Bismillahirrahmanirrahm.. Assalamualaikum..
Satu masa dulu, saya biasa melihat² gambar kek pada majalah, buku, atau yang dipamerkan di dalam kaca² display. Saya begitu teruja, kagum dan sangat excited bila lihat kek² yang sangat cantik, kemas, teliti, gebu, menarik.. walaupun kek biasa² tanpa hiasan pun, saya tetap kagum. Kagum dengan siapa yang membuatnya, sambil dalam hati dan fikiran, terfikir, bilalah saya mampu untuk buat seperti itu, bilalah saya mampu untuk bakar kek dengan tenang tanpa gagal.. hehe. Saya memang berminat untuk membuat kek dari dulu lagi.. Saya ingat lagi, masa zaman bujang ~ zaman di universiti, saya selalu beli ready mix cake, selalunya beli banyak² untuk dibawa balik masa bercuti semester. Ready mix ni senang sahaja, cuma tambah telur dan air, selebihnya telah disiapkan dan tinggal untuk diadun dan dibakar sahaja.
Saya ingat lagi, oleh kerana saya rajin juga membakar kek ready mix ini dan bila hampir tiba raya, saya sibuk juga membakar kuih, mama dan baba belikan satu oven besar untuk gantikan oven lama. Sebelum itu saya hanya gunakan oven lama mama yang selalu membuatkan kek saya hangit kerana terlebih panas - mungkin ada masalah pada controller suhunya. Dengan oven baru, saya sangat teruja & seronok masa itu. Dan kemudian masa pun berlalu, saya tamat pengajian, berkahwin dan sibuk dengan kerja² & outstations. Saya masih juga cuba curi² masa membakar kuih raya - sejenis dua je dan membakar kek.. Kali ini saya dah hampir berjaya bakar kek² coklat dengan gunakan adunan sendiri, walaupun kadang² terjadi juga peristiwa kek deflated / sink in the middle.. hihi. Atau pun peristiwa kek tak masak, masih mentah di tengah..atau juga peristiwa kek hitam di bahagian atas! oh itulah trial & error.. Saya cuba dapatkan tips, cari jawapan & belajar dari segi saintifik untuk membakar kek melalui website yang di google.. alhamdulillah, dengan ilmu, yang salah boleh dibetulkan kan..
Sampailah satu ketika, saya cuba untuk mencabar diri saya untuk buat kelainan. Saya biasa lihat cupcakes yang comel dijual di kedai² kek, saya cemburu melihat cupcake comel tu! Saya cuba buat cupcake gunakan resepi yang saya google dan resepi turun temurun keluarga ~ rupanya cupcake ni biasa kakak² saya buat masa zaman mereka muda² dulu, cuma tidak dicommercialize kan la sangat masa dulu kan. Saya dah buat cupcake untuk dibawa ke pertemuan bersama kawan, malangnya saya tak berjaya menghadirkan diri atas sebab tertentu.. dan kemudian tibalah jamuan hari raya di pejabat, tahun 2010.. setiap bahagian perlu menyumbang juadah untuk jamuan..jadi saya dengan rela hati offer untuk bawa dessert dan cupcake.
Alhamdulillah, kek yang saya bakar menjadi, saya buat deco yang simple sahaja, tapi mendapat sambutan masa jamuan tersebut. Seterusnya saya buat cupcake sebagai hadiah birthday kawan² di pejabat.. Maka bermulalah episode saya menjual cupcake di pejabat kerana kawan² sepejabat mula bertanyakan pada saya untuk order cupcake. Pada mulanya saya tak berapa pasti untuk menjual atau tidak, sebab saya tak pernah pun ke kelas membuat kek, semuanya sendiri² sahaja. Tapi kerana tak mahu hampakan permintaan kawan² yang asyik bertanya, saya cuba ambil order dan jual. Itu pun di kalangan kawan² sepejabat sahaja. Saya survey kedai² bahan untuk kek yang termurah dan baik, saya survey harga² yang biasa dijual, saya survey design² & deco² & teknik² yang perlu saya tau.. bermula dengan deco yang biasa² sahaja, saya belajar sedikit demi sedikit untuk buat deco yang lebih baik, dan lebih complicated..
Antara cupcake terawal yang dihasilkan..
Yang terawal dijual di pejabat..
Oleh kerana saya suka kongsikan hasil² tangan saya di facebook, kerana saya percaya hanya dengan cara itu saya mampu belajar melalui feedback & komen kawan² untuk improve kan hasilnya. Alhamdulillah, saya berjaya menarik hati kawan saya yang bukan sepejabat untuk order cupcake saya. Kawan online saya yang pertama jadi customer saya, Yusneeza. Sampai sekarang Yus suka order kek saya, terima kasih Yus! Siap buat entry special lagi untuk saya, saya sangat terharu. Baru² ini sahaja kami berjaya jumpa & bergambar, lepas Yus datang untuk ambil ordernya..
