Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

11 Sept 2013

Merasa Terasa

8 ♥ comments
Setelah beberapa minggu, baru terasa nak menulis & luah di sini. Setelah aku rasa dah sedikit lega & boleh menulis dengan tenang. Betul, 2-3 minggu kebelakangan ini, memang aku terasa. Kecil hati & rasa tercucuk sampai ke dalam. Rasa disiat². Selama 7 tahun ini, tak pernah aku rasa sedih begini. Selama 7 tahun ini aku redha, sabar & tak pedulikan sangat apa kata² atau soalan² orang yang menyentuh tentang anak. Aku sangat positif & redha sebab aku tahu aku dah lalui pun & pernah merasai pun punya anak walaupun untuk beberapa bulan cuma. Cuma rezeki aku Allah pinjamkan sekejap sahaja. Ya, sebagai seorang perempuan yang pernah mempunyai anak & anak itu pula yang dibawa pergi, bohonglah kalau aku nak kata yang aku tak kisah dan tak fikir tentang anak. Setiap kali lepas solat itulah doa & harapan aku rintihkan depan Dia. Aku tau, dan aku tak kisah pun kalau beribu² orang bertanyakan aku tentang anak, tentang masalah mendapatkan anak, tentang usaha² yg kami buat untuk dapatkan anak, sebab aku tahu mereka semua tu sangat concern pasal aku berdua, especially mereka² yang dah beranak-pinak. Aku tau, tujuan mereka tak lain tak bukan hanyalah nak kami berdua merasai kegembiraan ada anak sama seperti yang mereka rasai. Kan?

Aku tak pernah terasa langsung bila kawan² atau saudara-mara bertanyakan hal anak. Tapi. kalau kata² seorang perempuan yang bangga mempunyai anak ramai itu merendah²kan status aku yang belum berzuriat ini, memang buatkan aku pedih sampai ke ulu hati. Disebabkan suamiku boss, suamiku yang buat keputusan untuk suaminya samada boleh bercuti atau tidak, dia dengan tergamaknya meluahkan perkataan yang bagi aku sangat kejam. Kejam untuk perempuan yang tak bernasib baik macam aku. Kejam untuk pasangan² yang senasib dengan kami. Disebabkan tak dapat penuhi permintaan dia, terus menuduh suamiku tak sanggup berkorban kepada mereka yang mempunyai anak, ditambah pula dengan ayat PATUTLAH TAK PERNAH DIBERI PELUANG UNTUK MERASA (ada anak).. Berderau darah aku bila baca ayat ni. Perkataan pertama yang ku terfikir ialah: KEJAM! Sangat kejam. Sebak rasa di dada & nafas ku tersekat, airmata dah nak mengalir tapi aku pastikan ia hanya bergenang memandangkan aku di pejabat. Walaupun aku tau kenyataan tu dituju buat suamiku, tapi secara tak langsung melibatkan aku sebagai isterinya. Apa dia ingat orang macam kami tak punya perasaan? Patutlah tak pernah diberi PELUANG? Aku ulang² ayat tu.. Sedihnya aku rasa! Takburnya dan bongkaknya kata² mu itu. Siapa kamu untuk berkata begitu? Kali ini aku memang tak dapat menahan perasaan, sebelum tidur aku menangis bila teringat kata² kejam sebegitu. Aku rasa malam tu aku tak dapat lelapkan mata pun, aku nangis diam² tanpa pengetahuan suami. Sebab aku tak mahu dia nampak aku sedih. Walaupun aku dah berbincang tentang hal ini dan dia cuba tenangkan hati aku, tapi aku takkan lupakan ayat² perempuan itu. Mana mungkin aku lupakan.

Memang kebelakangan ini aku sibuk di wallpost dengan ayat² melibatkan zuriat. Anak. Rezeki. Anak² buah. Perasaan. Aku rasa dia sedar. Sebab dia dah buang pun status kejamnya itu dari timeline dia. Baguslah kalau kau sedar, sebab kau dah lukakan hati aku dan orang² senasib aku atas asbab yang diluar kuasa aku tapi sepenuhnya dari Allah swt. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku dan tunjukkan padaku, siapa diri dia yang sebenarnya. Disebabkan perempuan itu jugalah aku jadi sangat sensitif bila menyentuh tentang zuriat / anak. Sampai satu ketika,  mengalir deras air mataku menangis dalam kereta selepas pulang daripada majlis jamuan raya kawan² sekerja suami. Sebab? Masing² sibuk dengan anak² dan semua cerita pun berkisarkan anak² semata²nya. Walaupun tersenyum, masa tu aku terfikir di mana aku harus letakkan diriku, jika aku tak sebertuah mereka semua yang bangga punyai anak².. Layakkah aku nak bercerita tentang anak² sedang aku tak punyai seorang pun.. Sedih sangat rasanya. Terima kasih perempuan, kerana buatkan aku jadi begitu. Tapi aku sedar, semua itu ujian. Aku kena redha. Dan terus redha. Terasa sangat lega bila aku kongsi rasa dengan kakak² yang sangat memahami.. dan ayat mereka yang buat aku tersedar kembali : “Sekurang²nya anak awak dah terjamin ada di syurga, anak² kami yang boleh jadi fitnah kepada kami, belum tentu nasibnya, syurga atau neraka..” Allahu Rabbi.. maafkan aku ya Allah, kerana kekecewaan & kesedihan aku sebenarnya hanya membuatkan aku tak redha dengan ujianMu.. Moga SABAR yang aku tuai selama 7 tahun ini ya Allah ~ hatta ditaqdirkan untuk 70 tahun akan datang sekali pun, membuahkan hasil & manfaat untuk kami suami isteri.. dunia & akhirat.. Ameeen :')

25 Oct 2012

♥ Kalau Dah Jodoh..

3 ♥ comments

Kita tak pernah tahu siapa jodoh kita sehinggalah tiba saat kita yakin kita dah bersedia untuk terima orang lain dalam hidup kita..  kita mungkin hanya nampak dia, bukan orang lain atau siapa-siapa untuk jadi peneman kita teruskan hidup..

Saya tak pernah terfikir pun saya akan berkahwin dengan kawan baik saya. Hehe. Kenapa entry ini ditulis, kerana bersempena dengan Hari Raya Aildil Adha, selalu mengingatkan saya tentang dia; suami saya.. ;)

Beberapa kawan saya dan kawan suami saya pernah bertanyakan tentang bagaimana saya boleh berkenalan / berjumpa dengan suami.. mungkin kerana beza umur yang agak jauh, 7 tahun bezanya, membuatkan mereka terfikir.. Saya pula selalunya susah nak menceritakan pada kawan-kawan mengenainya..

Selepas SPM, saya sambung pengajian di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Dalam tempoh pengajian, saya biasa menggunakan internet di rumah, dan kadangkala saya perlu membayar bil di Telekom. Suatu hari, saya dan rakan telah ke Telekom untuk membayar bil. Itu kali pertama saya ke Telekom tersebut. Kebetulan saya mengalami sedikit masalah berkenaan internet. Dalam keadaan terpinga-pinga, maklumlah masih kanak-kanak Ribena.. hehe, saya terpandang seorang lelaki yang berpakaian lengkap beruniform. Saya kira itu pasti pekerja Telekom, dengan yakin saya mengandaikan lelaki tersebut ialah technician di situ. 

