1 Feb 2012

♥ Bila Suami Marah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Saya jarang sekali - atau tak pernah kot menulis tentang perkahwinan, atau apa² yang berkisar perkahwinan selain tentang ulangtahun perkahwinan & perkahwinan impian saya.. Dengan usia perkahwinan hampir mencecah 6 tahun, mungkin saya baru bersedia untuk bercakap mengenai perkahwinan.. sebelum ini dirasakan masih terlalu awal lagi. Kini pun masih juga awal lagi, dan saya masih juga belajar lagi.. Cuma tulisan kali ini adalah sebagai perkongsian buat semua & peringatan buat diri saya sendiri juga.. 

Terdapat pelbagai kesalahan yang biasa para isteri lakukan yang boleh menyebabkan kemarahan suami. Walaupun kemarahan / kekesalan suami boleh ditahan atau disembunyikan, mereka tetap manusia biasa dan biasanya mereka lebih pandai menyembunyikan perasaan berbanding kita (isteri). Daripada buku Haqa`iq Taghfulu ‘Anha Zaujat yang ditulis oleh Saudara Nabil Abdussamad, tedapat 6 kesalahan utama isteri yang membuatkan kemarahan suami : 

1. Menceritakan Hubungan Masa Lalu Dengan Orang Lain.

Kesalahan terbesar yang dilakukan isteri ialah menceritakan kepada suami tentang hubungan lamanya dengan lelaki lain. Atau pun memberitahu kepada suaminya bahawa dia pernah menyimpan rasa cinta kepada lelaki yang dulu pernah menjadi temannya. Seorang suami tidak ingin mendengar isterinya menaruh simpati atau rasa cinta kepada lelaki lain kerana dia selalu ingin menjadi pusat perhatian isteri sepenuhnya. Suami hanya ingin isterinya menjadi wanita yang benar² ‘baru’ bagi dirinya.. (begitu juga sebaliknya bagi si isteri, kan). 

2. Memuji Kawan Suami

Sekalipun suami menyimpan rasa hormat, pujian, dan kekagumannya kepada kawannya, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita para isteri menyatakan kekaguman berlebihan kepada kawannya itu. Kebanyakan suami tidak berapa gemar sebenarnya jika mendengar isterinya memuji kawannya. Ini kerana suami akan merasakan isteri mengagumi lelaki lain selain dirinya. Contohnya bila isteri asyik menyebut ketampanan kawan suami, atau kecerdasan dan kegagahannya. Suami akan merasakan bahawa dirinya tidaklah setampan, secerdas, dan segagah kawannya itu.. (samalah juga halnya dengan isteri, kan?)

3. Membenci Ibu Bapa Suami (Mertua)

Mungkin ibu bapa suami bukanlah mertua yang baik. Mungkin mereka suka mengkritik atau menegur isteri mengenai penjagaan anak / suami, atau cara mengatur rumahtangga. Mungkin juga sikap dan tindakan negatif yang lain dari mertua. Walaupun begitu biasanya suami akan melupakan – atau berpura² lupa terhadap apa² yang dilakukan oleh ibu dan bapanya kepada isteri. Suami akan bersikap seolah² dirinya sangat susah untuk menegur ayah & ibunya. Dia juga akan menyuruh isteri untuk bersabar dan lapang dada sahaja, kan. Namun, dapat dipastikan bahawa dia tetap tidak ingin mendengar isternya menceritakan kepadanya tentang keburukan perilaku ibubapanya. Dia juga tidak mahu tahu bahawa isterinya sangat membenci dan memusuhi ibubapanya. Kejujuran isteri kepada suami dengan menyampaikan perilaku negatif ibubapanya akan menimbulkan gangguan dan mengeruhkan suasana rumahtangga. Jadi isteri harus menunjukkan bahawa pergaulan dan hubungan dengan mertua sangatlah baik, dan isteri menyukai kedua mertuanya. Akhirnya isteri akan mendapat kasih sayang dan penghormatan dari suami, insyaAllah.

