Macam biasa, aku memang tak dapat nak membuang masa dengan blog. Keterbatasan waktu, komitmen segala, semuanya menghalang. Tapi kali ini alhamdulillah ada sikit yang terluang, aku terasa nak menulis di sini. Betul, aku agak tertekan lately, mungkin sebab aku banyak habiskan masa bulan lepas dan bulan ini dengan berkursus (separuh bulan je aku masuk ofis, separuh lagi berkursus), jadi banyak kerja yang pending dan workstation aku memang penuh dengan fail! Bukan aku tak pernah biasa dengan workload, tapi kali ini aku tak sempat nak capai semua dalam satu masa, dan kali ini aku ingat pesan encik hubby yang harapkan aku tak perlu bawa balik kerja di ofis ke rumah. Aku cuba selesaikan di ofis, dan kalau boleh balik lewat, aku cuba. Masalahnya, tekanan dari pihak yang satu supaya aku siapkan semua kerja serentak secepat mungkin, membuatkan aku lelah & tak bernafas. Aku faham, dia perlu kerja aku siap, tapi kalau aku berseorangan sendiri yang bertungkus-lumus pun, memang tak kan dapat siap dalam masa yang singkat. Aku berharap sangat dia dapat hulurkan bantuan ringankan tangan, tapi itu semua cuma dalam mimpilah.
Pic Source : Camillo by Deviantart
Aku stress pun, aku masih cool lagi. Boleh senyum dan gurau senda lagi. Boleh layan Facebook / Plurk lagi. Boleh layan Cuppyness lagi. Sampailah satu tahap aku rasa TOO MUCH, aku sedaya upaya juga siapkan apa yang dia nak, tapi dia senang² reject kerja² aku & senang² claim apa yang aku buat salah. Apalah salahnya dia terima dulu & cuba bincang dengan aku apa yang dia nak sebenarnya.. akhirnya aku tak sanggup, kepala aku sakit, aku terus jumpa doktor. Sudahnya didiagnosis sebagai Hypertension. MC dua hari. Terpulanglah pada dia menilainya. Sebenarnya BP aku dah normal balik sekarang ni aku rasa, aku takpernah pun ada sejarah high blood pressure, even masa pregnant dulu pun aku tak pernah kena high blood pressure yang biasa terjadi kepada kebanyakan wanita mengandung – especially saiz comel macam aku ni.. hmmm.. Aku pun post la gambar MC yang aku capture tu kat Facebook untuk dikongsi khusus dengan kekawan ofis laaa, yang sesama pressure. Bayangkan ade jugak colleagues aku (yg seDepartment) pun baru dapat hi blood pressure, as diagnosed by doctors. Tak dahsyat ke namanya tuh. Hehe.
Aku terharu jugak la dengan respon kekawan semua yang banyak nasihat supaya aku rehat cecukup & jangan fikir pasal kerja sangat.. terima kasih bebanyak atas doa & ingatan tu.. Tapi yang aku herannya, kenapa tetiba pulak aku perasan macam ramai pulak la kekawan kat Facebook aku tu, kebanyakan semuanya dok post kat wall memasing pasal kena bersyukurlah, kena bersabar (yes itu penting), sabar tu takde batasnyelah (betul, aku terus bersabar pun, kalau tak sabar memang aku bako je! haha) kena redhalah, pasal ujian sakitlah, ujian nikmat, kafarah dosa (aku faham), sakit tu bala’ lah, jangan banyak merungut bila sakit (iye tau!), sakit tu tandanya hati ade problemlah, sakit tu puncanya dari diri sendirilah, sakit tu puncanya sebab tak baik ngan orang lain la, sakit tu balasan buat jahat laaa dan banyak lagi laaaaaa pasal sakit² & ujian² ni. Sedangkan sebelum ni aku tengok trend nye takde la sampai macam tu sekali. Sampai ada yang keluar dalil bagai, wah hebat juga. Sebab aku tengah ‘sakit’ la konon²nya, so aku pun macam pelik la jugak.. semuanya nak perli aku ke, ke aku ni makan cili terasa pedas ke, camne eh? Haha. Aku baca, aku senyum je. Bila sendiri tengah sakit, atau famili/sanak saudara yang sakit, tak keluar pun semua statement² yang sewaktu dengannya tu ye? Haish mungkin kebetulan kot. Perasaan aku sendiri je la tu kot kan.
Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul.. you NEVER really understand a person until you climb into his/her skin and walk around in it.. takperlulah susah payah interpret kan kesakitan aku yang aku rasa biasa² aje tu dengan ayat² simbolik.. tak tau sepicing pun apa yang tengah aku hadapi , tapi kebanyakannya seolah² macam faham benar.. Baba aku pun tak keluarkan ayat² / dalil² semua tu bila aku keluar daripada bilik doktor, bagitau kat dia pasal diagnosis tu, masa dia tunggu aku checkup. Aku tau, semua pun bijak² belaka. Apa pun yang berlaku, hanya Allah SWT sebagai pentadbir alam ini; dan aku sendiri yang mengalaminya yang tahu.
Takpelah, apa pun terima kasihlah atas semua ingatan², peringatan² & penyataan² tu. Alhamdulillah aku belum sakit terlantar lagi. Aku belum sakit kepala sampai jadi migraine lagi pun. Betul, sakit tu kaffarah dosa. Aku tak merungut pun dapat sakit ni, aku terkilan sikit je adalah. Lebihnya seronok sebab 4 hari aku rehat kat rumah, teman mama baba aku, aku boleh masakkan untuk en.hubby & boleh buat Cuppyness lagi. Ye betul, aku pun tak baik sangat, dan aku tak pernah cakap aku ni baik pun. Setiap orang kat dunia ni pasti ada sisi baik & sisi buruknya. Inilah kaffarah untuk aku kot bagi bulan April 2011 ini. Dan aku pernah rasa sakit yang lebih sakit dari ni pun sebelum ni, makanya aku tak rasa sangat kali ini sakit aku ni sakit yang teruk. Kalau aku boleh berdepan dengan sakitnya bersalin, sakitnya melihat arwah anak aku lepas melahirkan, apalah sangat sakit kepala sebab stress kat tempat kerja. Kan? Aku cukup kuat & aku yakin aku kuat untuk berdepan dengan semua ni. Cuma sebagai manusia, kadangkala kita tak berdaya jugak bila habis tenaganya, bila Allah ingatkan kita, cukuplah. Kadang aku yang cool ini pun terasa nak berkongsi, terasa nak bersuara, walaupun pada hakikatnya aku lebih suka & lebih banyak memendam rasa dalam hati sendiri. Aku bukanlah suka sangat nak melaporkan aktiviti² harian / perasaan² aku kat Facebook tu sampai 1 dunia pun tahu apa aku buat setiap masa setiap saat. Apapun, berpada² lah.. kan.
Tajuk post ni pun aku tulis elok² sebab nanti kalau ia lebih berbunyi rungutan, ditakuti akan berlumba² keluar pula statement² bidasan atau yang sewaktu dengannya la kan.. hehe. Kalau nak keluar pun, tak mengapalah, aku boleh senyum aje. Maaf banyak² aku ucapkan, dan aku pun maafkan semuanya. Semua yang baik tu pasti datangnya dari Allah SWT, yang buruk tu tak lain tak bukanlah, pasti dari diri aku sendiri. Nikmatnya sakit, indahnya ujian.. Allahuta’ala 'alam.
♨ Resipi 53 : Cold Tuna Macaroni Salad
-
Bismillahirrahmanirrahim..
Disebabkan teringat-ingat sideline Tuna Macaroni kat House of Pancake, hati
meronta-ronta nak buat sendiri. Hihi. Very simple di...
10 years ago