Dear blog,
Minggu yang agak memenatkan. Tak sabar untuk berkogsi cerita tentang apa yang berlaku pada saya bermula pada Jumaat lepas. Kesibukan yang melanda membuatkan kerja² penyelenggaraan ditangguhkan. Hehe. Blog sebagai simpanan memori. Rugi jika dilupakan. Jumaat lepas, seperti yang dijanjikan, saya dari stesen Kerinchi terus ke Asia Jaya, untuk bertemu Ina, kawan sepejabat lama, setelah beberapa kali perancangan tertangguh. Alhamdulillah, tercapai hajat kami berdua. Hujan lebat bukan penghalang. Sampai di Asia Jaya, sambil menanti Ina, saya seperti biasa kalau tiada apa² bahan bacaan untuk disantap, saya perhatikan orang ramai yang berjalan ke hulu-hilir.
Ada sebuah kereta berhenti depan saya; teksi. Agak lama penumpang~seorang pemuda di dalamnya berbincang sebelum turun. Mukanya gembira. Lain dari yang lain. Wajahnya yang ceria menarik perhatian saya. Pintu pun dibuka. Saya antara pandang dan tidak kerana tak nak obvious sangat meng'usha' ni. Sebelah kaki kirinya dihulur keluar sambil tangannya memegang. Nampak bersusah payah juga. Kemudian sebelah lagi kaki di hulur pula. Owh. Pemuda ini mungkin tempang. Kedua² tangannya memegang erat daun pintu. Bersusah payah dia bangun dan keluar dari teksi. Kesiannya. Dia sedar ramai yang sedang memerhati. Termasuk saya. Tapi dia tersenyum. Sentiasa tersenyum. Aduh, bagusnya. Dia begitu yakin sekali. Saya tidak terus-terusan memandang. Pemuda cacat terus berjalan perlahan². Kedua² tangannya menarik pehanya untuk berjalan. Dari pengamatan saya, mungkin dia cacat di kedua² belah kakinya. Dari paras lutut ke bawah, mungkin kaki palsu. Kesiannya. Insaf saya seketika. Bila saya terfikirkan tangga yang tinggi untuk ke atas stesyen. Saya berharap ada lif untuk memudahkan dia. Ina kebetulan sampai. Terus saya terlupakan pemuda cacat tadi.
Terus dibawa Ina ke warehouse sale di PJ. Bukan dalam perancangan asal. Sudahnya saya yang memborong pula. Pastinya untuk diri saya & anak² buah saya! Kami terus menghala ke Subang. Kerana agenda terakhir kami akan ke Sheraton untuk 'serah'kan saya kepada hubby! hehe. Saya belanja Ina, sebab saya tau dia kelaparan. Sedang makan, kami didatangi seorang kanak² lelaki, umur antara 12-13 tahun. Derma. Entah kenapa, saya berat untuk menyumbang. Padahal selalunya, saya yang cepat sekali bila saya & hubby keluar makan bersama & didatangi oleh sesiapa pun untuk meminta derma.
Saya pun tak pasti kenapa malam tu saya seperti kaku. Saya cuma menggelengkan kepala. Tapi setelah 2 kali dia merayu, tangan saya dah hampir untuk capai handbag saya, saya terpandang Ina. Ina pandang saya. Langsung Ina berterus-terang sambil berkata "Takpelah dik.. kami taknak.." Aish. Terkilan budak tu. Terus dia berlalu. Saya pun terkilan juga. Sebab lambat bertindak. Bukan rezeki dia, saya cuba sedapkan hati. Selesai makan, Ina hantar saya ke Sheraton. Kami menunggu sambil berkongsi kek di coffeehouse. Juga kongsi cerita. Kongsi kenangan. Seronok juga. Tapi, fikiran saya terkadang teringatkan tragedi semasa makan tadi. Hmm. Setibanya di rumah, saya ceritakan pada hubby. Sudahnya dia pun sama, "Bukan rezeki dia la tu Nul..". Moga² dia dimurahkan rezeki.. insyaAllah..
Bersambung..
0 ♥ comments:
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