27 Apr 2010

♥ Hairan Bin Ajaib..

3 ♥ comments

Assalamualaikum..



Hairan. Tersangatlah hairan. Kalau kita ambil sesuatu peperiksaan, contohnya SPM la, dan tak lama kemudian kita pun dapat keputusan. Tapi keputusan tu teruk dan kita yakin kita sepatutnya mampu dapat keputusan yang lebih baik lagi. Kita sangat yakin pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kertas jawapan kita. Maka kita berhak untuk memohon supaya kertas jawapan kita diperiksa semula, kan?? Sebab kita tak berpuas hati dengan markah yang rendah, bukan?

Tapi logik tak mengikut rasional akal fikiran, keputusan yang diperolehi tu bagus, markahnya tinggi, tapi kita pohon untuk disemak semula sebab tak percaya dengan markah tinggi tersebut? Ada dibuat orang ke? Patutkah kita buat macam tu? Kita disuruh oleh orang lain supaya membuat semakan semula kertas jawapan semata² kerana kita mendapat markah yang tertinggi. Huh. Sebenarnya dalam erti kata yang lain, cemburu. Cemburu kah? Kesiannya. Sedihnya. Hanya kerana dia tak dapat markah yang tinggi, tapi orang lain dapat markah yang lebih tinggi daripada dia, dia arahkan semakan semula dibuat, sekali lagi. Tak puas hati. Terang-terangan hasad tu terserlah? Na'uzubillah min zalik. Kalau terdesak sangat, ambillah. Ambil lah semua. Cukup²lah berada dalam keadaan cemburu, hasad, dengki & seumpamanya itu. Tak sanggup saya biarkan anda sebegitu.







☼ Tak sangka ada juga manusia sebegitu. Tak pernah puas hati dengan orang lain, sanggup buat yang pelik².. hmmm..

☼ Dapat markah tertinggi pun kena revise semula. Haishh.

☼ Pelik bin Ajaib..

☼ Boleh tak kalau nak cakap "suit yourself!!" kat orang yang dapat markah kurang & tak puas hati sangat tu? Hahaha.. [mesti hubby ku tak bagi nye.. tak baik kan.. hehe]







19 Apr 2010

♥ Rahsia..

7 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Rahsia? Sebenarnya saya terbaca 1 artikel yang baik mengenai rahsia di sebalik waktu² solat dan warna alam.. oleh kerana warna² alam ini sangat berkait rapat dengan fotografi, suka untuk saya kongsikan kepada semua yang singgah di blog ini.. Artikel ini saya copy paste dengan izin daripada blog Fazemy.. [credits to Emy].

♥♥♥

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu ruku' dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Waktu Zuhur



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Waktu Qiyamullail

[gambar ni diambil pada jam 3.30 pagi.. ]

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil waktu untuk Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..

~Ustaz Zahazan [Jaringan Usahawan Muslim]





☼ waktu senja dan waktu subuh yang berwarna biru-indigo juga dikenali sebagai "golden hours" terutama bagi para photographer, kerana waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk menjadikan sesuatu gambar yang diambil lebih dramatik dan objek di dalam gambar lebih menonjol.. [sebab itulah warna background untuk gambar ic kita pun biru, kan..]

☼ saya baru selesai menjadi 2nd OP - official photographer [yang gayanya macam main OP je.. hihi].. insyaAllah saya akan kongsikan perjalanan saya di sesi mengambil gambar kenduri kahwin hujung minggu lepas.. tungguuuuu..

☼ saspen juga nak lihat hasil kerja, tapi dalam masa yang sama tak sabar nak siapkan custom album..




8 Apr 2010

♥ Why...?

1 ♥ comments



Why oh why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why? why?



You. Yes, you. You know who you are. Just want to ask you this :

but why?????????

5 Apr 2010

♥ Breathe

0 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

anything you have the time to complain about, you have the time to change..

Entri ketiga untuk tahun ini. Fuh. *breathe* Lama sungguh. Seperti biasa, terlalu banyak peristiwa - kata² - drama, terlalu sikit masa yang ada.. Dengan berubahnya layout blog ini, moga saya rajin menulis dan bernafas di sini selepas ini.. hehe. InsyaAllah. Mungkin juga selepas ini saya akan ke domain yang lain, siapa tahu.. mungkin nanti akan sibuk bantu hubby saya di domain yang satu lagi - khusus untuk foto² yang 'ditembak'.. hubby saya pun dah mula berblog (baru 1 entri je..hehe)..

