Assalamualaikum..
Lama. Teramat lama saya meninggalkan blog ini. Cuti 1 minggu dan keluar dari bandar KL. Awalnya cuti saya agak kontroversi, 5 hari dan yang merisaukan kerja² audit akan tertangguh dengan ketiadaan saya.. [seperti yang dijangka, audit tertangguh & hanya dijalankan semula sekembalinya saya ke pejabat.. huhu]. Saya perlukan cuti ini. Saya perlu habiskan cuti saya sebelum Julai ini yang masih berbaki sebanyak 21 hari lagi. Maknanya, cuti saya kini berbaki 16 hari..[aduh, byk lagi..] Hmm. Ok lah. Saya bercuti juga bersempena dengan hari lahir hubby saya. Saya rasa elok jika saya ceritakan perjalanan percutian saya, sementara bahangnya masih terasa. Hehe.
17 Mei 2009
Perjalanan dimulakan pada awal pagi Ahad. Seawal jam 5.30 pagi saya bangun untuk mengemas barang. Selesai semuanya, selesai sarapan, lebih kurang jam 10.30 a.m kami bertolak dari Kajang. Singgah ke KL sebentar, salam peluk cium mak & ayah mertua dahulu. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Saya sedaya-upaya cuba menahan rasa mengantuk, untuk temankan hubby saya yang memandu. Lebih kurang 5 jam perjalanan, kami sampai ke bandar KT. Pertama kali saya sampai ke Terengganu (sian kan..hehe). Cantiknya rumah di tepi pantai. Indahnya pemandangan sepanjang perjalanan ke KT. Laut membiru menemani kami sehinggalah kami sampai ke destinasi sementara. Yang penting, kata hubby saya, saya dapat menikmati keropok lekor sepuasnya. Ya, memang keropok lekor adalah antara makanan kegemaran saya yg evergreen. Hehe. Sebelum sampai ke hotel untuk kami bermalam, kami singgah menjamu selera di gerai keropok lekor yang lazeez (lazat di dlm B.Arab) nye! Selesai urusan check-in, kami berehat, solat sementara menanti malam. Aktiviti malam kami ialah keluar berjalan ke bandar KT, jalan² lihat pemandangan. Tak lupa juga untuk snap² di Masjid Terapung.
[1.keropok lekor yg sedap sangat..] [2.Masjid Terapung] [3.birthday dinner di S.R]
18 Mei 2009
Seawal jam 5 saya sudah bangun. Bersiap untuk subuh. Bersiap untuk mengejar matahari terbit. Acara yang ditunggu oleh kebanyakan photographer amatur. [ops, saya masih beginner ye].. hehe. Pantai timur memang tempatnya untuk melihat matahari terbit. Cahaya di ufuk timur. Kami berkejar ke Pantai Batu Buruk, berdepan dengan hotel. Pagi itu sang mentari malu untuk menunjukkan diri di sebalik awan. Ada tanda hujan bakal turun. Suasana agak mendung pagi itu. Selesai di pantai, kami pulang. Singgah di Pasar Payang. Buah tangan buat keluarga & kawan² tidak dilupakan.
[1. saya dan hubby - Pantai Batu Buruk] [2. saya yg mengalahkan tokey kedai.. hehe]
Petang kami berjalan lagi. Saya rasa kami tidak makan tgh hari pun, kerana leka menjamah keropok lekor dari pagi sampai ke petang. Ye lah, alang² sampai ke KT. Agenda seterusnya ialah melawat Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam. Jika dilihat, Masjid Kristal lebih terkenal kerana pembinaannya yang unik - kubahnya dari kristal, tidak lebih dari itu. Malah ia lebih kepada tourist spot, berbanding untuk pengimarahannya.. [tanda² hampirnya kiamat tu..]. Bagaimanapun, bagi saya, idea membina Taman Tamadun Islam itu menarik juga. Kebanyakan masjid terkenal seluruh dunia sudah direplikakan di situ.. [save budget saya..]. Yang menariknya, replika itu dibina memang serupa dan terperinci dengan binaannya yang asal. Kehalusan & ketelitian replika itu agak mengkagumkan saya..[ye, saya memang sukakan ketelitian].. Hehe.
[1. Masjid Kristal] [2. Masjid Palestin] [3. Masjid terkenal di Thailand..] [4. saya bersama beg tripod..ehe..]
[1. Masjid Kristal] [2. Masjid Palestin] [3. Masjid terkenal di Thailand..] [4. saya bersama beg tripod..ehe..]
