4 Jul 2009

♥ Dua Tahun Berlalu..

Dear blog,

Assalamualaikum..


Dua tahun yang lalu, pada hari ini, berlaku tragedi yang traumatik bagi saya, hubby & keluarga. Masih saya ingat lagi dengan jelas, malam sebelumnya, 3 Julai, saya tidak dapat melelapkan mata. Hubby kelihatan kepenatan pulang dari kerja lewat malam, jadi saya rasa tak perlu saya menganggu tidurnya. Saya berjaga sepanjang malam, perut saya terasa sedikit memulas. Memang saya perasan pergerakan baby agak kurang pada malam itu. Saya alunkan ayat suci Al Quran, Surah Maryam, Yusuf, Luqman, Sajadah, Yasin & al Mulk berulang² menerusi telefon walkman saya, saya tekapkan di perut seperti biasa. Selesai kesemua surah, saya masih belum dapat melelapkan mata.

Saya terus online, surf internet, mencari nama² yang sesuai untuk baby. Nama² yang cantik & ada maknanya. Saya terus berjaga sehingga subuh, dan terus kejutkan hubby untuk subuh dan bersiap ke ofis. Sepanjang tempoh saya mengandung, saya tidak bekerja. Saya pada masa itu surirumah sepenuh masa yang menguruskan segala keperluan hubby. Saya pagi itu agak kepeningan, kerana berjaga sepanjang malam. Hubby risau melihatkan keadaan saya, tetapi saya yakinkan padanya, saya tidak apa². Saya ok, insyaAllah. Saya menolak untuk ke klinik. Pagi itu saya rasa agak lemah. Mungkin kerana tidak tidur sepanjang malam. Perut saya terasa makin memulas. Mama mengajak saya ke klinik. Saya menolak lagi. Saya fikir mungkin kerana perut saya meragam. Saya mungkin sembelit (keadaan biasa bagi wanita yang mengandung).

Dari pagi hingga ke tengahari, saya terbaring. Sambil tidur, tetapi saya terjaga setiap masa. Pukul 12 tgh hari, saya terjaga. Saya terasa baby di dalam kandungan bergerak. Sambil berbaring, saya alunkan lagi surah² pilihan, seperti biasa, saya tekapkan di perut, dekat dengan baby. Saya tertidur. Pukul 2 petang, saya terjaga semula, terasa perut makin sakit. Saya ke tandas. Mungkin saya sembelit. Saya telefon kakak saya di hospital, dia nasihatkan saya untuk makan buah²an seperti betik, untuk melegakan sembelit.

Pengambilan ubat adalah tidak dibenarkan semasa mengandung. Saya tertidur semula. Pukul 4 petang, saya tidak dapat berbaring lagi. Kesakitan perut yang memulas² makin menjadi². Saya berulang² ke bilik air. Saya beritahu mama. Saya mungkin sembelit. Tetapi saya perasan, kesakitan saya seolah² constant. Pada mulanya setiap dua jam sekali. Kali terakhir saya perasan, setiap 15 minit sekali. Saya masih belum syak apa².

Jam 4.48, saya sms hubby, pesan padanya untuk singgah ke gerai buah untuk belikan saya buah²an bila pulang petang nanti. Perut terasa makin sakit. Saya ke bilik air. Tidak disangka, segalanya berlaku dengan pantas. Saya terkejut. Seluruh badan saya menggeletar. Tangan dan kaki saya menjadi sejuk. Saya menangis. Darah mula mengalir sejurus selepas air itu pecah. Dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah, saya keluar dari bilik air dan mencapai telefon & saya sempat unlock kunci pintu bilik. Tak mungkin saya akan keluar mencari sesiapa di luar bilik dengan keadaan saya yang sebegitu.

Saya masuk semula ke dalam bilik air, saya dail nombor telefon rumah, baba yang menjawab, saya dengan tertahan², saya tidak tahu bagaimana harus saya beritahu pada baba, saya minta dia panggilkan mama untuk ke bilik saya. Saya terus call hubby pula. Mama masuk ke bilik & terkejut, mama suruh saya bersiap secepat mungkin, baba datang menjengah, kedua²nya terkejut dan cemas sekali. Saya cuba menenangkan diri, saya sarung jubah, saya capai tudung dan beg, sedikit pakaian ala kadar. Di dalam kereta saya sempat call hubby, saya ke hospital dengan mama & baba.

