... Sambungan bagi Part I. Sabtu pagi. Saya dan hubby bersiap² ke Midvalley. Agenda: melawat pameran DCIM 2009. [DigitalCamera.Imaging.Media]. Survey untuk DSLR. Heh. Cerita mengenai DSLR ni nanti saya post kan kemudian. I met a bind man who taught me how to see. Ini cerita yang sepatutnya saya highlightkan di sini. Selesai di Midvalley, kami perlu singgah di Wisma Yakin. Kitab Durussamin permintaan baba harus saya tunaikan. Atau dia akan kekurangan rujukan untuk mengajar Kuliah Subuhnya nanti. Sampai di kedai kitab, saya beri peluang pada pakcik penjaga kedai carikan kitab tersebut untuk saya. Sambil tu saya tercari² juga novel Salju Sakinah. Boleh saya hadiahkan buat sahabat baik saya. Tiada, tapi alhamdulillah misi tercapai. Saya ke kaunter. Sengaja saya bayar lebih, dan saya larang pakcik tu daripada pulangkan bakinya. Saya cuma terfikirkan peristiwa semalam, tragedi semasa sedang makan bersama Ina. Ini lah masanya untuk tebus. Saya berharap mudah²an kekesalan saya untuk tidak menderma tempohari terubat dengan bersedekah di kedai kitab agama. Benar, saya rasa agak lega. Puas mungkin. Saya ceritakan juga pada hubby, dia tersenyum sambil pegang tangan saya & berkata, "Eloklah, rezeki kita yang lebih, kita kongsi sama² dengan yang lain.."
Terus kami ke Pertama Complex, kedai kamera memang banyak di sana. Tapi kami di Sogo terlebih dahulu. Mencari minyak wangi kegemaran ibu mertua saya. Saya pun teruja dengan harumannya yang.. hmm.. mengujakan. Hubby mengajak ke atas. Cari set comforter yang baru, katanya. Kami ke escalator. Seorang pakguard memimpin tangan seorang makcik, menghala ke escalator. Makcik pun naik, pakguard pun terus melepaskannya. Hubby terus bertanya pada pakguard, dan pakguard dengan tanpa rasa bersalah memberitahu, "Tingkat 5.." Hubby saya cepat memandang saya, "Cepat, tolong makcik tu.." Saya yang belum faham lagi situasi sebenar "Eh, makcik tu buta ye bang??" Baru saya perasan tongkat di tangan kirinya. Lantas secepat mungkin saya mendaki escalator yang sedang bergerak, kejar makcik yang berseorangan tu. Doa sungguh² dalam hati saya, janganlah makcik bergerak, sedang escalator sedang bergerak juga, bahaya! Saya genggam lengan kiri makcik, erat. Dan saya pandang wajahnya. Memang makcik ni cacat penglihatan. Tapi mukanya bersih. Sentiasa tersenyum. Saya terasa sejuk memandangnya.
"Makcik nak ke mana?"
"Tingkat 5 dik.."
"Ooo.. takpe, meh saya bawakkan.."
"Terima kasih, mujur jumpa anak ni kat sini.."
"Saya pun memang nak ke atas ni makcik.. makcik nak cari ape ye kat sini?"
"Makcik nak cari fius ni haa, dah terbakar.."
Saya sempat menoleh ke belakang, bagitahu pada hubby yang makcik ni hendak mencari fius. Saya terus bertanya lagi.
"Ooo, ni utk main muzik ye makcik?"
"A'aaa, tak boleh nak main, fius ni untuk converter.. terpaksa la jalan ke sini nak cari ganti.."
Pada fikiran saya, makcik ni pasti serba boleh, electrical term pun dia tahu. Menyebutnya pun bagaikan dah biasa. Saya pula yang tertanya².
"Makcik main muzik kat mana?"
"Kat depan Globe, sebelah Sogo ni.."
"Jauh tu nak berjalan..kena seberang jalan kan"
Sambil saya mengira² jarak antara Sogo ke Globe.. Ada 3 jalan besar yang perlu diseberang..
"Takpe, makcik dah biasa.. lagipun siapa lagi yang nak carikan, partner makcik memang tak kan gi memana, makcik la yang kena berjalan ke kedai.."
Sampai di Tingkat 5, makcik keluarkan fius yang terbakar. Hubby saya terus mencari, sedang saya menunggu bersama makcik tadi. Sambil tu saya teruskan perbualan. Sedikit teruja memandangkan makcik ni cukup istimewa. Senyuman tak pernah lekang di bibir makcik ni.
"Anak nama siapa..?"
"Panggil saya Nurul je makcik, tadi tu suami saya.."
"Ooo Nurul, dah lama kahwin? Dah ada anak?"
Dan kami pun berbual panjang sambil saya perhatikan hubby saya ke hulu-hilir mencari fius. Nampak gaya macam tak ada yang sesuai. Makcik yang saya benar lupa tanyakan namanya ini rupanya ada 3 orang anak. Semuanya dah berumahtangga. Cucunya pun dah ada 3 orang. Tapi entah kenapa, ada rasa kesal bila makcik ni jelaskan yang walaupun anaknya ada, tapi seolah tiada. Semuanya dia & suami perlu lakukan sendiri. Saya pun rasa simpati. Sambil tu sempat saya pohon dia mendoakan rezeki anak buat kami. Hubby saya rupanya tak berjaya mencari pengganti fius tu. Tapi dia tetap belikan fius lain walaupun tak sama spec nya, mungkin boleh cuba juga. Makcik paksa kami terima duit untuk belian fius tadi. Tapi kami menolak dengan baik.
