Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

25 Oct 2012

♥ Kalau Dah Jodoh..

3 ♥ comments

Kita tak pernah tahu siapa jodoh kita sehinggalah tiba saat kita yakin kita dah bersedia untuk terima orang lain dalam hidup kita..  kita mungkin hanya nampak dia, bukan orang lain atau siapa-siapa untuk jadi peneman kita teruskan hidup..

Saya tak pernah terfikir pun saya akan berkahwin dengan kawan baik saya. Hehe. Kenapa entry ini ditulis, kerana bersempena dengan Hari Raya Aildil Adha, selalu mengingatkan saya tentang dia; suami saya.. ;)

Beberapa kawan saya dan kawan suami saya pernah bertanyakan tentang bagaimana saya boleh berkenalan / berjumpa dengan suami.. mungkin kerana beza umur yang agak jauh, 7 tahun bezanya, membuatkan mereka terfikir.. Saya pula selalunya susah nak menceritakan pada kawan-kawan mengenainya..

Selepas SPM, saya sambung pengajian di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Dalam tempoh pengajian, saya biasa menggunakan internet di rumah, dan kadangkala saya perlu membayar bil di Telekom. Suatu hari, saya dan rakan telah ke Telekom untuk membayar bil. Itu kali pertama saya ke Telekom tersebut. Kebetulan saya mengalami sedikit masalah berkenaan internet. Dalam keadaan terpinga-pinga, maklumlah masih kanak-kanak Ribena.. hehe, saya terpandang seorang lelaki yang berpakaian lengkap beruniform. Saya kira itu pasti pekerja Telekom, dengan yakin saya mengandaikan lelaki tersebut ialah technician di situ. 

Saya dengan tersipu-sipu (konon) meminta bantuan lelaki tersebut, dan lelaki tersebut dengan berbesar hatinya membantu saya membawakan bil & dan menguruskan masalah saya. Saya pasti lelaki tersebut memang merupakan salah seorang pekerja. Setelah beberapa minit kami menanti, akhirnya urusan saya pun selesai. Lelaki tersebut datang berjumpa dengan saya dan akhirnya dia membuat pengakuan.. bahawa dia pun pelanggan juga seperti saya, bukan pekerja! Hihi tapi dengan rasa ingin menolong, dia bantu juga saya.. aduh memang malu sungguh rasanya. Saya cuma ucapkan terima kasih tidak terhingga sahaja.. Dalam hati saya berkata, baik hati juga lelaki ni.. :D

Saya teruskan pengajian di UM, hinggalah satu hari, saya menghadiri kenduri kahwin saudara di KL. Tidak disangka, lelaki tersebut turut menghadiri kenduri yang sama & kami bertemu lagi. Saya memang kenal dia sebab rupa fizikalnya yang familiar.. hehe senang nak ingat.. Dia datang menegur saya & kami bercerita mengenai peristiwa di Telekom tersebut.. malu memang malu tapi saya cuma tergelak sahaja.. kali ini dia bagi nombor telefon & emel dia pada saya.. 

Selepas daripada itu saya tak pernah jumpa dia lagi. Cuma saya pernah email padanya & dia pernah hantar e-card pada saya.. zaman tu memang famous dengan e-card especially e-card dari Bluemountain.. hihi.. Jadi kami pernah berbalas email cuma bertanya khabar dan seingat saya dia selalu ceritakan mengenai bakal tunangnya.. Dalam masa yang sama saya berkawan dengan seorang kawan baik lelaki yang tinggal di PD.. kami pun tidaklah selalu berhubung, cuma kadangkala melalui telefon dan emel sahaja.. Jadi dia pun tahu situasi saya yang berkawan dengan kawan di PD, dan saya pun tahu situasi dia yang bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya.. (cewah ayat..)

Pada tahun 2000, saya berpindah mengikut keluarga ke Alor Setar, saya sambung pengajian di sana. Entah bagaimana, hampir 2 tahun sebelum itu saya dah tidak berhubung lagi dengan dia, begitu juga dengan kawan baik di PD. Saya lebih banyak tumpukan masa pada study. Satu hari, hari itu ialah hari sebelum Hari Raya Aidil Adha.. saya tergerak hati untuk buka semua buku-buku nota saya, dan saya terjumpa 1 senarai nombor telefon kawan-kawan lama. Dalam senarai tersebut, ada nombor telefon dia. Entah kenapa nombor dia menarik perhatian saya, walaupun sebelum ini saya tak pernah pun call dia. 

