30 Dec 2010

Day 9

4 ♥ comments
♥ Day 9

A photo of the item you last purchased

Inilah dia barang yang baru dibeli. Sangat excited nak guna. 

Chic Pedestal Cake Stand
 
Bila di Google, harganya ialah RM45. Tapi kebetulan kedai yang saya singgah tu sedang mendiskaun barang²nya - kedai yang sangat comel + tokeynya sangat peramah!, maka saya dapat beli stand ini dengan harga RM18 sahaja! Berbaloi kan.

Sekarang ini setiap hari saya akan fikir : bake something sweet & bright!

Penyakit terbaru saya sekarang. 
Saya hendak tukar profesyenlah. 
Boleh?




22 Dec 2010

♥ Day 8

2 ♥ comments
Day 8

A song to match your mood


There are things that are felt and not spoken, and when I want to ask for them I cant
And if you do them after I ask for them, then there’s no use
There are things that are felt and not spoken, that hurt that heart but don’t show
And I stay tired all the time, between telling you or not saying a word

I cant tell you change your whole approach of loving me
Or have some jelousy towards me, or surprise me once and bring me a gift
Or that my eyes experience something I havn’t done before

I cant tell you - make the world a more beautiful place in my eyes, and change things in me
No matter how close you are to me and from me
I cant tell you - the way I want our life to be
You should know for yourself that way I want our life to be

Sometimes it appears that I have stayed quiet and calmed down, pleased, and gotten used to it
This doesn’t mean that you think I have given up
And sometine you feel that I have gotten bored of this, though im just hiding the tiredness
Oh my love, don’t let me reach to a stage where I say “I wish I had spoken and said something”.


Sebelum ini saya hanya minat lagu instrumental sahaja, dan kalau sekali-sekala dengar lagu biasa pun, saya pilih lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Hehe. Diskriminasi gender la pulak. 

Disebabkan saya terjatuh minat dengan lagu Arab yang dipasang di blog Lulu, terus sepanjang hari saya dengar lagu tu (thanks Lulu!). Tiba² saya minat dengan lagu berlirik, rentaknya rancak & penyanyi perempuan pulak tu! 

Alunannya merdu dan agak rancak, tetapi indahnya susunan lagu tersebut hasil daripada penggunaan bahasanya, Bahasa Arab. Smooth & flawless. Sebutannya pun mengikut lahjah Lubnan agaknya, entah saya pun tak berapa pasti, mungkin bahasa fus-hah tapi sebutannya lain sikit. 

Patutlah baba memang sangat suka lagu Arab, especially lagu² yang lama, zaman dia belajar di Cairo dulu. Sampai sekarang dia masih simpan kaset² lagu² Arab lama tu berkotak².  Katanya muzik intro je ambil masa 1 jam! Fuh ala instrumental la jugak ye.

Jadi lagu yang sesuai dengan mood saya ketika ini ialah lagu ini :

فى حاجات

فى حاجات تتحس ومتتقلش وان جيت اطلبها انا مقدرش
ولو انت عملتها بعد ما انا اطلبها يبقى مينفعش
فى حاجات تتحس ومتتقالش توجع فى القلب ومبتبانش
وافضل علطول تعبانه مابين طب اقولك ولا مقولكش
مقدرش اقولك غير كل طريقة حبك ليا
او غير عليا ولا فجأنى فى مرة وهاتلى هديه
الا عنيا بعمل حاجه انا مش عارفاها
مقدرش اقولك حلى الدنيا فى عينى وغير فيا
لو مهما كنت قريب منى وكنت قريب ليا
مقدرش اقولك شكل حياتنا اللى اانا عيزاها
اعرف لوحدك شكل حياتنا اللى انا عيزاها
اوقات بيبان انى سكت وهديت ورضيت واتعودت
مش معنى كده انك علطول تحسبنى انى استسلمت
وساعات بتحس انى زهقت مع انى بخبى انى تعبت
متوصلنيش ياحبيبى اقول ده ياريتنى اتكلمت

نانسى عجرم

Penyanyinya; Nancy Ajram versi sopan.. hehe

Kan ayu macam ni.. hehe


Lirik di atas sekali yang telah diterjemah ke English. Oh jumpa pun gambar Nancy Ajram bertudung yang sopan. Di kebanyakan masa dia sangatlah sebaliknya. Ops. Okey kita layan lagunya.