Saya dengan tersipu-sipu (konon) meminta bantuan lelaki tersebut, dan lelaki tersebut dengan berbesar hatinya membantu saya membawakan bil & dan menguruskan masalah saya. Saya pasti lelaki tersebut memang merupakan salah seorang pekerja. Setelah beberapa minit kami menanti, akhirnya urusan saya pun selesai. Lelaki tersebut datang berjumpa dengan saya dan akhirnya dia membuat pengakuan.. bahawa dia pun pelanggan juga seperti saya, bukan pekerja! Hihi tapi dengan rasa ingin menolong, dia bantu juga saya.. aduh memang malu sungguh rasanya. Saya cuma ucapkan terima kasih tidak terhingga sahaja.. Dalam hati saya berkata, baik hati juga lelaki ni.. :D

Saya teruskan pengajian di UM, hinggalah satu hari, saya menghadiri kenduri kahwin saudara di KL. Tidak disangka, lelaki tersebut turut menghadiri kenduri yang sama & kami bertemu lagi. Saya memang kenal dia sebab rupa fizikalnya yang familiar.. hehe senang nak ingat.. Dia datang menegur saya & kami bercerita mengenai peristiwa di Telekom tersebut.. malu memang malu tapi saya cuma tergelak sahaja.. kali ini dia bagi nombor telefon & emel dia pada saya.. 

Selepas daripada itu saya tak pernah jumpa dia lagi. Cuma saya pernah email padanya & dia pernah hantar e-card pada saya.. zaman tu memang famous dengan e-card especially e-card dari Bluemountain.. hihi.. Jadi kami pernah berbalas email cuma bertanya khabar dan seingat saya dia selalu ceritakan mengenai bakal tunangnya.. Dalam masa yang sama saya berkawan dengan seorang kawan baik lelaki yang tinggal di PD.. kami pun tidaklah selalu berhubung, cuma kadangkala melalui telefon dan emel sahaja.. Jadi dia pun tahu situasi saya yang berkawan dengan kawan di PD, dan saya pun tahu situasi dia yang bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya.. (cewah ayat..)

Pada tahun 2000, saya berpindah mengikut keluarga ke Alor Setar, saya sambung pengajian di sana. Entah bagaimana, hampir 2 tahun sebelum itu saya dah tidak berhubung lagi dengan dia, begitu juga dengan kawan baik di PD. Saya lebih banyak tumpukan masa pada study. Satu hari, hari itu ialah hari sebelum Hari Raya Aidil Adha.. saya tergerak hati untuk buka semua buku-buku nota saya, dan saya terjumpa 1 senarai nombor telefon kawan-kawan lama. Dalam senarai tersebut, ada nombor telefon dia. Entah kenapa nombor dia menarik perhatian saya, walaupun sebelum ini saya tak pernah pun call dia. 

Jadi dengan rasa saspen, saya hantar mesej untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, setelah hampir 2 tahun tanpa berita.. hihi.. Rupanya mesej tersebut dibalas, dia masih guna nombor tersebut & masih kenal saya. Lepas mesej dibalas, dia call saya dan beritahu dia di klinik, hantar mamanya yang demam. Dan selepas dari itu, saya berhubung semula dengan dia, terutamanya melalui emel.. dan dari situ saya dapat tahu dia tiada jodoh dengan tunangnya.. 

Jadi saya dan dia pun berkawan jarak jauh, kerana dia di KL, saya di AS. Saya sibuk dengan pengajian di UUM, dia pula sibuk dengan kerjayanya. Saya tahu dia serius bukan untuk berkawan sahaja, tetapi untuk memperisterikan saya. Saya sendiri pun tak suka untuk berkawan sekadar suka-suka tanpa matlamat kerana hanya membuang masa & sia-sia. Saya masih ingat lagi, dia pernah berkata yang dia mahu saya jadi ibu kepada anak-anaknya nanti. Di situlah saya faham yang dia bukan main-main berkawan dengan saya. 

Dalam pada itu, dia selalu jadi pemberi & pembakar semangat saya masa saya study.. selalu doakan saya bila tiba hari exam.. dia selalu jadi penyokong kuat saya untuk dapatkan result yang baik.. Sampai satu peringkat saya dijemput untuk bertemu dengan mamanya & keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya tibalah juga saat dia mahu datang bersama keluarganya ke rumah saya di KL untuk merisik saya. Saya ingat lagi pada hari itu saya sibuk di kelas, saya tiada di majlis tersebut. Dia cuma kirimkan mms gambar barang-barang merisik yang dibawa. 

 Mms dari dia, 26.12.2004

Saya perlu tunggu cuti semester untuk pulang dan sarungkan sendiri cincin merisik.. hihi. Tarikh bertunang juga telah ditetapkan, tidak lama selepas merisik. Jadi alhamdulillah kami ditunangkan dalam tempoh hampir setahun kerana saya masih di dalam pengajian lagi. 

 Hari pertunangan, 08.05.2005

Di akhir pengajian, saya berbincang dengan dia mengenai perkahwinan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyangka saya bercakap mengenai soal pernikahan. Dan menurut suami, dia pun tak sangka saya akan bincang mengenai perkahwinan, walaupun dia memang dah bersedia dan menanti saya tamatkan pengajian. Pada saya, lebih elok dipercepatkan, saya tak suka berlarutan tanpa ikatan walaupun dengan ikatan pertunangan. Jadi saya fikir sebulan selepas saya tamat sahaja, saya dah berada di KL dan kami dapat jadi pasangan yang halal. Tempoh sebulan tersebut untuk persediaan & masa untuk saya siapkan sendiri hantaran..

Hantaran gubah sendiri je..

Flower arch pun buat sendiri jugakk..

Alhamdulillah, 03.06.2006, kami selamat diijabqabulkan. Tarikh tu juga merupakan tarikh hari jadi mamanya. Mamanya selalu berkata, sayalah hadiah birthdaynya yang paling besar! Hahaha.. 

 Finally.. 03.06.06

Jadi, itulah cerita jodoh saya. Kadang-kadang saya berkata pada suami, saya tak menyangka pun akan berkahwin dengan dia. Itulah yang dinamakan jodoh. Kita tak tahu dengan siapa jodoh kita, kadang dengan yang tidak disangka-sangka. Allahu Ta'ala a'lam. Cuma saya penah mengaku juga pada dia, sepanjang saya berutus beberapa emel pada dia, saya suka juga pada dia dalam diam.. haha. Dushh. Malu. Apapun, saya berdoa moga jodoh saya dengan dia terus kekal hingga ke syurga, ameeeen. Saya doakan pada kawan-kawan untuk bertemu dengan jodoh yang baik, kerana apa yang dikurniakan Allah pada kita semuanya yang terbaik & untuk kebaikan kita, insyaAllah!

Alhamdulillah.. ;)

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.. ♥













1 Feb 2012

♥ Bila Suami Marah..

