Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

22 Jan 2012

♥ Kisah Kek Cawan Saya..

4 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahm.. Assalamualaikum..

Satu masa dulu, saya biasa melihat² gambar kek pada majalah, buku, atau yang dipamerkan di dalam kaca² display. Saya begitu teruja, kagum dan sangat excited bila lihat kek² yang sangat cantik, kemas, teliti, gebu, menarik.. walaupun kek biasa² tanpa hiasan pun, saya tetap kagum. Kagum dengan siapa yang membuatnya, sambil dalam hati dan fikiran, terfikir, bilalah saya mampu untuk buat seperti itu, bilalah saya mampu untuk bakar kek dengan tenang tanpa gagal.. hehe. Saya memang berminat untuk membuat kek dari dulu lagi.. Saya ingat lagi, masa zaman bujang ~ zaman di universiti, saya selalu beli ready mix cake, selalunya beli banyak² untuk dibawa balik masa bercuti semester. Ready mix ni senang sahaja, cuma tambah telur dan air, selebihnya telah disiapkan dan tinggal untuk diadun dan dibakar sahaja. 

Saya ingat lagi, oleh kerana saya rajin juga membakar kek ready mix ini dan bila hampir tiba raya, saya sibuk juga membakar kuih, mama dan baba belikan satu oven besar untuk gantikan oven lama. Sebelum itu saya hanya gunakan oven lama mama yang selalu membuatkan kek saya hangit kerana terlebih panas - mungkin ada masalah pada controller suhunya. Dengan oven baru, saya sangat teruja & seronok masa itu. Dan kemudian masa pun berlalu, saya tamat pengajian, berkahwin dan sibuk dengan kerja² & outstations. Saya masih juga cuba curi² masa membakar kuih raya - sejenis dua je dan membakar kek.. Kali ini saya dah hampir berjaya bakar kek² coklat dengan gunakan adunan sendiri, walaupun kadang² terjadi juga peristiwa kek deflated  / sink in the middle.. hihi. Atau pun peristiwa kek tak masak, masih mentah di tengah..atau juga peristiwa kek hitam di bahagian atas! oh itulah trial & error.. Saya cuba dapatkan tips, cari jawapan & belajar dari segi saintifik untuk membakar kek melalui website yang di google.. alhamdulillah, dengan ilmu, yang salah  boleh dibetulkan kan..

Sampailah satu ketika, saya cuba untuk mencabar diri saya untuk buat kelainan. Saya biasa lihat cupcakes yang comel dijual di kedai² kek, saya cemburu melihat cupcake comel tu! Saya cuba buat cupcake gunakan resepi yang saya google dan resepi turun temurun keluarga ~ rupanya cupcake ni biasa kakak² saya buat masa zaman mereka muda² dulu, cuma tidak dicommercialize kan la sangat masa dulu kan. Saya dah buat cupcake untuk dibawa ke pertemuan bersama kawan, malangnya saya tak berjaya menghadirkan diri atas sebab tertentu.. dan kemudian tibalah jamuan hari raya di pejabat, tahun 2010.. setiap bahagian perlu menyumbang juadah untuk jamuan..jadi saya dengan rela hati offer untuk bawa dessert dan cupcake. 

Alhamdulillah, kek yang saya bakar menjadi, saya buat deco yang simple sahaja, tapi mendapat sambutan masa jamuan tersebut. Seterusnya saya buat cupcake sebagai hadiah birthday kawan² di pejabat.. Maka bermulalah episode saya menjual cupcake di pejabat kerana kawan² sepejabat mula bertanyakan pada saya untuk order cupcake. Pada mulanya saya tak berapa pasti untuk menjual atau tidak, sebab saya tak pernah pun ke kelas membuat kek, semuanya sendiri² sahaja. Tapi kerana tak mahu hampakan permintaan kawan² yang asyik bertanya, saya cuba ambil order dan jual. Itu pun di kalangan kawan² sepejabat sahaja. Saya survey kedai² bahan untuk kek yang termurah dan baik, saya survey harga² yang biasa dijual, saya survey design² & deco² & teknik² yang perlu saya tau.. bermula dengan deco yang biasa² sahaja, saya belajar sedikit demi sedikit  untuk buat deco yang lebih baik, dan lebih complicated.. 