Layan.




21 Dec 2010

♥ Day 7

5 ♥ comments
Day 7

Your dream wedding


Well, let the pictures do the talking. *wink wink*




1


3

4

5

6
7
8

9

10
11

12

13
14

15


My dream-come-true wedding.
There's nothing more I could ask for.
Alhamdulillah.



♥ Day 6

1 ♥ comments
Day 6

A photo of an animal you'd love to keep as a pet


"Apa yang penting? Kerjasama!" - Wonder Pets


Salah satu cerita Wonder Pets ialah usaha mereka menyelamatkan seekor anak Triceratops gemuk (read: montel) yang tersepit di celah batu. Usaha menyelamat ini hampir menemui jalan buntu kerana anak Triceratops ini terlalu montel dan skuad Wonder Pets boleh pula terlupa nak bawa minyak pelincir.

Merumitkan lagi keadaan, ada seekor Pterosaurus yang hinggap di atas sebiji batu yang terletak di atas bukit. Batu tersebut boleh tergolek jatuh dan menimpa skuad Wonder Pets dan anak Triceratops gemuk tadi. Tak guna punya Pterosaurus!

Namun, terima kasih pada kebijaksanaan skuad Wonder Pets dan semangat kerjasama mereka, anak Triceratops tadi berjaya juga diselamatkan dari tersepit di celah batu dengan menggunakan lumpur sebagai pelincir. Terima kasih Wonder Pets!

Oleh kerana "mereka" ialah wonder pets, jadi sesuai sangat kalau saya jadikan mereka sebagai pet ye? Hehe..

Sebenarnya saya tak gemar pelihara apa jenis peliharaan pun. Saya tak sampai hati nak biarkan mereka terkurung /  tersekat kebebasan / tak dapat jalani kehidupan normal macam kawan yang lain.  Walaupun tak diikat atau dikurung, saya tetap tak sampai hati nak lihat mereka berkeadaan macam tu sebenarnya.  Tapi kalau ikutkan, Junjungan Besar kita Rasulullah s.a.w pun ada membela kuda putih, kan. Cuma sekarang yang ada di rumah saya ialah sepasang arnab comel yang tiba² muncul, setelah arnab peliharaan mama baba saya - CheNab (macam nama makcik² kan) hilang, mungkin dilarikan orang (macam anak dara la pulak..hehe). 

Nak tempek jugak gambar CheNab.. huhu

Kiranya kehadiran sepasang arnab (seekor hitam, seekor lagi putih) dapat menggantikan kehilangan CheNab. Arnab² ini dilepaskan bebas berkeliaran di sekitar kawasan rumah. Menariknya bila time makan, arnab² comel ini akan tunggu di pintu dapur, menanti dengan sabar. Hehe.


Okeylah, pendek kata sebetulnya saya belum lagi la terfikir nak mempunyai haiwan peliharaan.. Kalau seekor pun belum tentu saya mampu nak menjaganya, apatah lagi 3 ekor Wonder Pets comel tu!





20 Dec 2010

♥ Day 5

3 ♥ comments
Day 5

A photo of yourself two years ago

A photo je? Aci tak kalau nak letak lebih dari 1? Hehe.. kira bonus la yek.. Two years ago = 2008. Ni semua diambil dari album 2008. Throughout the year.


Sebelum pertengahan 2008

Pertengahan 2008

Akhir 2008


Kenangan indah, 2008.