1 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Saya jarang sekali - atau tak pernah kot menulis tentang perkahwinan, atau apa² yang berkisar perkahwinan selain tentang ulangtahun perkahwinan & perkahwinan impian saya.. Dengan usia perkahwinan hampir mencecah 6 tahun, mungkin saya baru bersedia untuk bercakap mengenai perkahwinan.. sebelum ini dirasakan masih terlalu awal lagi. Kini pun masih juga awal lagi, dan saya masih juga belajar lagi.. Cuma tulisan kali ini adalah sebagai perkongsian buat semua & peringatan buat diri saya sendiri juga.. 

Terdapat pelbagai kesalahan yang biasa para isteri lakukan yang boleh menyebabkan kemarahan suami. Walaupun kemarahan / kekesalan suami boleh ditahan atau disembunyikan, mereka tetap manusia biasa dan biasanya mereka lebih pandai menyembunyikan perasaan berbanding kita (isteri). Daripada buku Haqa`iq Taghfulu ‘Anha Zaujat yang ditulis oleh Saudara Nabil Abdussamad, tedapat 6 kesalahan utama isteri yang membuatkan kemarahan suami : 

1. Menceritakan Hubungan Masa Lalu Dengan Orang Lain.

Kesalahan terbesar yang dilakukan isteri ialah menceritakan kepada suami tentang hubungan lamanya dengan lelaki lain. Atau pun memberitahu kepada suaminya bahawa dia pernah menyimpan rasa cinta kepada lelaki yang dulu pernah menjadi temannya. Seorang suami tidak ingin mendengar isterinya menaruh simpati atau rasa cinta kepada lelaki lain kerana dia selalu ingin menjadi pusat perhatian isteri sepenuhnya. Suami hanya ingin isterinya menjadi wanita yang benar² ‘baru’ bagi dirinya.. (begitu juga sebaliknya bagi si isteri, kan). 

2. Memuji Kawan Suami

Sekalipun suami menyimpan rasa hormat, pujian, dan kekagumannya kepada kawannya, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita para isteri menyatakan kekaguman berlebihan kepada kawannya itu. Kebanyakan suami tidak berapa gemar sebenarnya jika mendengar isterinya memuji kawannya. Ini kerana suami akan merasakan isteri mengagumi lelaki lain selain dirinya. Contohnya bila isteri asyik menyebut ketampanan kawan suami, atau kecerdasan dan kegagahannya. Suami akan merasakan bahawa dirinya tidaklah setampan, secerdas, dan segagah kawannya itu.. (samalah juga halnya dengan isteri, kan?)

3. Membenci Ibu Bapa Suami (Mertua)

Mungkin ibu bapa suami bukanlah mertua yang baik. Mungkin mereka suka mengkritik atau menegur isteri mengenai penjagaan anak / suami, atau cara mengatur rumahtangga. Mungkin juga sikap dan tindakan negatif yang lain dari mertua. Walaupun begitu biasanya suami akan melupakan – atau berpura² lupa terhadap apa² yang dilakukan oleh ibu dan bapanya kepada isteri. Suami akan bersikap seolah² dirinya sangat susah untuk menegur ayah & ibunya. Dia juga akan menyuruh isteri untuk bersabar dan lapang dada sahaja, kan. Namun, dapat dipastikan bahawa dia tetap tidak ingin mendengar isternya menceritakan kepadanya tentang keburukan perilaku ibubapanya. Dia juga tidak mahu tahu bahawa isterinya sangat membenci dan memusuhi ibubapanya. Kejujuran isteri kepada suami dengan menyampaikan perilaku negatif ibubapanya akan menimbulkan gangguan dan mengeruhkan suasana rumahtangga. Jadi isteri harus menunjukkan bahawa pergaulan dan hubungan dengan mertua sangatlah baik, dan isteri menyukai kedua mertuanya. Akhirnya isteri akan mendapat kasih sayang dan penghormatan dari suami, insyaAllah.

4. Mengkritik dan Menegur Suami

Jika isteri ingin menegur dan mengkritik suami, maka sampaikanlah teguran tersebut secara baik serta santun, hindari penggunaan kata “tidak” dan “jangan” yang berlebihan. Jika hati suami sudah merasakan kesantunan dan kelembutan dalam menyampaikan teguran dan harapan isteri, maka hatinya akan tergerak untuk menunaikan apa² pun permintaan yang isteri inginkan. Lelaki pada umumnya ingin nampak sentiasa superior, lebih tahu, dan hebat dalam bidang apa pun. Suami tidak ingin sama sekali dianggap lemah di hadapan isteri. Disebabkan itu ketika isteri menampakkan kesalahannya dan menegurnya, itu telah membuatkan suami merasa dia adalah seorang yang gagal.

5. Mengikuti Suami Ke Mana² Pun Setiap Masa

Walaupun kedudukan isteri itu letaknya di sisi suami, namun terkadang suami pun ingin menyendiri & punyai waktu privasi. Jadi ada waktu² di mana suami tidak ingin diganggu dan perlu bersendirian, atau keluar bersama kawan²nya. Oleh itu tidak menjadi masalah jika sehari seminggu  / sebulan dia keluar sendirian untuk berjumpa kawan²nya kan. Jadi isteri janganlah menghalang keinginan suami. Yakinlah bahawa setelah suami keluar bertemu kawan²nya, maka dia akan merasa sangat merindukan isteri dan anak² di rumah pula.. ;)

6. Boros Berbelanja

Sekiranya suami adalah seorang pekerja yang bersungguh² dan sangat menghargai nilai wang (siapa yang tidak, kan?) maka pasti suami tidak menginginkan isterinya bersikap boros dan membazir dalam berbelanja. Jalan terbaik ialah bersederhanalah.. Mungkin boleh berbelanja lebih sekali sekala (saya lebih suka sebut sebagai self-reward), tapi berpada²lah dan jangan sampai menyusahkan suami..  :)


7. Jangan Jadikan FACEBOOK Sebagai Tempat Luahan Bila Hadapi Masalah Dengan Suami

Sebenarnya point ke 7 ini adalah point tambahan dari saya sendiri, berdasarkan kepada apa yang saya lihat sejak akhir² ini. Memanglah pergaduhan / perbalahan adalah perkara biasa antara suami isteri. Seeloknya hal rumahtangga kita, janganlah diceritakan di Facebook! Sedangkan bercerita dengan orang lain - lebih² lagi yang tak berapa dikenali pun boleh buatkan kita rasa malu, apatah lagi di Facebook, yang sudah tentunya boleh dibaca seluruh dunia oleh siapa² pun! Ini boleh mengeruhkan lagi keadaan dan mengaibkan pasangan masing². Ya, mungkin kita hanya berniat untuk luahkan perasaan dengan harapan cara itu dapat memuaskan hati kita & kawan² yang memberi respon selalunya akan menyokong kita kononnya.. Tapi medium yang digunakan adalah sangat tidak sesuai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri! Jadi sekiranya mengalami masalah rumahtangga, jangan jadikan Facebook sebagai tempat meluahkan perasaan dan rasa tidak puas hati. Ia hanya akan menampakkan kelemahan dan kerendahan fikiran kita. Saya pasti, ramai suami yang tidak suka isterinya bercerita mengenai masalah mereka berdua di khalayak ramai. Cuba selesaikan dengan cara yang baik, bincang dari hati ke hati dan berhikmah. InsyaAllah, yang keruh boleh bertukar jernih kembali.. Allahua'lam.

source : Google Image

Sama²lah kita berdoa moga Allah sentiasa memandu perjalanan perkahwinan kita, moga terus dihubungkan ikatan sampai syurga, amin! ♥



22 Jan 2012

♥ Kisah Kek Cawan Saya..

