15 Oct 2011

Cuti² di Krabi III


Dear blog,

Assalamualaikum..

Tiba² saya teringatkan Krabi. Ohhh.. rupanya cerita mengenai Krabi belum selesai lagi.. baru episod II.. dan bersambung.. maaflah ye cerita ni dah lama tapi saya perlu habiskan apa yang dah saya mulakan.. betul tak.. hehe.. Lagi pun banyak pertanyaan saya terima dan hit ke blog ini pun kebanyakannya tentang Krabi. Okey jadi saya memutuskan untuk menyambung siri Cuti² di Krabi Part III ini.. dan mungkin ini episod yang terakhir, atau pun mungkin tidak.. sama² kita ikuti.. hehe..


11 Ogos 2009


Setelah kepenatan dilambung ombak sebelum ini, kami meneruskan pengembaraan kami dengan menyewa kereta keesokan harinya. Jam 10 pagi, telefon bilik kami berbunyi. Rupanya penyewa kereta dah sampai! Hubby saya bergegas ke lobi & saya pun bersiap² untuk keluar. Sebenarnya kami telah menempah kenderaan ini melalui online sebelum ke Krabi lagi. Kami cuma menempah kereta Toyota Hilux & GPS yang walaupun saiznya besar (macam lori pick up kecil) tapi harga sewanya berpatutan..[yang tu pun yang paling murah sebenarnya].. Tergelak kecil juga saya pada awalnya kerana membayangkan kami bercuti dengan menaiki Hilux, macam nak bershopping sakan gayanya! Hehe.. Tapi takpe, yang penting senang untuk kami bergerak sambil mengangkut tripod & beg kamera yang besar tu..

Saya pun ikut turun ke lobi setelah dipanggil hubby. Di parking lot, saya tercari² Toyota Hilux. Ada sebuah Hilux di antara deretan kereta, saya dengan yakinnya menuju ke situ. Hubby saya tersenyum dan ke arah lain. Aik, kenapa? "Sini daaa.." Dia memanggil. Saya tambah hairan. Oh rupa²nya, atas sebab² tertentu, penyewa tidak dapat menyewakan Hilux buat kami. Tapi sebuah kereta comel yang cool. Huhu. Kereta idamanku.. sayangnya GPS tidak dapat disediakan, kami cuma dibekalkan dengan map biasa. Jadi kami pun memulakan perjalanan atau lebih tepat sekali jalan² cari gambar kami dengan berpandukan peta.. hmm.

Masalah apabila berjalan sendiri - memandu di Krabi ialah kebanyakan papan tanda di sini ditulis di dalam Bahasa Thai. Tulisan yang digunakan adalah tulisan Thai yang sememangnya membuatkan kami hilang punca bila nak membacanya. Hehe. Cuma beberapa signage sahaja ada ditulis dengan tulisan rumi. Berjalan sambil meneka apa yang ditulis, berdasarkan kepada gambar [sekiranya ada] di papan tanda.

Jalanan Krabi
Kiri ke Phuket, kanan ke Krabi..
Kiri kanan jalan penuh dengan bukit-bukau
Pekan Krabi
Pengangkutan awam kat sana..
Masjid di Pekan Krabi

Ada sesiapa berminat nak apply Poli Krabi? :D
Pakcik gagah pegang trafik light tanpa mengira panas terik..hehe
Teruja bila jumpa CIMB kat sini..hehe.. tapi tak boleh guna pun.

Tempat yang kami singgah, ialah di tepi hutan getah. Buat apa di situ? Saya yang beria² mengajak hubby untuk menaiki gajah. Di sini banyak tempat² yang menyediakan perkhidmatan bersiar² dengan menaiki gajah - elephant tour.
Tengah lepak sambil tunggu orang datang..

Seekor gajah muda berusia 5 tahun sedang menanti kami. Bayaran untuk perkhidmatan ini ialah 590THB  [RM60] seorang. Untuk duduk di atas gajah ini, kami perlu menaiki pelantar tinggi yang dibuat khas, dan kami akan duduk di atas kerusi rotan-yang-tak-berapa-nak-stabil yang diikat di atas belakang gajah tersebut. Gayat dan ngeri juga bila kali pertama menaiki gajah. Kami hanya diikat dengan seutas tali getah panjang- sebagai keselamatan. Risau juga saya jika gajah tersebut mengamuk atau bad mood. Habislah kami. Tapi gajah ini dipimpin oleh tuannya semasa di dalam perjalanan.