4. Mengkritik dan Menegur Suami

Jika isteri ingin menegur dan mengkritik suami, maka sampaikanlah teguran tersebut secara baik serta santun, hindari penggunaan kata “tidak” dan “jangan” yang berlebihan. Jika hati suami sudah merasakan kesantunan dan kelembutan dalam menyampaikan teguran dan harapan isteri, maka hatinya akan tergerak untuk menunaikan apa² pun permintaan yang isteri inginkan. Lelaki pada umumnya ingin nampak sentiasa superior, lebih tahu, dan hebat dalam bidang apa pun. Suami tidak ingin sama sekali dianggap lemah di hadapan isteri. Disebabkan itu ketika isteri menampakkan kesalahannya dan menegurnya, itu telah membuatkan suami merasa dia adalah seorang yang gagal.

5. Mengikuti Suami Ke Mana² Pun Setiap Masa

Walaupun kedudukan isteri itu letaknya di sisi suami, namun terkadang suami pun ingin menyendiri & punyai waktu privasi. Jadi ada waktu² di mana suami tidak ingin diganggu dan perlu bersendirian, atau keluar bersama kawan²nya. Oleh itu tidak menjadi masalah jika sehari seminggu  / sebulan dia keluar sendirian untuk berjumpa kawan²nya kan. Jadi isteri janganlah menghalang keinginan suami. Yakinlah bahawa setelah suami keluar bertemu kawan²nya, maka dia akan merasa sangat merindukan isteri dan anak² di rumah pula.. ;)

6. Boros Berbelanja

Sekiranya suami adalah seorang pekerja yang bersungguh² dan sangat menghargai nilai wang (siapa yang tidak, kan?) maka pasti suami tidak menginginkan isterinya bersikap boros dan membazir dalam berbelanja. Jalan terbaik ialah bersederhanalah.. Mungkin boleh berbelanja lebih sekali sekala (saya lebih suka sebut sebagai self-reward), tapi berpada²lah dan jangan sampai menyusahkan suami..  :)


7. Jangan Jadikan FACEBOOK Sebagai Tempat Luahan Bila Hadapi Masalah Dengan Suami

Sebenarnya point ke 7 ini adalah point tambahan dari saya sendiri, berdasarkan kepada apa yang saya lihat sejak akhir² ini. Memanglah pergaduhan / perbalahan adalah perkara biasa antara suami isteri. Seeloknya hal rumahtangga kita, janganlah diceritakan di Facebook! Sedangkan bercerita dengan orang lain - lebih² lagi yang tak berapa dikenali pun boleh buatkan kita rasa malu, apatah lagi di Facebook, yang sudah tentunya boleh dibaca seluruh dunia oleh siapa² pun! Ini boleh mengeruhkan lagi keadaan dan mengaibkan pasangan masing². Ya, mungkin kita hanya berniat untuk luahkan perasaan dengan harapan cara itu dapat memuaskan hati kita & kawan² yang memberi respon selalunya akan menyokong kita kononnya.. Tapi medium yang digunakan adalah sangat tidak sesuai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri! Jadi sekiranya mengalami masalah rumahtangga, jangan jadikan Facebook sebagai tempat meluahkan perasaan dan rasa tidak puas hati. Ia hanya akan menampakkan kelemahan dan kerendahan fikiran kita. Saya pasti, ramai suami yang tidak suka isterinya bercerita mengenai masalah mereka berdua di khalayak ramai. Cuba selesaikan dengan cara yang baik, bincang dari hati ke hati dan berhikmah. InsyaAllah, yang keruh boleh bertukar jernih kembali.. Allahua'lam.

source : Google Image

Sama²lah kita berdoa moga Allah sentiasa memandu perjalanan perkahwinan kita, moga terus dihubungkan ikatan sampai syurga, amin!



1 ♥ comments:

eus said...

suka la entry ni Izz!!!!!

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009