 Antara cupcake terawal yang dihasilkan..

 Yang terawal dijual di pejabat..

Oleh kerana saya suka kongsikan hasil² tangan saya di facebook, kerana saya percaya hanya dengan cara itu saya mampu belajar melalui feedback & komen kawan² untuk improve kan hasilnya. Alhamdulillah, saya berjaya menarik hati kawan saya yang bukan sepejabat untuk order cupcake saya. Kawan online saya yang pertama jadi customer saya, Yusneeza. Sampai sekarang Yus suka order kek saya, terima kasih Yus! Siap buat entry special lagi untuk saya, saya sangat terharu. Baru² ini sahaja kami berjaya jumpa & bergambar, lepas Yus datang untuk ambil ordernya.. 

  Yus anggun..hehe

Sejak dari itu (order dibuka untuk kawan² selain officemates), rezeki dari jualan cupcake saya tak putus² walaupun tak banyak, alhamdulillah.. walaupun saya cuma buat secara sambilan dan adakalanya saya terpaksa menolak tempahan bila masa tak mengizinkan.. Ditambah pula dengan kekangan saya yang bersendirian membuat segalanya.. walaupun en.suami selalu menawarkan diri untuk membantu, tetapi saya sendiri tak mahu susahkan dia..cukuplah dia bantu saya dengan bawakan saya ke kedai untuk beli barang² kek dan kadang² tolong hantarkan kek bersama saya. Biasa juga dia tolong basuhkan perkakasan kek bila dia tahu saya tak berkesempatan nak lakukan semuanya.. (terima kasih Abg!)..

Oleh kerana koleksi cupcake makin bertambah, saya buat satu page, dan terhasillah nama Cuppyness By Izz yang diilhamkan oleh encik suami.. (thanks Abg!) Bermula dengan gunakan mixer lama mama yang mama beli hampir 10 tahun lalu, kemudian mixer yang saya beli sendiri, tapi akhirnya mungkin kerana excessive usage, mixer saya pun injured.. sedih juga rasanya & tempahan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. Sebabkan itu, en.suami telah berusaha belikan saya industrial mixer sebagai pengganti.. alhamdulillah, sangat membantu dan mencepatkan proses membuat kek.. terima kasih Abg..sampai kini mixer tu berjasa dengan jayanya..


Dihasilkan dengan kasih sayang, istimewa buat en.suami tersayang.. sangat seronok rasanya dapat hadiahkan kek birthday hasil tangan sendiri untuk yang disayang..

Disebalik saya mengambil order & menjual cupcake, dan kini saya makin sibuk membuat kek² yang dulunya saya tak berapa yakin nak buat & jual (1 whole cake), saya rasa bersyukur juga.. kerana dengan cupcake dan kek inilah, saya dapat berjumpa kawan² lama, kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan seuniversiti dan ramai lagi kawan² yang lain.. kawan kepada kawan kepada kawan pun ada.. hihi.. Yang sangat best ialah dapat berjumpa kawan baik masa sekolah menengah, yang terpisah kerana study.. yang akhirnya jadi regular customer saya.. Shef; Dr. Sharifah Ruqayyah Syed Mustaffa.. saya ingat saya takkan dapat jumpa dengan dia lagi, lepas dia ke London selama 6-7 tahun.. tapi kerana cupcake, dia datang ke rumah saya, dapat berjumpa dia 1 family, alhamdulillah! peminat choc moist saya, hampir setiap minggu dia order.. sukanya saya! Thanks Shef!

Antara kawan² sekolah yang dapat saya jumpa, Amar Hanani Hj Radzi, Dr. Mazaya Mahmud, Dr. Rohaizam Jaafar, Rasyidah Che Rosly (Syidah pun regular customer saya), Marzura Zuber, Nur Nadiah.. tak kurang juga kawan² adik saya yang juga merupakan junior masa sekolah rendah dahulu, Siti Aliaa Roslan, Wan Maisarah, Intan Safrina Shaari.. dan kawan² kakak saya, Kak Nurul Huda Ismail, senior masa sekolah menengah, dan mungkin ada yang tak disebut di sini, saya tak dapat recall.. saya sangat² bersyukur & terharu juga kerana melalui cupcake saya dapat berjumpa semula dengan kawan² lama.. inilah manisnya bila dapat bertemu.. terima kasih kawan², kerana menyokong saya.. dan saya akan cuba hasilkan yang terbaik untuk kawan² dan semua.. insyaAllah.. 