Haha macam nak tergolek je gayanya..gayat laa & rasa macam tak konfiden je stay atas tu... hihi

Pakcik ini yang akan menentukan laluan yang harus digunakan untuk membawa kami, dan dia juga yang akan membantu kami bergambar (!) semasa kami di atas tunggangan.. hehe. Perjalanan menaiki gajah ini adalah selama lebih kurang 1 jam, kami di bawa menempuh hutan getah dan denai serta tebing² bukit yang bagi kami menakutkan. Hehe. Tetapi oleh kerana pergerakan gajah adalah lambat, kuranglah sikit kerisauan kami. Kali pertama saya menaiki gajah, seronok juga. Teringat pada arwah Tok, dia pernah ceritakan yang dulu gajah adalah pengangkutan utama di kampung².. dia selalu lihat gajah lalu-lalang di hadapan rumah..

Gajah  haiwan yang sangat patuh pada arahan tuannya. Selesai tour, kami memberi upah dengan memberikan buah pisang pada gajah [yang saya dah lupa namanya..].. kesian dia terpaksa mengusung kami yang berat² belaka.. hehe.

Upah sebab tolong bawak kami jalan²..

Kami teruskan perjalanan ke Pekan Ao Nang. Sebetulnya kami tidak pasti destinasi yang nak dituju, terus kami ke sana. Kebetulan waktu makan tengah hari telah pun tiba, jadi kami terus mencari kedai makan.. di 1 sudut terpencil di persimpangan jalan, kami berhenti bila melihat tanda bulan sabit hijau di papan tanda kedai makan tersebut. Kedai yang bersih, siap landskap dan pokok² bunga, dan seekor burung kakak tua yang me'ngeow'. Ye, mengiau bak kucing comel. Hehe. Burung kakak tua ini telah dipengaruhi oleh kucing tempatan, barangkali. Hihi. Sayang saya terlupa nak bergambar bersama burung kakaktua ni. Kami memesan tomyam, ayam gajus [chicken cashew nut-di Krabi memang bersepah gajus], sayur kailan ikan masin& ikan goreng. Disebabkan pekerja di kedai itu tidak faham berbahasa Inggeris, terpaksa dia ke dapur dan tunjukkan pada kami sayur yang dimaksudkan. Hehe.. Masakannya memang sedap la - kebanyakan makanan di Krabi ni sedap² & chinese style belaka... Tomyam memang menjadi menu utama kami di sini [tak pandai pula nak order menu² pelik yang lain..]. Apa yang pasti, kami akan ke kedai makan ini lagi jika kami berpeluang untuk revisit nanti, insyaAllah..


Deretan kedai tepi Ao Nang

Kami teruskan perjalanan ke Pantai Ao Nang. Hujang rintik² tidak mematahkan semangat kami. Rupanya di Ao Nang, kami boleh merentas ke pantai di tengah² lautan apabila air surut. Terdapat laluan yang membolehkan kami ke tengah pantai yang berbukit kecil. Jarak dari tepi pantai untuk ke sana adalah dalam 1 km juga.


Haha muka..  Tak tahan panas..
Laluan ke pulau kecil sewaktu air surut.. bila air pasang memang tak boleh dah ke sini..

Dengan mengusung tripod, kami menapak sehingga sampai ke tengah.. Air surut membentuk teluk di tepi bukit batu di tengah² itu. Cantik..Cuaca panas terik kerana jam menunjukkan pukul 3 petang.. Terdapat beberapa orang pengunjung yang mandi di teluk itu. Ada juga yang bermandi lumpur - untuk kesihatan barangkali. Ada juga yang hanya bersantai di tepian, sambil menikmati angin segar Lautan Andaman. Di tepian bukit batu sebelah sana, ada yang berbaju pengantin sedang membuat outdoor shooting. Fuhh.. di tengah panas terik, sanggup juga. Lama juga kami di situ, saya kutip beberapa cengkerang comel untuk diabadikan [sebenarnya kami dilarang untuk membawa balik cengkerang & batu karang - menjadi satu kesalahan, bagi mengekalkan alam sekitar / eco-reserved ye kawan².. hehe]. Hampir 2 jam kami di sana, teringin nak berendam di dalam air tapi panas yang terik & sememangnya kami tidak membawa pakaian salinan pun.. alaa.




Puas berjemur, kami bergerak untuk pulang..

Bye² Ao Nang..