Selesai di TTI, kami yg baru teringat belum menjamah makanan selain keropok lekor, singgah di restoran makanan laut [tak ingat namanya], yg letaknya di bawah jejambat.. ngeri juga perasaan saya bila makan di bawah jejambat diselang-selikan dengan deruman kenderaan yg laju. hehe. alhamdulillah, selesai makan & kenyang, kami yg keletihan balik ke penginapan.
19 Mei 2009
Awal subuh, kami bangun. Selesai solat, kami terus bergegas ke Pantai Batu Buruk. Apalagi, mengejar sunrise. Matahari di sini muncul agak awal. 6.40 kami harus standby dgn kamera + tripod di sana, kerana bila² masa sahaja akan mucul first light.. Memang sebelum ini saya tak terfikir langsung tentang cahaya pertama matahari terbit [subhanallah indahnya], sejak melibatkan diri dalam aktiviti fotografi ini, baru saya sedar betapa banyaknya ciptaan Allah yang saya lepaskan & yg saya missed sepanjang hidup saya. Bila merakamkannya ke dalam gambar, salah 1 cara menghargai keagungan ciptaanNya.. Ok ok. Berbalik pada agenda awal pagi, alhamdulillah kali ini dapat menanti sunrise, tapi kerana kepulan awan agak byk, cahaya mentari agak malu² juga sebenarnya. Tapi, pemandangan di tepi pantai sentiasa indah. Sentiasa menarik. Bagi sesiapa pun. Saya pasti. Subhanallah. Maha Hebatnya Dia.
[bersambung..]
19 Mei 2009
Awal subuh, kami bangun. Selesai solat, kami terus bergegas ke Pantai Batu Buruk. Apalagi, mengejar sunrise. Matahari di sini muncul agak awal. 6.40 kami harus standby dgn kamera + tripod di sana, kerana bila² masa sahaja akan mucul first light.. Memang sebelum ini saya tak terfikir langsung tentang cahaya pertama matahari terbit [subhanallah indahnya], sejak melibatkan diri dalam aktiviti fotografi ini, baru saya sedar betapa banyaknya ciptaan Allah yang saya lepaskan & yg saya missed sepanjang hidup saya. Bila merakamkannya ke dalam gambar, salah 1 cara menghargai keagungan ciptaanNya.. Ok ok. Berbalik pada agenda awal pagi, alhamdulillah kali ini dapat menanti sunrise, tapi kerana kepulan awan agak byk, cahaya mentari agak malu² juga sebenarnya. Tapi, pemandangan di tepi pantai sentiasa indah. Sentiasa menarik. Bagi sesiapa pun. Saya pasti. Subhanallah. Maha Hebatnya Dia.
Sesudah bergambar, kami pulang ke penginapan untuk sarapan dan berkemas. Kami akan meneruskan perjalanan ke pulau pada petangnya. Selepas bersarapan, saya mengemas, check out pada pukul 12 tgh hari. Kami terus ke Jeti Marang. Sambil menantikan bot sampai pada pukul 1.30, kami makan tgh hari dahulu di tepi jeti. Pulau Gemia sedang menanti kami berdua di seberang sana..
16 ♥ comments:
Salam Izz,
Sangat la best. Banyaknya benda best dalam satu harung!
Gambar 'first light' tu superb!! Memang kekuasaan Allah, itu berlaku setiap hari, terima kasih pada Izz saya boleh tumpang tengok sekali. :)
Senyum selalu.
::truemax
salam akak,
subhanallah,cantiknya gambar2 tue..masjid terapung n first light sgt cantik!
xsabor nk tggu sambungannya..thanks akak sudi share.. ;p
peewwiitt :p
maa, pantai BB tu buat achik teringat saat2 banjir di sana :P ms achik, bobob, sue sue induksi umum :p kami stay di Batu Burok Beach Resort. Bilik achik ground floor. Banjir paras lutut! tanya lah bobob cmne kami harungi susah payah angkut troli beg :p
maa, ni yg buat achik nk pegi lagi KT! :P superb best! ni kena angkut manny sbb manny kan org sana :)
gmabar pun superb! xtahu nk ckp apa dah. speechless! cantiknya gmbr yg maa snap :) even amatur/beginner tp hasilnya cantik :D
Salam Maa.
Ecece. Ni la orang kata. Bercinta tak cukup tanah. Habis tanah, pantai pun dijejak jugak. Huhu. Main-main je eh =)
Sweetnya tengok ^_^
Salam wahai kakak..