Sampai di Hospital An Nur, saya di tolak dengan kerusi roda ke labour room. Semuanya begitu pantas sekali. Saya tidak sangka saya akan bersalin secepat itu. Saya belum bersedia sepenuhnya. Mental & emosi. Sungguh, saya tidak menyangka sakit sekejap² yang dirasai pada hari itu adalah petanda sakit sebelum bersalin. Subhanallah. Saya tidak tahu. Mama, baba & kakak² saya semua ada di sisi saya. Mertua saya & ipar turut sampai selepas itu. Hubby saya tiba di hospital secepat mungkin. Saya tidak dapat bayangkan betapa lajunya dia memandu, tak sampai 20 minit dari Subang ke Kajang. Saya berbaring di katil, darah masih keluar dengan banyak..

Doktor membuat scanning dan kami dapat melihat dia dengan jelas. Kami dapat melihat degupan jantungnya makin lemah. Kami tidak dapat berbuat apa² lagi. Saya terus menangis, seluruh keluarga saya turut menangis. Sedih. Teramat sedih. Saya tidak dapat menghentikan air mata. Saya terus berserah pada Allah, saya pasti semuanya adalah kehendak Dia. Baba berpesan supaya saya terus membaca ayatul Kursi, berselawat dan saya tidak lupa untuk mengucap syahadah. Baba jampikan air selusuh buat saya. Sakit yang bertambah² membuatkan saya tidak dapat terus berbaring, atau pun duduk. Kesakitan yang dirasai makin teruk. Pada masa itu saya tahu baby telah tiada. Tapi saya perlu melahirkannya secara normal.

Doktor memasukkan ubat untuk induce kan proses kelahiran. Disebabkan baby saya tidak lagi dapat membantu sepanjang proses kelahiran itu nanti, saya perlu melakukannya sendirian. Badan saya panas, saya demam serta-merta. Doktor menyuntik ubat untuk beri saya tidur buat sementara waktu. Tapi kesakitan yang amat membuatkan saya tidak memberi peluang langsung pada ubat yang disuntik itu untuk bertidak. Doktor menambah 1 suntikan lagi. Namun masih tiada kesan. Doktor mengatakan saya begitu kuat. Dia juga mengatakan saya nampak lebih kuat bila hubby ada di sisi, berbanding ahli keluarga lain yang temankan saya. Alunan ayat suci al Quran dipasang di dalam labour room. Saya rasa lega sedikit..

Saya terdengar juga laungan azan di masjid berdepan dengan hospital. Saya kira sudah masuk waktu Maghrib. Sampai tiba saat kelahiran, saya genggam kuat tangan hubby, saya tidak pedulikan apa² lagi. Cuma telinga saya sahaja mendengar alunan ayat² al Quran. Proses melahirkan menjadi begitu rumit apabila saya tidak dibantu oleh baby. Subhanallah, saya telah merasa peritnya melahirkan. Suami saya melihat sendiri sepanjang tempoh kritikal itu. Bersusah-payah saya mengumpul sepenuh tenaga saya, untuk melahirkan. Saya tahu, saya masih menangis semasa saat itu. Dan setelah baby dilahirkan pun, airmata saya mengalir laju, sebab saya tahu, saya takkan dapat mendengar tangisannya..

Saya tidak ingat apa² lagi selepas itu. Saya pengsan selepas melahirkan. Setengah jam kemudian, saya tersedar. Semua keluarga saya ada di sisi mengelilingi katil. Doktor bertanya samada saya mahu melihat arwah baby saya, dalam lemah saya mengangguk. Sewaktu baby ditunjukkan kepada saya, saya perasan keluarga saya menangis. Tetapi saya tak mampu lagi untuk menangis, saya hanya memandang & sempat sedekahkan Al Fatihah buatnya.

Subhanallah, dia cukup sempurna. Namun tiada apa yang mampu saya lakukan lagi. Saya tahu Allah meminjamkannya untuk berada bersama saya sekejap cuma. Terima kasih ya Allah, kerana pinjamkan dia pada saya. Walaupun sementara. Saya tetap merasa menjadi seorang ibu. Saya dapat merasa ikatan kuat saya dengan dia sepanjang dia berkongsi hidup dengan saya. Ikatan yang sukar saya gambarkan dengan kata², hanya Allah Maha Mengetahui, dan hanya para ibu yang memahaminya.

Saya dapat tahu daripada kakak², pada malam jenazah arwah baby Adib dibawa pulang ke rumah [saya masih di tahan di wad], mereka lihat baba menangis. Tangisannya tak dapat ditahan, dia masuk ke dalam bilik air, menangis teresak² sampai kedengaran di luar. Pertama kali mereka dengar baba menangis teresak², sebaknya saya rasa.. mungkin kerana ini kali pertama dia kehilangan cucu.. hmm.

