20 Apr 2009

♥ Kuasa Minda..

Dear blog,

Lama juga saya ketepikan blog ni. Urusan kerja dan kursus² yang dihadiri sepanjang tempoh 2 minggu ini membataskan. Kali ini saya teringat mengenai kuasa minda / akal kita yang mengawal tindakan rasional keseluruhan diri kita. Yang secara dasarnya, diri kita dikawal oleh Allah s.w.t. Saya tertarik dengan pengalaman (ujian minda) yang saya rasakan, biasa² saja, tetapi sebenarnya jika dilihat dari sudut yang tersirat, ia tak kurang luarbiasanya. (selain daripada pengalaman bersalin mengejut secara normal tempohari)..

Ujian pertama: Saya pernah menaiki funfair ride di Penang Funfair. Yang berpusing 360° sepenuhnya. (There were all manner of spinning, twisting and twirling fun rides at the fair). Seperti di dalam gambar ini.


Awalnya, saya seorang sahaja yang benar² tolak ajakan kawan² saya. Memang saya tak minat. Juga saya tak pernah cuba naik yang 'ganas' seperti tu. Cuma ferris wheel yang biasa pernahlah.



Biarlah mereka yang naik, tapi bukan saya. Saya baru lepas kekenyangan. Haruskah saya turut serta? Tapi, akhirnya saya mengalah. Demi kawan.. (juga selepas beberapa org kawan saya agak bengang dengan tolakan saya). Kami pun dengan hati girang sama² naik. Aduh. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Lebih kurang 15 minit, kami pun berhenti. 4 org kawan saya, muntah teruk sejurus selepas jejakkan kaki ke tanah. Terbongkok² mereka muntah. Saya hanya memerhati & tersenyum. Saya yang awalnya tak sanggup, mereka pula yang teruk keadaannya. Kesemuanya geleng²kan kepala, masing² berjanji tak nak naik lagi. Saya pula yang rasa seronoknya, mungkin boleh untuk kali kedua lagi. Bukan bongkak.

Saya rasa cara mereka hadapi situasi yang buatkan mereka terima kesan yang agak teruk. Oleh kerana saya memang tak mahu pada awalnya, tetapi setelah dipaksa, saya rasakan saya perlu bersedia secara mental. Sebelum berputar, saya cepat² tetapkan (set) minda saya, saya akan berputar dan saya mesti terima keadaan teruk dan pening yang bakal saya hadapi nanti. Strategi seterusnya, saya tidak akan sekali² menjerit apabila berpusing, saya perlu tahan. Strategi seterusnya, saya tak perlu buka mata luas² apabila berpusing nanti. Cukuplah dengan menyepetkan mata saya. Sebelum berputar, saya lafazkan basmalah dan selawat, mudah²an tiada kejadian yang tak diingini berlaku.

Perlahan² tempat duduk kami diputarkan, dan apabila sampai di puncak yang teratas, serta-merta ia berpusing ke atas dan ke bawah (kaki kami di atas, kepala di bawah), memang teruk juga pusingannya! Kawan² di kiri dan kanan saya semuanya terjerit² samada takut atau seronok, saya hanya terdiam dan kadang² tersengih. Menerusi mata saya yang disepetkan, pandangan saya berbalam² dan cahaya² lampu neon di sekeliling yang bercampur². Bila kaki di atas, saya hanya nampak samar² langit yang gelap pekat. Tempat duduk kami akan berpusing sepenuhnya sambil besi pemegang tempat duduk kami yang utama turut berpusing ke kiri, kanan, depan dan belakang. Bayangkan.

Untung juga saya, oleh kerana saya agak berat, goncangan dan pusingan tidak banyak menjejaskan kedudukan saya di kerusi, berbanding kawan² yang lain yang lebih ringan. Hehe. Saya ada rakamkan videonya tapi sehingga saat ini masih belum berjumpa di mana letaknya. Saya yang awalnya tak sanggup, mereka pula yang teruk keadaannya. Kesemuanya geleng²kan kepala, masing² berjanji tak nak naik lagi. Saya pula yang rasa seronoknya, mungkin boleh untuk kali kedua lagi. Ada di antara kawan saya terduduk kepeningan selepas turun dari ride tu. Saya seorang yang masih maintain dan seimbang.. Hehe. Sebenarnya, semuanya dikawal oleh minda kita. Kuasa minda memang kuat untuk pengaruhi kita hadapi apa jua situasi. Dan sabar sebagai pemangkin dalam merealisasikan keupayaan minda kita.

