27 Sept 2009

♥ Sejuta Apresiasi

5 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


Entri ini sempena hari jadi baba (panggilan kami sekeluarga untuk ayah).. Saya mahu buatkan satu entri khas tentang baba sahaja. Tetapi, idea itu masih beku dan tidak mahu keluar. Jadi, entri ini saja lah yang terfikir di cepu minda kala ini..

24 September 2009

Kini..
umur baba genap 65 tahun
Subhanallah..
susuk yang masih nampak gagah..(menurutku..)
mungkin begitu juga penilaian siapa yang mengenalinya..

Baba..
baba di mataku..
susuk luarbiasa yang sederhana..
soleh, bijak, baik hati, rajin bekerja,
suka membuat kejutan tetapi tenang, tegas,
inspirasiku dalam ilmu,
ramai pelajar meminatinya.. ramai bekas pelajar masih mengenalinya..
ramai pekerjanya yang menyayanginya..
menyayangi kesemua cucu²nya..
cukup kuat menjaga amalan pantangnya..
masakan dia masih segak bergaya..
aku dapat rasakan, bukan aku malah juga mereka yang lain
aura yang terjana
bila mana baba berkata²
bila mana baba berdiri di hadapan
seri wajahnya.. segar kata²nya..
hasil dari
istiqamah..

Baba..
aku sangat dekat dengan susuk baba..
paling rapat sedari umurku 2 tahun..
baba yang menguruskan makan pakaiku..
lantaran mama sibuk dengan adik yang masih kecil..

baba..
terima kasih untuk kesediaan baba menghantar jemput..
saat dari tadika.. sekolah rendah.. menengah.. diploma.. hinggalah ke universiti..
dan kini walau telah bekerja & bersuami, baba tetap ada
disaat aku memerlukan.. saat aku perlu dijemput..
baba tak pernah mengeluh..
Allahuakbar!

Baba..
wang baba sudah banyak dihabiskan..
dengan apa aku harus membalasnya..
aku selalu dipelawa baba untuk terima wangnya..
walaupun aku tak pernah memintanya!
oh baba.. selalu membelikan aku hadiah bila² dirasakannya perlu..
buku² bersusun di lemari, semuanya hadiah dari baba!
terima kasih baba, kerana baba lah aku menjadi pencinta buku & ilmu..
walaupun kini aku sibuk dengan kerja,
namun masih tetap menyimpan harapan untuk sama seperti mu,
menggenggam phD! insyaAllah..
dan mungkin akan ku turuti jejak langkah awalmu, sebagai pensyarah..
doa mu baba, amat ku harapkan..

Baba..
masih ku ingat.. kata² dalam ucapanmu di depan khalayak dewan,
betapa sejuknya perut ibu bapa,
bila mana anaknya berjaya & dapat membanggakan!
kala itu meremang romaku, aku tekad untuk mengejar anugerah itu..!
alhamdulillah, pingat perak sultan itu ku renggut, untuk baba dan mama..
dan aku harap tidak banyak-sedikit; ia telah dapat menyejukkanmu..

Baba..
masih ku ingat.. getaran suaramu melafazkan istighfar dan syahadah..
sejurus sebelum aku dilepaskan - diaqadkan
dengan restumu tiga tahun yang lalu..
syahdu alunanmu, menggetarkan hatiku,
tidak dapat tertahankan..
berderai airmataku..

Baba..
kumis dan rambutmu kini sudah beruban..
tapi baba tetap lelaki yang paling tampan pernah ditemui,
dan paling tampan di kalangan sahabat seusiamu..
awet muda sungguh!
baba tetap baik hati pada semua..
semua orang merasakan itu, baba..
kerana kebaikan baba..

Baba..
begitu banyak dosaku pada mu..
begitu banyak aku mengecewakanmu..
tapi tak membuat kau lelah untuk terus
berjuang untuk ku..

