Bismillahirrahmanirrahim.
Terkejar² kali ini nak update blog. Cabaran 30 hari mungkin akan ditangguhkan buat sementara waktu. Setelah 2 minggu saya mula dari scratch, akhirnya siap sudah blog terbaru saya. Maksudnya, sudah 3 blog yang on air. Yang lelain belum masanya lagi kot. Hehe. Alhamdulillah, saya berjaya siapkan blog cupcake saya. ♥cuppyness by izz♥. Maka saya dengan sukacitanya menjemput semua yang membaca untuk 'menjamu mata' dengan hasil tangan saya sendiri. Yang terhasil dari minat & sokongan. Silalah klik klik klik pada banner di bawah ini ye. Banner rasmi kedai kecil saya :
Alhamdulillah, tempahan makin bertambah. Saya risau saya tak mampu terima semuanya dan risau tak dapat hasilkan yang terbaik, saya berdoa moga Allah permudahkan urusan saya, insyaAllah. Cuma saya agak kelelahan juga kerana saya keseorangan menyiapkan semuanya. Hehe. Takpe en.suami saya tak perlulah ke dapur, saya assignkan dia untuk tolong rasa, komen & shoot model Cuppyness saya (cupcakes tu lah) sahaja!
Sebenarnya, saya masih menanti masa yang sesuai & masa kosong yang banyak untuk kemaskini blog mengenai Krabi dan Hlovate. Ini kerana banyak juga mesej & email yang saya terima daripada pembaca yang nak tahu tentang 2 perkara ni. Catatan percutian saya ke Krabi yang lalu, sebenarnya belum selesai lagi. Ceritanya tertangguh. Saya perlukan masa untuk sortkan semula gambar² yang berkaitan & mungkin akan terangkan sedikit mengenai maklumat yang perlu diketahui oleh pembaca yang ingin tahu mengenai Krabi ni. InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki lagi, saya memang teringin nak ke sana semula.. Tunggulah, selepas selesai perkara² penting dahulu ya.
Geng ABCDE Bercuti Ke Arau. Tajuk novel Hlovate yang sedang saya cari. Mungkin akan saya beli dalam masa terdekat ini, jadi perlu singgah ke MPH dulu dan insyaAllah jika kelapangan saya akan review. Hehe. Walaupun kali ini sentuhan Hlovate agak berbeza kerana novel ini adalah novel kanak², tapi daripada review pembaca² novel ini, nampaknya positif. Ye, tak sabar nak beli & baca!
Akhirnya, waktu rehat di pejabat dah pun tamat. Saya perlu kembali mengadap laporan² semula. Terima kasih kerana membaca!
*Saya suka tulis tajuk posting dalam bahasa lain tapi isinya pula dalam bahasa lain! Hehe