Jadi dengan rasa saspen, saya hantar mesej untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, setelah hampir 2 tahun tanpa berita.. hihi.. Rupanya mesej tersebut dibalas, dia masih guna nombor tersebut & masih kenal saya. Lepas mesej dibalas, dia call saya dan beritahu dia di klinik, hantar mamanya yang demam. Dan selepas dari itu, saya berhubung semula dengan dia, terutamanya melalui emel.. dan dari situ saya dapat tahu dia tiada jodoh dengan tunangnya.. 

Jadi saya dan dia pun berkawan jarak jauh, kerana dia di KL, saya di AS. Saya sibuk dengan pengajian di UUM, dia pula sibuk dengan kerjayanya. Saya tahu dia serius bukan untuk berkawan sahaja, tetapi untuk memperisterikan saya. Saya sendiri pun tak suka untuk berkawan sekadar suka-suka tanpa matlamat kerana hanya membuang masa & sia-sia. Saya masih ingat lagi, dia pernah berkata yang dia mahu saya jadi ibu kepada anak-anaknya nanti. Di situlah saya faham yang dia bukan main-main berkawan dengan saya. 

Dalam pada itu, dia selalu jadi pemberi & pembakar semangat saya masa saya study.. selalu doakan saya bila tiba hari exam.. dia selalu jadi penyokong kuat saya untuk dapatkan result yang baik.. Sampai satu peringkat saya dijemput untuk bertemu dengan mamanya & keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya tibalah juga saat dia mahu datang bersama keluarganya ke rumah saya di KL untuk merisik saya. Saya ingat lagi pada hari itu saya sibuk di kelas, saya tiada di majlis tersebut. Dia cuma kirimkan mms gambar barang-barang merisik yang dibawa. 

 Mms dari dia, 26.12.2004

Saya perlu tunggu cuti semester untuk pulang dan sarungkan sendiri cincin merisik.. hihi. Tarikh bertunang juga telah ditetapkan, tidak lama selepas merisik. Jadi alhamdulillah kami ditunangkan dalam tempoh hampir setahun kerana saya masih di dalam pengajian lagi. 

 Hari pertunangan, 08.05.2005

Di akhir pengajian, saya berbincang dengan dia mengenai perkahwinan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyangka saya bercakap mengenai soal pernikahan. Dan menurut suami, dia pun tak sangka saya akan bincang mengenai perkahwinan, walaupun dia memang dah bersedia dan menanti saya tamatkan pengajian. Pada saya, lebih elok dipercepatkan, saya tak suka berlarutan tanpa ikatan walaupun dengan ikatan pertunangan. Jadi saya fikir sebulan selepas saya tamat sahaja, saya dah berada di KL dan kami dapat jadi pasangan yang halal. Tempoh sebulan tersebut untuk persediaan & masa untuk saya siapkan sendiri hantaran..

Hantaran gubah sendiri je..

Flower arch pun buat sendiri jugakk..

Alhamdulillah, 03.06.2006, kami selamat diijabqabulkan. Tarikh tu juga merupakan tarikh hari jadi mamanya. Mamanya selalu berkata, sayalah hadiah birthdaynya yang paling besar! Hahaha.. 

 Finally.. 03.06.06

Jadi, itulah cerita jodoh saya. Kadang-kadang saya berkata pada suami, saya tak menyangka pun akan berkahwin dengan dia. Itulah yang dinamakan jodoh. Kita tak tahu dengan siapa jodoh kita, kadang dengan yang tidak disangka-sangka. Allahu Ta'ala a'lam. Cuma saya penah mengaku juga pada dia, sepanjang saya berutus beberapa emel pada dia, saya suka juga pada dia dalam diam.. haha. Dushh. Malu. Apapun, saya berdoa moga jodoh saya dengan dia terus kekal hingga ke syurga, ameeeen. Saya doakan pada kawan-kawan untuk bertemu dengan jodoh yang baik, kerana apa yang dikurniakan Allah pada kita semuanya yang terbaik & untuk kebaikan kita, insyaAllah!

Alhamdulillah.. ;)

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua..













21 Dec 2010

♥ Day 7

5 ♥ comments
Day 7

Your dream wedding


Well, let the pictures do the talking. *wink wink*




1


3

4

5

6
7
8

9

10
11

12

13
14

15


My dream-come-true wedding.
There's nothing more I could ask for.
Alhamdulillah.



19 Aug 2010

♥ Nota Buat Diri

5 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Kartun² comel untuk dikongsi bersama..




















What is worse than Death? Imam Ibn Al-Qayyim has said:

"Wasting time is worse than death, because death separates you from this world whereas wasting time separates you from Allah"

In Islam, time is EVERYTHING. How you spend your time determines on how a good (or a bad) Muslim you are.

