2 Sept 2009

♥ Cuti² Di Krabi II

Dear blog,

Assalamualaikum..


Sambungan cerita perjalanan saya ke Krabi..

10 Ogos 2009

Hari kedua di sana, awal paginya selesai subuh, bergegas ke tepi pantai untuk hirup udara nyaman & nak merakamkan sinar pagi yg indah di tepi pantai.. pukul 8, pulang ke bilik, bersiap² untuk aktiviti seterusnya. Saya bersiap dengan swimming suit di dalam, t-shirt & tracksuit di luar. Dan tudung untuk swimming yang seperti pro diver bak kata hubby. Hehe. Segan juga. Okey. Abaikan. Pukul 10 pagi kami perlu ke lobi, menanti kenderaan untuk mengambil kami ke jeti. Kami akan mengikuti island tour dengan speed boat yang akan membawa kami melawat ke pulau² di sana.


krabi
[nak pegi kat sini la.. best kan.. ]

Jam 10.30, kenderaan yang akan membawa kami pun sampai. Saya tak pasti apa panggilan untuk kenderaan ini, samada teksi atau trak, dan di sana mereka memanggilnya 'tut-tut'.. hehe..


[ dalam tut-tut yang menggerunkan.. hehe.. ]

Kami berdua sahaja pada awalnya, perjalanan menjadi singkat bila pemandunya memandu secara 'gila' - mungkin risau kami akan tertinggal bot.. kami singgah ke sebuah hotel lain untuk mengambil penumpang.. 4 orang pakcik warga Timur Tengah yang bisu.. & seorang translator perempuan muda yang.. erk.. abaikan. Kami semua akan ke Ao Nang Beach untuk menaiki speed boat yg sedang menanti..

Sampai di sana, beratus² orang menanti bot masing².. di sana kami dikumpulkan bersama² dengan ahli kumpulan tour kami, 20 orang kesemuanya.. kami menaiki speed boat yg agak besar juga & saya mengambil tempat betul² di belakang seat pemandu.. perjalanan akan mengambil masa 1 jam untuk ke pulau pertama, iaitu Bamboo Island.. setelah diberi sedikit penerangan oleh tour guide - Mat, seorang Muslim yang hanya tau menyebut 'abe' dan 'akak' bila memandang kami, perjalanan pun dimulakan.. cuaca cerah pagi itu membuatkan saya lega juga. Bot membelah laju lautan, dan hentaman² ombak dan badai mula menyebabkan bot kami terhuyung-hayang. Oh ye, kami tidak memakai life jacket pun. Life jacket hanya disimpan untuk aktiviti snorkeling nanti. Itu agak membimbangkan saya. Hehe.

Setengah jam awal, saya sudah mula terasa terseksa. Dahsyat juga menaiki bot laju di tengah lautan ini. Kebetulan ombak pada hari itu cukup tinggi, 2 meter tingginya! Ramai ahli kumpulan yang menjerit². Segala barangan di dalam bot tercampak ke sana ke mari. Saya hanya tersenyum sahaja [saya pada kebanyakan masa..hehe]. Walaupun sebenarnya dalam hati risau juga. Untuk mengelakkan saya tercampak ke belakang [hampir tercampak dah pun sebenarnya], saya berpaut pada besi driver seat di hadapan saya. Mujur kami tidak memilih tempat di hadapan bot yang lebih tinggi. Ada beberapa penumpang yang tidak tahan berada di hadapan, bertukar tempat berdepan dengan kami. Percikan air laut yang menerjah masuk bak hujan renyai. Mujur saya berlindung di belakang seat pemandu. Sayalah yang paling terselamat daripada lencun. Hehe.

Saya mencuri pandang pada boat speedometer di depan saya. 300km/h. Laju juga. Terkadang saya rasa seolah² sedang terbang di lautan. Bot yang melawan ombak, terbang tinggi dan tiba².. jatuh terjunam semula ke air.. dan semestinya semuanya menjerit! Langit yang tiba² gelap, menambahkan kerisauan saya. Risau juga, hujan ribut di tengah lautan, tanpa life jacket, semuanya tiba² menghantui di fikiran. Tapi macam biasa, saya masih tersenyum. Saya senyum pada hubby, saya lihat dia pun risau juga agaknya, tapi dia memang sentiasa cool.. [saya yang selalunya over-react..hehe] Dalam hati saya berdoa moga kami semua selamat tiba ke destinasi.

Bot diperlahankan, menandakan kami hampir sampai ke Bamboo Island. Pukulan ombak juga makin berkurang. Alhamdulillah, cuaca kembali terang dan ceria. Kami sampai di pulau dan dibenarkan untuk berada di situ selama 50 minit untuk aktiviti swimming dan snorkeling. Pantai di pulau ini cantik, pasirnya bersih dan airnya menghijau. Tiada facilities lain di sini kecuali tandas awam memandangkan ia adalah pulau terpencil di tengah² lautan.




