8 May 2009

♥ Sayang Mama

Dear blog,

Assalamualaikum. Setelah sekian lama saya diamkan blog saya ni. Saya rasa saya perlu ubah sekali sekala persekitaran blog ni. Lebih ceria. Walaupun sebenarnya saya lebih senang dengan warna bumi. Sekurang²nya putih lebih bersih. Rabu lepas adalah hari jadi mama. 6 Mei 1953. Saya dan hubby berkejar ke Kajang lepas kerja. Saya singgah di Alamanda, tergesa² carikan hadiah yang sesuai, terus ke Secret Recipe (penaja kek rasmi berbayar kami), adik saya pun sama berlari ke KLCC. Semuanya ada malam tu, kecuali seorang lagi kakak kembar saya yang tak dapat sertai kami. Mama nampak seronok. Harusnya sambutan di buat hujung minggu, tapi saya & hubby fikir apasalahnya kalau terus disambut pada hari kelahiran mama.. Sesuai pula dengan sambutan Hari Ibu pada bulan ini..Mama wanita yang cukup tabah, walaupun dia memang seorang yang lemah-lembut, softspoken, begitu juga tingkahlakunya, tapi hatinya memang keras.

Saya jarang melihat mama menangis. Sangat-sangat jarang. Dan dia tidak langsung menitiskan airmatanya semasa kami kehilangan Adib. Dia cukup kuat. Dia cukup berani. Dia yang kadang menggantikan baba menghantar dan mengambil kami di sekolah, sehinggalah kami selesai alam persekolahan. Dia yang selalu menghantar saya ke mana² yang saya pergi. Dia selalu dahulukan kami. Mama tak pernah meninggikan suara pada anak²nya. Dia memang contoh isteri terbaik pada pandangan kami adik-beradik. Mama tak pernah meninggikan suara depan baba. Tak pernah masam apa lagi mencuka di depan baba. Sanggup bersengkang mata semata² menantikan baba pulang lewat malam untuk menemankannya makan. Mama tetap melayan baba dengan senyuman walaupun ada harinya baba menjadi garang..(hehe) Mama memang seorang yang redha. Mama jarang tinggalkan solat dhuha nya, qiyamullailnya, Al-Qurannya.. Mulianya hati mama. Benarlah, seorang ibu tiada bandingannya.. Selamat hari lahir buat mama, saya dan anak²nya lain mendoakan moga mama terus dikurniakan rezeki umur dan nikmat, kalau boleh mama terus ada selama²nya di sisi kami, insyaAllah!

Saya rasa lagu ini sesuai sangat dengan mama. Lagu kegemaran saya sampai kini. Nyanyian Brothers. Buat ibu² di luar sana, Selamat Hari Ibu. Semoga dapat memegang amanah sebagai ibu dengan penuh tanggungjawab & kasih-sayang.

Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya




Terima kasih mama, ibu, mak, ummi, mommy, mom.. I love u.






8 ♥ comments:

SRISUFI said...

salam kakak,

serius sri suka cat baru ni...ceria...terpesona...

selamat hari ibu buat kakak...salam kasih buat ibu mu...kerana kita wanita...


=)

♥ Izzah Marzuki said...

Sri:

Terimakasih.. hidup adakalanya perlu juga ceria, kan.. =)

Unknown said...

salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq

truemax said...

Salam Izz si KuMA,

Selamat Hari Ibu untuk Izz, tetap IBU!

Semoga Izz akan diberi peluang lagi dan saya percaya Izz akan menjadi seorang ibu yang cemerlang!

Wassalam.

::truemax

ps: saya suka awan yang gerak gerak kat atas tu, kalau boleh tukar rama-rama jadi satu helicopter lagi best !! he he he

aliaaroslan said...

slamat hari ibu kak izz n mama kak izz.. take care..

♥ Izzah Marzuki said...

Anak Pendang Sekeluarga:

Trimakasih kerna mengundang. saya dah kongsikan stakat yang termampu. Trima kasih skali lagi.. =)

Truemax:

Trimakasih max..doakan ye. Ooo kalau heli, maaf le x dpt nak tolong.. hehehe

Julie^beth / aliaa:

Trimas aliaa. Wish the same for your lovely mum too~

snm said...

maa :)

rindu mama achik . .

Leenoh said...

Semoga kehidupannya diberkati Allah

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009