Another year has passed; minutes move into hours, into days, into weeks, into months, into years - seemingly faster than ever; so are we spending our time wisely?

Time is EXTRA SPECIAL in Ramadhan, for it's a special month and we as Muslims are encouraged to spend the time on doing good deeds that will insyallah help us to Paradise ♥

It's already the ninth day of Ramadhan so make a point to utlize your time VERY wisely!
Instead of sleeping after breaking your fast, go to the mosque and perform tarawikh prayers,
Instead of playing Mafia or Farmville on Facebook, spread good dakwah,
Instead of hanging out with friends, have a Tilawah and read Quran together
Instead of shooting zombies or playing games, make sunnat prayers,
Instead of watching hours of movies, make countless duas,
And so on and so forth.

So before you pick up that PSP this Ramadhan, think about the time you might possibly waste. "Tick tock, tick tock" ~ Brotherhood Arts


Nota Buat Diri: Maanfaatkanlah bulan Ramadhan.. bulan teristimewa berbanding bulan² lain...



13 Jun 2010

♥ Sang Isteri

0 ♥ comments
Assalamualaikum,

Sebuah puisi yang cantik untuk dikongsi bersama..





Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami²,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami²,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org² yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa KEDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI² yg solehah dan SUAMI² yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu BERHARGA…
dan sangat BERHARGA.



3 Jun 2010

♥ Empat Tahun Bersama..

2 ♥ comments
[backdated entry]

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

03 Jun 2010

Sempena ulang tahun perkahwinan
ingin kuimbau seribu kenangan
sebagai bekal menuju ke hadapan
moga hari esok kita lebih baik daripada semalam
dengan memanfaatkan hari ini
...yang dalam genggaman

Walau pernah kita tiba di ribuan persimpangan
tetapi syukur, kita tak pernah hilang satu tujuan
sering juga kita diguris perbezaan
namun kesetiaan kita selalu menyelamatkan
persinggahan demi persinggahan
kita tak pernah kelelahan

Usiamu adalah sungai kasihku
setia dan kasihmu adalah sumur juangku
aku tidak akan kalah
kerana kau sentiasa bersama
kau tidak akan rebah
kerana aku sentiasa di situ
di hatimu! ♥








18 May 2010

♥ His Birthday..

0 ♥ comments
[Backdated entry]

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

18 Mei 2010

To the guy who knows me like a book and somehow eats the things I cook, who puts up with my every whim & makes up when I'm mad at him..who sees me when I'm not a beauty, the guy who helps with household duty, and when our budget's out of whack, he somehow gets us back on track.. the one I depend on, whatever the weather! My helper, my partner, my wisest adviser, my companion, my lifetime supriser.. a handsome beau, a stand-up comic, a sporting pro, a fixer-upper, a hero too.. and loved like crazy by you-know-who! ;) and yes, when we took the plunge, glad we took it together! :) ...happy birthday my l♥ve... may Allah be with you, always.

Specially for him, with love..

KL - Sg.Petani - Kuala Perlis - Feringghi, Penang - KL


Kau lampu suluhku
di malam kelam
kau redup teduhku
di panas membahang
sewaktu-waktu aku
tinggal keseorangan
kau tegak setia menjadi teman

terlalu untuk kuucapkan segala
kerna makna cinta itu luas saujana
dan hari²ku akan terus berlagu setia
kerana kau berada di sini
di hati sentiasa!

suamiku
sekilas kupandang ke belakang
bagai terlukis jutaan batu
satu perjalanan
suka duka tangis ria
adalah hakmilik kita
selamanya

kucari dirimu kini
kau masih yang dulu² juga
setia, tegur, manis dan pahitmu
adalah suria yang menyinar
hari²ku

ingin ku putar kembali jarum kenangan
namun tak kesampaian
tetapi tak mengapa
kerana kau sentiasa di sini
di sisiku! ♥


24 Jan 2010

♥ Love + Hate = Hlovate

17 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Buat pertama kalinya untuk tahun 2010 ini, saya menulis entry. Hehe. Januari pun dah nak sampai ke penghujungnya, saya baru berpeluang untuk menulis? Banyak je idea & cerita yang nak ditulis tapiii.. macam² halangan jugalah. Biasalah. Menulis ikut mood memang begini laa jadinya.

Awal tahun sememangnya sibuk. Terutamanya kerja. Sebab perancangan dah dibuat, dateline menanti, ditambah lagi dengan kerja² sampingan. Belum masuk bab rumahtangga, dapur, famili & aktiviti² riadah lain. Huhu. Banyak perkara juga yang terjadi seawal 2010 ni. Masam manis pahit kelat, semuanya ada. Rasa macam nak diceritakan semuanya kat sini, tapi mampu ke? Mampu ke nak menaip & sanggup ke nak membaca? Hehe. Kita pergi one by one yang termampu la ye.

