31 Oct 2009

♥ Mata Yang Menipu..

3 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada seorang teman baik di pejabat menegur saya. "Kenapa dah tak selalu update blog akak, macam dulu²..? Sebab akak tau kami baca ye.." Bukan begitu. Malah saya selalu terfikirkan idea² yang boleh saya kongsikan di sini. Masa yang menghalang. Tuntutan tugas - laporan demi laporan yang perlu disiapkan setiap minggu, memang membuatkan saya sesak nafas juga terkadang. Tak cukup di pejabat, saya bawa pulang ke rumah [tapi selalunya tak dapat siapkan sepenuhnya pun.. hehe]. Bila idea datang, tapi saya perlu mengadap laporan, terus idea dibiarkan hilang begitu saja. Kebelakangan ini saya hanya menulis entri yang signifikan sahaja. Mungkin yang lebih personal. Ya, saya lebih rajin menambah koleksi resepi di blog masakan yang lagi satu itu. Dan mungkin saya lebih selesa dengan keadaan sekarang ini. Keeping low.

Kali ini saya ingin berkongsikan sesuatu. Satu perkara yang biasa, yang rasanya semua pun tahu. Ilusi optik. Imej demi imej yang 'terserempak' dengan saya kebelakangan ini menarik minat saya. Walaupun ia hanyalah situasi yang biasa² sahaja. Tapi mungkin ada yang belum tahu. Jadi saya kongsikan di sini. Kadangkala, sesuatu yang saya lihat, dan saya tidak mahu mengakuinya, saya selalu sedapkan hati saya dengan mengatakan, "oh, ilusi optik je ni.." Selalunya, mata melihat apa yang hati rasa. Kalau rasa hati lebih kuat, minda kalah & tenggelam, mata melihat berdasarkan hati, bukan lagi minda.

Pastikan anda memberi tumpuan semasa melihat gambar² di bawah.





Bentuk bunga di atas sedang bepusing?




Bentuk ini sedang berputar, kan?



Nampak tak corak yang beralun secara menegak?




Corak ni beralun pada sisi 45° kan?



Yang ini pun beralun juga?



Roda² ni sedang berputar..?



Ada pergerakan di tengah² gambar ini?






Titik putih atau titik hitam yang anda nampak?



Nampak seperti lingkaran, kan? Cuba perhatikan betul² setiap satunya..



Seorang guru mengatakan “Saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan, seperti bernafas”. Seorang kriminal yang pernah diuji mengatakan gambar² tersebut berputar sangat cepat. Seorang yang lanjut usianya dan kanak² mengatakan gambarnya tidak bergerak. Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, semua adalah gambar statik belaka.

Gambar-gambar ini digunakan untuk mengetahui stress level yang dapat ditangani seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress.

Sekiranya anda melihat semua gambar itu bergerak atau berpusing atau beralun, ini menandakan bahawa otak anda berada dalam keadaan agak tidak stabil [corruption]. Sekiranya anda mendapati bahawa gambar-gambar di atas tidak bergerak [static] , ini menandakan bahawa otak anda berada dalam keadaan stabil. Jika seseorang berada dalam keadaan yang kurang fit, kemungkinan dia akan melihat pergerakan gambar yang lebih cepat dari biasanya.

Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata. Ilusi optik terbahagi kepada dua:
  • Ilusi Kognitif
  • Ilusi Fisiologi
Ilusi Kognitif
Ilusi jenis ini diandaikan terjadi kerana anggapan fikiran terhadap sesuatu diluar batasan fikiran kita. Secara umum, ia pula terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :
  1. Ambiguity Illusion - gambar atau objek ditafsirkan secara berlainan.
  2. Distort Illusion - apabila terdapat perbezaan pada ukuran, panjang dan lengkung sesuatu gambar.
  3. Paradox Illusion - berlaku kerana objek yang paradoksikal atau tidak mungkin, dan ilusi ini paling popular digunakan. Contohnya seperti gambar ini.
  4. Fictional Illusion - persepsi terhadap objek yang sama sekali berbeza bagi seseorang tapi bukan bagi orang lain, seperti yang disebabkan kerana schizoprenia atau halusinogen. Atau lebih tepat disebut sebagai halusinasi.
Ilusi Fisiologi
Ilusi ini seperti yang berlaku pada kesan afterimage, atau kesan gambar yang terjadi setelah melihat cahaya yang sangat terang atau melihat pola gambar tertentu dalam waktu lama. Ia juga merupakan efek yang terjadi pada mata atau otak setelah mendapat rangsangan tertentu secara berlebihan. Afterimage adalah andaian visual yang tetap berada pada retina mata, setelah rangsangan visual pertama tidak ada lagi.