Ramai yang bertanya dan memberi cadangan untuk saya membuka kedai kek sendiri, tumpukan sepenuhnya pada bisnes kek ini.. Sebetulnya, memang ada juga perancangan untuk ke arah itu, tapi masih memerlukan banyak persediaan..sedangkan saya sendiri masih belum sempat untuk belajar secara formal / ikuti kursus yang sepatutnya..walaupun dah masuk setahun saya membuat cupcake & kek.. saya perlukan masa lagi, dan saya rasa saya masih perlu menimba pengalaman untuk bekerja.. Walaupun terkadang bila ditimpa pelbagai masalah & desakan² di pejabat, terasa sahaja mahu terus berhenti dan buat apa yang saya suka sekarang tanpa ada apa² tekanan.. 

Namun, saya perlu berfikir panjang.. dan saya terus teringat kata yang saya tak pasti sumbernya ini : "Di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.." InsyaAllah, seandainya dipermudahkan Allah, saya akan buka perniagaan sendiri, selepas encik suami berjaya dengan perniagaannya nanti, selepas rumah yang sedang dibina siap nanti, selepas semuanya settle down nanti.. insyaAllah! Sebenarnya, kadang² saya sendiri tidak percaya hasil tangan saya sudah pergi sejauh ini..

 

Apapun, alhamdulillah.. syukur pada Allah Yang Maha Pemurah atas semua rezeki.. terima kasih buat semua yang mendoakan.. ;)




10 Feb 2011

Of Cupcakes, Krabi & Hlovate..

0 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Terkejar² kali ini nak update blog. Cabaran 30 hari mungkin akan ditangguhkan buat sementara waktu. Setelah 2 minggu saya mula dari scratch, akhirnya siap sudah blog terbaru saya.  Maksudnya, sudah 3 blog yang on air. Yang lelain belum masanya lagi kot. Hehe. Alhamdulillah, saya berjaya siapkan blog cupcake saya. cuppyness by izz. Maka saya dengan sukacitanya menjemput semua yang membaca untuk 'menjamu mata' dengan hasil tangan saya sendiri. Yang terhasil dari minat & sokongan. Silalah klik klik klik pada banner di bawah ini ye. Banner rasmi kedai kecil saya :



Alhamdulillah, tempahan makin bertambah. Saya risau saya tak mampu terima semuanya dan risau tak dapat hasilkan yang terbaik, saya berdoa moga Allah permudahkan urusan saya, insyaAllah. Cuma saya agak kelelahan juga kerana saya keseorangan menyiapkan semuanya. Hehe. Takpe en.suami saya tak perlulah ke dapur, saya assignkan dia untuk tolong rasa, komen & shoot model Cuppyness saya (cupcakes tu lah) sahaja!

Sebenarnya, saya masih menanti masa yang sesuai & masa kosong yang banyak untuk kemaskini blog mengenai Krabi dan Hlovate. Ini kerana banyak juga mesej & email yang saya terima daripada pembaca yang nak tahu tentang 2 perkara ni. Catatan percutian saya ke Krabi yang lalu, sebenarnya belum selesai lagi. Ceritanya tertangguh. Saya perlukan masa untuk sortkan semula gambar² yang berkaitan & mungkin akan terangkan sedikit mengenai maklumat yang perlu diketahui oleh pembaca yang ingin tahu mengenai Krabi ni. InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki lagi, saya memang teringin nak ke sana semula..  Tunggulah, selepas selesai perkara² penting dahulu ya.

Geng ABCDE Bercuti Ke Arau. Tajuk novel Hlovate yang sedang saya cari. Mungkin akan saya beli dalam masa terdekat ini, jadi perlu singgah ke MPH dulu dan insyaAllah jika kelapangan saya akan review. Hehe. Walaupun kali ini sentuhan Hlovate agak berbeza kerana novel ini adalah novel kanak², tapi daripada review pembaca² novel ini, nampaknya positif.  Ye,  tak sabar nak beli & baca! 