Kebelakangan ini, saya banyak habiskan masa terluang dengan novel. Novel? Uhh bukan saya la kalau minat nak membaca novel romantik atau novel cinta. Yang ini lain. Hlovate. Pernah dengar, kan? Penulis novel misteri yang saya kagumi. Saya suka sangatlah dengan karya Cik Hlovate ni. Menarik. Islamik. Comel. Ringan. Selamba. Popcorn novel. Mula² saya nampak novel ni kat MPH Alamanda, English title, hmm nampak biasa² aja, dan tak terbeli pun. Lepas tu saya try google [biasa la, saya kan pengoogle setia setiap masa], saya cuba baca blogdrive dia. Hmm. Not bad. Tapi ceritanya tak penuh, saya tak puas hati.

Singgah di MPH, saya terus beli 2 buah novel dia - Tunas dan Rooftop Rant.. lepas tu teringin nak baca lagi, saya ke MPH lagi, sambar 5 Tahun 5 Bulan dan Aa+Bb pulak.. owh sangat berkhasiat dan menenangkan minda bila membaca karya dia ni.. ada lagi 2 cerita dia yang belum saya baca, jadinya bila ke Midvalley lagi [macam dah jadi weekly agenda lak gi situ], mesti singgah ke MPH, kebetulan hubby pun hobinya beli buku especially buku untuk rujukan fotografi, jadi saya pun sambarlah Gurindam Jiwa - Schubert's Serenade, Pelangi - Ked's Story.. oh dah lengkap koleksi Hlovate.. saya cuba juga beli novel penulis lain, saja nak uji, manalah tau mungkin saya je yang sceptical kat karya² penulis lain.. jadi saya pun beli juga 2 buah novel lain - Jaja & Din (Noor Suraya) dan Relevenkan Aku Di Hatimu - R.A.D.H.A (Rnyssa).

Betul lah. Lain penulis, lain pendekatannya, lain gaya bahasanya. Saya lebih suka Hlovate! Walaupun kebanyakan novelnya berkisar zaman remaja - zaman belajar, tapi caranya mengolah ayat & flow nya yg smooth dan bersahaja, dah cukup untuk buatkan saya berpuas hati. Betul, dah berapa belas tahun saya tinggalkan dunia bacaan fiksyen, tapi Hlovate membuka hati saya untuk membaca kembali.. Dan baru saya sedar, dalam masa sebulan, saya dah beli 8 buah novel! Huhu tak pernah la pulak saya jadi macam ni.




[ Gambar koleksi novel Hlovate diambil dari sini.. Tak sempat nak shoot sendiri, 3 buah dah di dalam tangan kakak saya.. tapi buku² novel saya, saya balut dengan plastic wrapper ye.. selagi tak balut, saya takkan baca atau pinjamkan kepada sesiapa.. hehe ]



Sekarang ni saya tengah menanti novel terbaru Hlovate yang dijangka akan keluar tak lama lagi kot - Versus. Tulisannya membuatkan saya rasa nak membaca lagi dan lagi. Novel Aa+Bb setebal ± 500 muka tu pun saya habiskan dalam masa sehari. Saya suka bila novel tu ada unsur² yang Islamik. Novel Jaja & Din dan R.A.D.H.A pun berunsur Islamik juga. Sebab bila membaca karya² macam ni, saya tak membaca cerita semata².. banyak yang menyedarkan saya, ingatkan saya kembali pada perkara² yang mungkin saya lupa & alpa. Allahua'alam. Dalam kesemua karya Hlovate, saya paling suka Aa+Bb ~ mungkin sebab ceritanya berkisar kehidupan rumahtangga kot. Novel Rooftop Rant pun best gak. Alaaa semua novel dia best, pada pendapat saya laa. Hehe. Maka saya syorkan anda semua membacanya..

Hlovate juga telah mendorong saya untuk membaca tulisan Harun Yahya. InsyaAllah, lepas ni bila ke MPH lagi, akan saya cari juga. Terima kasih Cik Hlovate, anda seorang doktor [rasanya dah jadi doktor kot skang ni?] yang berbakat. Ramai juga kawan saya yang berada di jurusan kedoktoran, berbakat besar dalam menulis. Antaranya Dr. Sarah [Angah Sarah] dan Dr.-to-be Arina.. hehe dan Dr.-to-be Nuhara.. Agak² kakak & abg ipar saya berbakat jugak kot dalam berkarya? Hmm Allahua'lamm..

