Kita tak pernah tahu siapa jodoh kita sehinggalah tiba saat kita yakin kita dah bersedia untuk terima orang lain dalam hidup kita.. kita mungkin hanya nampak dia, bukan orang lain atau siapa-siapa untuk jadi peneman kita teruskan hidup..
Saya tak pernah terfikir pun saya akan berkahwin dengan kawan baik saya. Hehe. Kenapa entry ini ditulis, kerana bersempena dengan Hari Raya Aildil Adha, selalu mengingatkan saya tentang dia; suami saya.. ;)
Beberapa kawan saya dan kawan suami saya pernah bertanyakan tentang bagaimana saya boleh berkenalan / berjumpa dengan suami.. mungkin kerana beza umur yang agak jauh, 7 tahun bezanya, membuatkan mereka terfikir.. Saya pula selalunya susah nak menceritakan pada kawan-kawan mengenainya..
Selepas SPM, saya sambung pengajian di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Dalam tempoh pengajian, saya biasa menggunakan internet di rumah, dan kadangkala saya perlu membayar bil di Telekom. Suatu hari, saya dan rakan telah ke Telekom untuk membayar bil. Itu kali pertama saya ke Telekom tersebut. Kebetulan saya mengalami sedikit masalah berkenaan internet. Dalam keadaan terpinga-pinga, maklumlah masih kanak-kanak Ribena.. hehe, saya terpandang seorang lelaki yang berpakaian lengkap beruniform. Saya kira itu pasti pekerja Telekom, dengan yakin saya mengandaikan lelaki tersebut ialah technician di situ.
Saya dengan tersipu-sipu (konon) meminta bantuan lelaki tersebut, dan lelaki tersebut dengan berbesar hatinya membantu saya membawakan bil & dan menguruskan masalah saya. Saya pasti lelaki tersebut memang merupakan salah seorang pekerja. Setelah beberapa minit kami menanti, akhirnya urusan saya pun selesai. Lelaki tersebut datang berjumpa dengan saya dan akhirnya dia membuat pengakuan.. bahawa dia pun pelanggan juga seperti saya, bukan pekerja! Hihi tapi dengan rasa ingin menolong, dia bantu juga saya.. aduh memang malu sungguh rasanya. Saya cuma ucapkan terima kasih tidak terhingga sahaja.. Dalam hati saya berkata, baik hati juga lelaki ni.. :D
Saya teruskan pengajian di UM, hinggalah satu hari, saya menghadiri kenduri kahwin saudara di KL. Tidak disangka, lelaki tersebut turut menghadiri kenduri yang sama & kami bertemu lagi. Saya memang kenal dia sebab rupa fizikalnya yang familiar.. hehe senang nak ingat.. Dia datang menegur saya & kami bercerita mengenai peristiwa di Telekom tersebut.. malu memang malu tapi saya cuma tergelak sahaja.. kali ini dia bagi nombor telefon & emel dia pada saya..
Selepas daripada itu saya tak pernah jumpa dia lagi. Cuma saya pernah email padanya & dia pernah hantar e-card pada saya.. zaman tu memang famous dengan e-card especially e-card dari Bluemountain.. hihi.. Jadi kami pernah berbalas email cuma bertanya khabar dan seingat saya dia selalu ceritakan mengenai bakal tunangnya.. Dalam masa yang sama saya berkawan dengan seorang kawan baik lelaki yang tinggal di PD.. kami pun tidaklah selalu berhubung, cuma kadangkala melalui telefon dan emel sahaja.. Jadi dia pun tahu situasi saya yang berkawan dengan kawan di PD, dan saya pun tahu situasi dia yang bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya.. (cewah ayat..)
Pada tahun 2000, saya berpindah mengikut keluarga ke Alor Setar, saya sambung pengajian di sana. Entah bagaimana, hampir 2 tahun sebelum itu saya dah tidak berhubung lagi dengan dia, begitu juga dengan kawan baik di PD. Saya lebih banyak tumpukan masa pada study. Satu hari, hari itu ialah hari sebelum Hari Raya Aidil Adha.. saya tergerak hati untuk buka semua buku-buku nota saya, dan saya terjumpa 1 senarai nombor telefon kawan-kawan lama. Dalam senarai tersebut, ada nombor telefon dia. Entah kenapa nombor dia menarik perhatian saya, walaupun sebelum ini saya tak pernah pun call dia.
