31 Jan 2011

Kau Yang Tak Tahu Membeza..

1 ♥ comments

Hairan.


Kamu kecoh akan moleknya lukisan² aku itu, kenapa?


    Lama-kelamaan naik meluat aku dengan kenyataan mereka. Mereka yang tak puas hati bila aku yang berpuas hati. Puas hati dengan hasil kerja tangan penat lelah aku. Aku tahu, dalam fikiran mereka : Eleh, gajet mahal belas² ribu, tu sebab cantik. Tu sebab hasilnya menarik.


    Eh nanti dulu, tolong sikit. Aku tau aku guna gajet mahal pun, tapi kamu tau tak aku dah lama pegang gajet murahan lebih 5 tahun lepas sebelum aku pegang yang ini? Kamu tau tak aku belajar semua tu dari bawah, scratch sana-sini, guna gajet murahan harga tak sampai ribuan pun? Kamu tahu tak aku menjelajah merata, rakamkan sana-sini, semua orang bangga pegang gajet berat mereka, tapi aku cuma pegang gajet aku yang ringan sahaja, tanpa malu, walaupun penah dicemuh sebab aku tak guna gajet ribu² macam mereka? Kamu tahu tak aku dah lama minat dan aku belajar teorinya, sejak zaman muda-mudi lagi, susah-payah aku praktis guna apa yang ada sahaja di tangan? Kamu tahu tak, aku mengadap buku majalah & manual, untuk belajar semua itu?


    Jangan mudah sangat tuding pada canggihnya teknologi, sedangkan tanpa manusia berakal, berilah alatan secanggih mana pun, tak mungkin dapat hasilkan apa pun yang baik. Aku pelik betul, apalah salahnya aku, kalau aku mampu beli dan sesen pun aku tak kutip dari kamu untuk penuhi impian aku? Salahkah aku, beli BMW, daripada aku beli Kancil, sebab aku punya duit sekarang hasil aku kumpul dari dulu?? Atas dalil apa kamu katakan orang itu nampak hebat sebab dia berlindung di sebalik kehebatan alatnya? Itu bunyi kenyataan pendengki, kamu tahu. Aku beli bukan aku terus guna esok hari, aku beli aku belajar dan belajar dan hingga kini aku terus belajar, bukan gelojoh benar aku macam kamu.


    Atau kamu lebih gembira bila aku hasilkan yang buruk² daripada gajet ribu-riban itu. Mungkin itu yang lebih melegakan hati kamu. Kamu tak dapat terima kenyataan kan, setelah 2 tahun aku guna gajet itu, setelah tokguru aku approve kan hasil kerja aku, baru aku nak kongsikan dengan kamu, kamu dah sibuk katakan itu bukan kerana aku, tapi kerana gajet mahal aku. Ah. Sekurang²nya aku tak suka manipulasikan gambar aku gila² guna Photoshop. Aku bukan manipulasi. Aku usaha sendiri. Kamu bangga dengan manipulasi kamu, biar aku gelakkan kamu dari jauh. Maaflah, hasil kerja kamu pun menipu, itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Kamu perlu tahu, tokguru aku, tetap guna gajet biasa, tapi mampu hasilkan yang terbaik, sangat baik & yang tak mampu kamu lawan. Kamu tak sudah² tuduh gajet kesayangan aku itu. Kamu tahu tak, tanpa manusia yang berakal, gajet tu tetap kaku bisu lesu tak mampu. Tak mampu lakukan apa pun.


    Oh atau sebenarnya, kamu pun punya cita² nak beli gajet yang sama? Gajet impian. Tapi tak kesampaian lagi. Aku cuma pesan satu, gunakanlah apa yang ada dulu, belajarlah dulu, kumpullah dengan sabar, macam aku dulu. Sampai masa, habiskan sahaja pada gajet impianmu, kalau kamu berhajat benar. Aku tak pernah nak claim aku hebat, tak pernah langsung. Siapa yang pernah tengok hasil² yang terdahulu, mesti boleh tahu perbezaannya. Aku boleh tunjuk hasil² lama aku yang huru-hara tapi sekurang² aku mencuba. Aku mula dari bawah & aku hormat kerja orang lain, kerja kamu & konco² kamu. Tapi aku boleh hilang hormat kalau kamu asyik dengan kenyataan kamu itu. Aku tak suka bila kamu nak guna gajet tu tapi satu konsep apa pun kamu tak tau, sibuk laung sana-sini, usung sana-sini gajet kamu, tunjukkan konon kamu terhebat sebab kamu mampu punya gajet itu. Menjengkelkan.

    Aku tak faham kenapa ramai orang tak suka tengok aku guna 5D Mark II yang harganya hampir cecah puluhan ribu tu. Aku rasa pemilik² gajet yang ini yang lain pun alami benda yang sama. Huh. Aku baru nak kongsikan rasa puas hati aku, tapi kamu awal² mencantas sana-sini. Eh boleh kiralah berapa kerat sangat yang aku kongsikan pun.