Cukuplah tentang novel. Nak cerita yang lain juga. Mengenai tekanan darah saya yang naik disebabkan stress beberapa minggu lalu. Minggu lepas, saya agak bertambah stress jugalah, dengan kerja dan peristiwa di'warning' secara tak profesional oleh seorang pegawai.. -ada diceritakan di sini juga. Malas nak saya ceritakan di sini, tapi yang masih terngiang di telinga saya ialah kata²nya dengan nada yang tak menarik langsung untuk didengar :
"awak tolong tengok staff awak sikit ye, jangan cakap yang macam tu.. bla bla.."

dan yang tak tahan tu amaran dia yang berkali² dia sebut :

"jangan bagi staff awak tulis dalam laporan yang kami tak bagi maklumat.. kami dah cukup banyak kena marah dan kena tegur dengan CEO pasal ni semua.. bla bla bla bla.."



Eh, hello assalamualaikum, salah kami jugak ke bila mereka kena tegur oleh CEO disebabkan kualiti kerja mereka teruk?? Dah la menyerang staff saya - sangat³ tak profesional okey, kebetulan saya ada, boss saya takde pada waktu kejadian, saya pun cuba juga backing staff saya walaupun dengan nada yang tenang. Geram jugakla saya. Oh, staff dia kaki mengadu, ye? Terima kasihlah. Cukup untuk buatkan darah saya mendidih. Tapi, Jumaat lepas, ada pemeriksaan kesihatan di ofis, tekanan darah saya rendah betul. Pulak dah. Mungkin sebab sekarang amalkan minum jus daun belimbing pahit tu kot. Baguslah kalau rendah. Saya taknak naik tekanan darah; saya nak naik gaji..! haha. Kadar kolestrol saya rendah dan glukos saya normal, alhamdulillah tapi BMI saya huhu memanglah, tak normal.. hihi.

Rasanya cukuplah dulu kot. Sememangnya ada banyak lagi yang nak diceritakan. Simpan untuk entry seterusnya, insyaAllah. Lagi pun saya kena offline dulu, saya perlu siapkan kerja ofis - di hujung minggu yang tenang ni. Jumpa lagi nanti. Terima kasih membaca tulisan berjela ini ye.

✿ܓ changes could be good..

✿ܓ words can kill you, slowly..

✿ܓ saya makin sarkastik sekarang? ya Allah.. lembutkan hati ini..

✿ܓ saya ada lukis kartun yang agak.. sarkastik jugalah.. hehe.. untuk pertandingan di ofis saya.. nanti saya tunjukkan ye!






Wassalam.



25 Dec 2009

♥ Bila Rasa Lega..

6 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


[pictures taken by myself long² time ago..its actually my mini fountain & the colourful artificial stones were added to reflect the LED. I love it. Sooo soothing..]

Alhamdulillah. Terdaya juga akhirnya untuk menaip entri. Sungguh. Hari ini betul² lega. Sangat² lega. Sebab inilah cuti yang sebenarnya cuti. Dah 3 minggu berturut² saya bawa balik segala kerja di pejabat yang tertangguh, untuk disambung di rumah, hujung minggu. Macamlah siap segala, kan. Tapi sekurang²nya bersentuh la jugak kerja² tu. Walaupun selalunya malam Ahad baru saya kelam-kabut mengadap laptop & kerja² tu. Sudahnya pukul 3 pagi saya baru nak tidur. Pukul 5.30 pagi dah bergegas bangun & bersiap ke pejabat. Memang huru-hara. Sampai demam lagi.

Kesian hubby saya. Dia yang memahami. Mungkin silap saya juga. Tak berusaha bersungguh di pejabat untuk siapkan. Asyik rasa berat bila tiba weekend, dalam fikiran saya berlegar pasal kerja. Pasal report. Huhu. Itulah sebabnya kot, saya tak selera nak update blog, bila memikir haish sempat pulak nak update blog, kerja & report tak siap lagi! Tapi alhamdulillah, selesai juga minggu lepas, walaupun masih ada 1 lagi report yang terpaksa dibuat minor amendment ~ demanding habis kali ini.. Jadi hari ini dapatlah saya update blog ni tanpa rasa bersalah..

Sepanjang 2 minggu lepas, bermacam² perasaan melanda.. seiring dengan bermacam² perkara yang berlaku. Teringin nak diceritakan semuanya, tapi saya tak pasti yang mana 1 harus dimula.. Bermula dengan majlis berkhatan 5 orang anak saudara di rumah, suasana yang seronok dengan sanak-saudara & hall depan bilik saya yang dijadikan wad eksklusif buat kelima² mereka.. Di pejabat, dateline yang menanti, saya pula terpaksa ke seminar 2 hari, dan desakan² emosi, huhu.. macam² lah..

