Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

11 Sept 2013

Merasa Terasa

8 ♥ comments
Setelah beberapa minggu, baru terasa nak menulis & luah di sini. Setelah aku rasa dah sedikit lega & boleh menulis dengan tenang. Betul, 2-3 minggu kebelakangan ini, memang aku terasa. Kecil hati & rasa tercucuk sampai ke dalam. Rasa disiat². Selama 7 tahun ini, tak pernah aku rasa sedih begini. Selama 7 tahun ini aku redha, sabar & tak pedulikan sangat apa kata² atau soalan² orang yang menyentuh tentang anak. Aku sangat positif & redha sebab aku tahu aku dah lalui pun & pernah merasai pun punya anak walaupun untuk beberapa bulan cuma. Cuma rezeki aku Allah pinjamkan sekejap sahaja. Ya, sebagai seorang perempuan yang pernah mempunyai anak & anak itu pula yang dibawa pergi, bohonglah kalau aku nak kata yang aku tak kisah dan tak fikir tentang anak. Setiap kali lepas solat itulah doa & harapan aku rintihkan depan Dia. Aku tau, dan aku tak kisah pun kalau beribu² orang bertanyakan aku tentang anak, tentang masalah mendapatkan anak, tentang usaha² yg kami buat untuk dapatkan anak, sebab aku tahu mereka semua tu sangat concern pasal aku berdua, especially mereka² yang dah beranak-pinak. Aku tau, tujuan mereka tak lain tak bukan hanyalah nak kami berdua merasai kegembiraan ada anak sama seperti yang mereka rasai. Kan?

Aku tak pernah terasa langsung bila kawan² atau saudara-mara bertanyakan hal anak. Tapi. kalau kata² seorang perempuan yang bangga mempunyai anak ramai itu merendah²kan status aku yang belum berzuriat ini, memang buatkan aku pedih sampai ke ulu hati. Disebabkan suamiku boss, suamiku yang buat keputusan untuk suaminya samada boleh bercuti atau tidak, dia dengan tergamaknya meluahkan perkataan yang bagi aku sangat kejam. Kejam untuk perempuan yang tak bernasib baik macam aku. Kejam untuk pasangan² yang senasib dengan kami. Disebabkan tak dapat penuhi permintaan dia, terus menuduh suamiku tak sanggup berkorban kepada mereka yang mempunyai anak, ditambah pula dengan ayat PATUTLAH TAK PERNAH DIBERI PELUANG UNTUK MERASA (ada anak).. Berderau darah aku bila baca ayat ni. Perkataan pertama yang ku terfikir ialah: KEJAM! Sangat kejam. Sebak rasa di dada & nafas ku tersekat, airmata dah nak mengalir tapi aku pastikan ia hanya bergenang memandangkan aku di pejabat. Walaupun aku tau kenyataan tu dituju buat suamiku, tapi secara tak langsung melibatkan aku sebagai isterinya. Apa dia ingat orang macam kami tak punya perasaan? Patutlah tak pernah diberi PELUANG? Aku ulang² ayat tu.. Sedihnya aku rasa! Takburnya dan bongkaknya kata² mu itu. Siapa kamu untuk berkata begitu? Kali ini aku memang tak dapat menahan perasaan, sebelum tidur aku menangis bila teringat kata² kejam sebegitu. Aku rasa malam tu aku tak dapat lelapkan mata pun, aku nangis diam² tanpa pengetahuan suami. Sebab aku tak mahu dia nampak aku sedih. Walaupun aku dah berbincang tentang hal ini dan dia cuba tenangkan hati aku, tapi aku takkan lupakan ayat² perempuan itu. Mana mungkin aku lupakan.

