26 Aug 2010

♥ Blind Man Who Taught Me How To See (Part III)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..





Pagi tadi saya ke MAIS. Sambil menunggu hubby datang menjemput, saya duduk di kerusi di tepi lobi sambil perhatikan orang ramai lalu-lalang. Sambil menonton Pangkin Atok yang ditayangkan. Ramai juga orang yang berurusan hari ini. Di sebelah MAIS, letaknya Pejabat Zakat. Patutlah ramai yang berurusan. Tidak lama kemudian, hubby pun sampai. Kami bergerak keluar dari perkarangan MAIS. Di simpang keluar, saya ternampak 2 orang wanita sedang berjalan keluar. Di tepi lebuhraya. Yang seorangnya, bertongkat, cacat penglihatan barangkali, sedang dipimpin oleh yang seorang lagi. Terus teringat kisah dalam entry saya suatu masa dahulu. Tergambar rasa seronok nak membantu. "Abang, makcik tu buta la bang.. sian.. tumpangkan jom.." saya ajak suami saya pandang ke cermin tingkap di sebelah saya.

Dua wanita tadi, sedang berjalan perlahan² di tepi lebuh raya, di tengah² panas terik. Hubby berhentikan kereta betul² di depan mereka berdua. Saya turunkan cermin tingkap dan bertanya. Rupanya mereka hendak ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Makcik yang buta dan seorang anaknya, kelihatan penat kedua²nya, tapi masih tersenyum pada saya. Kami pula hendak ke Subang, tetapi boleh juga hantarkan ke PKNS. Kami jemput kedua²nya masuk. Saya sempat mengerling ke kerusi belakang. Alamak bersepah pulak dengan koleksi buku² Manhaj as-Shafie yang sempat saya rujuk awal pagi tadi. 

Seronok makcik dan anaknya bercerita. Rupa²nya mereka ke Pejabat Zakat. Sumbangan zakat tu nanti untuk dibayar kepada MBPJ, bayaran sewa rumah pula. Mereka tinggal di Lembah Subang. Kesiannya, dari jauh datang. Makcik Yanti, namanya. Anaknya pula bernama Wahida. Makcik Yanti terus bertanya kami sama ada sudah berkahwin ke belum. Kami tergelak, macam lucu juga soalan tu. Biasalah, soalan seterusnya ialah dah punya anak ke belum. Kebetulan Makcik Yanti ni kerjanya sebagai tukang urut untuk wanita yang ingin hamil, terus Makcik Yanti pelawa kami ke rumahnya bila² masa. InsyaAllah, jawab saya, bila ada kesempatan. Hebatnya Makcik Yanti, kedua² matanya buta tapi dia mampu bekerja dalam keadaannya yang sebegitu.

Dia bertanyakan nama kami berdua. "Oh, Khairuddin dengan Noorul Izzah, sesuai kamu berdua ni.. sesuai.. murah rezeki ni.." InsyaAllah.. kami menjawab sambil tersenyum. Oleh kerana kami hendak ke Subang, maka mereka berdua putuskan untuk turun di Subang sahaja. Dari Subang mereka cadang hendak menunggu bas ke MBPJ. Tujuan asal hendak ke PKNS pun semata² mahu menaiki teksi untuk ke MBPJ. Entah macam mana hubby saya terlepas simpang masuk ke Subang. Terus menghala ke KL. Akhirnya kami putuskan, alang² terlajak ke KL, apa salahnya kami hantarkan terus mereka ke MBPJ. Hingga ke depan MBPJ kami turunkan mereka berdua. Saya sempat ambil nombor telefon Makcik Yanti.

Alhamdulillah, Makcik Yanti  dan anaknya Wahida dapat sampai ke destinasi tanpa perlu susah payah menaiki bas atau teksi. Yang penting, saya rasa sangat gembira. Sangat lega. Sama rasanya seperti dulu. Seperti di entry yang ini. Peluang² sebegini patut saya lakukan selalu. Terutamanya bila membantu yang susah dan kurang upaya. Cukup buatkan kita insaf & bersyukur dengan diri sendiri. Benarlah kata hubby saya, bila kita membantu orang lain, kita akan rasa gembira. Rasa gembiranya tak sama seperti gembira yang lain². Bahagia. Alhamdulillah.

Saya doakan Makcik Yanti dan keluarganya sentiasa di dalam pertolongan Allah. Termasuk juga buat insan² kurang upaya yang senasib dengan dia. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka. Walaupun matanya buta, tapi hatinya celik. Malah lebih baik daripada kita yang normal ini. Moga peluang sebegini akan datang lagi di masa² depan, insyAllah. Saya menantikannya.




2 ♥ comments:

Anonymous said...

suke nye bace cite Kak Izz nih. terase lembut dan sejuk pulak jiwa :D

♥ Izzah Marzuki said...

Rossarina™ : jiwa melembut dan menyejuk ye arina.. hehe.. timekasih kalo suke. k.izz pun laaagi la suke. :)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009