Agak stress dalam minggu² kebelakangan, lengkap dengan saya demam, dan melalui pemeriksaan doktor, saya bagai mengalami tekanan. Tekanan darah saya naik ~ mengejut saya kira, tak pernah² pun sebelum ni rekod saya sebegini. Pernah tekanan darah saya naik sedikit - masa mengandung 2 tahun lepas. Degupan jantung juga agak laju, saya fikir saya tengah di dalam state yang menekankan. Kebanyakan punca mungkin dari pejabat. Walaupun sebenarnya dalam kebanyakan masa saya nampak [nampak je la..] tenang & tersenyum.. huhu. Atau mungkin graf kesihatan saya sememangnya makin merudum. Dan ada beberapa situasi yang membuatkan saya geram, sampaikan saya terdaya nak menulis 'menyampah...' di wall post Facebook. Tapi rasanya saya senang nak heal. Bila emosi saya demam. InsyaAllah. Dan hari ini saya rasa dah sembuh segala. Alhamdulillah. Let bygones be bygones..

Lajunya masa berlari, dah hampir penghujung 2009. Rasanya banyak juga yang terjadi tahun ini. Tak sangka juga dah setahun lebih saya bekerja di pejabat tu. Pelbagai sketsa & drama saya tempuh. Moga Allah bantu saya untuk terus menempuhnya, InsyaAllah. Minggu lepas juga, ada perjumpaan keluarga di rumah. Semua, termasuk ipar², ada amanat dari baba untuk semua. Syahdunya bila teringat. Sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dan baba telah menghadiahkan kepada kami semua dengan sesuatu. Tapi pada saya, ingatan & kasih sayang yang baba mama berikan lebih besar, jauh lebih besar & tak ternilaikan.

Selepas perjumpaan, baba buat keputusan untuk benarkan Loqman ke Australia.. Mungkin itu yang Loqman tunggu. Saya pun gembira bagi pihak dia. Perbincangan untuk berpindah, telah diumumkan. Sedih juga. Sedih untuk tinggalkan rumah ini. Dari 1989 hinggalah kini, tak ada yang manis & selesa melainkan di rumah sendiri. Home sweet home. Akan saya pastikan gambar rumah ini diambil di setiap sudut. Berpindah demi kebaikan. Dan sebenarnya kerana tuntutan pembangunan. Kawasan di sini akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk pembangunan. Bandar Ilmu. Berbetulan dengan pejabat saya yang bakal dipindahkan ke Cyberjaya. Molek la tu. Memang dah dekat dah. Cuma sekarang kenalah gandakan usaha. Kumpul duit dengan lebih gigih lagi untuk tegakkan tiang rumah sendiri. Hee.

InsyaAllah, bermula tahun depan, hubby saya akan serius dengan 'sesuatu'. Sesuatu yang saya sendiri pun minat. Harapnya menjadi. Dan sebagai pelaburan masa depan & masa tua kami. Allahua'lam. Perjalanan masih jauh. Tapi alhamdulillah. 3 tahun sudah. Bersama dia. Moga terus bersama dia hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Banyak benda baru saya belajar dari dia. Yang paling saya suka, dia sentiasa jadi guru saya dalam melawan inferiority-complex sydrome. Apa kebendanya tu? Hehe. Dia juga juga banyak bagi pengalaman baru. Contohnya, cuba menu baru. Masakan baru. Makanan baru. Berjalan ke tempat² baru. Dan dia juga tak pernah penat mengajar & berpesan untuk sabar & kawal emosi. Dia semangat saya. My wonderwall. Apa pun, sekarang ini bahagia, dengan status : kid-less couple. Moga diperkenankan-Nya jua, nanti, amin.

Berbalik pada cerita di pejabat.. saya rasa senang bekerja dengan mereka di department saya.. mereka memahami, apa yang dirasa. Sebab mereka pun sama merasakan bebannya. Beban? Dateline & demand. Cuma saya agak terkilan, bila 1 report yang saya tungkus -lumus berjaga hingga ke 3 pagi semata² nak siapkan, ditangguhkan dulu submissionnya. Tangguh hingga ke tahun depan. Hmm. Kenapalah saya tak diberitahu awal². Tak perlulah saya berjaga hingga demam.