Akhirnya, waktu rehat di pejabat dah pun tamat. Saya perlu kembali mengadap laporan² semula. Terima kasih kerana membaca! 

*Saya suka tulis tajuk posting dalam bahasa lain tapi isinya pula dalam bahasa lain! Hehe



9 Feb 2011

Time

4 ♥ comments

It is time.
Yes it is.
*wink* *wink*
Alhamdulillah.
May Allah make the path easy for me.
InsyaAllah.

25 Dec 2009

♥ Bila Rasa Lega..

6 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


[pictures taken by myself long² time ago..its actually my mini fountain & the colourful artificial stones were added to reflect the LED. I love it. Sooo soothing..]

Alhamdulillah. Terdaya juga akhirnya untuk menaip entri. Sungguh. Hari ini betul² lega. Sangat² lega. Sebab inilah cuti yang sebenarnya cuti. Dah 3 minggu berturut² saya bawa balik segala kerja di pejabat yang tertangguh, untuk disambung di rumah, hujung minggu. Macamlah siap segala, kan. Tapi sekurang²nya bersentuh la jugak kerja² tu. Walaupun selalunya malam Ahad baru saya kelam-kabut mengadap laptop & kerja² tu. Sudahnya pukul 3 pagi saya baru nak tidur. Pukul 5.30 pagi dah bergegas bangun & bersiap ke pejabat. Memang huru-hara. Sampai demam lagi.

Kesian hubby saya. Dia yang memahami. Mungkin silap saya juga. Tak berusaha bersungguh di pejabat untuk siapkan. Asyik rasa berat bila tiba weekend, dalam fikiran saya berlegar pasal kerja. Pasal report. Huhu. Itulah sebabnya kot, saya tak selera nak update blog, bila memikir haish sempat pulak nak update blog, kerja & report tak siap lagi! Tapi alhamdulillah, selesai juga minggu lepas, walaupun masih ada 1 lagi report yang terpaksa dibuat minor amendment ~ demanding habis kali ini.. Jadi hari ini dapatlah saya update blog ni tanpa rasa bersalah..

Sepanjang 2 minggu lepas, bermacam² perasaan melanda.. seiring dengan bermacam² perkara yang berlaku. Teringin nak diceritakan semuanya, tapi saya tak pasti yang mana 1 harus dimula.. Bermula dengan majlis berkhatan 5 orang anak saudara di rumah, suasana yang seronok dengan sanak-saudara & hall depan bilik saya yang dijadikan wad eksklusif buat kelima² mereka.. Di pejabat, dateline yang menanti, saya pula terpaksa ke seminar 2 hari, dan desakan² emosi, huhu.. macam² lah..

Agak stress dalam minggu² kebelakangan, lengkap dengan saya demam, dan melalui pemeriksaan doktor, saya bagai mengalami tekanan. Tekanan darah saya naik ~ mengejut saya kira, tak pernah² pun sebelum ni rekod saya sebegini. Pernah tekanan darah saya naik sedikit - masa mengandung 2 tahun lepas. Degupan jantung juga agak laju, saya fikir saya tengah di dalam state yang menekankan. Kebanyakan punca mungkin dari pejabat. Walaupun sebenarnya dalam kebanyakan masa saya nampak [nampak je la..] tenang & tersenyum.. huhu. Atau mungkin graf kesihatan saya sememangnya makin merudum. Dan ada beberapa situasi yang membuatkan saya geram, sampaikan saya terdaya nak menulis 'menyampah...' di wall post Facebook. Tapi rasanya saya senang nak heal. Bila emosi saya demam. InsyaAllah. Dan hari ini saya rasa dah sembuh segala. Alhamdulillah. Let bygones be bygones..

Lajunya masa berlari, dah hampir penghujung 2009. Rasanya banyak juga yang terjadi tahun ini. Tak sangka juga dah setahun lebih saya bekerja di pejabat tu. Pelbagai sketsa & drama saya tempuh. Moga Allah bantu saya untuk terus menempuhnya, InsyaAllah. Minggu lepas juga, ada perjumpaan keluarga di rumah. Semua, termasuk ipar², ada amanat dari baba untuk semua. Syahdunya bila teringat. Sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dan baba telah menghadiahkan kepada kami semua dengan sesuatu. Tapi pada saya, ingatan & kasih sayang yang baba mama berikan lebih besar, jauh lebih besar & tak ternilaikan.