4 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahm.. Assalamualaikum..

Satu masa dulu, saya biasa melihat² gambar kek pada majalah, buku, atau yang dipamerkan di dalam kaca² display. Saya begitu teruja, kagum dan sangat excited bila lihat kek² yang sangat cantik, kemas, teliti, gebu, menarik.. walaupun kek biasa² tanpa hiasan pun, saya tetap kagum. Kagum dengan siapa yang membuatnya, sambil dalam hati dan fikiran, terfikir, bilalah saya mampu untuk buat seperti itu, bilalah saya mampu untuk bakar kek dengan tenang tanpa gagal.. hehe. Saya memang berminat untuk membuat kek dari dulu lagi.. Saya ingat lagi, masa zaman bujang ~ zaman di universiti, saya selalu beli ready mix cake, selalunya beli banyak² untuk dibawa balik masa bercuti semester. Ready mix ni senang sahaja, cuma tambah telur dan air, selebihnya telah disiapkan dan tinggal untuk diadun dan dibakar sahaja. 

Saya ingat lagi, oleh kerana saya rajin juga membakar kek ready mix ini dan bila hampir tiba raya, saya sibuk juga membakar kuih, mama dan baba belikan satu oven besar untuk gantikan oven lama. Sebelum itu saya hanya gunakan oven lama mama yang selalu membuatkan kek saya hangit kerana terlebih panas - mungkin ada masalah pada controller suhunya. Dengan oven baru, saya sangat teruja & seronok masa itu. Dan kemudian masa pun berlalu, saya tamat pengajian, berkahwin dan sibuk dengan kerja² & outstations. Saya masih juga cuba curi² masa membakar kuih raya - sejenis dua je dan membakar kek.. Kali ini saya dah hampir berjaya bakar kek² coklat dengan gunakan adunan sendiri, walaupun kadang² terjadi juga peristiwa kek deflated  / sink in the middle.. hihi. Atau pun peristiwa kek tak masak, masih mentah di tengah..atau juga peristiwa kek hitam di bahagian atas! oh itulah trial & error.. Saya cuba dapatkan tips, cari jawapan & belajar dari segi saintifik untuk membakar kek melalui website yang di google.. alhamdulillah, dengan ilmu, yang salah  boleh dibetulkan kan..

Sampailah satu ketika, saya cuba untuk mencabar diri saya untuk buat kelainan. Saya biasa lihat cupcakes yang comel dijual di kedai² kek, saya cemburu melihat cupcake comel tu! Saya cuba buat cupcake gunakan resepi yang saya google dan resepi turun temurun keluarga ~ rupanya cupcake ni biasa kakak² saya buat masa zaman mereka muda² dulu, cuma tidak dicommercialize kan la sangat masa dulu kan. Saya dah buat cupcake untuk dibawa ke pertemuan bersama kawan, malangnya saya tak berjaya menghadirkan diri atas sebab tertentu.. dan kemudian tibalah jamuan hari raya di pejabat, tahun 2010.. setiap bahagian perlu menyumbang juadah untuk jamuan..jadi saya dengan rela hati offer untuk bawa dessert dan cupcake. 

Alhamdulillah, kek yang saya bakar menjadi, saya buat deco yang simple sahaja, tapi mendapat sambutan masa jamuan tersebut. Seterusnya saya buat cupcake sebagai hadiah birthday kawan² di pejabat.. Maka bermulalah episode saya menjual cupcake di pejabat kerana kawan² sepejabat mula bertanyakan pada saya untuk order cupcake. Pada mulanya saya tak berapa pasti untuk menjual atau tidak, sebab saya tak pernah pun ke kelas membuat kek, semuanya sendiri² sahaja. Tapi kerana tak mahu hampakan permintaan kawan² yang asyik bertanya, saya cuba ambil order dan jual. Itu pun di kalangan kawan² sepejabat sahaja. Saya survey kedai² bahan untuk kek yang termurah dan baik, saya survey harga² yang biasa dijual, saya survey design² & deco² & teknik² yang perlu saya tau.. bermula dengan deco yang biasa² sahaja, saya belajar sedikit demi sedikit  untuk buat deco yang lebih baik, dan lebih complicated.. 

 Antara cupcake terawal yang dihasilkan..

 Yang terawal dijual di pejabat..

Oleh kerana saya suka kongsikan hasil² tangan saya di facebook, kerana saya percaya hanya dengan cara itu saya mampu belajar melalui feedback & komen kawan² untuk improve kan hasilnya. Alhamdulillah, saya berjaya menarik hati kawan saya yang bukan sepejabat untuk order cupcake saya. Kawan online saya yang pertama jadi customer saya, Yusneeza. Sampai sekarang Yus suka order kek saya, terima kasih Yus! Siap buat entry special lagi untuk saya, saya sangat terharu. Baru² ini sahaja kami berjaya jumpa & bergambar, lepas Yus datang untuk ambil ordernya.. 

  Yus anggun..hehe

Sejak dari itu (order dibuka untuk kawan² selain officemates), rezeki dari jualan cupcake saya tak putus² walaupun tak banyak, alhamdulillah.. walaupun saya cuma buat secara sambilan dan adakalanya saya terpaksa menolak tempahan bila masa tak mengizinkan.. Ditambah pula dengan kekangan saya yang bersendirian membuat segalanya.. walaupun en.suami selalu menawarkan diri untuk membantu, tetapi saya sendiri tak mahu susahkan dia..cukuplah dia bantu saya dengan bawakan saya ke kedai untuk beli barang² kek dan kadang² tolong hantarkan kek bersama saya. Biasa juga dia tolong basuhkan perkakasan kek bila dia tahu saya tak berkesempatan nak lakukan semuanya.. (terima kasih Abg!)..

Oleh kerana koleksi cupcake makin bertambah, saya buat satu page, dan terhasillah nama Cuppyness By Izz yang diilhamkan oleh encik suami.. (thanks Abg!) Bermula dengan gunakan mixer lama mama yang mama beli hampir 10 tahun lalu, kemudian mixer yang saya beli sendiri, tapi akhirnya mungkin kerana excessive usage, mixer saya pun injured.. sedih juga rasanya & tempahan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. Sebabkan itu, en.suami telah berusaha belikan saya industrial mixer sebagai pengganti.. alhamdulillah, sangat membantu dan mencepatkan proses membuat kek.. terima kasih Abg..sampai kini mixer tu berjasa dengan jayanya..


Dihasilkan dengan kasih sayang, istimewa buat en.suami tersayang.. sangat seronok rasanya dapat hadiahkan kek birthday hasil tangan sendiri untuk yang disayang..

