29 Aug 2010

♥ Bagaimana, ya..

0 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sebetulnya, sudah beberapa kali saya terserempak dengan klip itu. Tapi saya lebih banyak abaikan. Satu petang, di waktu saya sepatutnya berehat, dan di ketika kawan² keluar berbelanja raya di Jalan Masjid India (saya tolak pelawaan mereka), saya sibuk dengan laporan² overdue saya. Untuk seketika, saya menyemak notification di FB, untuk hilangkan lelah. Dan saya pun terlihat klip itu. Klip yang benar² membuatkan saya tersentuh. Sangat² tersentuh. Hinggakan tanpa sedar air mata saya mengalir.  Mujur tiada siapa di pejabat waktu itu. 

Cepat² saya kesat airmata yang jatuh. Tapi saya ulang sekali lagi. Dan untuk kali keduanya airmata saya berjujuran lagi. Adakah begitu terkesannya di hati saya sehinggakan senang sekali saya menumpahkan airmata? Saya ulangi lagi. Menitis lagi. Saya ulangi dan ulangi lagi. Sama juga. Benarlah hati saya tak dapat membendung rasa hiba. Rasa terharu. Tergetar di hati. Tersentuh dengan apa yang dilihat. Adakah kerana saya pun turut merasakan seperti apa yang dia rasa? Atau sebenarnya saya malu  dengan diri saya bila melihat maha hebatnya tahap kecintaan dia? Adakah airmata yang jatuh itu sebenarnya sebagai  suatu pernyataan bahawa saya turut merasa rindu terhadap kekasih yang satu itu.. subhanallah.



Pulang di rumah, saya ajak hubby lihat sama. Saya kira saya dapat menahan perasaan itu bila sama² menontonnya dengan hubby. Ternyata saya sekali lagi tidak mampu. Tanpa sedar juga airmata saya menitis. Aduh. Saya sedar. Betapa saya leka hinggakan terkadang lupa. Lupa untuk meluahkan rasa cinta dan rindu itu. Saya kagum dengan dia. Tulus hatinya menyatakan kehibaan dan pengharapan. Sesungguhnya dia telah membuatkan rasa insaf menyelubungi hati. Cukuplah, walaupun tidak sebesar mana. Sekurang²nya tetap rasa insaf. Setiap kali saya mengulang melihatnya. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah s.a.w. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya.




“Lau kana Rasulullah s.a.w bainana al an, keif?” Kalaulah Rasulullah s.a.w itu berada di antara kita sekarang, bagaimana ya?

Justeru itu, saya menyarankan anda menonton rancangan ini kerana saya beranggapan ia mampu membuatkan anda rindu kepada Baginda s.a.w. Saya pun tidak sedar pada mulanya bahawa saya menangis menonton rancangan ini. Rancangan realiti yang jauh lebih baik~sangat jauh baiknya berbanding rancangan realiti hiburan di Malaysia. Rancangan yang membuat tergetarnya rasa di hati.

Kalaulah Baginda s.a.w ada di sisi...

Ya Rasulullah ~ rinduku kian mendarah!

♥ Boleh download Episod 1 di sini (makluman: kesemuanya di dalam Bahasa Arab).
♥ 'Dia' yang saya maksudkan di dalam entry ini ialah wanita berniqab itu..
♥ Lagu tema rancangan ini sangat indah. Saya terus ulang dengar.. boleh di download di sini ye.
Hati itu rahsia Allah. Justeru, bukanlah kita selayaknya untuk membicarakannya.






26 Aug 2010

♥ Blind Man Who Taught Me How To See (Part III)

2 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..





Pagi tadi saya ke MAIS. Sambil menunggu hubby datang menjemput, saya duduk di kerusi di tepi lobi sambil perhatikan orang ramai lalu-lalang. Sambil menonton Pangkin Atok yang ditayangkan. Ramai juga orang yang berurusan hari ini. Di sebelah MAIS, letaknya Pejabat Zakat. Patutlah ramai yang berurusan. Tidak lama kemudian, hubby pun sampai. Kami bergerak keluar dari perkarangan MAIS. Di simpang keluar, saya ternampak 2 orang wanita sedang berjalan keluar. Di tepi lebuhraya. Yang seorangnya, bertongkat, cacat penglihatan barangkali, sedang dipimpin oleh yang seorang lagi. Terus teringat kisah dalam entry saya suatu masa dahulu. Tergambar rasa seronok nak membantu. "Abang, makcik tu buta la bang.. sian.. tumpangkan jom.." saya ajak suami saya pandang ke cermin tingkap di sebelah saya.

Dua wanita tadi, sedang berjalan perlahan² di tepi lebuh raya, di tengah² panas terik. Hubby berhentikan kereta betul² di depan mereka berdua. Saya turunkan cermin tingkap dan bertanya. Rupanya mereka hendak ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Makcik yang buta dan seorang anaknya, kelihatan penat kedua²nya, tapi masih tersenyum pada saya. Kami pula hendak ke Subang, tetapi boleh juga hantarkan ke PKNS. Kami jemput kedua²nya masuk. Saya sempat mengerling ke kerusi belakang. Alamak bersepah pulak dengan koleksi buku² Manhaj as-Shafie yang sempat saya rujuk awal pagi tadi. 