Ujian kedua ialah, apabila saya dicabar untuk menggenggam tin air (yang berisi air penuh) yang telah dibekukan sepenuhnya dengan tangan selama 1 minit. Nampak mudah, kan. tapi sebenarnya, oleh kerana aluminum merupakan pengalir haba yang baik dan ringan, (mengandungi 13 elektron), maka tahap kesejukan dan kebekuan yang perlu saya hadapi adalah lebih dari yang biasa. Pencabar saya tidak merasakan saya mampu untuk mencapai tempoh 1 minit, tapi saya buktikan padanya yang saya boleh, dengan bantuan kuasa minda saya.

Ujian pun bermula, dan apa yang saya lakukan ialah, jangan memikirkan langsung tentang kesejukan di tangan saya. Tidak sekali² perkataan sejuk boleh terlintas di fikiran saya, walaupun hakikatnya tangan saya sedang mengalami kesejukan yang tak terhingga. Saya cuba bermain dengan reverse psychology. Saya setkan di fikiran saya, apa yang di dalam genggaman saya adalah kepanasan. Tin yang panas untuk memanaskan tangan saya. Benar. Saya tak berasa sejuk, di minda saya terasa panas, dan cuma tangan saya berasa sedikit perit. Bukan sejuk. Dan saya berjaya mencapai tempoh lebih dari 1 minit. Lebih dari yang ditetapkan. Mungkin mampu untuk teruskan 1 minit lagi. Pencabar saya yang pada mulanya menggelakkan saya, terdiam. Heh. Saya terangkan padanya, saya cuma setkan di minda saya, tin air yang digenggam panas, bukan sejuk. Cubalah. Kuasai minda kita dan bersabar.

Kesimpulannya, kita mampu hadapi apa jua situasi dalam kehidupan ini, dengan mengawal minda kita dengan sebaiknya. Kita juga boleh kurangkan permasalahan, dengan mengubah sedikit persepsi yang ada di fikiran kita. Selebihnya kita serahkan pada Dia, sebab Dia yang menentukan segala²nya, kita hanya mampu usaha dan ikhtiar. Sebagaimana jika kita sedang hadapi sakit yang teruk sekalipun, kita perlu kawal minda kita untuk menerimanya, dan seharusnya dengan minda kita lawan rasa sakit tersebut. Sabar. Sabar juga adalah elemen terkuat dalam kuasa minda kita. Jika tanpa kesabaran, segalanya akan rosak. Minda kita memang ciptaan Allah yang amat menakjubkan. Subhanallah. Rugilah jika kita tak manfaatkannya. Allahua'alam.



5 ♥ comments:

snm | snm said...

Maa :)
Anggap masalah itu sbg cabaran. InsyaAllah, x kn rs terbeban & tertekan hadapi masalah tu kan? Setkan dlm minda kita, sesuatu itu SENANG, susah macamana pun, kena control otak kita kan?

SRISUFI said...

Kakak,

saya suka apa yang akak tulis ni.
Setiap orang tak terlepas dari menggunakan nikmat yang Tuhan berikan 'yang satu ini'.

~Kadangkala ia boleh jadi kelebihan dan boleh jadi kekurangan. Boleh menampakkan kita cerdik dan boleh menampakkan kitalah yang paling bodoh.


~pisang juget~

truemax said...

Salam Izz,

Wah hebat awak Izz. Ni boleh panggil sifu ni, dengan kuasa minda ajaib (Sifu KMA).

Boleh tak ajarkan saya macam mana nak apungkan benda dengan minda, macam yang Yoda tunjuk tu kan.. ha ha ha. :)

Seriously, saya setuju, perlukan mental preparation.

Leenoh said...

Salam.
Info yang baik dan bermanfaat. Allah menciptakan minda manusia itu sangat istimewa dan sukar untuk dianalisakan sepenuhnya tetapi sebahagiannya dapat juga kita ketahui dan kenalinya.
Jika minda rosak atau cedera maka lumpahlah badan.
Seseorang yang terpaksa berucap dikhalayak ramai dan sedang mindanya menyatakan beliau akan menggigil ketika berucap maka biasanya beliau akan menggigil kerana di dalam mindanya penuh dengan ingatan tersebut sehingga terlupa isi-isi ucapan penting.

♥ Izzah Marzuki said...

achik snm:
ye achik, stuju sgt..susah camne pun, semuanya ada di fikiran kita..& ye, Allah s.w.t yang tentukan segalanya..

Sri:
Cara pemikiran kita boleh menampakkan kita cerdik dan boleh menampakkan kitalah yang paling bodoh..betul tu. Yang cerdik pun terkadang jelas juga kebodohannya.. slalunya bila emosi menguasai fikiran..kan..

Truemax:
Sampai ke sudah saya dengan gelaran KuMA tu ye..hehe.. ye, persediaan mental. Penting untuk segala tindakan.

Leenoh:
Betul. Kita hari ini adalah apa yang kita fikirkan semalam. =)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009