Disebalik saya mengambil order & menjual cupcake, dan kini saya makin sibuk membuat kek² yang dulunya saya tak berapa yakin nak buat & jual (1 whole cake), saya rasa bersyukur juga.. kerana dengan cupcake dan kek inilah, saya dapat berjumpa kawan² lama, kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan seuniversiti dan ramai lagi kawan² yang lain.. kawan kepada kawan kepada kawan pun ada.. hihi.. Yang sangat best ialah dapat berjumpa kawan baik masa sekolah menengah, yang terpisah kerana study.. yang akhirnya jadi regular customer saya.. Shef; Dr. Sharifah Ruqayyah Syed Mustaffa.. saya ingat saya takkan dapat jumpa dengan dia lagi, lepas dia ke London selama 6-7 tahun.. tapi kerana cupcake, dia datang ke rumah saya, dapat berjumpa dia 1 family, alhamdulillah! peminat choc moist saya, hampir setiap minggu dia order.. sukanya saya! Thanks Shef!

Antara kawan² sekolah yang dapat saya jumpa, Amar Hanani Hj Radzi, Dr. Mazaya Mahmud, Dr. Rohaizam Jaafar, Rasyidah Che Rosly (Syidah pun regular customer saya), Marzura Zuber, Nur Nadiah.. tak kurang juga kawan² adik saya yang juga merupakan junior masa sekolah rendah dahulu, Siti Aliaa Roslan, Wan Maisarah, Intan Safrina Shaari.. dan kawan² kakak saya, Kak Nurul Huda Ismail, senior masa sekolah menengah, dan mungkin ada yang tak disebut di sini, saya tak dapat recall.. saya sangat² bersyukur & terharu juga kerana melalui cupcake saya dapat berjumpa semula dengan kawan² lama.. inilah manisnya bila dapat bertemu.. terima kasih kawan², kerana menyokong saya.. dan saya akan cuba hasilkan yang terbaik untuk kawan² dan semua.. insyaAllah.. 

Ramai yang bertanya dan memberi cadangan untuk saya membuka kedai kek sendiri, tumpukan sepenuhnya pada bisnes kek ini.. Sebetulnya, memang ada juga perancangan untuk ke arah itu, tapi masih memerlukan banyak persediaan..sedangkan saya sendiri masih belum sempat untuk belajar secara formal / ikuti kursus yang sepatutnya..walaupun dah masuk setahun saya membuat cupcake & kek.. saya perlukan masa lagi, dan saya rasa saya masih perlu menimba pengalaman untuk bekerja.. Walaupun terkadang bila ditimpa pelbagai masalah & desakan² di pejabat, terasa sahaja mahu terus berhenti dan buat apa yang saya suka sekarang tanpa ada apa² tekanan.. 

Namun, saya perlu berfikir panjang.. dan saya terus teringat kata yang saya tak pasti sumbernya ini : "Di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.." InsyaAllah, seandainya dipermudahkan Allah, saya akan buka perniagaan sendiri, selepas encik suami berjaya dengan perniagaannya nanti, selepas rumah yang sedang dibina siap nanti, selepas semuanya settle down nanti.. insyaAllah! Sebenarnya, kadang² saya sendiri tidak percaya hasil tangan saya sudah pergi sejauh ini..

 

Apapun, alhamdulillah.. syukur pada Allah Yang Maha Pemurah atas semua rezeki.. terima kasih buat semua yang mendoakan.. ;)




24 Apr 2011

Nikmatnya Sakit, Indahnya Ujian..

0 ♥ comments

Pic Source : Camillo by Deviantart
    Macam biasa, aku  memang tak dapat nak membuang masa dengan blog. Keterbatasan waktu, komitmen segala, semuanya menghalang. Tapi kali ini alhamdulillah ada sikit yang terluang, aku terasa nak menulis di sini. Betul, aku agak tertekan lately, mungkin sebab aku banyak habiskan masa bulan lepas dan bulan ini dengan berkursus (separuh bulan je aku masuk ofis, separuh lagi berkursus), jadi banyak kerja yang pending dan workstation aku memang penuh dengan fail! Bukan aku tak pernah biasa dengan workload, tapi kali ini aku tak sempat nak capai semua dalam satu masa, dan kali ini aku ingat pesan encik hubby yang harapkan aku tak perlu bawa balik kerja di ofis ke rumah. Aku cuba selesaikan di ofis, dan kalau boleh balik lewat, aku cuba. Masalahnya, tekanan dari pihak yang satu supaya aku siapkan semua kerja serentak secepat mungkin, membuatkan aku lelah & tak bernafas. Aku faham, dia perlu kerja aku siap, tapi kalau aku berseorangan sendiri yang bertungkus-lumus pun, memang tak kan dapat siap dalam masa yang singkat. Aku berharap sangat dia dapat hulurkan bantuan ringankan tangan, tapi itu semua cuma dalam mimpilah.

    Aku stress pun, aku masih cool lagi. Boleh senyum dan gurau senda lagi. Boleh layan Facebook / Plurk lagi. Boleh layan Cuppyness lagi. Sampailah satu tahap aku rasa TOO MUCH, aku sedaya upaya juga siapkan apa yang dia nak, tapi dia senang² reject kerja² aku & senang² claim apa yang aku buat salah. Apalah salahnya dia terima dulu & cuba bincang dengan aku apa yang dia nak sebenarnya.. akhirnya aku tak sanggup, kepala aku sakit, aku terus jumpa doktor. Sudahnya didiagnosis sebagai Hypertension. MC dua hari. Terpulanglah pada dia menilainya. Sebenarnya BP aku dah normal balik sekarang ni aku rasa, aku takpernah pun ada sejarah high blood pressure, even masa pregnant dulu pun aku tak pernah kena high blood pressure yang biasa terjadi kepada kebanyakan wanita mengandung  – especially saiz comel macam aku ni.. hmmm.. Aku pun post la gambar MC yang aku capture tu kat Facebook untuk dikongsi khusus dengan kekawan ofis laaa, yang sesama pressure. Bayangkan ade jugak colleagues aku (yg seDepartment) pun baru dapat hi blood pressure, as diagnosed  by doctors. Tak dahsyat ke namanya tuh. Hehe.

    Aku terharu jugak la dengan respon kekawan semua yang banyak nasihat supaya aku rehat cecukup & jangan fikir pasal kerja sangat.. terima kasih bebanyak atas doa & ingatan tu.. Tapi yang aku herannya, kenapa tetiba pulak aku perasan macam ramai pulak la kekawan kat Facebook aku tu, kebanyakan semuanya dok post kat wall memasing pasal kena bersyukurlah, kena bersabar (yes itu penting), sabar tu takde batasnyelah (betul, aku terus bersabar pun, kalau tak sabar memang aku bako je! haha) kena redhalah, pasal ujian sakitlah, ujian nikmat, kafarah dosa (aku faham), sakit tu bala’ lah, jangan banyak merungut bila sakit (iye tau!), sakit tu tandanya hati ade problemlah, sakit tu puncanya dari diri sendirilah, sakit tu puncanya sebab tak baik ngan orang lain la, sakit tu balasan buat jahat laaa dan banyak lagi laaaaaa pasal sakit² & ujian² ni. Sedangkan sebelum ni aku tengok trend nye takde la sampai macam tu sekali. Sampai ada yang keluar dalil bagai, wah hebat juga. Sebab aku tengah ‘sakit’ la konon²nya, so aku pun macam pelik la jugak.. semuanya nak perli aku ke, ke aku ni makan cili terasa pedas ke, camne eh? Haha. Aku baca, aku senyum je. Bila sendiri tengah sakit, atau famili/sanak saudara yang sakit, tak keluar pun semua statement² yang sewaktu dengannya tu ye? Haish mungkin kebetulan kot. Perasaan aku sendiri je la tu kot kan.

    Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul.. you NEVER really understand a person until you climb into his/her skin and walk around in it.. takperlulah susah payah interpret kan kesakitan aku yang aku rasa biasa² aje tu dengan ayat² simbolik.. tak tau sepicing pun apa yang tengah aku hadapi , tapi kebanyakannya seolah² macam faham benar.. Baba aku pun tak keluarkan ayat² / dalil² semua tu bila aku keluar daripada bilik doktor, bagitau kat dia pasal diagnosis tu, masa dia tunggu aku checkup. Aku tau, semua pun bijak² belaka. Apa pun yang berlaku, hanya Allah SWT sebagai pentadbir alam ini; dan aku sendiri yang mengalaminya yang tahu.

    Takpelah, apa pun terima kasihlah atas semua ingatan², peringatan² & penyataan² tu. Alhamdulillah aku belum sakit terlantar lagi. Aku belum sakit kepala sampai jadi migraine lagi pun. Betul, sakit tu kaffarah dosa. Aku tak merungut pun dapat sakit ni, aku terkilan sikit je adalah. Lebihnya seronok sebab 4 hari aku rehat kat rumah, teman mama baba aku, aku boleh masakkan untuk en.hubby & boleh buat Cuppyness lagi. Ye betul, aku pun tak baik sangat, dan aku tak pernah cakap aku ni baik pun. Setiap orang kat dunia ni pasti ada sisi baik & sisi buruknya. Inilah kaffarah untuk aku kot bagi bulan April 2011 ini. Dan aku pernah rasa sakit yang lebih sakit dari ni pun sebelum ni, makanya aku tak rasa sangat kali ini sakit aku ni sakit yang teruk. Kalau aku boleh berdepan dengan sakitnya bersalin, sakitnya melihat arwah anak aku lepas melahirkan, apalah sangat sakit kepala sebab stress kat tempat kerja. Kan? Aku cukup kuat & aku yakin aku kuat untuk berdepan dengan semua ni. Cuma sebagai manusia, kadangkala kita tak berdaya jugak bila habis  tenaganya, bila Allah ingatkan kita, cukuplah. Kadang aku yang cool ini pun terasa nak berkongsi, terasa nak bersuara, walaupun pada hakikatnya aku lebih suka & lebih banyak memendam rasa dalam hati sendiri. Aku bukanlah suka sangat nak melaporkan aktiviti² harian / perasaan² aku kat Facebook tu sampai 1 dunia pun tahu apa aku buat setiap masa setiap saat. Apapun, berpada² lah.. kan.

    Tajuk post ni pun aku tulis elok² sebab nanti kalau ia lebih berbunyi rungutan, ditakuti akan berlumba² keluar pula statement² bidasan atau yang sewaktu dengannya la kan.. hehe. Kalau nak keluar pun, tak mengapalah, aku boleh senyum aje. Maaf banyak² aku ucapkan, dan aku pun maafkan semuanya. Semua yang baik tu pasti datangnya dari Allah SWT, yang buruk tu tak lain tak bukanlah, pasti dari diri aku sendiri. Nikmatnya sakit, indahnya ujian.. Allahuta’ala 'alam.


30 Mar 2011

♥ The Family of Success!

0 ♥ comments
Sorry for the long hiatus. It wasn't intended, exactly. Just been kinda busy with work, courses, appointments, sleep, traveling around, caking etc².  I've had a rush of work and deadlines to meet, and that's not over yet.

Wanted to assure anyone who reads this blog that I am alive and well alhamdulillah, and I'll try to have a new entry sometime this weekend. Don't hold me too tightly to that schedule as something may come up! *winks*

Anyway, I found this 1 cute family in my husband's office when I tagged him along to work on last Saturday!

The Family of Success

The Father of Success is named Work.
The Mother of Success is named Ambition.

The Oldest Son is called Common Sense,
 and some of the boys are called :
♥ Stability
♥ Perseverance
♥ Honesty
♥ Thoroughness
♥ Foresight
♥ Enthusiasm
and
♥ Cooperation

The oldest daughter is Character,
and some of the sisters are :
♥ Cheerfulness
♥ Loyalty
♥ Care
♥ Courtesy
♥ Patience
♥ Economy
♥ Sincerity
and
♥ Harmony

The youngest baby is Opportunity.

Get acquainted with the Father of Success and you will be able to get along with the rest of the family!




What a nice family..

11 Dec 2010

♥ Day 1

8 ♥ comments
Day 1

A photo of yourself and a description of how your day was.


091210 @ ofis yang sejuk
Nak jawab in English ke BM ni? Heheh.. senang dalam bahasa kita, la ye. Patutnya entry ni ditulis semalam. Sebab semalam memang merupakan hari yang sibuk dan penting bagi saya. Setiap  bulan di ofis, akan diadakan perhimpunan bulanan dan setiap department akan bergilir menjadi pengajur perhimpunan. Dan semalam department saya yang menganjurkan perhimpunan terakhir bagi tahun 2010 ini. Saya pula diletakkan di bawah unit grafik & multimedia & dipertanggungjawabkan untuk sediakan persembahan multimedia untuk tayangan semasa perhimpunan. Hmm bayangkan dalam kelam-kabut menyiapkan 3 laporan (alhamdulillah dah selesai 1 laporan; 140 muka), saya perlu siapkan segala material untuk grafik, slide & video. Alhamdulillah dengan bantuan kawan², selesai juga persiapan dan alhamdulillah syukur majlis semalam berjalan lancar, walaupun sehari sebelumnya berlaku sedikit konflik..huhu. Tersangatlah lega, dan untuk me'reward'kan diri, saya keluar dengan kawan time lunch  Jumaat yang panjang - selalunya saya lebih suka duduk di ofis sambil siapkan kerja je. Pusing Amcorp Mall & makan² di Sri Melaka dengan kawan² sekepala sambil bergosip².. Hehe. Petangnya baru saya sedar, cuti tahunan saya bagi tahun ini  masih berbaki sebanyak 15 hari lagi! Dan baru saya sedar, selama ini saya asyik menggantikan kawan² & boss yang bercuti & saya sendiri tak bercuti..heh. Saya mesti cuti! Mungkin pada hari terakhir bagi tahun ini kot. InsyaAllah. Takpelah cuti di rumah & tak kemana pun. Boleh saya mop² lantai ke. Hehe. Selalunya saya lebih suka bercuti bukan pada musim cuti sekolah. Tapi memandangkan cuti dah disimpan agak banyak, saya rasa elok saya habiskan sikit.