Seronok makcik dan anaknya bercerita. Rupa²nya mereka ke Pejabat Zakat. Sumbangan zakat tu nanti untuk dibayar kepada MBPJ, bayaran sewa rumah pula. Mereka tinggal di Lembah Subang. Kesiannya, dari jauh datang. Makcik Yanti, namanya. Anaknya pula bernama Wahida. Makcik Yanti terus bertanya kami sama ada sudah berkahwin ke belum. Kami tergelak, macam lucu juga soalan tu. Biasalah, soalan seterusnya ialah dah punya anak ke belum. Kebetulan Makcik Yanti ni kerjanya sebagai tukang urut untuk wanita yang ingin hamil, terus Makcik Yanti pelawa kami ke rumahnya bila² masa. InsyaAllah, jawab saya, bila ada kesempatan. Hebatnya Makcik Yanti, kedua² matanya buta tapi dia mampu bekerja dalam keadaannya yang sebegitu.

Dia bertanyakan nama kami berdua. "Oh, Khairuddin dengan Noorul Izzah, sesuai kamu berdua ni.. sesuai.. murah rezeki ni.." InsyaAllah.. kami menjawab sambil tersenyum. Oleh kerana kami hendak ke Subang, maka mereka berdua putuskan untuk turun di Subang sahaja. Dari Subang mereka cadang hendak menunggu bas ke MBPJ. Tujuan asal hendak ke PKNS pun semata² mahu menaiki teksi untuk ke MBPJ. Entah macam mana hubby saya terlepas simpang masuk ke Subang. Terus menghala ke KL. Akhirnya kami putuskan, alang² terlajak ke KL, apa salahnya kami hantarkan terus mereka ke MBPJ. Hingga ke depan MBPJ kami turunkan mereka berdua. Saya sempat ambil nombor telefon Makcik Yanti.

Alhamdulillah, Makcik Yanti  dan anaknya Wahida dapat sampai ke destinasi tanpa perlu susah payah menaiki bas atau teksi. Yang penting, saya rasa sangat gembira. Sangat lega. Sama rasanya seperti dulu. Seperti di entry yang ini. Peluang² sebegini patut saya lakukan selalu. Terutamanya bila membantu yang susah dan kurang upaya. Cukup buatkan kita insaf & bersyukur dengan diri sendiri. Benarlah kata hubby saya, bila kita membantu orang lain, kita akan rasa gembira. Rasa gembiranya tak sama seperti gembira yang lain². Bahagia. Alhamdulillah.

Saya doakan Makcik Yanti dan keluarganya sentiasa di dalam pertolongan Allah. Termasuk juga buat insan² kurang upaya yang senasib dengan dia. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka. Walaupun matanya buta, tapi hatinya celik. Malah lebih baik daripada kita yang normal ini. Moga peluang sebegini akan datang lagi di masa² depan, insyAllah. Saya menantikannya.




19 Aug 2010

♥ Nota Buat Diri

6 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Kartun² comel untuk dikongsi bersama..




















What is worse than Death? Imam Ibn Al-Qayyim has said:

"Wasting time is worse than death, because death separates you from this world whereas wasting time separates you from Allah"

In Islam, time is EVERYTHING. How you spend your time determines on how a good (or a bad) Muslim you are.

Another year has passed; minutes move into hours, into days, into weeks, into months, into years - seemingly faster than ever; so are we spending our time wisely?

Time is EXTRA SPECIAL in Ramadhan, for it's a special month and we as Muslims are encouraged to spend the time on doing good deeds that will insyallah help us to Paradise ♥

It's already the ninth day of Ramadhan so make a point to utlize your time VERY wisely!
Instead of sleeping after breaking your fast, go to the mosque and perform tarawikh prayers,
Instead of playing Mafia or Farmville on Facebook, spread good dakwah,
Instead of hanging out with friends, have a Tilawah and read Quran together
Instead of shooting zombies or playing games, make sunnat prayers,
Instead of watching hours of movies, make countless duas,
And so on and so forth.

So before you pick up that PSP this Ramadhan, think about the time you might possibly waste. "Tick tock, tick tock" ~ Brotherhood Arts


Nota Buat Diri: Maanfaatkanlah bulan Ramadhan.. bulan teristimewa berbanding bulan² lain...



14 Aug 2010

♥ Biskut Hati

3 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


biskut hati ~ manis sekali


Seperti biskut hati, yang dibuat dari hati sendiri, selalunya sedapnya lebih terasa. Lebih manis. Lebih rangup. 
Seperti apa jua hidangan, yang dibuat dari hati sendiri, selalunya akan menjadi. Lebih lazat. Lebih enak.

Begitu jua apa pun yang ditulis, jika lahir dari hati sendiri, bukan dari hati siapa-siapa, pasti lebih terkesan. Bagi yang membaca menggunakan hati, pasti dapat merasa bila apa yang dibaca bukan turun dari hati sebenar. Pasti dapat menelah sesuatu bila hati cuba membaca hati. Bila membaca menggunakan hati, pasti akan terkesan, bila sesama hati berbicara. Usah menipu hati, kerana hati punya kuasa yang tak terjangkaukan oleh fikiran.

Pendek kata, buatlah sesuatu dari hati sendiri. Bukan dari hati orang lain. Bukan dari siapa-siapa. Hati kamu diri kamu. Hati mereka diri mereka. Bukan diri kamu. Jadilah diri kamu, selayaknya. Jadi berhati-hatilah, kerana bukan sekadar baca, pabila mata hati yang membaca. 

Biskut hati yang terhasil bukan dari hati sendiri, pasti lemau rasanya. Jika tidak hari ini, mungkin esok. Percayalah.




10 Aug 2010

♥ Sabar Itu Cahaya

0 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..








Sangat² mengharapkan agar Ramadhan kali ini, Ramadhan yang paling bermakna. Paling bermakna di antara Ramadhan yang lepas². InsyaAllah. Sabar itu cahaya. Salam mubarak.



Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Dia tidak akan mengadzabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).




Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009