19 Dec 2010

Day 4

3 ♥ comments
Day 4

Your favorite photograph of your best friend

Telah pun masuk hari ke-4 saya bertanding tanpa hadiah. Hehe. Untuk cabaran hari ini ialah, gambar favorite kawan baik saya. Oleh kerana saya ada beberapa orang kawan baik, sangat baik, maka saya akan post kan beberapa gambar favorite lah. 

Seronoknya ketiga² bestfriends saya ada pada hari aqad nikah saya..


Sangat suka gambar yang di atas ini. Diambil pada hari bersejarah saya. Yang berbaju kurung kuning tu, Nadia namanya. Roommate saya sepanjang pengajian saya di universiti, dan kebanyakan kelas kami sama. Maka lagi rapatlah sebab pergi kelas dan balik ke hostel bersama. Bila cuti semester kami selalu pulang² bersama, sebab dia pun tinggal di Kajang. Dia selalu kejutkan saya bila Subuh, kejutkan saya bangun solat Asar kalau saya tertidur petang, dia selalu ajak saya baca al Quran lepas Maghrib. Dia orang yang pertama akan tadah tangan baca doa makan tak kira bila & di mana kami makan.. hehe. Lemah lembut, baik hati, jujur & tak pernah menyakitkan hati sesiapa, rasanya. Sangat suka dapat berkawan baik dengan dia.


Yang berbaju biru, Atun panggilannya. Kawan baik paling lama yang masih rapat dengan saya sehingga ke hari ini. Kenal waktu kami sama² di PASUM, tahun 1999. Sangat warak orangnya, bila bercakap mesti penuh dengan keinsafan, selalu membuatkan saya tersedar. Tasbih sentiasa ada bersama dia, waktu senggang dia penuhi dengan zikir. Walaupun hidupnya sangat penuh dengan cabaran, saya tahu itu kerana Allah sayangkan dia, dan saya pun sangat² sayangkan dia. Sahabat dunia akhirat, insyaAllah.


Yang berbaju kebaya putih, selaku pengapit saya. Naimah namanya. Suka berkawan dengan dia, sebab dia seorang yang tegas, berani ke depan dan suka bersaing dengan saya. Kami susun jadual kelas biar sama setiap semester & alhamdulillah semester akhir dia berjaya dapat bilik hostel sebelah dengan bilik saya.  Maka bertambah rapatlah kami - saya, dia dan Nadia. Sangat baik dan jujur orangnya, walaupun sedikit kalut. Hehe. Dialah kawan gelak & nangis saya. 

Mereka  berdua memang kawan terbaik..

Yang terakhir, sebelah saya, yang bertudung, Amiza Asni namanya. Roommate sepanjang pengajian saya di universiti. Sangat baik hati, bersifat keibuan, lemah lembut dan suka buat lawak. Hehe. Dia dan Nadia memang kawan & roommate terbaik yang pernah saya jumpa. Mungkin saya takkan jumpa lagi kawan baik sebaik mereka.. Sangat sebak & rindu bila teringatkan kenangan bersama mereka.


Itulah gambar² favorite kawan² baik saya..


18 Dec 2010

Day 3

6 ♥ comments
Day 3

Your idea of perfect first date

Idea of perfect first date?? Hehe. Perfect first date bagi saya ialah bila boyfriend saya (pada masa itu - sebelum kahwin) datang ke rumah saya bersama seluruh keluarganya - tak silap saya 8 orang sekeluarga, menjamu selera bersama² sambil berkenalan dengan mama, baba & keluarga saya. Dan sambil saya mengenali diri & peribadi dia dengan lebih lagi melalui keluarga dia. Itu sangat perfect. Penuh beradab, teratur, mesra & ceria. Itulah perfect first date saya! 