Cuba lihat yang ini. Gambar pinggan pecah berbentuk 'V'. Cuba fokus & kosentrasikan mata anda ke salah satu mata lobster di dalam pinggan ini. Setelah 10-15 saat, pecahan pinggan akan kelihatan bercantum. Inilah kesan afterimage, dan minda kita cenderung untuk mencantumkan garis pecahan pinggan.





Gambar di bawah ini juga boleh digunakan untuk menguji kesan afterimage. Lihat tanda '+' di tengah² itu.



Lama-kelamaan, bulatan² kecil berwarna ungu akan menghilang, dan kita akan melihat sebuah bulatan hijau yang bergerak.






Seperti ini:


Betul kan?

Gambar² di bawah ini pula merupakan poster yang bertajuk "See No Evil", sebetulnya saya tidak pasti apa maknanya pada gambar ini. Untuk melihat kesan afterimage, cuba fokuskan mata anda pada tanda '+' yang berwarna merah di tengah gambar, selama lebih kurang 1 minit. Kemudian alihkan pandangan anda pada imej yang berwarna putih, contohnya dinding. Setelah beberapa saat, anda akan dapat melihat negatif dari gambar yang berwarna hitam, yang membentuk imej wajah selebriti terkenal. Siapa selebriti itu? Cuba teka..












Terdapat banyak lagi contoh imej untuk ilusi optik ini, ada lebih 20 contoh lagi yang boleh anda lihat di sini.

Semua di atas adalah ilusi optik. Bagaimana pula dengan ilusi rasa? Kita menyangka bumi yang kita diami ini tidak bergerak. Sebenarnya, kita sentiasa dalam perjalanan yang sangat laju. Kita semua sedang melalui perjalanan sejauh 30 kilometer per saat tanpa kita sedar. Ini kerana bumi kita sentiasa berputar. Bagaimana ia berputar dan kenapa kita tidak merasakannya, semuanya itu di luar batasan pemikiran kita..

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Surah An Naml ayat 88)

Maha Suci Allah, yang menciptakan mata, akal, deria², alam ini dan semuanya.. Semua berkait di antara satu sama lain, semuanya diberikan percuma pada kita, tinggal lagi kita yang mentadbirkannya. Kondisi badan yang penat dan emosi yang stress sebenarnya dapat mempengaruhi fungsi minda kita semasa menerima stimulus² yang datang. Kawal emosi - kawal stress, banyakkan bersabar, kerana bila stress, akal tidak dapat berfikir dengan sewajarnya, kajian juga mengatakan bila kita terlalu emosi / stress, kesihatan juga akan sentiasa terganggu. Allahua'alam..


Maaf ya jika entri ini buatkan mata anda berpinar & pening.. ;)

Oh ye, anda masih percaya pada mata anda?




20 Oct 2009

♥ Alhamdulillah

3 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim..

Ni entry yang backdated sebenarnya. Ada yang bertanya, mana birthday entry? hehe.. Kesibukan membataskan.. tak sempat nak menulis apa pun melainkan menulis report sahaja sekarang ini.. hehe.. harap maaf lah ye ini entri berkenaan birthday saya yang lalu.. dah lepas pun, 30 September 2009.. alhamdulillah.. rasanya tak perlulah kot diceritakan secara detail, ini pun saya curi masa lunch untuk menulis.. yang penting harijadi kali ini cukup bermakna.. dengan kiriman sms sejak dari jam 12.00 malamnya [salah seorang kakak saya dah kirim seminggu awal lagi..hehe], ucapan selamat dari keluarga, kawan² sepejabat, kawan² lama, kawan² facebook & plurk, panggilan² telefon ucap selamat, sambutan kecil²an di department saya dan birthday dinner dengan hubby pada malamnya.. cukup indah, terima kasih ya Allah, kerana terus-terusan menambahkan nikmat umur & rezeki.. terima kasih juga ya Allah kerana menghadiahi mereka yang sentiasa berada di sisi, teman² yang terbaik & manis semuanya..



[moist chocolate cake + chicken cornish]


[nyum nyum..]


[team terbaekk.. mekaseh!]


[dinner @ Taman Sari Brasserie, Hotel Istana]

Tahun ini adalah tahun yang paling banyak saya dihujani dengan ucapan² harijadi. Terima kasih buat semua yang mengingati. Terima kasih atas ucapan selamat dan doa kalian. Moga Allah memberkati semuanya.. amin.


Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009