Memang kebelakangan ini aku sibuk di wallpost dengan ayat² melibatkan zuriat. Anak. Rezeki. Anak² buah. Perasaan. Aku rasa dia sedar. Sebab dia dah buang pun status kejamnya itu dari timeline dia. Baguslah kalau kau sedar, sebab kau dah lukakan hati aku dan orang² senasib aku atas asbab yang diluar kuasa aku tapi sepenuhnya dari Allah swt. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku dan tunjukkan padaku, siapa diri dia yang sebenarnya. Disebabkan perempuan itu jugalah aku jadi sangat sensitif bila menyentuh tentang zuriat / anak. Sampai satu ketika,  mengalir deras air mataku menangis dalam kereta selepas pulang daripada majlis jamuan raya kawan² sekerja suami. Sebab? Masing² sibuk dengan anak² dan semua cerita pun berkisarkan anak² semata²nya. Walaupun tersenyum, masa tu aku terfikir di mana aku harus letakkan diriku, jika aku tak sebertuah mereka semua yang bangga punyai anak².. Layakkah aku nak bercerita tentang anak² sedang aku tak punyai seorang pun.. Sedih sangat rasanya. Terima kasih perempuan, kerana buatkan aku jadi begitu. Tapi aku sedar, semua itu ujian. Aku kena redha. Dan terus redha. Terasa sangat lega bila aku kongsi rasa dengan kakak² yang sangat memahami.. dan ayat mereka yang buat aku tersedar kembali : “Sekurang²nya anak awak dah terjamin ada di syurga, anak² kami yang boleh jadi fitnah kepada kami, belum tentu nasibnya, syurga atau neraka..” Allahu Rabbi.. maafkan aku ya Allah, kerana kekecewaan & kesedihan aku sebenarnya hanya membuatkan aku tak redha dengan ujianMu.. Moga SABAR yang aku tuai selama 7 tahun ini ya Allah ~ hatta ditaqdirkan untuk 70 tahun akan datang sekali pun, membuahkan hasil & manfaat untuk kami suami isteri.. dunia & akhirat.. Ameeen :')

7 Jul 2011

♥ Wildan Mukhalladun

1 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim..

In remembrance of Almarhum Muhammad Adib Bin Mohd Khairuddin.."Wildan Mukhalladun" ;')

Duhai hati, teruslah bersangka baik dengan Allah kerana Dialah Al-Hikmah yg terunggul!

 
Empat tahun telah berlalu.. Alhamdulillah perjalanan hidup Adib di dunia ini telah sempurna walaupun hanyalah seketika. Kami dipesan untuk terus berhadapan dengan ujian ini sebagai orang beriman menerima ujian Allah. Kami juga dipesan untuk terus bersangka baik dengan Allah dan yakin bahawa Allah itu adalah Al-Hakim. Atas pesanan² itu kami belajar untuk redha dan tabah.. terus redha dan redha sehingga ke saat ini.. Dan akan terus mengucapkan terima kasih atas sokongan dan simpati teman², bila diceritakan kisah Adib, anak tunggal kami..


Empat tahun yang lalu, selesai perjalanan Adib, terus bersangka baik dengan Tuhan, menghadapinya dengan cara orang beriman, ada hikmah dalam ujian, lebih mudah saya melepaskan Adib apabila benar-benar redha.. moga ini adalah pinjaman untuk saya yang paling lumayan! Word could do no justice to the sheer magnitude of this test Allah gave upon us.. :')


Moga Adib menunggu & melambai² kami, untuk bersama²nya di sana nanti, di hari yang tiada keraguan padanya. May Allah keep him safe and be a pearl in Jannah.. Amin.

Maha suci Allah yang di tanganNya kerajaan (pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun - 67:1-2.


12 Jul 2010

♥ Never Be Forgotten..

4 ♥ comments


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

[Backdated entry]



As usual. A million days could pass us by.. you’re more than a memory.. you will never be forgotten.







4 July, 2007



Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven..

Would you hold my hand
If I saw you in heaven
Would you help me stand
If I saw you in heaven
I'll find my way, through night and day
Cause I know I just can't stay
Here in heaven..

Time can bring you down
Time can bend your knee
Time can break your heart
Have you begging please
Begging please

Beyond the door
There's peace I'm sure.
And I know there'll be no more...
Tears in heaven

Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven..











Adib..

Moga tenang di sana..
Moga ketemu di sana..



4 Jul 2009

♥ Dua Tahun Berlalu..

17 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum..


Dua tahun yang lalu, pada hari ini, berlaku tragedi yang traumatik bagi saya, hubby & keluarga. Masih saya ingat lagi dengan jelas, malam sebelumnya, 3 Julai, saya tidak dapat melelapkan mata. Hubby kelihatan kepenatan pulang dari kerja lewat malam, jadi saya rasa tak perlu saya menganggu tidurnya. Saya berjaga sepanjang malam, perut saya terasa sedikit memulas. Memang saya perasan pergerakan baby agak kurang pada malam itu. Saya alunkan ayat suci Al Quran, Surah Maryam, Yusuf, Luqman, Sajadah, Yasin & al Mulk berulang² menerusi telefon walkman saya, saya tekapkan di perut seperti biasa. Selesai kesemua surah, saya masih belum dapat melelapkan mata.