Kelmarin saya ke MPH dan teringatkan yang saya ada baucar rebat yang saya terima 2 bulan lepas. Terus ke bahagian novel Hlovate, tercari² "Geng ABCDE - Bercuti Ke Arau", novel kanak² tulisan Hlovate, tapi belum ada lagi. Sudahnya saya sambar "Untuk Awak, Teja Aulia" - Syud. Saya nak habiskan novel ni hari ini. Okeylah. Hari ini ialah hari untuk house chores. Mari mengemas! 

Oh bulan ini saya ada tempahan cupcake untuk Yus, colleague's husband & colleague's engagement. Semua nya end of month. Wow. Mudah²an dipermudahkan.

Saya baru tukar lagu background blog. Tapi tak jumpa lagu ini versi tanpa bunyi tepukan di permulaan. hihi. Belasah je la. Sebab saya suka lagu ni!


♥ Noi

4 ♥ comments
Tajuk entry ni sangat comel. Noi. Hihihi.. mesti Noi suka ni.. hehehe.. Sebenarnya cuma nak maklumkan, ada 1 cabaran daripada blog Noi. Copy terms & condition nye [tak termasuk strawberries cumel nye ye..]. Saja nak join, sebab nak buat sesuatu yang tak biasa dibuat.. hehe. If u only do what u know u can do - u never do very much.. aite!!

Credits to Dinos_TheChocoholic




  • Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
  • Day 2 – A photo of something you ate today.
  • Day 3 – Your idea of the perfect first date.
  • Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
  • Day 5 – A photo of yourself two years ago.
  • Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
  • Day 7 – Your dream wedding.
  • Day 8 – A song to match your mood.
  • Day 9 – A photo of the item you last purchased.
  • Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
  • Day 11 – What’s in your makeup bag?
  • Day 12 – A photograph of the town you live in.
  • Day 13 – Your favorite musician and why?
  • Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
  • Day 15 – Something you don’t leave the house without.
  • Day 16 – Your celebrity crush.
  • Day 17 – A photo of you and your family.
  • Day 18 – Something you crave a lot.
  • Day 19 – Another picture of yourself.
  • Day 20 – The meaning behind your blog name.
  • Day 21 – A photo of something that makes you happy.
  • Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
  • Day 23 – 15 facts about you.
  • Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
  • Day 25 – What’s in your purse?
  • Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
  • Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
  • Day 28 – Your favorite movie.
  • Day 29 – Something you could never get tired of doing.
  • Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
Wah. Cukup sebulan. Penuh la archive entry saya. Memang nak try la buat. Kalau kecundang di  tengah jalan, apakan daya, ye Noi.. hehe. Ok bila nak mula ya?? Hari ni atau esok? Atau hujung minggu ni je. Hehehe..

3 Dec 2010

♥ Duhai Kawan

0 ♥ comments


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam perjuangan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Para pejuang selalu kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Lihatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa dan menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan apalah disedihkan hati
~The Zikr


Bahasa paling mudah,
paling indah,
paling hemah,

untuk kawan.

Bukan dengan apa jua pun panggilan.
Bukan dengan penghinaan.



Terima kasih, kawan.



26 Nov 2010

♥ Diam Lebih Baik

3 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. - M.A

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya di dalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

“Diam-diam ubi berisi”

atau
“Diam-diam tong kosong”

atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”                                                                         ~ Mujahidah Ansarullah


diam..


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.. - M.A



The truth is there.. i know them way much better than you.
Stop claiming as your own, as they are all not yours.

Let Allah deal with the things they done.. enough said.


16 Nov 2010

♥ Kamu dan Kata²mu

1 ♥ comments
Kadangkala kata² kamu pun, serupa datang dari emosi, bukan akal, tahu.
kamu. ya, kamu.

seperti biasa, sekadar memerhati dan menaakul.

17 Oct 2010

♥ Rahmat Allah Masih Terlalu Luas

2 ♥ comments

"Dalam asyik melaksanakan kerja² manusia, jangan sampai terbuat kerja Tuhan ya. Hanya Allah yang tahu semuanya, dan hanya Allah yang layak menilai manusia. Sekadar peringatan untuk sesiapa yang membaca, terutama yang sedang menulis pertama²nya.. [Rahmat Allah masih terlalu luas]" ~ Nini Marini Rahman 

Suka dengan ayat Nini ini. Sesuai dengan situasi saya sekarang, barangkali. Dan saya tahu dia sedang menghadapi sesuatu. Sedang diuji. Moga Allah sentiasa bersama Nini di sana.. amin.


5 Sept 2010

♥ Fairytale

0 ♥ comments


I don't want a fairytale story,
I'd rather write my own.
Take it one at a time 
and 
savor the delicate joy of satisfaction 
for every single minute that passes..





29 Aug 2010

♥ Bagaimana, ya..

0 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sebetulnya, sudah beberapa kali saya terserempak dengan klip itu. Tapi saya lebih banyak abaikan. Satu petang, di waktu saya sepatutnya berehat, dan di ketika kawan² keluar berbelanja raya di Jalan Masjid India (saya tolak pelawaan mereka), saya sibuk dengan laporan² overdue saya. Untuk seketika, saya menyemak notification di FB, untuk hilangkan lelah. Dan saya pun terlihat klip itu. Klip yang benar² membuatkan saya tersentuh. Sangat² tersentuh. Hinggakan tanpa sedar air mata saya mengalir.  Mujur tiada siapa di pejabat waktu itu. 

Cepat² saya kesat airmata yang jatuh. Tapi saya ulang sekali lagi. Dan untuk kali keduanya airmata saya berjujuran lagi. Adakah begitu terkesannya di hati saya sehinggakan senang sekali saya menumpahkan airmata? Saya ulangi lagi. Menitis lagi. Saya ulangi dan ulangi lagi. Sama juga. Benarlah hati saya tak dapat membendung rasa hiba. Rasa terharu. Tergetar di hati. Tersentuh dengan apa yang dilihat. Adakah kerana saya pun turut merasakan seperti apa yang dia rasa? Atau sebenarnya saya malu  dengan diri saya bila melihat maha hebatnya tahap kecintaan dia? Adakah airmata yang jatuh itu sebenarnya sebagai  suatu pernyataan bahawa saya turut merasa rindu terhadap kekasih yang satu itu.. subhanallah.



Pulang di rumah, saya ajak hubby lihat sama. Saya kira saya dapat menahan perasaan itu bila sama² menontonnya dengan hubby. Ternyata saya sekali lagi tidak mampu. Tanpa sedar juga airmata saya menitis. Aduh. Saya sedar. Betapa saya leka hinggakan terkadang lupa. Lupa untuk meluahkan rasa cinta dan rindu itu. Saya kagum dengan dia. Tulus hatinya menyatakan kehibaan dan pengharapan. Sesungguhnya dia telah membuatkan rasa insaf menyelubungi hati. Cukuplah, walaupun tidak sebesar mana. Sekurang²nya tetap rasa insaf. Setiap kali saya mengulang melihatnya. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah s.a.w. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya.




