11 Dec 2010

♥ Day 1

Day 1

A photo of yourself and a description of how your day was.


091210 @ ofis yang sejuk
Nak jawab in English ke BM ni? Heheh.. senang dalam bahasa kita, la ye. Patutnya entry ni ditulis semalam. Sebab semalam memang merupakan hari yang sibuk dan penting bagi saya. Setiap  bulan di ofis, akan diadakan perhimpunan bulanan dan setiap department akan bergilir menjadi pengajur perhimpunan. Dan semalam department saya yang menganjurkan perhimpunan terakhir bagi tahun 2010 ini. Saya pula diletakkan di bawah unit grafik & multimedia & dipertanggungjawabkan untuk sediakan persembahan multimedia untuk tayangan semasa perhimpunan. Hmm bayangkan dalam kelam-kabut menyiapkan 3 laporan (alhamdulillah dah selesai 1 laporan; 140 muka), saya perlu siapkan segala material untuk grafik, slide & video. Alhamdulillah dengan bantuan kawan², selesai juga persiapan dan alhamdulillah syukur majlis semalam berjalan lancar, walaupun sehari sebelumnya berlaku sedikit konflik..huhu. Tersangatlah lega, dan untuk me'reward'kan diri, saya keluar dengan kawan time lunch  Jumaat yang panjang - selalunya saya lebih suka duduk di ofis sambil siapkan kerja je. Pusing Amcorp Mall & makan² di Sri Melaka dengan kawan² sekepala sambil bergosip².. Hehe. Petangnya baru saya sedar, cuti tahunan saya bagi tahun ini  masih berbaki sebanyak 15 hari lagi! Dan baru saya sedar, selama ini saya asyik menggantikan kawan² & boss yang bercuti & saya sendiri tak bercuti..heh. Saya mesti cuti! Mungkin pada hari terakhir bagi tahun ini kot. InsyaAllah. Takpelah cuti di rumah & tak kemana pun. Boleh saya mop² lantai ke. Hehe. Selalunya saya lebih suka bercuti bukan pada musim cuti sekolah. Tapi memandangkan cuti dah disimpan agak banyak, saya rasa elok saya habiskan sikit.

Kelmarin saya ke MPH dan teringatkan yang saya ada baucar rebat yang saya terima 2 bulan lepas. Terus ke bahagian novel Hlovate, tercari² "Geng ABCDE - Bercuti Ke Arau", novel kanak² tulisan Hlovate, tapi belum ada lagi. Sudahnya saya sambar "Untuk Awak, Teja Aulia" - Syud. Saya nak habiskan novel ni hari ini. Okeylah. Hari ini ialah hari untuk house chores. Mari mengemas! 

Oh bulan ini saya ada tempahan cupcake untuk Yus, colleague's husband & colleague's engagement. Semua nya end of month. Wow. Mudah²an dipermudahkan.

Saya baru tukar lagu background blog. Tapi tak jumpa lagu ini versi tanpa bunyi tepukan di permulaan. hihi. Belasah je la. Sebab saya suka lagu ni!


8 ♥ comments:

Rossarina™ said...

saya pun suke lagu nih. dari tadi menempek kat blog akak semata-mata nak dengar hahaha. ><

Kak Izz cute!!!!!!

oh, tibe-tibe saya pun macam nak buat cupcake. tapi oven tade huhu. (doh)

n0n0i♥a'n'l said...

Sukanyaaaaaaaaa sukanyaaaaaaaa.. Noi suka bila orang semangat tulis blog lagi2 entry cabaran yg Noi pon buat gak.. rasa macam pembakar semangat plak, ecececeh.

Kak~
Apsal comment ni dia lari ke page lain.. tgh syok dengar lagu terpaksa terberhenti jap @_@

Cantiknya akak! Hihi, at least nampak la muka, tade la macam orang tu letak gambar dagu je hak hak hak.

All the best kak ~ nanti cuti-cuti M'sia leh kemas rumah puas-puas.

truemax said...

Wow! Izz menyahut cabaran rupanya! Semoga berjaya!!

♥ Izzah Marzuki said...

Rossarina™ :

Hehe.. best kan lagu ni. Oh nak buat cupcake? buat la arina.. buat comel² tau.. takde oven ek..hmm pinjam oven umah sbelah bole? hihi

anyway, thanks a lot arina! ;)

♥ Izzah Marzuki said...

n0n0i♥a'n'l :

hehehe.. sebab noi buat, tu yg k.izz nak buat jugak tauu.. baru best saing².. nanti k.izz gi komen kat noi punye cabaran tu jugak ye..hehe. tu la noi, noi buh gambar gira lak. haha. takpe la, janji ikut syaratnye ye.. heeee.. sorry la setting utk comment tu mmg mcm tu.. ok akak dah tukar dah.. yey tak sabar nak cuti.. mintak² dpt la cuti kann.. :)

♥ Izzah Marzuki said...

truemax :
ye max.. sebab ade geng nak buat jugak.. hehe.. jom laaa join.. meriah lagi.. :D

akudansepatubaru said...

salam akak,
akak ni memang comel. suka tengokla, patutlah hari tu kawan saya yg jumpa akak kat opis akak tu bagitau suka tengok akak, dia cakap sebab muka akak tenang n bersih. dia pun tak percaya akak da kawen n umur akak da nak 30an.. wahh.. eh lebih2 plak sy. kihkih. so selamat menyahut cabaran akak comel! sy akan terus tunggu entry dpd akak tau.

♥ Izzah Marzuki said...

akudansepatubaru :
wsalam dik..amboiiii mcm nak bodek je gayanye.. hehe.. ye la tu..mekasihla yeee.. lama tak nampak entry dari kamu jugak..mana hilang daaa.. ok la dik, thanks ye. atas support kamu selama ni.. sangat menghargainyaa... :)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009