Kami berehat di bilik sahaja selepas itu. Usai Isya', kami memandu ke Pekan Nong Thale. Hajat nak makan malam di luar sahaja. Kebanyakan kedai makan dan restoran yang di buka pada malam hari tidak mempunyai signage bulan & bintang. Kami periksa dulu senarai menu, perlu berhati² kerana ditakuti ada yang tidak halal.. kebetulan malam tersebut adalah malam cuti sempena perayaan ulang tahun permaisuri Thailand. Jalan raya lengang, yang ada pun muda-mudi yang bersiar² berkumpulan - merempit secara sopan.. kami memandu sehingga hampir sampai ke Pekan Ao Nang yang agak jauh dari Nong Thale.. ternampak sebuah restoran yang masih dibuka, di kaki lima resotran ada gerai di mana tukang masaknya memakai tudung, dan ada bulan & bintang ditanda.. terus kami parking kereta bersebelahan dengan restoran dengan harapan tokey kedai tu boleh berbahasa Inggeris.

Kami disambut dengan salam, rupa²nya tukang masak di gerai tersebut merupakan tokey restoran juga. Dia seorang sahaja di situ, mujur dia faham BI dan kami pun memesan nasi goreng.. sedap jugak! Hehe

Macam nasi goreng cina..  sedap..

Dia turut mengesyorkan kami mencuba Thai Pancake. Inilah Thai Pancake. Sebenarnya Thai Pancake ni boleh didapati di kebanyakan jalan di Krabi. Ia merupakan makanan tempatan dan rasa serta bentuknya hampir sama dengan roti canai kita. Rasanya sedap & harganya pun okey, dan boleh didapati dalam pelbagai perisa ~ strawberi, pisang, coklat, nenas, jagung, kismis dan lain lagi. Yang paling popular ialah perisa pisang. Kalau berpeluang ke Krabi, jangan lupa mencuba ye! Sedap!

Marvelous!
Gerai macam ni banyak kat Krabi
Selesai makan, kami pusing pekan Krabi jap sambil menikmati suasana malam, dah hampir lewat malam pun, jadi kami pun balik ke hotel kami di Nong Thale untuk berehat.. Sampai di hotel, sempat lagi kami bergambar.


Nampak benar kepenatannya..
Gambar ni diletakkan di lobi hotel Sempena Ulangtahun Kelahiran Permaisuri Thailand






Jom balik..
Bila sampai bilik, semua dah tersedia kemas & di refill semula... best!
Kemas & bersih seperti sediakala.. hehe
 
12 Ogos 2009

Hari untuk balik pun tiba, walaupun sebenarnya kami taknak balik.. Kalaulah bolehlah, kan. Flight ke KL ialah pada pukul 2 petang, jadi kami ada masa untuk bersiap sebelum check waktu pagi. Kereta yang disewa juga perlu dipulangkan semula di Airport sebelum kami terbang. Kami turun breakfast di kafe hotel dan bergambar kenangan sebelum pulang.



Cafe Hotel




 


 





Bye² Klong Muang Beach!
Bye² Room 271!
 
  

Bye² Sheraton Krabi!
Kami pun meneruskan perjalanan ke Krabi Airport.. selamat tinggal Sheraton Krabi yang best tu.. :) InsyaAllah ada rezeki akan ke sana lagi..

Signage dalam Waiting Hall, khas untuk para sami..
 

Tinggal dulu Krabi!
 

Awan berkepul² comel menyambut kami untuk pulang ke KL.. ;)
 Fuh. Selesai sudah catatan perjalanan tentang percutian kami di Krabi, Thailand. Walaupun dah hampir 2 tahun kenangan berlalu, baru kini saya terasa nak sambung kembali catatan yang tertangguh.. hihi. Apapun, kenagan manis tetap dalam ingatan. InsyaAllah, kami akan ke sana lagi satu masa nanti. 

Bagi yang ingin bertanya mengenai Krabi, pakej percutian, hotel, pengangkutan, saya boleh syorkan anda untuk mengikut pakej yang ditawarkan oleh Air Asia, lengkap dengan penginapan..serendah RM800++ untuk 4D3N - ini yang baru saya survey.. (klik SINI).  Untuk pengetahuan, saya ke Krabi tempohari tanpa melalui pakej dan segalanya dibooking sendiri, 90% melalui online. Mungkin anda boleh menggunakan pakej yang disediakan untuk lebih murah, jimat dan terjamin.. InsyaAllah. ;)

1 ♥ comments:

eus said...

dr aritu nk komen! x sempat2..
izz, yus xpnah bercuti mcm ni! bestnya...
sonok dpt tgok tmpat org kn!
hepi la tgok izz ngan cikasben tu.. hiks..

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails

Google :

Loading...
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009