Selepas perjumpaan, baba buat keputusan untuk benarkan Loqman ke Australia.. Mungkin itu yang Loqman tunggu. Saya pun gembira bagi pihak dia. Perbincangan untuk berpindah, telah diumumkan. Sedih juga. Sedih untuk tinggalkan rumah ini. Dari 1989 hinggalah kini, tak ada yang manis & selesa melainkan di rumah sendiri. Home sweet home. Akan saya pastikan gambar rumah ini diambil di setiap sudut. Berpindah demi kebaikan. Dan sebenarnya kerana tuntutan pembangunan. Kawasan di sini akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk pembangunan. Bandar Ilmu. Berbetulan dengan pejabat saya yang bakal dipindahkan ke Cyberjaya. Molek la tu. Memang dah dekat dah. Cuma sekarang kenalah gandakan usaha. Kumpul duit dengan lebih gigih lagi untuk tegakkan tiang rumah sendiri. Hee.

InsyaAllah, bermula tahun depan, hubby saya akan serius dengan 'sesuatu'. Sesuatu yang saya sendiri pun minat. Harapnya menjadi. Dan sebagai pelaburan masa depan & masa tua kami. Allahua'lam. Perjalanan masih jauh. Tapi alhamdulillah. 3 tahun sudah. Bersama dia. Moga terus bersama dia hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Banyak benda baru saya belajar dari dia. Yang paling saya suka, dia sentiasa jadi guru saya dalam melawan inferiority-complex sydrome. Apa kebendanya tu? Hehe. Dia juga juga banyak bagi pengalaman baru. Contohnya, cuba menu baru. Masakan baru. Makanan baru. Berjalan ke tempat² baru. Dan dia juga tak pernah penat mengajar & berpesan untuk sabar & kawal emosi. Dia semangat saya. My wonderwall. Apa pun, sekarang ini bahagia, dengan status : kid-less couple. Moga diperkenankan-Nya jua, nanti, amin.

Berbalik pada cerita di pejabat.. saya rasa senang bekerja dengan mereka di department saya.. mereka memahami, apa yang dirasa. Sebab mereka pun sama merasakan bebannya. Beban? Dateline & demand. Cuma saya agak terkilan, bila 1 report yang saya tungkus -lumus berjaga hingga ke 3 pagi semata² nak siapkan, ditangguhkan dulu submissionnya. Tangguh hingga ke tahun depan. Hmm. Kenapalah saya tak diberitahu awal². Tak perlulah saya berjaga hingga demam.

Tak mengapalah. Semua ni cabaran. Biasalah, kerja. Kerja kan menuntut pengorbanan. Dan pengajaran utama buat saya : cukup² lah dengan last minute effort. Hehe. Okey, last minute effort pun sebab saya tahu capability saya. Sebab tahu saya dapat hit the target even by last minute effort. Itu yang jadi puncanya. Haish. Tapi kalau saya buat dengan sebaik mungkin & elakkan last minute, mungkin akan capai lebih daripada apa yang ditarget, kan. Pengajaran lain : hati² dalam memberi. Saya mungkin tak perlu jadi terlalu pemurah sangat untuk memberi. Ye, sifat pemurah tu sangat mulia. Tak perlu diharapkan balasan, kan. Tapi terkadang pemurah tu buatkan saya sakit. Terutamanya sakit di dalam. Jadi ada baiknya juga saya jauhkan. Huhu. Apa² je lah.

Bahagia kan kalau dapat menulis macam ni selalu. Luahkan yang terbuku di minda & di hati. Seronok tengok kawan yang menulis hampir setiap hari. Kenapalah bagi saya, 24 jam tu tak cukup. Atau saya yang tak pandai menyusun, kan. InsyaAllah saya akan terus di sini. Selagi mampu. Allahua'lam. Saya baru tambah link di blogroll ~ link kawan² baru. Google Reader dah menjadi peneman setia saya setiap hari. Saya nak buat nota kaki macam kebanyakan blogger buat tu, boleh? Nampak macam menarik juga, kan.