[Bamboo Island]


[di mata saya sentiasa ada dia..hee]

Cukup masa, kami bergegas ke bot. Perjalanan diteruskan. Kami sepatutnya dijadualkan untuk ke Maya Bay, di mana pulau dan pantainya adalah yang tercantik di situ, tetapi oleh kerana ombak ya ng besar dan air pasang yang agak tinggi pada hari itu, kami tidak digalakkan untuk ke sana. Rasa hampa juga, kerana di situlah tempat yang paling indah untuk dirakamkan mengikut tinjauan kami. Mungkin lain kali sahaja. Kami di bawa ke Phi Phi Don dan Phi Phi Lea, yang merupakan sebahagian daripada pulau yang terdapat di kawasan Phi Phi Island. Di sinilah letaknya lokasi filem The Beach - lakonan Leonardo DiCaprio.. [di situ letaknya juga puncak di mana DiCaprio terjun ke dalam air..] memang subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah di situ..










[ breathtaking cliffs surrounding the bay like a fortress.. ]

Kami dibenarkan untuk snorkeling di sini, selama setengah jam.. airnya yg tersangatlah jernih & biru memang membuatkan saya geram nak berjalan di dasar, tapi tidak dibenarkan kerana terdapat banyak landak laut di bawah.. ke dalaman air adalah lebih kurang 4-5 meter.. saya dah jatuh hati dengan tempat ni.. susah nak digambarkan keindahannya dengan kata², Maha Suci Allah yang menciptakan.. pasti lepas ni saya nak singgah lagi ke sini, insyaAllah..

Selasai di sini, kami bergerak untuk ke Phi Phi Island Down Town.. dalam perjalanan keluar dari Phi Phi Lea, kami singgah sebentar di Viking Cave.. di sini letaknya gua tempat kaum purba yang menetap di situ suatu masa dahulu.. gua ini mendapat nama [Viking] daripada penemuan lukisan kapal Viking lama yang terukir di dindingnya.. tiada pantai di sekitarnya, gua tempat menginap terus bertemu dengan lautan.. kini gua ini dijadikan tempat pengutipan sarang burung layang² yang terkenal..




[ Viking Cave ]

Kami meneruskan perjalanan ke Phi Phi Island.. ombak tidak terlalu besar, maka perjalanan agak aman berbanding sebelumnya.. Phi Phi Island pada 3 tahun yang lalu pernah digemparkan dengan kemusnahan akibat tsunami, kini telah pulih sepenuhnya, saya rasa. Kami tiba dan terus ke restoran untuk makan tengahari. Masakan di sini sama seperti masakan di Malaysia, cuma nasinya lebih wangi, lauknya ala² Chinese food / vegetarian dan yang pasti tom yam goong nya memang power.. hehe. Mujur juga kami di dalam mode musafir, jadinya kami akan jamak taakhir bila sampai di hotel nanti.




[di sepanjang pantai di Phi Phi Island..]

Phi Phi Island ibarat sebuah pekan yang memanjang, di mana di kedua² belahnya adalah pantai.. kebanyakan penduduknya merupakan nelayan Muslim dan sebahagiannya juga menjalankan perniagaan untuk pelancongan.. terdapat banyak kedai² di sepanjang pulau, dan ramai pelancong² yang datang serta yang sememangnya terus menginap di hotel di situ. Bagaimana pun saya tidak sempat untuk menjelajah ke seluruh pulau memandangkan masa tidak mengizinkan..


[ gambaran Phi Phi Island dari atas.. credits to www.hotelthailand.com ]

Tepat jam 2.00, kami bersiap untuk menaiki bot. Kami meninggalkan Phi Phi Island, terus ke Phi Phi Lea semula untuk aktiviti snorkeling dan beramah mesra dengan monyet² pulau.. hehe. Kami dibenarkan untuk memberi makan kepada monyet² yang menanti kami di atas pokok di tepi tebing, tetapi dengan pengawasan beberapa orang tour guide. Seterusnya kami dibenarkan untuk snorkeling selama 40 minit di situ. Air yang jernih bak kristal memecahkan segala rahsia lautan..


[ pandangan dari atas bot.. jernih betul.. ]




[ ikan² yang optimis ]

Selesai aktiviti snorkeling, kami dijamu dengan buah²an segar - nenas dan tembikai yang manis² belaka di atas bot. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke Ao Nang Beach semula selama 1 jam.. maka berakhirlah aktiviti boat tour kami.. Perjalanan pulang kami tidak banyak bezanya dengan perjalanan pergi, bot kami melambung² dan terbang di lautan. Tapi kali ini saya rasa sudah 'terbiasa' dan tidak risau lagi. Mungkin kepenatan, barangkali. Akhirnya kami selamat sampai pada jam 4.00 petang.. alhamdulillah.. badan bagai dipukul rasanya, akibat hentakan kuat di dalam perjalanan. Ramai juga yang kuyup dalam perjalanan pulang.. Tetapi semua itu pengalaman. Pengalaman indah buat kami. Kami tiba di hotel hampir pukul 5.00 petang dan tiba masanya untuk berehat..

Bersambung.. lagi..






16 ♥ comments:

orgdesa said...

menarik...teringin juga nak melancong ke luar negara tapi tak berkemampuan...

Leenoh said...

Salam Izzah.

