12 Jan 2009

♥ Boycott, will u?



UCAPAN PALESTIN KPD KITA: Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelalaian anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..

Ngeri juga bila membacanya. Memang perlu pun dilaksanakan misi memboikot ni. Kawan² & famili sibuk forwardkan list barang / produk /servis yg perlu diboikot. Hmm, banyak juga yg memang digunakan & rasanya tak perlu dibeli lagi sekarang.. tempoh boikot untuk sebulan?? atau selama-lamanya..? sedih sgt tengok gambar-gambar tragedi berdarah.. skarang ni berhati-hati juga lah nak membeli barang, takut juga incomenya sampai ke pihak musuh la'natullah tu.. barang-barang tu, insyaAllah ada alternatif lain.. bak kata Nini, kita tak kan mati pun kalau tak ke Tesco.. hehe.. betul3..

Petang tadi kami ke Hoska (as written so) - Hospital Kajang.. melawat Ira, x-colleague hubby.. keguguran 1st child.. :( kesiannya.. memang terkejut sangat, teruk juga keadaan dia.. masa kami sampai, dia tgh terbaring lesu sambil menangis (!) sorang².. bila tengok dah mula rasa sebak di dada.. teringat peristiwa lalu yang traumatic tu.. airmata dah sket bergenang.. tapi takkan nak biar tumpah depan Ira? Nanti lagi menjadi² lak dia.. hubby pun dan start pandang².. takut² saya pun nak nangis sama kot.. pegang tangan Ira, badannya pun panas, demam.. kesiannya.. dekat seminggu terlantar di wad.. aduh.. kenapa la dibiarkan keseorangan.. memang saat² begini la perlunya ada yg meneman.. especially suami.. mcm saya dulu.. kalau dibiarkan sorang, memang la laju je airmata tu.. isk.. sedihnya.. byk kali saya pesan kat Ira, sabarlah, muda lagi, ada peluang lagi, doakan insyaAllah..

Owh, ya Allah, memang saya tau sangat macam mana perasaan dia sekarang.. dan syaitan pasti tgh berusaha keras supaya dia lemah semangat & sedih dan salahkan diri dia.. yg boleh rosakkan fikiran & dirinya.. Ya Allah, moga² Ira segera sembuh & kuat.. Tapi, memang, untuk sembuhkan luka & kesedihan bila kita kehilangan yang paling dekat dgn diri kita, sekurang² ambil masa sebulan.. mungkin 2.. mungkin 3.. bergantung pada kekuatan kita melawan emosi & rasa.. alhamdulillah.. semangat saya kuat, kata hubby.. hari ke-2 selepas bersalin saya dah balik bermalam di rumah.. berkat sokongan & semangat dari dia juga, kan! =) Ya Allah, berkatilah suami ku! ;)

Hmm.. mcm lari topik.. tapi just nak berkongsi rasa.. tapi lepas tragedi yg traumatic tu, ada perubahan yg saya sedar - senang sangat mengalir airmata! sebutlah pasal kesakitan, dengarlah cerita yg sadis, apatah lagi kalau lihat gambar² yg menyayatkan, tambah lagi kalau yg berkenaan dgn bayi / anak² kecil, lagi kalau baca berita pembuangan bayi, aduh, senang sangat tumpah.. amat² senang.. mungkin betul kata org² tua, bila seorang wanita itu bersalin, dari yg tegas akan berlembut, bersalin lagi, utk kali keduanya, akan bertambah kelembutan & sifat keibuannya, bersalin kali ketiga & seterusnya, akan bertambah² lah sifat tu.. hmm.. betul, pengalaman mendewasakan.. :) oh ye, mari boikot kawan²..!

2 ♥ comments:

aliaaroslan said...

jom boikot!!!

Anonymous said...

tapi akak..kalau yang bukak restoran mknan kfc,mcD n burger kings tuh org2 kite jugak..cmane?kite sekat rezeki org ke ek?kesian kat dorg kan..yg wat salah Israel tp yg kene hukum peniaga kite sendiri...

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009