Baba..
aku menyayangimu kerana Allah,
aku menghormatimu kerana Allah,
aku menyanjungimu kerana Allah,
aku sangat perlukanmu..

Baba..
tiada orang yang dapat menggantikan tempatmu dihatiku,
tiada insan yang memahamiku melebihimu,
tiada orang yang sanggup melayan karenahku melainkanmu,
tiada insan yang menyayangiku melebihi kasih sayangmu..

Lalu apakah hadiah terindah musim ini?
tiada lain mampu ku balasi, selain doa untuk baba - juga mama: kalian berdua, setiap hari..
kalam suci surah Luqman; 14 dan al-Isra'; 24 untuk direnungi..

Baba..
terima kasih permata hati, sejuta apresiasi di hari jadi..
selamat hari lahir ya baba..

Baba..
smoga umur baba berkah..
murah rezeki..
(keluarga kita selalu dilimpahi rezeki, berkat nama baba yg membawa makna rezeqi & nama mama yg bermakna rahmah..alhamdulillah..)
diberi nikmat kesihatan yg baik..
disayang Allah selamanya..
dan terus menebar manfaat..

terakhir..
perjalanan ini masih panjang..
ku selalu berdoa..
semoga Allah mengizinkanku untuk terus
menemani dan ditemani baba meniti jalan panjang itu..
sampai usai dan sekeliling kita pun bahagia
dengan perjuangan kita meniti perjalanan itu..
dan sesungguhnya, tidak dapat kubayangkan,
jika baba tiada dalam hidupku ini..

Selamat hari lahir baba,
moga terus-terusan nikmat umur lagi..
amin..






2 Sept 2009

♥ Cuti² Di Krabi II

16 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum..


Sambungan cerita perjalanan saya ke Krabi..

10 Ogos 2009

Hari kedua di sana, awal paginya selesai subuh, bergegas ke tepi pantai untuk hirup udara nyaman & nak merakamkan sinar pagi yg indah di tepi pantai.. pukul 8, pulang ke bilik, bersiap² untuk aktiviti seterusnya. Saya bersiap dengan swimming suit di dalam, t-shirt & tracksuit di luar. Dan tudung untuk swimming yang seperti pro diver bak kata hubby. Hehe. Segan juga. Okey. Abaikan. Pukul 10 pagi kami perlu ke lobi, menanti kenderaan untuk mengambil kami ke jeti. Kami akan mengikuti island tour dengan speed boat yang akan membawa kami melawat ke pulau² di sana.


krabi
[nak pegi kat sini la.. best kan.. ]

Jam 10.30, kenderaan yang akan membawa kami pun sampai. Saya tak pasti apa panggilan untuk kenderaan ini, samada teksi atau trak, dan di sana mereka memanggilnya 'tut-tut'.. hehe..


[ dalam tut-tut yang menggerunkan.. hehe.. ]

Kami berdua sahaja pada awalnya, perjalanan menjadi singkat bila pemandunya memandu secara 'gila' - mungkin risau kami akan tertinggal bot.. kami singgah ke sebuah hotel lain untuk mengambil penumpang.. 4 orang pakcik warga Timur Tengah yang bisu.. & seorang translator perempuan muda yang.. erk.. abaikan. Kami semua akan ke Ao Nang Beach untuk menaiki speed boat yg sedang menanti..

Sampai di sana, beratus² orang menanti bot masing².. di sana kami dikumpulkan bersama² dengan ahli kumpulan tour kami, 20 orang kesemuanya.. kami menaiki speed boat yg agak besar juga & saya mengambil tempat betul² di belakang seat pemandu.. perjalanan akan mengambil masa 1 jam untuk ke pulau pertama, iaitu Bamboo Island.. setelah diberi sedikit penerangan oleh tour guide - Mat, seorang Muslim yang hanya tau menyebut 'abe' dan 'akak' bila memandang kami, perjalanan pun dimulakan.. cuaca cerah pagi itu membuatkan saya lega juga. Bot membelah laju lautan, dan hentaman² ombak dan badai mula menyebabkan bot kami terhuyung-hayang. Oh ye, kami tidak memakai life jacket pun. Life jacket hanya disimpan untuk aktiviti snorkeling nanti. Itu agak membimbangkan saya. Hehe.