Aduhai ni yang buat rasa macam nak ke Terengganu juga ni. INDAH nya permandangan matahari terbit tu akak...syahdunya.
hurmmm...bila jiwa kacau elok benar cuti kan kak.
btw, keropok lekor pun 'peberet' sri sama.
=)
wah!
nia baru ke terengganu cuti dis lepas.
bez tuh tak pyh ckp lah.
mmg pon.
tpi,x smpat lak dgn sunrise tuh.
;)
k.izz, best nya...
pics pon cantik..
Aduh, jeles ni..nak kena belaja lagi..
xsabar tunggu sambungan....
kak izzah sayang,
cantiknya gambar² tu..waa,sunrise?subhanallah.tak pernah dapat.paling kerap pun sunset je.tapi tak samekan.masing² ada keindahan yang menakjubkan.
rindu akak tau.nnti kite jumpe yeh.=)
Truemax: Indahkan alam yg diciptakan Allah ni. Rugi kalau kita x treasure slagi kita masih hidup kat sini kan. Lepas ni nanti dah x de dah, kan. =)Thanx.
Yusma: yus,untuk amek gambar tu kena byk bersabar. masjid terapung tu kena tunggu maghrib [we called it as golden hours], ngeri gak bila dah gelap dlm semak tu kan.. heee.. ok nantikan sequel nye.. hehe. Terimaksih ye. =)
Snm|achik: achik, BB Beach Resort tu kami stay 1 nite after balik dr pulau, sbb x larat nak drive back. Masa sampai KT tu kami check in kat Permai Inn, seberang jln nak ke pantai BB tu.. sayang kan, pantai tu x leh mandi.. hehe.. tapi nampak cam bahaye je kan.. nanti gi la lagi achik, T'ganu is such a nice place to visit [again n again].. hehe thanx anyway! =)
Sarah: hehehe.. selagi hayat, diharapkan cinta tak padam. sampai syurga, bak kata faizal tahir. insyaAllah. hmm. rindu angah. =)
Srisufi: sri, nanti kan nak ke Pahang, leh lajak ke T'ganu kan? a'aaa elok juga cuti, rehatkan minda jap. tapi lpas cuti tu yg x best tu. ehehe.. nanti gi Pahang bleh makan kopok lekor byk gak kan. =)
Greenia: best kan T'ganu. Mmg nak gi lagi. Tapi agak panas la kan. Takpe. Lain tempat lain pengalamannye, kan. Nanti pegi lagi bleh snap sunrise lak kan. =)
Chaq: Wana, best.. kita belajar sesama ye.. =) tungguuuu sambungannye ye.. hehe tq..
Nini Comel: Nini, sunset pun cantek gak kan.. pendek kata semuanya yg diciptakan Allah, masyaAllah cantik, kan.. kan.. nanti kite jumpe ye, insyaAllah.. =)
cantiknya pemandangan! tak pernah jemu pergi terengganu. mungkin sb suka pantai kot. ehe. =D
salam k.izz..
wah mcm bes je bercuti d t'ganu ye..
hm kat TTI tu mmg bes tgk replika2 situ..pnah g gak trip 2 sem lepas.hehe tp y x puas ati sgt sbb scale building die lain2..ade yg besa sgt ade yg agak kecil.x konsisten..hehe.wat same scale la baru m'cabar n nampak teratur.hehe.
hm sori myb sbb sy bdk arkitek komen pasal ni je.
em..mmg bes gmba yg sunrise dgn awan2 tu..sume gmba best.yg dgn hubby tu sweet nye.hehe
salam maa
wahwah... sakan berjalan
lawa lerr gambar matahari tu.. sweet~
lagi satu, template blog ni sgt cumil. ^_^
IJE:
bestkan ganu. nanti pegi lagi ye, insyaAllah. thanx 4 viewing.
IZZAHSAKINAH:
Salam nad. Rindu kat nad jugak! =)
MYSS:
Salam myss.. a'aa, replika kat situ x sama saiz kan, sbb ada yg boleh kita masuk & ada yg x bleh, kan.. ye bebdk arkitek mesti fussy bab² ni kan.. hehe...tq sbb jengah sini.. =)
AINUL ARINA:
Wsalam adek, trimakasih. baru sempat berjalan. dua² sibuk ngan keje je memanjang. =)
Maa :) Pantai BB mmg bahaya. tgk je la ombak dia. dh la achik smpi sana br tahu :P cm hape jek mcm org jakun bc signboard kuat2 :P
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