Setelah beberapa minggu, baru terasa nak menulis & luah di sini. Setelah aku rasa dah sedikit lega & boleh menulis dengan tenang. Betul, 2-3 minggu kebelakangan ini, memang aku terasa. Kecil hati & rasa tercucuk sampai ke dalam. Rasa disiat². Selama 7 tahun ini, tak pernah aku rasa sedih begini. Selama 7 tahun ini aku redha, sabar & tak pedulikan sangat apa kata² atau soalan² orang yang menyentuh tentang anak. Aku sangat positif & redha sebab aku tahu aku dah lalui pun & pernah merasai pun punya anak walaupun untuk beberapa bulan cuma. Cuma rezeki aku Allah pinjamkan sekejap sahaja. Ya, sebagai seorang perempuan yang pernah mempunyai anak & anak itu pula yang dibawa pergi, bohonglah kalau aku nak kata yang aku tak kisah dan tak fikir tentang anak. Setiap kali lepas solat itulah doa & harapan aku rintihkan depan Dia. Aku tau, dan aku tak kisah pun kalau beribu² orang bertanyakan aku tentang anak, tentang masalah mendapatkan anak, tentang usaha² yg kami buat untuk dapatkan anak, sebab aku tahu mereka semua tu sangat concern pasal aku berdua, especially mereka² yang dah beranak-pinak. Aku tau, tujuan mereka tak lain tak bukan hanyalah nak kami berdua merasai kegembiraan ada anak sama seperti yang mereka rasai. Kan?
Aku tak pernah terasa langsung bila kawan² atau saudara-mara bertanyakan hal anak. Tapi. kalau kata² seorang perempuan yang bangga mempunyai anak ramai itu merendah²kan status aku yang belum berzuriat ini, memang buatkan aku pedih sampai ke ulu hati. Disebabkan suamiku boss, suamiku yang buat keputusan untuk suaminya samada boleh bercuti atau tidak, dia dengan tergamaknya meluahkan perkataan yang bagi aku sangat kejam. Kejam untuk perempuan yang tak bernasib baik macam aku. Kejam untuk pasangan² yang senasib dengan kami. Disebabkan tak dapat penuhi permintaan dia, terus menuduh suamiku tak sanggup berkorban kepada mereka yang mempunyai anak, ditambah pula dengan ayat PATUTLAH TAK PERNAH DIBERI PELUANG UNTUK MERASA (ada anak).. Berderau darah aku bila baca ayat ni. Perkataan pertama yang ku terfikir ialah: KEJAM! Sangat kejam. Sebak rasa di dada & nafas ku tersekat, airmata dah nak mengalir tapi aku pastikan ia hanya bergenang memandangkan aku di pejabat. Walaupun aku tau kenyataan tu dituju buat suamiku, tapi secara tak langsung melibatkan aku sebagai isterinya. Apa dia ingat orang macam kami tak punya perasaan? Patutlah tak pernah diberi PELUANG? Aku ulang² ayat tu.. Sedihnya aku rasa! Takburnya dan bongkaknya kata² mu itu. Siapa kamu untuk berkata begitu? Kali ini aku memang tak dapat menahan perasaan, sebelum tidur aku menangis bila teringat kata² kejam sebegitu. Aku rasa malam tu aku tak dapat lelapkan mata pun, aku nangis diam² tanpa pengetahuan suami. Sebab aku tak mahu dia nampak aku sedih. Walaupun aku dah berbincang tentang hal ini dan dia cuba tenangkan hati aku, tapi aku takkan lupakan ayat² perempuan itu. Mana mungkin aku lupakan.
Memang kebelakangan ini aku sibuk di wallpost dengan ayat² melibatkan zuriat. Anak. Rezeki. Anak² buah. Perasaan. Aku rasa dia sedar. Sebab dia dah buang pun status kejamnya itu dari timeline dia. Baguslah kalau kau sedar, sebab kau dah lukakan hati aku dan orang² senasib aku atas asbab yang diluar kuasa aku tapi sepenuhnya dari Allah swt. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku dan tunjukkan padaku, siapa diri dia yang sebenarnya. Disebabkan perempuan itu jugalah aku jadi sangat sensitif bila menyentuh tentang zuriat / anak. Sampai satu ketika, mengalir deras air mataku menangis dalam kereta selepas pulang daripada majlis jamuan raya kawan² sekerja suami. Sebab? Masing² sibuk dengan anak² dan semua cerita pun berkisarkan anak² semata²nya. Walaupun tersenyum, masa tu aku terfikir di mana aku harus letakkan diriku, jika aku tak sebertuah mereka semua yang bangga punyai anak².. Layakkah aku nak bercerita tentang anak² sedang aku tak punyai seorang pun.. Sedih sangat rasanya. Terima kasih perempuan, kerana buatkan aku jadi begitu. Tapi aku sedar, semua itu ujian. Aku kena redha. Dan terus redha. Terasa sangat lega bila aku kongsi rasa dengan kakak² yang sangat memahami.. dan ayat mereka yang buat aku tersedar kembali : “Sekurang²nya anak awak dah terjamin ada di syurga, anak² kami yang boleh jadi fitnah kepada kami, belum tentu nasibnya, syurga atau neraka..” Allahu Rabbi.. maafkan aku ya Allah, kerana kekecewaan & kesedihan aku sebenarnya hanya membuatkan aku tak redha dengan ujianMu.. Moga SABAR yang aku tuai selama 7 tahun ini ya Allah ~ hatta ditaqdirkan untuk 70 tahun akan datang sekali pun, membuahkan hasil & manfaat untuk kami suami isteri.. dunia & akhirat.. Ameeen :')