Memang perit bila mengenangkannya, tetapi saya pasti perancangan Allah adalah terbaik. Taqdir bukan hukuman buat saya. Saya redha dengan pemergiannya. Saya dan hubby akan bertemunya lagi, insyaAllah.. di jannah nanti. Doakan.

Setiap 4 Julai, saya & hubby akan terus mengingati sehingga akhir hayat kami, Muhammad Adib, anak sulung kami telah dilahirkan ke dunia ini, dan telah jua dihantar pergi..

"Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ibubapanya, dan sebagai titipan kebajikan yang didahulukan dan menjadi pengajaran teladan serta syafaat bagi ibubapanya. Beratkanlah timbangan kebajikan bagi keduanya, cucurilah kesabaran ke hati keduanya dan janganlah menjadi fitnah bagi keduanya sesudahnya dan janganlah Engkau luputkan bagi keduanya akan ganjarannya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.."





We'll always love u..






17 ♥ comments:

julie^beth said...

insyaAllah kak izz n hubby akan jumpa dgn adib di syurga nanti.. bercinta dengannya sampai syurga.. amin...

chAq said...

K.izz SAyang,
Moga rohnya dicucuri Rahmat..
Tabahkan hati ya

myss said...

salam k.izz..
oo begitu rupenye..ble bace baru paham ape yg cuba disampaikan di plurk..

em xpela..Allah lbih sayangkan dia..insyaAllah dia akan menunggu k.izz n hubby kat jannah nnti..

nak share sket..ade sorg kawan sy ni pun dia n hubby blaja kat mesir..diorg pun kehilangan diorg punye 1st born..klau k.izz free2 bleh la have a look kat blog diorg..

http://raudhoh-mujahid.blogspot.com/2008/12/warkah-buat-huraiyah-tercinta.html

kla adek sy mau guna tenet plak..take care k.izz;)

nia hani said...

kak izz..rindu kak izz..sabar ye..ada hikmah sebaliknya..ain tau kak izz kuat..doakanlah utk arwah ya? rindu kak izz sangat2

truemax said...

Salam Izz,
Memang sudah dijanjikan untuk dia tempat di Jannah. Semoga kita juga akan ke sana, dengan rahmatNya.

::truemax

bangau said...

kak izz..tabah yer..sy doa kak izz baik2 shj

june said...

sedihnye bace izzah.. byk² bersabar.. simpanan korang tu... brp week mase tu?

Acai said...

Smoga adib menjadi penanung akk dan hubby di hari akhirat nanti,amin.:)

Izzah Marzuki said...

julie^beth:
terimakasih atas doa.. amiiiinn.. insyaAllah..


chAq:
terimakasih wana.. =)


myss:
ye.. kak izz dah bc blog yg myss bg tu.. thanx.. alhamdulillah diorg da ade baby da skang kan.. =)

nia hani:
adik, mekaseh.. rindu jugak kat adik.. moga kita tabah ye..

truemax:
insyaAllah..doakan ye.. thanx..

bangau:
mekaseh atas doa.. =)

june:
masa tu dah 6 months nak masuk 7 dah.. anyway thanx..

Acai:
amiiinnn.. insyaAllah.. trimakasih.. =)

snm said...

maa :(
semoga maa tabah ya..
achik br dpt baca ni..byk yg dh missed :(

jaga diri maa!
*muah*

Leenoh said...

Salam Izzah.
Tiada siapa dapat mengatasi takdir Allah.
Insya Allah akan bertemu di Jannah nanti.

mummydida82 said...

Salam.hi kak izzah,dida here.semoga kak izzah Dan husband tabah.amin.muahss

aini said...

Semoga setiap 4 July menjadikan akak lebih kuat..lebih tabah..cekal hatinye..untuk mengharungi dugaan hidup bersama hubby tersayang..(aini)

ila de cute said...

salam izzah, my first baby pun meninggal dlm perut.. i pun lahirkan secara normal baby yang tak bernyawa...tp life must goes on... insyallah ada rezeki izzah n hubby nanti...amin...

Izzah Marzuki said...

Leenoh :
Wsalam.. betul.. redha dgn taqdir.. insyaAllah.. moga dapat bertemu di sana nanti..

mummydida82 :
wsalam dida. terimakasih..sayang sokmo.. =)

aini :
terima kasih banyak aini..

ila de cute :
terima kasih ila.. mudah²an.. insyaAllah.. :)

Anonymous said...

salam..sedihyer baca..setiap kejadian terkandung hikmahyer...moga kak izz n hubby mendapat anak yag soleh n solehah nanti...
dari awie n sajidah.

Anonymous said...

assalamualikum.. nme sye same dengn nme anak awk.. n tarikh lahir pun lebih kurang.. sye 2 julai..
hmm..ade hikmah nye tu..:)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009