Selamat Berpuasa.
Semoga sihat walafiat dapat berpuasa dengan sempurna.

AL-ANEESA' said...

Salam kakak,

satu lagi kisah percutian yang sangat2 menarik.

suka gambar2. Cantik.( termasuk tuan gambarnya.)

Anonymous said...

salam..
sori tak kat mana ye karbi tu.
rase2 cam nak g sane la one day..
btw, what a wonderful blog u have..
keep it up k!

♥ Izzah Marzuki said...

orgdesa:
takpe, ade rezeki nanti pegi ye, insyaAllah..


Leenoh:
ustaz, terima kasih.. alhamdulillah dapat berpuasa dgn baik..


AL-ANEESA':
wsalam aneesa..
terima kasih..


Anonymous:
wsalam..
krabi tu kat northern thailand..
pegi la, best..
anyway thanx for visiting!

Anonymous said...

hai.. saya tgh plan nk g krabi ni.. so better ambik package siap2 dr m'sia ke.. or smp sana baru carik agent dr sana... tgk pakej air asia siap ngan activity..tp harga xtau laa lg mahal ke murah..

Anonymous said...

hi assalam..
awak ambil pakej dari malaysia atau macam mane?
is this a good place 4 honeymoon?
slain snorkelling wat else can we do there..kinda reply hehehehe...tqqq

♥ Izzah Marzuki said...

Anonymous :
Hai.. saya pergi ke krabi tempohari tanpa melalui mana² agent atau pakej.. semuanya book sendiri, flight ticket airasia semasa ada promotion, hotel, makan, transportation & island-tour saya book sendiri melalui online. Semuanya sendiri sebab taknak terikat sgt dgn schedule. I think airasia package yg all-in tu murah & berbaloi kot.. kalau nak amek yg tu pun ok..

Hotel, saya book Sheraton Krabi Hotel, online. Makan samada di hotel & kami cari sendiri di sekitar Krabi kerana senang jumpa makanan halal & almost kedai jual nasi + tomyam.. hehe. Then kami sewa kereta (Honda Jazz) yang kami book secara online sebelum pergi, yg ni kami gamble jugakla tapi alhamdulillah kereta sewa dtg tepat pada masanya. Island-tour pun kami gamble jugak book online sebelum sampai Krabi, alhamdulillah dapat pergi tour seperti yg dinyatakan secara online tu lah. Meaning sebelum kami sampai ke Krabi, semua² yg penting kami dah book & paid.

Krabi sangat best untuk honeymoon kalau u nak relax & tak nak hirukpikuk bunyi bising.. kat sana memang tenang & sgt breathtaking. Kalau u nak shopping i tak nampak sangat tempat yg sesuai shopping / i tak jumpe pun hari tu, jual souvenir & makanan² banyak la. Selain snorkelling, maybe u boleh buat watersports yg lain, diving is 1 of them, then kat sana ada elephant ride & u boleh lawat tiger cave etc etc..

in case u nak suasana yg meriah sikit, maybe boleh pergi ke phuket kot.. :)

Anonymous said...

salam, kak saya pun akan ke krabi tahun depan. boleh saya tau akak menetap di hotel yg mcm mana? maksud saya dari segi harganya. saya akan ke sana secara berkumpulan, dalam 8 org. kami nak percutian yang ekonomi tapi selesa. akak ade suggestion? payid_skate@yahoo.com

♥ Izzah Marzuki said...

Anonymnous :
Wsalam.. ooo hari tu akak duk kat Sheraton Krabi Hotel.. agak mahal la sket, lagi pun pergi berdua.. kalau berlapan, maybe bleh share so tak terasa sgt.. tapi hotel yg akak stay tu agak jauh dpd pantai / jeti utk island hopping.. so better amek hotel yg dekat dengan Ao Nang Beach, kat situ dah kat tepi town, tempat makan pun ade byk & byk hotel yg offer reasonable & affordable price.. akak rasa Air Asia ada buat full package termasuk accomodation (hotel) utk ke krabi.. cuba check kat web air asia.. rasanya harganya pun tak mahal sgt & affordable jugak.. :)

Cik Sibuk said...

salam perkenalan..

tgh cari info on krabi, ni yg terjumpa blog u.

thanks sudi share pengalaman di krabi.. :)

Anonymous said...

Thanks for sharing..good blog.

♥ Izzah Marzuki said...

Cik Sibuk : salam perkenalan juga.. terima kasih sudi singgah.. nak bercuti di krabi ye? selamat bercuti.. ;D

♥ Izzah Marzuki said...

Anonymous : u r most welcome.. thanks for dropping by.. :)

Anonymous said...

best bc blog akk.. sy pn tgh mencari2 cerita tentang krabi.. tp ok ke kalau sy bwk bdk 2y dan 4y naik bot tour island

♥ Izzah Marzuki said...

Anonymous : thanks baca ye.. oo ade 3 jenis bot.. speedboat yg laju & melompat², bot besar yg lambat sket tapi takde lompat² & sampan, lebih kecil & limited.. jadi boleh pilih yg sesuai especially bila bawa kids.. better naik bot besar bukan speedboat.. :)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009