Setengah jam awal, saya sudah mula terasa terseksa. Dahsyat juga menaiki bot laju di tengah lautan ini. Kebetulan ombak pada hari itu cukup tinggi, 2 meter tingginya! Ramai ahli kumpulan yang menjerit². Segala barangan di dalam bot tercampak ke sana ke mari. Saya hanya tersenyum sahaja [saya pada kebanyakan masa..hehe]. Walaupun sebenarnya dalam hati risau juga. Untuk mengelakkan saya tercampak ke belakang [hampir tercampak dah pun sebenarnya], saya berpaut pada besi driver seat di hadapan saya. Mujur kami tidak memilih tempat di hadapan bot yang lebih tinggi. Ada beberapa penumpang yang tidak tahan berada di hadapan, bertukar tempat berdepan dengan kami. Percikan air laut yang menerjah masuk bak hujan renyai. Mujur saya berlindung di belakang seat pemandu. Sayalah yang paling terselamat daripada lencun. Hehe.

Saya mencuri pandang pada boat speedometer di depan saya. 300km/h. Laju juga. Terkadang saya rasa seolah² sedang terbang di lautan. Bot yang melawan ombak, terbang tinggi dan tiba².. jatuh terjunam semula ke air.. dan semestinya semuanya menjerit! Langit yang tiba² gelap, menambahkan kerisauan saya. Risau juga, hujan ribut di tengah lautan, tanpa life jacket, semuanya tiba² menghantui di fikiran. Tapi macam biasa, saya masih tersenyum. Saya senyum pada hubby, saya lihat dia pun risau juga agaknya, tapi dia memang sentiasa cool.. [saya yang selalunya over-react..hehe] Dalam hati saya berdoa moga kami semua selamat tiba ke destinasi.

Bot diperlahankan, menandakan kami hampir sampai ke Bamboo Island. Pukulan ombak juga makin berkurang. Alhamdulillah, cuaca kembali terang dan ceria. Kami sampai di pulau dan dibenarkan untuk berada di situ selama 50 minit untuk aktiviti swimming dan snorkeling. Pantai di pulau ini cantik, pasirnya bersih dan airnya menghijau. Tiada facilities lain di sini kecuali tandas awam memandangkan ia adalah pulau terpencil di tengah² lautan.




[Bamboo Island]


[di mata saya sentiasa ada dia..hee]

Cukup masa, kami bergegas ke bot. Perjalanan diteruskan. Kami sepatutnya dijadualkan untuk ke Maya Bay, di mana pulau dan pantainya adalah yang tercantik di situ, tetapi oleh kerana ombak ya ng besar dan air pasang yang agak tinggi pada hari itu, kami tidak digalakkan untuk ke sana. Rasa hampa juga, kerana di situlah tempat yang paling indah untuk dirakamkan mengikut tinjauan kami. Mungkin lain kali sahaja. Kami di bawa ke Phi Phi Don dan Phi Phi Lea, yang merupakan sebahagian daripada pulau yang terdapat di kawasan Phi Phi Island. Di sinilah letaknya lokasi filem The Beach - lakonan Leonardo DiCaprio.. [di situ letaknya juga puncak di mana DiCaprio terjun ke dalam air..] memang subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah di situ..










[ breathtaking cliffs surrounding the bay like a fortress.. ]

Kami dibenarkan untuk snorkeling di sini, selama setengah jam.. airnya yg tersangatlah jernih & biru memang membuatkan saya geram nak berjalan di dasar, tapi tidak dibenarkan kerana terdapat banyak landak laut di bawah.. ke dalaman air adalah lebih kurang 4-5 meter.. saya dah jatuh hati dengan tempat ni.. susah nak digambarkan keindahannya dengan kata², Maha Suci Allah yang menciptakan.. pasti lepas ni saya nak singgah lagi ke sini, insyaAllah..

