21 Dec 2010

♥ Day 6

Day 6

A photo of an animal you'd love to keep as a pet


"Apa yang penting? Kerjasama!" - Wonder Pets


Salah satu cerita Wonder Pets ialah usaha mereka menyelamatkan seekor anak Triceratops gemuk (read: montel) yang tersepit di celah batu. Usaha menyelamat ini hampir menemui jalan buntu kerana anak Triceratops ini terlalu montel dan skuad Wonder Pets boleh pula terlupa nak bawa minyak pelincir.

Merumitkan lagi keadaan, ada seekor Pterosaurus yang hinggap di atas sebiji batu yang terletak di atas bukit. Batu tersebut boleh tergolek jatuh dan menimpa skuad Wonder Pets dan anak Triceratops gemuk tadi. Tak guna punya Pterosaurus!

Namun, terima kasih pada kebijaksanaan skuad Wonder Pets dan semangat kerjasama mereka, anak Triceratops tadi berjaya juga diselamatkan dari tersepit di celah batu dengan menggunakan lumpur sebagai pelincir. Terima kasih Wonder Pets!

Oleh kerana "mereka" ialah wonder pets, jadi sesuai sangat kalau saya jadikan mereka sebagai pet ye? Hehe..

Sebenarnya saya tak gemar pelihara apa jenis peliharaan pun. Saya tak sampai hati nak biarkan mereka terkurung /  tersekat kebebasan / tak dapat jalani kehidupan normal macam kawan yang lain.  Walaupun tak diikat atau dikurung, saya tetap tak sampai hati nak lihat mereka berkeadaan macam tu sebenarnya.  Tapi kalau ikutkan, Junjungan Besar kita Rasulullah s.a.w pun ada membela kuda putih, kan. Cuma sekarang yang ada di rumah saya ialah sepasang arnab comel yang tiba² muncul, setelah arnab peliharaan mama baba saya - CheNab (macam nama makcik² kan) hilang, mungkin dilarikan orang (macam anak dara la pulak..hehe). 

Nak tempek jugak gambar CheNab.. huhu

Kiranya kehadiran sepasang arnab (seekor hitam, seekor lagi putih) dapat menggantikan kehilangan CheNab. Arnab² ini dilepaskan bebas berkeliaran di sekitar kawasan rumah. Menariknya bila time makan, arnab² comel ini akan tunggu di pintu dapur, menanti dengan sabar. Hehe.


Okeylah, pendek kata sebetulnya saya belum lagi la terfikir nak mempunyai haiwan peliharaan.. Kalau seekor pun belum tentu saya mampu nak menjaganya, apatah lagi 3 ekor Wonder Pets comel tu!





1 ♥ comments:

fir said...

kak izz, saya pun ada seekor arnab comel jugak tapi baru je mati maybe sebab keracunan.. sedih sangat.. sobsobsob saya balik rumah tengok dia dah pejam mata utk selama2nya.. :'(

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails

Google :

Loading...
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009