Kadangkala saya terfikir, sesuaikah kalau saya menulis entri yang menggunakan bahasa yang lebih serius, lebih bombastik, lebih memerlukan interpretasi yang tinggi untuk memahamnya? Walaupun saya tak pasti berapa ramai yang selalu datang membaca blog saya yang lebih banyak sawang dari entrinya.. Atau saya terus kekal menulis begini, gaya santai , tak terlalu formal, biasa sahaja.. dan entrinya pun entri yang biasa² saje.. Atau saya menulis mengikut suka hati saya - langgar semua pantang larang..? Hehe.. Ataupun ubah gaya menulis seperti kebudak²an walhal umur saya dah hampir menjengah 30-an!? Wahh.. Mungkin semua option² tersebut akan dipertimbangkan! Hehe

Semalam, hari minggu yang biasa tapi sibuk bagi saya.. Sebelah paginya sibuk dengan house chores.. selesai Zuhur saya mula menyiapkan bahan untuk membuat kek.. Kek coklat tanpa telur saya telah menjadi idaman (pergh ayat..) kakak² saya untuk dibawa ke pejabat.. akhirnya 5 biji kek siap dibakar & dihias, malangnya saya tak sempat mengambil gambar sebelum kek dibawa pergi... huhu.. memang penat tapi menyeronokkan.. ditambah pula dengan kejadian seperti kek retak (disebabkan saya careless masa handle kek tu), grill holder dlm oven terjatuh ke dasar bersama² 2 biji kek yang sedang dibakar (haha panik jugak saya..).. alhamdulillah semua cacat cela dan kekurangan dapat diatasi dengan topping yang mantap dan cool (wah, ayat baik nye..hihi).. Okey cukup cerita di rumah..

Sekarang cerita tentang ofis pula.. urghh.. tak best nya nak cerita.. nanti lah, saya belum ada perasaan lagi nak ceritakan hal ofis saya.. dahlah balik rumah pun saya bawa balik kerja dari ofis, hujung minggu pun sama, kat blog pun nak tulis juga pasal ofis ke? euww.. cuma satu perkara yang saya sangat gembira, lega & berpuas hati yang berkaitan dengan ofis, iaitu usaha saya dalam merealisasikan target 6S ofis saya.. Er, apakah 6S? Kalau diikutkan, amalan sebenar di semua pejabat kerajaan ialah 5S, tapi di ofis saya ditambah pula 1 lagi elemen 'S' nya.. Boleh google untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai 5S/6S ni ye.. hehe.. yang penting, saya siap tak tidur malam semata² nak lengkapkan documentation bagi 6S ini untuk tujuan Audit Inovasi.. di ofis pun agak stress juga bila sebahagian daripada masa kerja terpaksa diperuntukkan untuk 6S ni.. di waktu kami sibuk dengan outstation untuk audit.. memang risau juga kalau usaha saya ini sia² belaka, & mungkin tak dipandang, tapi bagi saya yang penting saya dah siapkan bahagian saya seperti yang saya janjikan.. alhamdulillah, panel² audit yang datang memeriksa sangat berpuas hati, keseluruhannya suka dan memuji usaha kami semua.. dan yang membuatkan penat dan mengantuk tak tidur semalaman saya hilang serta-merta ialah bila mereka berkata..

very impressive!!..

bagus! cantik, ada inisiative sendiri..!


Alhamdulillah.. Pada saya, tanpa team effort, semua ini tidak akan menjadi.. kan. Masing² bertanggungjawab untuk part masing².. Walaupun kami tidak begitu yakin untuk berada di kalangan yang teratas, sekurangnya saya akan lega sekiranya kami berada di posisi yang agak selesa dalam kedudukan carta 6S nanti.. Allahua'alam.. dan memang target kami untuk naikkan kedudukan kami insyaAllah yang sebelum ini jatuh ke bawah.. yang membuatkan saya geram dan berazam untuk memperbaikinya.. rasa puas atas usaha sendiri memang best, kan.. (macam rasa best bila buat akaun & balance..! hehe)

Hmm tak sangka pulak panjang juga entri ni sudahnya.. cukup setakat ini..

and note to myself: breathe..








☼ setiap pagi, kami berdua pasti mengejar matahari.. untuk pagi ini, cahaya pagi sangat indah, (kaya dengan vitamin D), langit sangat bersih dan kilauan emas terpantul pada permukaan² bangunan.. subhanallah.. sayang kami tinggalkan gear kami di rumah hari ini..

☼ bila pulang nanti, kalau hampir meniti senja, kami tercari² lagi sang mentari.. kadangkala cahayanya menembusi daun² dan membentuk sunrays yang sangat cantik.. Maha Suci Allah yang menciptakan..


Wassalam.






Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009