Bagi keluarga saya, tiada istilah "date" atau "dating" atau "outing with bf", walaupun setelah saya bertunang. Pernah sekali saya ingin pergi ke kenduri kawan baik saya, dan kerana di dalam jemputannya tertulis begini : "..menjemput Izzah & fiance.." maka saya pun beria² memujuk baba untuk membenarkan saya ke kenduri tersebut  bersama fiance dengan alasan dijemput bersama. Atas apa alasan sekali pun, baba tetap tidak mengizinkan. 

Cuma saya ingat, oleh kerana baba mama tidak sempat meneman saya untuk membeli persiapan dan hantaran untuk perkahwinan saya (hanya ada 1 bulan sahaja tempoh persiapan), maka baba terpaksa izinkan kami berdua pergi bersama, dan pastinya dengan curfew: mesti sampai ke rumah sebelum 7 p.m. Tepat pukul 6.55 p.m baba menelefon saya & bertanya di mana, oleh kerana kesesakan lalulintas (maklumlah pergi SOGO) saya tiba di rumah lewat beberapa minit. Melanggar curfew adalah sangat² ditakuti oleh saya pada masa itu. 

Okeylah, itulah sedikit sebanyak mengenai perfect first date saya. Sebab saya rasa itu yang paling sempurna. Dan mungkin akan menjadi idea of perfect first date bagi anak² saya di masa akan datang nanti. InsyaAllah.





Selesai.. 


14 Dec 2010

♥ Day 2

4 ♥ comments
Day 2 

[backdated entry; December 12, 2010]


A photo of something you ate today.


Apa yang saya makan hari ini? Apa yang saya masak hari ini, secara detailnya. Kebetulan hari ini hari Ahad, selepas groceries shopping, balik rumah dan terus masak. Menu simple sahaja dan memang menjadi kegemaran kami. Sup suhun dimakan bersama sambal ikan bilis goreng garing dengan nasi panas, perghhhhh memang mantaplah perut kami. Hihi. Kepedasan yang tak terhingga daripada sambal ikan bilis telah dineutralkan oleh sup suhun yang lazat [amboi cerita...]. Tapi memang pedas ya Rabbi, makan sambil menangislah saya. Dan sambil tu saya tak henti² berkata pada hubby, "Fuhhh pedassssss, Fear Factor! Fear Factor!!" dan membayangkan peserta program realiti Fear Factor tengah menggelupur menelan sambal pedas power sambil menangis.. hihihi. Kali ini memanglah pedas kerana cili kering yang saya guna sebenarnya bukanlah cili merah yang dikeringkan, tetapi cili padi warna merah yang dikeringkan. Itu sahaja option cili kering yang ada masa saya membeli-belah di Tesco. Walaupun pedas tak tercakap, rasanya tetap umph la  kot sebab saya tambah nasi 2 kali, hubby pun tambah 2 kali tapi kali kedua tu dalam kuantiti yang agak banyakkk la jugakkk.. aisehh. Tu tak termasuk semangkuk penuh sup suhun yang dia hirup sebagai starter untuk lunch. Hehe. Apapun alhamdulillah, kenyang sudah dengan rezeki untuk hari ini..

Sup Suhun + Telur

Sambal Bilis Goreng Garing Pedas Ya Rabbi

Oh untuk rujukan resepi bagi menu² simple ni, boleh singgah ke dapur saya di bawah ni ye..

Resepi Sup Suhun + Telur
Resepi Sambal Bilis Goreng Garing



11 Dec 2010

♥ Day 1

8 ♥ comments
Day 1

A photo of yourself and a description of how your day was.