Yus anggun..hehe
Sejak dari itu (order dibuka untuk kawan² selain officemates), rezeki dari jualan cupcake saya tak putus² walaupun tak banyak, alhamdulillah.. walaupun saya cuma buat secara sambilan dan adakalanya saya terpaksa menolak tempahan bila masa tak mengizinkan.. Ditambah pula dengan kekangan saya yang bersendirian membuat segalanya.. walaupun en.suami selalu menawarkan diri untuk membantu, tetapi saya sendiri tak mahu susahkan dia..cukuplah dia bantu saya dengan bawakan saya ke kedai untuk beli barang² kek dan kadang² tolong hantarkan kek bersama saya. Biasa juga dia tolong basuhkan perkakasan kek bila dia tahu saya tak berkesempatan nak lakukan semuanya.. (terima kasih Abg!)..
Oleh kerana koleksi cupcake makin bertambah, saya buat satu page, dan terhasillah nama Cuppyness By Izz yang diilhamkan oleh encik suami.. (thanks Abg!) Bermula dengan gunakan mixer lama mama yang mama beli hampir 10 tahun lalu, kemudian mixer yang saya beli sendiri, tapi akhirnya mungkin kerana excessive usage, mixer saya pun injured.. sedih juga rasanya & tempahan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. Sebabkan itu, en.suami telah berusaha belikan saya industrial mixer sebagai pengganti.. alhamdulillah, sangat membantu dan mencepatkan proses membuat kek.. terima kasih Abg..sampai kini mixer tu berjasa dengan jayanya..
Dihasilkan dengan kasih sayang, istimewa buat en.suami tersayang.. sangat seronok rasanya dapat hadiahkan kek birthday hasil tangan sendiri untuk yang disayang..
Disebalik saya mengambil order & menjual cupcake, dan kini saya makin sibuk membuat kek² yang dulunya saya tak berapa yakin nak buat & jual (1 whole cake), saya rasa bersyukur juga.. kerana dengan cupcake dan kek inilah, saya dapat berjumpa kawan² lama, kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan seuniversiti dan ramai lagi kawan² yang lain.. kawan kepada kawan kepada kawan pun ada.. hihi.. Yang sangat best ialah dapat berjumpa kawan baik masa sekolah menengah, yang terpisah kerana study.. yang akhirnya jadi regular customer saya.. Shef; Dr. Sharifah Ruqayyah Syed Mustaffa.. saya ingat saya takkan dapat jumpa dengan dia lagi, lepas dia ke London selama 6-7 tahun.. tapi kerana cupcake, dia datang ke rumah saya, dapat berjumpa dia 1 family, alhamdulillah! peminat choc moist saya, hampir setiap minggu dia order.. sukanya saya! Thanks Shef!
Antara kawan² sekolah yang dapat saya jumpa, Amar Hanani Hj Radzi, Dr. Mazaya Mahmud, Dr. Rohaizam Jaafar, Rasyidah Che Rosly (Syidah pun regular customer saya), Marzura Zuber, Nur Nadiah.. tak kurang juga kawan² adik saya yang juga merupakan junior masa sekolah rendah dahulu, Siti Aliaa Roslan, Wan Maisarah, Intan Safrina Shaari.. dan kawan² kakak saya, Kak Nurul Huda Ismail, senior masa sekolah menengah, dan mungkin ada yang tak disebut di sini, saya tak dapat recall.. saya sangat² bersyukur & terharu juga kerana melalui cupcake saya dapat berjumpa semula dengan kawan² lama.. inilah manisnya bila dapat bertemu.. terima kasih kawan², kerana menyokong saya.. dan saya akan cuba hasilkan yang terbaik untuk kawan² dan semua.. insyaAllah..
Ramai yang bertanya dan memberi cadangan untuk saya membuka kedai kek sendiri, tumpukan sepenuhnya pada bisnes kek ini.. Sebetulnya, memang ada juga perancangan untuk ke arah itu, tapi masih memerlukan banyak persediaan..sedangkan saya sendiri masih belum sempat untuk belajar secara formal / ikuti kursus yang sepatutnya..walaupun dah masuk setahun saya membuat cupcake & kek.. saya perlukan masa lagi, dan saya rasa saya masih perlu menimba pengalaman untuk bekerja.. Walaupun terkadang bila ditimpa pelbagai masalah & desakan² di pejabat, terasa sahaja mahu terus berhenti dan buat apa yang saya suka sekarang tanpa ada apa² tekanan..
Namun, saya perlu berfikir panjang.. dan saya terus teringat kata yang saya tak pasti sumbernya ini : "Di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.." InsyaAllah, seandainya dipermudahkan Allah, saya akan buka perniagaan sendiri, selepas encik suami berjaya dengan perniagaannya nanti, selepas rumah yang sedang dibina siap nanti, selepas semuanya settle down nanti.. insyaAllah! Sebenarnya, kadang² saya sendiri tidak percaya hasil tangan saya sudah pergi sejauh ini..
Apapun, alhamdulillah.. syukur pada Allah Yang Maha Pemurah atas semua rezeki.. terima kasih buat semua yang mendoakan.. ;)