27 Sep 2010

♥ Tulis Di Hati

0 ♥ comments


Sebetulnya terlalu melimpah perkara² kehidupan yang menyeberangi sinaps fikiran, tapi tidak tertuliskan di mana².. Mungkin tertulis, tapi cuma di hati. Tapi wallahua'alam, usah terlalu berani bicara soal hati, kerana hati itu adalah rahsia Allah, kan. Siapalah kita untuk menghukumi diri kita mahu pun diri sesiapa pun, apatah lagi mahu menghakimi hati - baik hati sendiri mahu pun hati sesiapa pun.

25 Sep 2010

♥ 66 Tahun

0 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Genap 66 tahun pun umur baba kesayangan saya. Kebetulan baba jemput kariah masjid tempat dia mengajar kuliah subuh untuk datang beraya ke rumah. Jemputan  dalam 100 orang, meriah juga. Dalam sibuk² saya mengemas, sempat juga saya buatkan kek coklat saiz besar khas untuk hari lahir baba. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Sempena hari lahir baba, untuk entry kali ini nak letak banyak² gambar baba.. inspirasi saya selama ini. :)

Baba & Mama, Eid Mubarak 2010 ~ sangat suka gambar yang ini..
Dah 66 pun Baba saya..
Sentiasa segak.. kan.. hehe
Baba dengan kawan² Arab nya..
Baba & buah hatinya.. :)

Selamat Hari Lahir buat Baba [24|09|1944]. Semoga terus dianugerahkan sihat tubuh dan jiwa, umur yang panjang, disirami iman dan dihujani takwa sepanjang musim kehidupan. Amin..



5 Sep 2010

♥ Fairytale

0 ♥ comments


I don't want a fairytale story,
I'd rather write my own.
Take it one at a time 
and 
savor the delicate joy of satisfaction 
for every single minute that passes..





Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009