091210 @ ofis yang sejuk
Nak jawab in English ke BM ni? Heheh.. senang dalam bahasa kita, la ye. Patutnya entry ni ditulis semalam. Sebab semalam memang merupakan hari yang sibuk dan penting bagi saya. Setiap  bulan di ofis, akan diadakan perhimpunan bulanan dan setiap department akan bergilir menjadi pengajur perhimpunan. Dan semalam department saya yang menganjurkan perhimpunan terakhir bagi tahun 2010 ini. Saya pula diletakkan di bawah unit grafik & multimedia & dipertanggungjawabkan untuk sediakan persembahan multimedia untuk tayangan semasa perhimpunan. Hmm bayangkan dalam kelam-kabut menyiapkan 3 laporan (alhamdulillah dah selesai 1 laporan; 140 muka), saya perlu siapkan segala material untuk grafik, slide & video. Alhamdulillah dengan bantuan kawan², selesai juga persiapan dan alhamdulillah syukur majlis semalam berjalan lancar, walaupun sehari sebelumnya berlaku sedikit konflik..huhu. Tersangatlah lega, dan untuk me'reward'kan diri, saya keluar dengan kawan time lunch  Jumaat yang panjang - selalunya saya lebih suka duduk di ofis sambil siapkan kerja je. Pusing Amcorp Mall & makan² di Sri Melaka dengan kawan² sekepala sambil bergosip².. Hehe. Petangnya baru saya sedar, cuti tahunan saya bagi tahun ini  masih berbaki sebanyak 15 hari lagi! Dan baru saya sedar, selama ini saya asyik menggantikan kawan² & boss yang bercuti & saya sendiri tak bercuti..heh. Saya mesti cuti! Mungkin pada hari terakhir bagi tahun ini kot. InsyaAllah. Takpelah cuti di rumah & tak kemana pun. Boleh saya mop² lantai ke. Hehe. Selalunya saya lebih suka bercuti bukan pada musim cuti sekolah. Tapi memandangkan cuti dah disimpan agak banyak, saya rasa elok saya habiskan sikit.

Kelmarin saya ke MPH dan teringatkan yang saya ada baucar rebat yang saya terima 2 bulan lepas. Terus ke bahagian novel Hlovate, tercari² "Geng ABCDE - Bercuti Ke Arau", novel kanak² tulisan Hlovate, tapi belum ada lagi. Sudahnya saya sambar "Untuk Awak, Teja Aulia" - Syud. Saya nak habiskan novel ni hari ini. Okeylah. Hari ini ialah hari untuk house chores. Mari mengemas! 

Oh bulan ini saya ada tempahan cupcake untuk Yus, colleague's husband & colleague's engagement. Semua nya end of month. Wow. Mudah²an dipermudahkan.

Saya baru tukar lagu background blog. Tapi tak jumpa lagu ini versi tanpa bunyi tepukan di permulaan. hihi. Belasah je la. Sebab saya suka lagu ni!


♥ Noi

4 ♥ comments
Tajuk entry ni sangat comel. Noi. Hihihi.. mesti Noi suka ni.. hehehe.. Sebenarnya cuma nak maklumkan, ada 1 cabaran daripada blog Noi. Copy terms & condition nye [tak termasuk strawberries cumel nye ye..]. Saja nak join, sebab nak buat sesuatu yang tak biasa dibuat.. hehe. If u only do what u know u can do - u never do very much.. aite!!

Credits to Dinos_TheChocoholic




  • Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
  • Day 2 – A photo of something you ate today.
  • Day 3 – Your idea of the perfect first date.
  • Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
  • Day 5 – A photo of yourself two years ago.
  • Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
  • Day 7 – Your dream wedding.
  • Day 8 – A song to match your mood.
  • Day 9 – A photo of the item you last purchased.
  • Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
  • Day 11 – What’s in your makeup bag?
  • Day 12 – A photograph of the town you live in.
  • Day 13 – Your favorite musician and why?
  • Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
  • Day 15 – Something you don’t leave the house without.
  • Day 16 – Your celebrity crush.
  • Day 17 – A photo of you and your family.
  • Day 18 – Something you crave a lot.
  • Day 19 – Another picture of yourself.
  • Day 20 – The meaning behind your blog name.
  • Day 21 – A photo of something that makes you happy.
  • Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
  • Day 23 – 15 facts about you.
  • Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
  • Day 25 – What’s in your purse?
  • Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
  • Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
  • Day 28 – Your favorite movie.
  • Day 29 – Something you could never get tired of doing.
  • Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
Wah. Cukup sebulan. Penuh la archive entry saya. Memang nak try la buat. Kalau kecundang di  tengah jalan, apakan daya, ye Noi.. hehe. Ok bila nak mula ya?? Hari ni atau esok? Atau hujung minggu ni je. Hehehe..