Saya terus online, surf internet, mencari nama² yang sesuai untuk baby. Nama² yang cantik & ada maknanya. Saya terus berjaga sehingga subuh, dan terus kejutkan hubby untuk subuh dan bersiap ke ofis. Sepanjang tempoh saya mengandung, saya tidak bekerja. Saya pada masa itu surirumah sepenuh masa yang menguruskan segala keperluan hubby. Saya pagi itu agak kepeningan, kerana berjaga sepanjang malam. Hubby risau melihatkan keadaan saya, tetapi saya yakinkan padanya, saya tidak apa². Saya ok, insyaAllah. Saya menolak untuk ke klinik. Pagi itu saya rasa agak lemah. Mungkin kerana tidak tidur sepanjang malam. Perut saya terasa makin memulas. Mama mengajak saya ke klinik. Saya menolak lagi. Saya fikir mungkin kerana perut saya meragam. Saya mungkin sembelit (keadaan biasa bagi wanita yang mengandung).

Dari pagi hingga ke tengahari, saya terbaring. Sambil tidur, tetapi saya terjaga setiap masa. Pukul 12 tgh hari, saya terjaga. Saya terasa baby di dalam kandungan bergerak. Sambil berbaring, saya alunkan lagi surah² pilihan, seperti biasa, saya tekapkan di perut, dekat dengan baby. Saya tertidur. Pukul 2 petang, saya terjaga semula, terasa perut makin sakit. Saya ke tandas. Mungkin saya sembelit. Saya telefon kakak saya di hospital, dia nasihatkan saya untuk makan buah²an seperti betik, untuk melegakan sembelit.

Pengambilan ubat adalah tidak dibenarkan semasa mengandung. Saya tertidur semula. Pukul 4 petang, saya tidak dapat berbaring lagi. Kesakitan perut yang memulas² makin menjadi². Saya berulang² ke bilik air. Saya beritahu mama. Saya mungkin sembelit. Tetapi saya perasan, kesakitan saya seolah² constant. Pada mulanya setiap dua jam sekali. Kali terakhir saya perasan, setiap 15 minit sekali. Saya masih belum syak apa².

Jam 4.48, saya sms hubby, pesan padanya untuk singgah ke gerai buah untuk belikan saya buah²an bila pulang petang nanti. Perut terasa makin sakit. Saya ke bilik air. Tidak disangka, segalanya berlaku dengan pantas. Saya terkejut. Seluruh badan saya menggeletar. Tangan dan kaki saya menjadi sejuk. Saya menangis. Darah mula mengalir sejurus selepas air itu pecah. Dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah, saya keluar dari bilik air dan mencapai telefon & saya sempat unlock kunci pintu bilik. Tak mungkin saya akan keluar mencari sesiapa di luar bilik dengan keadaan saya yang sebegitu.

Saya masuk semula ke dalam bilik air, saya dail nombor telefon rumah, baba yang menjawab, saya dengan tertahan², saya tidak tahu bagaimana harus saya beritahu pada baba, saya minta dia panggilkan mama untuk ke bilik saya. Saya terus call hubby pula. Mama masuk ke bilik & terkejut, mama suruh saya bersiap secepat mungkin, baba datang menjengah, kedua²nya terkejut dan cemas sekali. Saya cuba menenangkan diri, saya sarung jubah, saya capai tudung dan beg, sedikit pakaian ala kadar. Di dalam kereta saya sempat call hubby, saya ke hospital dengan mama & baba.

Sampai di Hospital An Nur, saya di tolak dengan kerusi roda ke labour room. Semuanya begitu pantas sekali. Saya tidak sangka saya akan bersalin secepat itu. Saya belum bersedia sepenuhnya. Mental & emosi. Sungguh, saya tidak menyangka sakit sekejap² yang dirasai pada hari itu adalah petanda sakit sebelum bersalin. Subhanallah. Saya tidak tahu. Mama, baba & kakak² saya semua ada di sisi saya. Mertua saya & ipar turut sampai selepas itu. Hubby saya tiba di hospital secepat mungkin. Saya tidak dapat bayangkan betapa lajunya dia memandu, tak sampai 20 minit dari Subang ke Kajang. Saya berbaring di katil, darah masih keluar dengan banyak..

Doktor membuat scanning dan kami dapat melihat dia dengan jelas. Kami dapat melihat degupan jantungnya makin lemah. Kami tidak dapat berbuat apa² lagi. Saya terus menangis, seluruh keluarga saya turut menangis. Sedih. Teramat sedih. Saya tidak dapat menghentikan air mata. Saya terus berserah pada Allah, saya pasti semuanya adalah kehendak Dia. Baba berpesan supaya saya terus membaca ayatul Kursi, berselawat dan saya tidak lupa untuk mengucap syahadah. Baba jampikan air selusuh buat saya. Sakit yang bertambah² membuatkan saya tidak dapat terus berbaring, atau pun duduk. Kesakitan yang dirasai makin teruk. Pada masa itu saya tahu baby telah tiada. Tapi saya perlu melahirkannya secara normal.