“Lau kana Rasulullah s.a.w bainana al an, keif?” Kalaulah Rasulullah s.a.w itu berada di antara kita sekarang, bagaimana ya?

Justeru itu, saya menyarankan anda menonton rancangan ini kerana saya beranggapan ia mampu membuatkan anda rindu kepada Baginda s.a.w. Saya pun tidak sedar pada mulanya bahawa saya menangis menonton rancangan ini. Rancangan realiti yang jauh lebih baik~sangat jauh baiknya berbanding rancangan realiti hiburan di Malaysia. Rancangan yang membuat tergetarnya rasa di hati.

Kalaulah Baginda s.a.w ada di sisi...

Ya Rasulullah ~ rinduku kian mendarah!

♥ Boleh download Episod 1 di sini (makluman: kesemuanya di dalam Bahasa Arab).
♥ 'Dia' yang saya maksudkan di dalam entry ini ialah wanita berniqab itu..
♥ Lagu tema rancangan ini sangat indah. Saya terus ulang dengar.. boleh di download di sini ye.
♥ Hati itu rahsia Allah. Justeru, bukanlah kita selayaknya untuk membicarakannya.






26 Aug 2010

♥ Blind Man Who Taught Me How To See (Part III)

2 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..





Pagi tadi saya ke MAIS. Sambil menunggu hubby datang menjemput, saya duduk di kerusi di tepi lobi sambil perhatikan orang ramai lalu-lalang. Sambil menonton Pangkin Atok yang ditayangkan. Ramai juga orang yang berurusan hari ini. Di sebelah MAIS, letaknya Pejabat Zakat. Patutlah ramai yang berurusan. Tidak lama kemudian, hubby pun sampai. Kami bergerak keluar dari perkarangan MAIS. Di simpang keluar, saya ternampak 2 orang wanita sedang berjalan keluar. Di tepi lebuhraya. Yang seorangnya, bertongkat, cacat penglihatan barangkali, sedang dipimpin oleh yang seorang lagi. Terus teringat kisah dalam entry saya suatu masa dahulu. Tergambar rasa seronok nak membantu. "Abang, makcik tu buta la bang.. sian.. tumpangkan jom.." saya ajak suami saya pandang ke cermin tingkap di sebelah saya.

Dua wanita tadi, sedang berjalan perlahan² di tepi lebuh raya, di tengah² panas terik. Hubby berhentikan kereta betul² di depan mereka berdua. Saya turunkan cermin tingkap dan bertanya. Rupanya mereka hendak ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Makcik yang buta dan seorang anaknya, kelihatan penat kedua²nya, tapi masih tersenyum pada saya. Kami pula hendak ke Subang, tetapi boleh juga hantarkan ke PKNS. Kami jemput kedua²nya masuk. Saya sempat mengerling ke kerusi belakang. Alamak bersepah pulak dengan koleksi buku² Manhaj as-Shafie yang sempat saya rujuk awal pagi tadi. 

Seronok makcik dan anaknya bercerita. Rupa²nya mereka ke Pejabat Zakat. Sumbangan zakat tu nanti untuk dibayar kepada MBPJ, bayaran sewa rumah pula. Mereka tinggal di Lembah Subang. Kesiannya, dari jauh datang. Makcik Yanti, namanya. Anaknya pula bernama Wahida. Makcik Yanti terus bertanya kami sama ada sudah berkahwin ke belum. Kami tergelak, macam lucu juga soalan tu. Biasalah, soalan seterusnya ialah dah punya anak ke belum. Kebetulan Makcik Yanti ni kerjanya sebagai tukang urut untuk wanita yang ingin hamil, terus Makcik Yanti pelawa kami ke rumahnya bila² masa. InsyaAllah, jawab saya, bila ada kesempatan. Hebatnya Makcik Yanti, kedua² matanya buta tapi dia mampu bekerja dalam keadaannya yang sebegitu.

Dia bertanyakan nama kami berdua. "Oh, Khairuddin dengan Noorul Izzah, sesuai kamu berdua ni.. sesuai.. murah rezeki ni.." InsyaAllah.. kami menjawab sambil tersenyum. Oleh kerana kami hendak ke Subang, maka mereka berdua putuskan untuk turun di Subang sahaja. Dari Subang mereka cadang hendak menunggu bas ke MBPJ. Tujuan asal hendak ke PKNS pun semata² mahu menaiki teksi untuk ke MBPJ. Entah macam mana hubby saya terlepas simpang masuk ke Subang. Terus menghala ke KL. Akhirnya kami putuskan, alang² terlajak ke KL, apa salahnya kami hantarkan terus mereka ke MBPJ. Hingga ke depan MBPJ kami turunkan mereka berdua. Saya sempat ambil nombor telefon Makcik Yanti.

Alhamdulillah, Makcik Yanti  dan anaknya Wahida dapat sampai ke destinasi tanpa perlu susah payah menaiki bas atau teksi. Yang penting, saya rasa sangat gembira. Sangat lega. Sama rasanya seperti dulu. Seperti di entry yang ini. Peluang² sebegini patut saya lakukan selalu. Terutamanya bila membantu yang susah dan kurang upaya. Cukup buatkan kita insaf & bersyukur dengan diri sendiri. Benarlah kata hubby saya, bila kita membantu orang lain, kita akan rasa gembira. Rasa gembiranya tak sama seperti gembira yang lain². Bahagia. Alhamdulillah.

Saya doakan Makcik Yanti dan keluarganya sentiasa di dalam pertolongan Allah. Termasuk juga buat insan² kurang upaya yang senasib dengan dia. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka. Walaupun matanya buta, tapi hatinya celik. Malah lebih baik daripada kita yang normal ini. Moga peluang sebegini akan datang lagi di masa² depan, insyAllah. Saya menantikannya.




19 Aug 2010

♥ Nota Buat Diri

5 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Kartun² comel untuk dikongsi bersama..




















What is worse than Death? Imam Ibn Al-Qayyim has said:

"Wasting time is worse than death, because death separates you from this world whereas wasting time separates you from Allah"

In Islam, time is EVERYTHING. How you spend your time determines on how a good (or a bad) Muslim you are.

Another year has passed; minutes move into hours, into days, into weeks, into months, into years - seemingly faster than ever; so are we spending our time wisely?

Time is EXTRA SPECIAL in Ramadhan, for it's a special month and we as Muslims are encouraged to spend the time on doing good deeds that will insyallah help us to Paradise ♥

It's already the ninth day of Ramadhan so make a point to utlize your time VERY wisely!
Instead of sleeping after breaking your fast, go to the mosque and perform tarawikh prayers,
Instead of playing Mafia or Farmville on Facebook, spread good dakwah,
Instead of hanging out with friends, have a Tilawah and read Quran together
Instead of shooting zombies or playing games, make sunnat prayers,
Instead of watching hours of movies, make countless duas,
And so on and so forth.

So before you pick up that PSP this Ramadhan, think about the time you might possibly waste. "Tick tock, tick tock" ~ Brotherhood Arts


Nota Buat Diri: Maanfaatkanlah bulan Ramadhan.. bulan teristimewa berbanding bulan² lain...



Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009