3 Dec 2010

♥ Duhai Kawan

0 ♥ comments


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam perjuangan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Para pejuang selalu kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Lihatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa dan menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan apalah disedihkan hati
~The Zikr


Bahasa paling mudah,
paling indah,
paling hemah,

untuk kawan.

Bukan dengan apa jua pun panggilan.
Bukan dengan penghinaan.



Terima kasih, kawan.



26 Nov 2010

♥ Diam Lebih Baik

3 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. - M.A

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya di dalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

“Diam-diam ubi berisi”

atau
“Diam-diam tong kosong”

atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”                                                                         ~ Mujahidah Ansarullah


diam..


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.. - M.A



The truth is there.. i know them way much better than you.
Stop claiming as your own, as they are all not yours.

Let Allah deal with the things they done.. enough said.


25 Nov 2010

♥ Hlovate; of Love and Hate

2 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

December 2010 | patiently waiting for it


You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy
Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy
The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist
The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart
~ hlovate~



Hlovate. Love.. and hate. Hate.. and love. Poisonous honey.

We cling to music, to poems, to quotes, to writing, to art because we desperately do not want to be alone. We want to know we aren’t going crazy and someone else out there knows exactly how you’re feeling. We want someone to explain the things we can’t.

Throughout life, people will make you mad, disrespect you, and treat you bad. Let Allah deal with the things they do, because hate in your heart will consume you too. When people cut you down.. or talk behind your back.. remember they took time out of their pathetic lives, to think about you.

Moving on doesn’t mean forgetting, it just means you choose to be happy instead of hurt.. Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, love the people who treat you right and hate forget the ones that don’t and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it’d be easy, they just promised it would be worth it..

You were born an original.  Don’t die a copy.



16 Nov 2010

♥ Kamu dan Kata²mu

1 ♥ comments
Kadangkala kata² kamu pun, serupa datang dari emosi, bukan akal, tahu.
kamu. ya, kamu.

seperti biasa, sekadar memerhati dan menaakul.

17 Oct 2010

♥ Rahmat Allah Masih Terlalu Luas

2 ♥ comments

"Dalam asyik melaksanakan kerja² manusia, jangan sampai terbuat kerja Tuhan ya. Hanya Allah yang tahu semuanya, dan hanya Allah yang layak menilai manusia. Sekadar peringatan untuk sesiapa yang membaca, terutama yang sedang menulis pertama²nya.. [Rahmat Allah masih terlalu luas]" ~ Nini Marini Rahman 

Suka dengan ayat Nini ini. Sesuai dengan situasi saya sekarang, barangkali. Dan saya tahu dia sedang menghadapi sesuatu. Sedang diuji. Moga Allah sentiasa bersama Nini di sana.. amin.


27 Sept 2010

♥ Tulis Di Hati

0 ♥ comments


Sebetulnya terlalu melimpah perkara² kehidupan yang menyeberangi sinaps fikiran, tapi tidak tertuliskan di mana².. Mungkin tertulis, tapi cuma di hati. Tapi wallahua'alam, usah terlalu berani bicara soal hati, kerana hati itu adalah rahsia Allah, kan. Siapalah kita untuk menghukumi diri kita mahu pun diri sesiapa pun, apatah lagi mahu menghakimi hati - baik hati sendiri mahu pun hati sesiapa pun.

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009