19 Dec 2010

Day 4

Day 4

Your favorite photograph of your best friend

Telah pun masuk hari ke-4 saya bertanding tanpa hadiah. Hehe. Untuk cabaran hari ini ialah, gambar favorite kawan baik saya. Oleh kerana saya ada beberapa orang kawan baik, sangat baik, maka saya akan post kan beberapa gambar favorite lah. 

Seronoknya ketiga² bestfriends saya ada pada hari aqad nikah saya..


Sangat suka gambar yang di atas ini. Diambil pada hari bersejarah saya. Yang berbaju kurung kuning tu, Nadia namanya. Roommate saya sepanjang pengajian saya di universiti, dan kebanyakan kelas kami sama. Maka lagi rapatlah sebab pergi kelas dan balik ke hostel bersama. Bila cuti semester kami selalu pulang² bersama, sebab dia pun tinggal di Kajang. Dia selalu kejutkan saya bila Subuh, kejutkan saya bangun solat Asar kalau saya tertidur petang, dia selalu ajak saya baca al Quran lepas Maghrib. Dia orang yang pertama akan tadah tangan baca doa makan tak kira bila & di mana kami makan.. hehe. Lemah lembut, baik hati, jujur & tak pernah menyakitkan hati sesiapa, rasanya. Sangat suka dapat berkawan baik dengan dia.


Yang berbaju biru, Atun panggilannya. Kawan baik paling lama yang masih rapat dengan saya sehingga ke hari ini. Kenal waktu kami sama² di PASUM, tahun 1999. Sangat warak orangnya, bila bercakap mesti penuh dengan keinsafan, selalu membuatkan saya tersedar. Tasbih sentiasa ada bersama dia, waktu senggang dia penuhi dengan zikir. Walaupun hidupnya sangat penuh dengan cabaran, saya tahu itu kerana Allah sayangkan dia, dan saya pun sangat² sayangkan dia. Sahabat dunia akhirat, insyaAllah.


Yang berbaju kebaya putih, selaku pengapit saya. Naimah namanya. Suka berkawan dengan dia, sebab dia seorang yang tegas, berani ke depan dan suka bersaing dengan saya. Kami susun jadual kelas biar sama setiap semester & alhamdulillah semester akhir dia berjaya dapat bilik hostel sebelah dengan bilik saya.  Maka bertambah rapatlah kami - saya, dia dan Nadia. Sangat baik dan jujur orangnya, walaupun sedikit kalut. Hehe. Dialah kawan gelak & nangis saya. 

Mereka  berdua memang kawan terbaik..

Yang terakhir, sebelah saya, yang bertudung, Amiza Asni namanya. Roommate sepanjang pengajian saya di universiti. Sangat baik hati, bersifat keibuan, lemah lembut dan suka buat lawak. Hehe. Dia dan Nadia memang kawan & roommate terbaik yang pernah saya jumpa. Mungkin saya takkan jumpa lagi kawan baik sebaik mereka.. Sangat sebak & rindu bila teringatkan kenangan bersama mereka.


Itulah gambar² favorite kawan² baik saya..


3 ♥ comments:

n0n0i♥a'n'l said...

Cantiknya K. Izz masa hari bersejarah tu (^_^)v.. Noi pun suka gambar tu.

Shag said...

Mou skip hat ni. Kiki. Sbb tak ada gambar favorite lah utk cabaran ni. Gambar semua hilang bila Abah format laptop awal tahun aritu ;'(

♥ Izzah Marzuki said...

n0n0i :
thanks noi.. sekali seumur hidup tu.. ;)

Shag:
oOoOo patut laaa dah tukar yek.. heheh takpe takpe yang penting beres 30 hari! ;D

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails

Google :

Loading...
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009