29 Aug 2010

♥ Bagaimana, ya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sebetulnya, sudah beberapa kali saya terserempak dengan klip itu. Tapi saya lebih banyak abaikan. Satu petang, di waktu saya sepatutnya berehat, dan di ketika kawan² keluar berbelanja raya di Jalan Masjid India (saya tolak pelawaan mereka), saya sibuk dengan laporan² overdue saya. Untuk seketika, saya menyemak notification di FB, untuk hilangkan lelah. Dan saya pun terlihat klip itu. Klip yang benar² membuatkan saya tersentuh. Sangat² tersentuh. Hinggakan tanpa sedar air mata saya mengalir.  Mujur tiada siapa di pejabat waktu itu. 

Cepat² saya kesat airmata yang jatuh. Tapi saya ulang sekali lagi. Dan untuk kali keduanya airmata saya berjujuran lagi. Adakah begitu terkesannya di hati saya sehinggakan senang sekali saya menumpahkan airmata? Saya ulangi lagi. Menitis lagi. Saya ulangi dan ulangi lagi. Sama juga. Benarlah hati saya tak dapat membendung rasa hiba. Rasa terharu. Tergetar di hati. Tersentuh dengan apa yang dilihat. Adakah kerana saya pun turut merasakan seperti apa yang dia rasa? Atau sebenarnya saya malu  dengan diri saya bila melihat maha hebatnya tahap kecintaan dia? Adakah airmata yang jatuh itu sebenarnya sebagai  suatu pernyataan bahawa saya turut merasa rindu terhadap kekasih yang satu itu.. subhanallah.



Pulang di rumah, saya ajak hubby lihat sama. Saya kira saya dapat menahan perasaan itu bila sama² menontonnya dengan hubby. Ternyata saya sekali lagi tidak mampu. Tanpa sedar juga airmata saya menitis. Aduh. Saya sedar. Betapa saya leka hinggakan terkadang lupa. Lupa untuk meluahkan rasa cinta dan rindu itu. Saya kagum dengan dia. Tulus hatinya menyatakan kehibaan dan pengharapan. Sesungguhnya dia telah membuatkan rasa insaf menyelubungi hati. Cukuplah, walaupun tidak sebesar mana. Sekurang²nya tetap rasa insaf. Setiap kali saya mengulang melihatnya. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah s.a.w. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya.




“Lau kana Rasulullah s.a.w bainana al an, keif?” Kalaulah Rasulullah s.a.w itu berada di antara kita sekarang, bagaimana ya?

Justeru itu, saya menyarankan anda menonton rancangan ini kerana saya beranggapan ia mampu membuatkan anda rindu kepada Baginda s.a.w. Saya pun tidak sedar pada mulanya bahawa saya menangis menonton rancangan ini. Rancangan realiti yang jauh lebih baik~sangat jauh baiknya berbanding rancangan realiti hiburan di Malaysia. Rancangan yang membuat tergetarnya rasa di hati.

Kalaulah Baginda s.a.w ada di sisi...

Ya Rasulullah ~ rinduku kian mendarah!

♥ Boleh download Episod 1 di sini (makluman: kesemuanya di dalam Bahasa Arab).
♥ 'Dia' yang saya maksudkan di dalam entry ini ialah wanita berniqab itu..
♥ Lagu tema rancangan ini sangat indah. Saya terus ulang dengar.. boleh di download di sini ye.
Hati itu rahsia Allah. Justeru, bukanlah kita selayaknya untuk membicarakannya.






0 ♥ comments:

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009