Jadi dengan rasa saspen, saya hantar mesej untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, setelah hampir 2 tahun tanpa berita.. hihi.. Rupanya mesej tersebut dibalas, dia masih guna nombor tersebut & masih kenal saya. Lepas mesej dibalas, dia call saya dan beritahu dia di klinik, hantar mamanya yang demam. Dan selepas dari itu, saya berhubung semula dengan dia, terutamanya melalui emel.. dan dari situ saya dapat tahu dia tiada jodoh dengan tunangnya..
Jadi saya dan dia pun berkawan jarak jauh, kerana dia di KL, saya di AS. Saya sibuk dengan pengajian di UUM, dia pula sibuk dengan kerjayanya. Saya tahu dia serius bukan untuk berkawan sahaja, tetapi untuk memperisterikan saya. Saya sendiri pun tak suka untuk berkawan sekadar suka-suka tanpa matlamat kerana hanya membuang masa & sia-sia. Saya masih ingat lagi, dia pernah berkata yang dia mahu saya jadi ibu kepada anak-anaknya nanti. Di situlah saya faham yang dia bukan main-main berkawan dengan saya.
Dalam pada itu, dia selalu jadi pemberi & pembakar semangat saya masa saya study.. selalu doakan saya bila tiba hari exam.. dia selalu jadi penyokong kuat saya untuk dapatkan result yang baik.. Sampai satu peringkat saya dijemput untuk bertemu dengan mamanya & keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya tibalah juga saat dia mahu datang bersama keluarganya ke rumah saya di KL untuk merisik saya. Saya ingat lagi pada hari itu saya sibuk di kelas, saya tiada di majlis tersebut. Dia cuma kirimkan mms gambar barang-barang merisik yang dibawa.
Mms dari dia, 26.12.2004
Saya perlu tunggu cuti semester untuk pulang dan sarungkan sendiri cincin merisik.. hihi. Tarikh bertunang juga telah ditetapkan, tidak lama selepas merisik. Jadi alhamdulillah kami ditunangkan dalam tempoh hampir setahun kerana saya masih di dalam pengajian lagi.
Hari pertunangan, 08.05.2005
Di akhir pengajian, saya berbincang dengan dia mengenai perkahwinan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyangka saya bercakap mengenai soal pernikahan. Dan menurut suami, dia pun tak sangka saya akan bincang mengenai perkahwinan, walaupun dia memang dah bersedia dan menanti saya tamatkan pengajian. Pada saya, lebih elok dipercepatkan, saya tak suka berlarutan tanpa ikatan walaupun dengan ikatan pertunangan. Jadi saya fikir sebulan selepas saya tamat sahaja, saya dah berada di KL dan kami dapat jadi pasangan yang halal. Tempoh sebulan tersebut untuk persediaan & masa untuk saya siapkan sendiri hantaran..
Hantaran gubah sendiri je..
Flower arch pun buat sendiri jugakk..
Alhamdulillah, 03.06.2006, kami selamat diijabqabulkan. Tarikh tu juga merupakan tarikh hari jadi mamanya. Mamanya selalu berkata, sayalah hadiah birthdaynya yang paling besar! Hahaha..
Finally.. 03.06.06
Jadi, itulah cerita jodoh saya. Kadang-kadang saya berkata pada suami, saya tak menyangka pun akan berkahwin dengan dia. Itulah yang dinamakan jodoh. Kita tak tahu dengan siapa jodoh kita, kadang dengan yang tidak disangka-sangka. Allahu Ta'ala a'lam. Cuma saya penah mengaku juga pada dia, sepanjang saya berutus beberapa emel pada dia, saya suka juga pada dia dalam diam.. haha. Dushh. Malu. Apapun, saya berdoa moga jodoh saya dengan dia terus kekal hingga ke syurga, ameeeen. Saya doakan pada kawan-kawan untuk bertemu dengan jodoh yang baik, kerana apa yang dikurniakan Allah pada kita semuanya yang terbaik & untuk kebaikan kita, insyaAllah!
Alhamdulillah.. ;)
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.. ♥
3 ♥ comments:
Berkali-kali dah baca! Seronok sgt.........
sukanya baca :) :) :)
alahai sweetnya kak izz... :)
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