✿ܓ baru lepas minum secawan penuh jus daun belimbing yang pahit - turunkan tekanan darah.. huhu
✿ܓ maka jadilah saya the one & only anak manja(!) mama - baba graduated in Malaysia..
✿ܓ saya terpotong - terhiris jari manis saya, dalam juga lukanya.. kaffarah dosa, mungkin? [boleh buat modal untuk next entry ni.. hehe]
✿ܓ saya nak beli lagi karya Hlovate - novel²nya yang buat saya jatuh cinta pada diri sendiri lagi. Hehe. Siap jadi penyiasat, siapa Hlovate yang sebenar tuu.. dan rasanya saya dah jumpa. Dah tahu kot. Rahsia.
✿ܓ Saya buat mini / pet purse comel. Nak tengok? Tunggu next entry ye.. insyaAllah.



Wassalam.


31 Oct 2009

♥ Mata Yang Menipu..

3 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada seorang teman baik di pejabat menegur saya. "Kenapa dah tak selalu update blog akak, macam dulu²..? Sebab akak tau kami baca ye.." Bukan begitu. Malah saya selalu terfikirkan idea² yang boleh saya kongsikan di sini. Masa yang menghalang. Tuntutan tugas - laporan demi laporan yang perlu disiapkan setiap minggu, memang membuatkan saya sesak nafas juga terkadang. Tak cukup di pejabat, saya bawa pulang ke rumah [tapi selalunya tak dapat siapkan sepenuhnya pun.. hehe]. Bila idea datang, tapi saya perlu mengadap laporan, terus idea dibiarkan hilang begitu saja. Kebelakangan ini saya hanya menulis entri yang signifikan sahaja. Mungkin yang lebih personal. Ya, saya lebih rajin menambah koleksi resepi di blog masakan yang lagi satu itu. Dan mungkin saya lebih selesa dengan keadaan sekarang ini. Keeping low.

Kali ini saya ingin berkongsikan sesuatu. Satu perkara yang biasa, yang rasanya semua pun tahu. Ilusi optik. Imej demi imej yang 'terserempak' dengan saya kebelakangan ini menarik minat saya. Walaupun ia hanyalah situasi yang biasa² sahaja. Tapi mungkin ada yang belum tahu. Jadi saya kongsikan di sini. Kadangkala, sesuatu yang saya lihat, dan saya tidak mahu mengakuinya, saya selalu sedapkan hati saya dengan mengatakan, "oh, ilusi optik je ni.." Selalunya, mata melihat apa yang hati rasa. Kalau rasa hati lebih kuat, minda kalah & tenggelam, mata melihat berdasarkan hati, bukan lagi minda.

Pastikan anda memberi tumpuan semasa melihat gambar² di bawah.





Bentuk bunga di atas sedang bepusing?




Bentuk ini sedang berputar, kan?



Nampak tak corak yang beralun secara menegak?




Corak ni beralun pada sisi 45° kan?



Yang ini pun beralun juga?



Roda² ni sedang berputar..?



Ada pergerakan di tengah² gambar ini?






Titik putih atau titik hitam yang anda nampak?



Nampak seperti lingkaran, kan? Cuba perhatikan betul² setiap satunya..



Seorang guru mengatakan “Saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan, seperti bernafas”. Seorang kriminal yang pernah diuji mengatakan gambar² tersebut berputar sangat cepat. Seorang yang lanjut usianya dan kanak² mengatakan gambarnya tidak bergerak. Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, semua adalah gambar statik belaka.

Gambar-gambar ini digunakan untuk mengetahui stress level yang dapat ditangani seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress.

Sekiranya anda melihat semua gambar itu bergerak atau berpusing atau beralun, ini menandakan bahawa otak anda berada dalam keadaan agak tidak stabil [corruption]. Sekiranya anda mendapati bahawa gambar-gambar di atas tidak bergerak [static] , ini menandakan bahawa otak anda berada dalam keadaan stabil. Jika seseorang berada dalam keadaan yang kurang fit, kemungkinan dia akan melihat pergerakan gambar yang lebih cepat dari biasanya.

Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata. Ilusi optik terbahagi kepada dua:
  • Ilusi Kognitif
  • Ilusi Fisiologi
Ilusi Kognitif
Ilusi jenis ini diandaikan terjadi kerana anggapan fikiran terhadap sesuatu diluar batasan fikiran kita. Secara umum, ia pula terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :
  1. Ambiguity Illusion - gambar atau objek ditafsirkan secara berlainan.
  2. Distort Illusion - apabila terdapat perbezaan pada ukuran, panjang dan lengkung sesuatu gambar.
  3. Paradox Illusion - berlaku kerana objek yang paradoksikal atau tidak mungkin, dan ilusi ini paling popular digunakan. Contohnya seperti gambar ini.
  4. Fictional Illusion - persepsi terhadap objek yang sama sekali berbeza bagi seseorang tapi bukan bagi orang lain, seperti yang disebabkan kerana schizoprenia atau halusinogen. Atau lebih tepat disebut sebagai halusinasi.
Ilusi Fisiologi
Ilusi ini seperti yang berlaku pada kesan afterimage, atau kesan gambar yang terjadi setelah melihat cahaya yang sangat terang atau melihat pola gambar tertentu dalam waktu lama. Ia juga merupakan efek yang terjadi pada mata atau otak setelah mendapat rangsangan tertentu secara berlebihan. Afterimage adalah andaian visual yang tetap berada pada retina mata, setelah rangsangan visual pertama tidak ada lagi.

Cuba lihat yang ini. Gambar pinggan pecah berbentuk 'V'. Cuba fokus & kosentrasikan mata anda ke salah satu mata lobster di dalam pinggan ini. Setelah 10-15 saat, pecahan pinggan akan kelihatan bercantum. Inilah kesan afterimage, dan minda kita cenderung untuk mencantumkan garis pecahan pinggan.





Gambar di bawah ini juga boleh digunakan untuk menguji kesan afterimage. Lihat tanda '+' di tengah² itu.



Lama-kelamaan, bulatan² kecil berwarna ungu akan menghilang, dan kita akan melihat sebuah bulatan hijau yang bergerak.






Seperti ini:


Betul kan?

Gambar² di bawah ini pula merupakan poster yang bertajuk "See No Evil", sebetulnya saya tidak pasti apa maknanya pada gambar ini. Untuk melihat kesan afterimage, cuba fokuskan mata anda pada tanda '+' yang berwarna merah di tengah gambar, selama lebih kurang 1 minit. Kemudian alihkan pandangan anda pada imej yang berwarna putih, contohnya dinding. Setelah beberapa saat, anda akan dapat melihat negatif dari gambar yang berwarna hitam, yang membentuk imej wajah selebriti terkenal. Siapa selebriti itu? Cuba teka..












Terdapat banyak lagi contoh imej untuk ilusi optik ini, ada lebih 20 contoh lagi yang boleh anda lihat di sini.

Semua di atas adalah ilusi optik. Bagaimana pula dengan ilusi rasa? Kita menyangka bumi yang kita diami ini tidak bergerak. Sebenarnya, kita sentiasa dalam perjalanan yang sangat laju. Kita semua sedang melalui perjalanan sejauh 30 kilometer per saat tanpa kita sedar. Ini kerana bumi kita sentiasa berputar. Bagaimana ia berputar dan kenapa kita tidak merasakannya, semuanya itu di luar batasan pemikiran kita..

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Surah An Naml ayat 88)

Maha Suci Allah, yang menciptakan mata, akal, deria², alam ini dan semuanya.. Semua berkait di antara satu sama lain, semuanya diberikan percuma pada kita, tinggal lagi kita yang mentadbirkannya. Kondisi badan yang penat dan emosi yang stress sebenarnya dapat mempengaruhi fungsi minda kita semasa menerima stimulus² yang datang. Kawal emosi - kawal stress, banyakkan bersabar, kerana bila stress, akal tidak dapat berfikir dengan sewajarnya, kajian juga mengatakan bila kita terlalu emosi / stress, kesihatan juga akan sentiasa terganggu. Allahua'alam..


Maaf ya jika entri ini buatkan mata anda berpinar & pening.. ;)

Oh ye, anda masih percaya pada mata anda?




20 Mar 2009

♥ New Born.. =)

2 ♥ comments
.
Dear blog,

Alhamdulillah. Selesai sudah hasilkan blog baru.




Untuk tempatkan & kongsikan koleksi yang saya ada.. semoga bermanfaat. =)



♥ izzah©
Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009