Kami sedia untuk hantarkan dia ke bawah. Saya pegangkan lengannya erat, menuju ke escalator untuk turun. Hubby ikut di belakang. Sedang turun, kami sembang lagi. Tapi makcik tu tak putus² ucapkan terima kasih & nyatakan rasa syukurnya dapat bertemu kami. Saya sedar banyak mata yang memerhati. Saya senyum aje. Saya pimpin makcik dengan hati² agar tongkatnya tak dilanggar. Keluar dari Sogo, kami perlu lintas jalan yang agak besar. Di tengah panas terik kami berjalan. Saya terus bertanya lagi.
" Makcik jalan sorang² la tadi kat sini?"
"Ye nak, dah biasa, tak ape.."
"Kalau saya, seorang takut juga.."
"Eh mana boleh jalan kosong macam tu je, kena baca doa.. makcik pun kena baca jugak.."
"Oooo..bagus la makcik.. harap² ada org yang tolong makcik kalau nak kemana².."
"Selalunya ada je orang tolong, insyaAllah.."
Deria pendengaran makcik ni memang hebat. Setiap tempat yang dilalui, dia boleh mengecamnya dengan tepat sekali, hanya berpandukan pada bunyi lagu² yang dimainkan di dalam kedai² tersebut. Hebat bukan? Walaupun pandangan matanya gelap, tapi hatinya terang. Matahatinya bersih. Cuba kalau saya yang berjalan sambil tutup mata, tak dapat dibayangkan!
Sampai di tempat makcik bermain muzik, dia pelawa saya untuk duduk. Dia kata saya mesti penat berjalan, sambil pimpin dia. Oh tidak, penat atau panas memang serta-merta hilang, saya rasa puas dapat bersama makcik di tengah hari itu. Partner makcik ni pun sama² buta, hubby saya cuba sedaya upaya untuk selesaikan masalah fius tadi. Subhanallah, kebetulan pula makcik bertemu saya dan hubby, sememangnya hubby saya biasa dengan hal² yang berkaitan dengan elektrik ni. Memang bidang kerja dia. Allah s.w.t yang mempermudahkan jalannya. Alhamdulillah. Sebelum sampai ke tempat makcik tadi, dia sempat berbisik pada saya, bertanyakan nama hubby. Bila sampai, dia terus perkenalkan hubby saya pada partner nya, begitu seronok sekali. Sudahnya ramai juga yang lalu-lalang di situ berhenti melihat kami.
Selesai uruskan masalah fius tersebut, kami minta izin untuk beredar. Saya sempat sedeqahkan buat makcik sedikit bekalan. Dia nampak sungguh terharu. Kami tolak pelawaan dia untuk bayar harga fius yang dibeli tadi. Kami bersalam dan pergi. Sedih juga rasanya. Pertemuan sesingkat itu saya rasakan begitu bermakna. Insaf. Saya yang cukup segala anggota kurniaan Allah, mudah lupa dan terkadang kurang bersyukur. Sedangkan ada lagi yang serba-serbi kekurangan, tapi berkat doa & semangat juga keyakinan, boleh teruskan kehidupan seperti biasa, malah lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kita.
Saya rasa puas. Cukup puas. Dan teruja. Puas kerana saya berjaya menebus kekesalan hati atas tragedi semasa makan bersama Ina tempohari, malah digantikan dengan yang lebih baik lagi. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Adil. Saya doakan moga makcik & insan² yang senasib dengannya sentiasa dipelihara & dimurahkan rezeki olehNya, aamiinn. Syukur alhamdulillah, saya diajar melihat luasnya kehidupan ini, oleh seorang wanita buta.
*Oh ye, saya gunakan phrase blind man who taught me how to see ni, sebenarnya merujuk kepada lirik sebuah lagu. Sepatutnya saya gantikan man kepada woman, bukan? =)
10 ♥ comments:
Berniat baikpun ada balasan baiknya. Inikan pula menghayatinya.
Insya Allah ada balasan baiknya nanti.
Wassalam.
kak izz:) sweetnye:)
akhirnye dapat gak masa nak bace blog kak izz. dah lame emon tak menjenguk:)
kak izz, emon tagged ak izz:)
fuh, kak izz.. terharunya.... bagus ah kak izz nie.. bole wat bhn utk novel nie....
speechless.
maa:) Allah Knows Best :)
Leenoh:
Mudah²an, insyaAllah..terimakasih.. doakan moga kita sentiasa istiqamah dengan kebaikan.. =)
emon:
thanx emon.. emon pun sweet gak.. akak slalu ziarah blog emon tau.. hehe.. ok thanx 4 tagging me! =)
bob akukopi:
nak wat bhn novel? wawawa bob tgh berkarya ye? dasattt.. nanti share ngan kak izz ok! tq!
truemax:
speechless? hmmm.. =)
achik snm:
yea, Dia Maha Mengetahui.. =)
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