Tak mengapalah. Semua ni cabaran. Biasalah, kerja. Kerja kan menuntut pengorbanan. Dan pengajaran utama buat saya : cukup² lah dengan last minute effort. Hehe. Okey, last minute effort pun sebab saya tahu capability saya. Sebab tahu saya dapat hit the target even by last minute effort. Itu yang jadi puncanya. Haish. Tapi kalau saya buat dengan sebaik mungkin & elakkan last minute, mungkin akan capai lebih daripada apa yang ditarget, kan. Pengajaran lain : hati² dalam memberi. Saya mungkin tak perlu jadi terlalu pemurah sangat untuk memberi. Ye, sifat pemurah tu sangat mulia. Tak perlu diharapkan balasan, kan. Tapi terkadang pemurah tu buatkan saya sakit. Terutamanya sakit di dalam. Jadi ada baiknya juga saya jauhkan. Huhu. Apa² je lah.

Bahagia kan kalau dapat menulis macam ni selalu. Luahkan yang terbuku di minda & di hati. Seronok tengok kawan yang menulis hampir setiap hari. Kenapalah bagi saya, 24 jam tu tak cukup. Atau saya yang tak pandai menyusun, kan. InsyaAllah saya akan terus di sini. Selagi mampu. Allahua'lam. Saya baru tambah link di blogroll ~ link kawan² baru. Google Reader dah menjadi peneman setia saya setiap hari. Saya nak buat nota kaki macam kebanyakan blogger buat tu, boleh? Nampak macam menarik juga, kan.




✿ܓ baru lepas minum secawan penuh jus daun belimbing yang pahit - turunkan tekanan darah.. huhu
✿ܓ maka jadilah saya the one & only anak manja(!) mama - baba graduated in Malaysia..
✿ܓ saya terpotong - terhiris jari manis saya, dalam juga lukanya.. kaffarah dosa, mungkin? [boleh buat modal untuk next entry ni.. hehe]
✿ܓ saya nak beli lagi karya Hlovate - novel²nya yang buat saya jatuh cinta pada diri sendiri lagi. Hehe. Siap jadi penyiasat, siapa Hlovate yang sebenar tuu.. dan rasanya saya dah jumpa. Dah tahu kot. Rahsia.
✿ܓ Saya buat mini / pet purse comel. Nak tengok? Tunggu next entry ye.. insyaAllah.



Wassalam.


20 Oct 2009

♥ Alhamdulillah

3 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim..

Ni entry yang backdated sebenarnya. Ada yang bertanya, mana birthday entry? hehe.. Kesibukan membataskan.. tak sempat nak menulis apa pun melainkan menulis report sahaja sekarang ini.. hehe.. harap maaf lah ye ini entri berkenaan birthday saya yang lalu.. dah lepas pun, 30 September 2009.. alhamdulillah.. rasanya tak perlulah kot diceritakan secara detail, ini pun saya curi masa lunch untuk menulis.. yang penting harijadi kali ini cukup bermakna.. dengan kiriman sms sejak dari jam 12.00 malamnya [salah seorang kakak saya dah kirim seminggu awal lagi..hehe], ucapan selamat dari keluarga, kawan² sepejabat, kawan² lama, kawan² facebook & plurk, panggilan² telefon ucap selamat, sambutan kecil²an di department saya dan birthday dinner dengan hubby pada malamnya.. cukup indah, terima kasih ya Allah, kerana terus-terusan menambahkan nikmat umur & rezeki.. terima kasih juga ya Allah kerana menghadiahi mereka yang sentiasa berada di sisi, teman² yang terbaik & manis semuanya..



[moist chocolate cake + chicken cornish]


[nyum nyum..]


[team terbaekk.. mekaseh!]


[dinner @ Taman Sari Brasserie, Hotel Istana]

Tahun ini adalah tahun yang paling banyak saya dihujani dengan ucapan² harijadi. Terima kasih buat semua yang mengingati. Terima kasih atas ucapan selamat dan doa kalian. Moga Allah memberkati semuanya.. amin.


27 Sept 2009

♥ Sejuta Apresiasi

5 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


Entri ini sempena hari jadi baba (panggilan kami sekeluarga untuk ayah).. Saya mahu buatkan satu entri khas tentang baba sahaja. Tetapi, idea itu masih beku dan tidak mahu keluar. Jadi, entri ini saja lah yang terfikir di cepu minda kala ini..

24 September 2009

Kini..
umur baba genap 65 tahun
Subhanallah..
susuk yang masih nampak gagah..(menurutku..)
mungkin begitu juga penilaian siapa yang mengenalinya..