Selasai di sini, kami bergerak untuk ke Phi Phi Island Down Town.. dalam perjalanan keluar dari Phi Phi Lea, kami singgah sebentar di Viking Cave.. di sini letaknya gua tempat kaum purba yang menetap di situ suatu masa dahulu.. gua ini mendapat nama [Viking] daripada penemuan lukisan kapal Viking lama yang terukir di dindingnya.. tiada pantai di sekitarnya, gua tempat menginap terus bertemu dengan lautan.. kini gua ini dijadikan tempat pengutipan sarang burung layang² yang terkenal..




[ Viking Cave ]

Kami meneruskan perjalanan ke Phi Phi Island.. ombak tidak terlalu besar, maka perjalanan agak aman berbanding sebelumnya.. Phi Phi Island pada 3 tahun yang lalu pernah digemparkan dengan kemusnahan akibat tsunami, kini telah pulih sepenuhnya, saya rasa. Kami tiba dan terus ke restoran untuk makan tengahari. Masakan di sini sama seperti masakan di Malaysia, cuma nasinya lebih wangi, lauknya ala² Chinese food / vegetarian dan yang pasti tom yam goong nya memang power.. hehe. Mujur juga kami di dalam mode musafir, jadinya kami akan jamak taakhir bila sampai di hotel nanti.




[di sepanjang pantai di Phi Phi Island..]

Phi Phi Island ibarat sebuah pekan yang memanjang, di mana di kedua² belahnya adalah pantai.. kebanyakan penduduknya merupakan nelayan Muslim dan sebahagiannya juga menjalankan perniagaan untuk pelancongan.. terdapat banyak kedai² di sepanjang pulau, dan ramai pelancong² yang datang serta yang sememangnya terus menginap di hotel di situ. Bagaimana pun saya tidak sempat untuk menjelajah ke seluruh pulau memandangkan masa tidak mengizinkan..


[ gambaran Phi Phi Island dari atas.. credits to www.hotelthailand.com ]

Tepat jam 2.00, kami bersiap untuk menaiki bot. Kami meninggalkan Phi Phi Island, terus ke Phi Phi Lea semula untuk aktiviti snorkeling dan beramah mesra dengan monyet² pulau.. hehe. Kami dibenarkan untuk memberi makan kepada monyet² yang menanti kami di atas pokok di tepi tebing, tetapi dengan pengawasan beberapa orang tour guide. Seterusnya kami dibenarkan untuk snorkeling selama 40 minit di situ. Air yang jernih bak kristal memecahkan segala rahsia lautan..


[ pandangan dari atas bot.. jernih betul.. ]




[ ikan² yang optimis ]

Selesai aktiviti snorkeling, kami dijamu dengan buah²an segar - nenas dan tembikai yang manis² belaka di atas bot. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke Ao Nang Beach semula selama 1 jam.. maka berakhirlah aktiviti boat tour kami.. Perjalanan pulang kami tidak banyak bezanya dengan perjalanan pergi, bot kami melambung² dan terbang di lautan. Tapi kali ini saya rasa sudah 'terbiasa' dan tidak risau lagi. Mungkin kepenatan, barangkali. Akhirnya kami selamat sampai pada jam 4.00 petang.. alhamdulillah.. badan bagai dipukul rasanya, akibat hentakan kuat di dalam perjalanan. Ramai juga yang kuyup dalam perjalanan pulang.. Tetapi semua itu pengalaman. Pengalaman indah buat kami. Kami tiba di hotel hampir pukul 5.00 petang dan tiba masanya untuk berehat..

Bersambung.. lagi..






Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009