. Sepatutnya saya gantikan man kepada woman, bukan? =)



2 Apr 2009

♥ Blind man who taught me how to see.. (Part I)

0 ♥ comments


Dear blog,

Minggu yang agak memenatkan. Tak sabar untuk berkogsi cerita tentang apa yang berlaku pada saya bermula pada Jumaat lepas. Kesibukan yang melanda membuatkan kerja² penyelenggaraan ditangguhkan. Hehe. Blog sebagai simpanan memori. Rugi jika dilupakan. Jumaat lepas, seperti yang dijanjikan, saya dari stesen Kerinchi terus ke Asia Jaya, untuk bertemu Ina, kawan sepejabat lama, setelah beberapa kali perancangan tertangguh. Alhamdulillah, tercapai hajat kami berdua. Hujan lebat bukan penghalang. Sampai di Asia Jaya, sambil menanti Ina, saya seperti biasa kalau tiada apa² bahan bacaan untuk disantap, saya perhatikan orang ramai yang berjalan ke hulu-hilir.

Ada sebuah kereta berhenti depan saya; teksi. Agak lama penumpang~seorang pemuda di dalamnya berbincang sebelum turun. Mukanya gembira. Lain dari yang lain. Wajahnya yang ceria menarik perhatian saya. Pintu pun dibuka. Saya antara pandang dan tidak kerana tak nak obvious sangat meng'usha' ni. Sebelah kaki kirinya dihulur keluar sambil tangannya memegang. Nampak bersusah payah juga. Kemudian sebelah lagi kaki di hulur pula. Owh. Pemuda ini mungkin tempang. Kedua² tangannya memegang erat daun pintu. Bersusah payah dia bangun dan keluar dari teksi. Kesiannya. Dia sedar ramai yang sedang memerhati. Termasuk saya. Tapi dia tersenyum. Sentiasa tersenyum. Aduh, bagusnya. Dia begitu yakin sekali. Saya tidak terus-terusan memandang. Pemuda cacat terus berjalan perlahan². Kedua² tangannya menarik pehanya untuk berjalan. Dari pengamatan saya, mungkin dia cacat di kedua² belah kakinya. Dari paras lutut ke bawah, mungkin kaki palsu. Kesiannya. Insaf saya seketika. Bila saya terfikirkan tangga yang tinggi untuk ke atas stesyen. Saya berharap ada lif untuk memudahkan dia. Ina kebetulan sampai. Terus saya terlupakan pemuda cacat tadi.

Terus dibawa Ina ke warehouse sale di PJ. Bukan dalam perancangan asal. Sudahnya saya yang memborong pula. Pastinya untuk diri saya & anak² buah saya! Kami terus menghala ke Subang. Kerana agenda terakhir kami akan ke Sheraton untuk 'serah'kan saya kepada hubby! hehe. Saya belanja Ina, sebab saya tau dia kelaparan. Sedang makan, kami didatangi seorang kanak² lelaki, umur antara 12-13 tahun. Derma. Entah kenapa, saya berat untuk menyumbang. Padahal selalunya, saya yang cepat sekali bila saya & hubby keluar makan bersama & didatangi oleh sesiapa pun untuk meminta derma.

Saya pun tak pasti kenapa malam tu saya seperti kaku. Saya cuma menggelengkan kepala. Tapi setelah 2 kali dia merayu, tangan saya dah hampir untuk capai handbag saya, saya terpandang Ina. Ina pandang saya. Langsung Ina berterus-terang sambil berkata "Takpelah dik.. kami taknak.." Aish. Terkilan budak tu. Terus dia berlalu. Saya pun terkilan juga. Sebab lambat bertindak. Bukan rezeki dia, saya cuba sedapkan hati. Selesai makan, Ina hantar saya ke Sheraton. Kami menunggu sambil berkongsi kek di coffeehouse. Juga kongsi cerita. Kongsi kenangan. Seronok juga. Tapi, fikiran saya terkadang teringatkan tragedi semasa makan tadi. Hmm. Setibanya di rumah, saya ceritakan pada hubby. Sudahnya dia pun sama, "Bukan rezeki dia la tu Nul..". Moga² dia dimurahkan rezeki.. insyaAllah..

Bersambung..




Related Posts with Thumbnails

Google :

Loading...
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009