Baba..
baba di mataku..
susuk luarbiasa yang sederhana..
soleh, bijak, baik hati, rajin bekerja,
suka membuat kejutan tetapi tenang, tegas,
inspirasiku dalam ilmu,
ramai pelajar meminatinya.. ramai bekas pelajar masih mengenalinya..
ramai pekerjanya yang menyayanginya..
menyayangi kesemua cucu²nya..
cukup kuat menjaga amalan pantangnya..
masakan dia masih segak bergaya..
aku dapat rasakan, bukan aku malah juga mereka yang lain
aura yang terjana
bila mana baba berkata²
bila mana baba berdiri di hadapan
seri wajahnya.. segar kata²nya..
hasil dari
istiqamah..

Baba..
aku sangat dekat dengan susuk baba..
paling rapat sedari umurku 2 tahun..
baba yang menguruskan makan pakaiku..
lantaran mama sibuk dengan adik yang masih kecil..

baba..
terima kasih untuk kesediaan baba menghantar jemput..
saat dari tadika.. sekolah rendah.. menengah.. diploma.. hinggalah ke universiti..
dan kini walau telah bekerja & bersuami, baba tetap ada
disaat aku memerlukan.. saat aku perlu dijemput..
baba tak pernah mengeluh..
Allahuakbar!

Baba..
wang baba sudah banyak dihabiskan..
dengan apa aku harus membalasnya..
aku selalu dipelawa baba untuk terima wangnya..
walaupun aku tak pernah memintanya!
oh baba.. selalu membelikan aku hadiah bila² dirasakannya perlu..
buku² bersusun di lemari, semuanya hadiah dari baba!
terima kasih baba, kerana baba lah aku menjadi pencinta buku & ilmu..
walaupun kini aku sibuk dengan kerja,
namun masih tetap menyimpan harapan untuk sama seperti mu,
menggenggam phD! insyaAllah..
dan mungkin akan ku turuti jejak langkah awalmu, sebagai pensyarah..
doa mu baba, amat ku harapkan..

Baba..
masih ku ingat.. kata² dalam ucapanmu di depan khalayak dewan,
betapa sejuknya perut ibu bapa,
bila mana anaknya berjaya & dapat membanggakan!
kala itu meremang romaku, aku tekad untuk mengejar anugerah itu..!
alhamdulillah, pingat perak sultan itu ku renggut, untuk baba dan mama..
dan aku harap tidak banyak-sedikit; ia telah dapat menyejukkanmu..

Baba..
masih ku ingat.. getaran suaramu melafazkan istighfar dan syahadah..
sejurus sebelum aku dilepaskan - diaqadkan
dengan restumu tiga tahun yang lalu..
syahdu alunanmu, menggetarkan hatiku,
tidak dapat tertahankan..
berderai airmataku..

Baba..
kumis dan rambutmu kini sudah beruban..
tapi baba tetap lelaki yang paling tampan pernah ditemui,
dan paling tampan di kalangan sahabat seusiamu..
awet muda sungguh!
baba tetap baik hati pada semua..
semua orang merasakan itu, baba..
kerana kebaikan baba..

Baba..
begitu banyak dosaku pada mu..
begitu banyak aku mengecewakanmu..
tapi tak membuat kau lelah untuk terus
berjuang untuk ku..

Baba..
aku menyayangimu kerana Allah,
aku menghormatimu kerana Allah,
aku menyanjungimu kerana Allah,
aku sangat perlukanmu..

Baba..
tiada orang yang dapat menggantikan tempatmu dihatiku,
tiada insan yang memahamiku melebihimu,
tiada orang yang sanggup melayan karenahku melainkanmu,
tiada insan yang menyayangiku melebihi kasih sayangmu..

Lalu apakah hadiah terindah musim ini?
tiada lain mampu ku balasi, selain doa untuk baba - juga mama: kalian berdua, setiap hari..
kalam suci surah Luqman; 14 dan al-Isra'; 24 untuk direnungi..

Baba..
terima kasih permata hati, sejuta apresiasi di hari jadi..
selamat hari lahir ya baba..

Baba..
smoga umur baba berkah..
murah rezeki..
(keluarga kita selalu dilimpahi rezeki, berkat nama baba yg membawa makna rezeqi & nama mama yg bermakna rahmah..alhamdulillah..)
diberi nikmat kesihatan yg baik..
disayang Allah selamanya..
dan terus menebar manfaat..

terakhir..
perjalanan ini masih panjang..
ku selalu berdoa..
semoga Allah mengizinkanku untuk terus
menemani dan ditemani baba meniti jalan panjang itu..
sampai usai dan sekeliling kita pun bahagia
dengan perjuangan kita meniti perjalanan itu..
dan sesungguhnya, tidak dapat kubayangkan,
jika baba tiada dalam hidupku ini..

Selamat hari lahir baba,
moga terus-terusan nikmat umur lagi..
amin..






Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009