Aku teringin nak tanya kamu, apa makna FOTOGRAFI.

Dan aku teringin sangat nak tanya pada kamu, kamu tau tak beza antara PHOTOGRAPHER dan CAMERAMAN. Serius.


Yang ni guna kamera digital harga tak sampai seribu pun.. 


Yang ni guna 5D Mark II..

26 Jan 2011

Day 13

0 ♥ comments
Day 13

Your favorite musician and why?


Well, I don't really listen to music (song + lyrics), I only listen to instrumental songs.. and don't really have a favorite musician.  But Marty Friedman,  he's pretty super. Most people don't know who he is.. I guess.

I listen to most of his instrumental / solo albums :
  1. Scene - Produced by: Kitaro, Marty Friedman & Steve Fontano (my all time favourite)
  2. Introduction
  3. True Obsessions 
  4. Future Addict (currently listening to this 1)



He is a guitarist perhaps best known as the lead guitarist for the thrash metal band Megadeth (no, it's not spelled megadeath) for close to ten years. He now resides in Japan. He hosted his own television programs, Rock Fujiyama and Jukebox English on Japanese television.

Prior to joining Megadeth , Marty Friedman formed and played lead guitar in several other bands, including Deuce, Hawaii, Vixen and notably Cacophony. Friedman also has been releasing solo albums for quite some time. I am not into heavy metal, trash metal and what not, I just listen to few selected songs which are more classical & instrumentally played by him.

Marty Friedman + Japan Symphony Orchestra = Superb!

In fact, I've met him at Bentley Music Studio, KL (KL turned out to be his last clinic tour) somewhere in May 2005 & somehow managed to take his signature (written on my Scene CD cover).  ;)






25 Jan 2011

Day 12

5 ♥ comments
Day 12

A photograph of the town you lived in.

Yang ini agak bermasalah sikit. Gambar bandar saya tinggal? Di antara Kajang dan Bandar Baru Bangi, di situlah saya tinggal. Berdasarkan alamat, Kajang lah yang lebih sesuai. Tapi berdasarkan lokasi, rumah saya bersempadan dengan Bandar Baru Bangi.. dan memang suka dengan kawasan Bandar Baru Bangi ni.. Bandar Ilmu, kan..  ramai  orang Melayu..

Macam biasalah, saya suka letak gambar banyak².. baru puas hati, kan.. kan.. Kebetulan ada banyak, jadi selamat menjamu selera mata ye!
.
.
.
.
.
.
 . 
Funfair di Bandar Kajang

Kesibukan Kajang ~ selalu sesak

Satu petang di Kajang

Pemandangan Bukit Kajang

Pasar Kajang

Laluan belakang di tengah² Bandar Kajang

Nostalgia Kajang

Hiruk-pikuk Kajang

Kajang yang sentiasa penuh dengan bas² awam

Ingat Kajang, ingatlah satay..! hehe

Sudah 29 tahun pun saya tinggal di Kajang.. 
dan saya tidak akan tinggalkan Kajang.. 
kerana pusara arwah anak saya ada di sini..
dan saya akan terus menetap di sini.. insyaAllah.



24 Jan 2011

Day 11

5 ♥ comments
Day 11

What's in your make up bag?


Apa yang ada dalam tu? Macam² ada.. 


Beg make up saya.



Tadaa..



 Setelah di'terabur'kan..



 

Mari selongkar secara detail.


Body Shop Pressed Face Powder
Body Shop Vitamin E Lip Care SPF 15
Body Shop Oil Free Foundation SPF15

Body Shop Camomile Gentle Eye MakeUp remover
Estée Lauder pure color crystal nude rose lipstick
Pure Color Long Lasting Estée Lauder lipstick palette + lip brush



Estée Lauder Wild Rose blush
Estee Lauder Clear gloss
Estee Lauder Honey high gloss

Estee Lauder Crystal Pink lipstick

Estée Lauder Deluxe  eyeshadow palette 
Estée Lauder Double Wear eye pencil

Estée Lauder Sumptuous mascara

Salvatore Ferragamo Incanto Heaven body lotion

Belian 6 bulan sekali, atau setahun sekali, atau 2 tahun sekali. Jimat-cermat. Tidak diapply secara serentak..  hihi.



23 Jan 2011

Day 10

5 ♥ comments
Day 10


A photo of your favourite place to eat


Dapur saya. Tempat favourite untuk bersyukur, untuk makan, minum, rehat, santai, gosip & berbual mesra.  

Inilah dapur & meja makan rumah saya.. 2012, insyaAllah ;)

Hati bagi sebuah rumah, ialah pada dapurnya.



Related Posts with Thumbnails

Google :

Loading...
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009