Doktor memasukkan ubat untuk induce kan proses kelahiran. Disebabkan baby saya tidak lagi dapat membantu sepanjang proses kelahiran itu nanti, saya perlu melakukannya sendirian. Badan saya panas, saya demam serta-merta. Doktor menyuntik ubat untuk beri saya tidur buat sementara waktu. Tapi kesakitan yang amat membuatkan saya tidak memberi peluang langsung pada ubat yang disuntik itu untuk bertidak. Doktor menambah 1 suntikan lagi. Namun masih tiada kesan. Doktor mengatakan saya begitu kuat. Dia juga mengatakan saya nampak lebih kuat bila hubby ada di sisi, berbanding ahli keluarga lain yang temankan saya. Alunan ayat suci al Quran dipasang di dalam labour room. Saya rasa lega sedikit..

Saya terdengar juga laungan azan di masjid berdepan dengan hospital. Saya kira sudah masuk waktu Maghrib. Sampai tiba saat kelahiran, saya genggam kuat tangan hubby, saya tidak pedulikan apa² lagi. Cuma telinga saya sahaja mendengar alunan ayat² al Quran. Proses melahirkan menjadi begitu rumit apabila saya tidak dibantu oleh baby. Subhanallah, saya telah merasa peritnya melahirkan. Suami saya melihat sendiri sepanjang tempoh kritikal itu. Bersusah-payah saya mengumpul sepenuh tenaga saya, untuk melahirkan. Saya tahu, saya masih menangis semasa saat itu. Dan setelah baby dilahirkan pun, airmata saya mengalir laju, sebab saya tahu, saya takkan dapat mendengar tangisannya..

Saya tidak ingat apa² lagi selepas itu. Saya pengsan selepas melahirkan. Setengah jam kemudian, saya tersedar. Semua keluarga saya ada di sisi mengelilingi katil. Doktor bertanya samada saya mahu melihat arwah baby saya, dalam lemah saya mengangguk. Sewaktu baby ditunjukkan kepada saya, saya perasan keluarga saya menangis. Tetapi saya tak mampu lagi untuk menangis, saya hanya memandang & sempat sedekahkan Al Fatihah buatnya.

Subhanallah, dia cukup sempurna. Namun tiada apa yang mampu saya lakukan lagi. Saya tahu Allah meminjamkannya untuk berada bersama saya sekejap cuma. Terima kasih ya Allah, kerana pinjamkan dia pada saya. Walaupun sementara. Saya tetap merasa menjadi seorang ibu. Saya dapat merasa ikatan kuat saya dengan dia sepanjang dia berkongsi hidup dengan saya. Ikatan yang sukar saya gambarkan dengan kata², hanya Allah Maha Mengetahui, dan hanya para ibu yang memahaminya.

Saya dapat tahu daripada kakak², pada malam jenazah arwah baby Adib dibawa pulang ke rumah [saya masih di tahan di wad], mereka lihat baba menangis. Tangisannya tak dapat ditahan, dia masuk ke dalam bilik air, menangis teresak² sampai kedengaran di luar. Pertama kali mereka dengar baba menangis teresak², sebaknya saya rasa.. mungkin kerana ini kali pertama dia kehilangan cucu.. hmm.

Memang perit bila mengenangkannya, tetapi saya pasti perancangan Allah adalah terbaik. Taqdir bukan hukuman buat saya. Saya redha dengan pemergiannya. Saya dan hubby akan bertemunya lagi, insyaAllah.. di jannah nanti. Doakan.

Setiap 4 Julai, saya & hubby akan terus mengingati sehingga akhir hayat kami, Muhammad Adib, anak sulung kami telah dilahirkan ke dunia ini, dan telah jua dihantar pergi..

"Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ibubapanya, dan sebagai titipan kebajikan yang didahulukan dan menjadi pengajaran teladan serta syafaat bagi ibubapanya. Beratkanlah timbangan kebajikan bagi keduanya, cucurilah kesabaran ke hati keduanya dan janganlah menjadi fitnah bagi keduanya sesudahnya dan janganlah Engkau luputkan bagi keduanya akan ganjarannya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.."





We'll always love u..






29 Jun 2009

♥ Wherever You Have The Space For It..!

7 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum..

Sebenarnya saya cuma nak berkongsi gambar² koleksi yang saya jumpa. Bagi saya, gambar² ini menarik & punya maknanya tersendiri. Ada kisahnya sendiri. Apa yang boleh dihighlightkan di dalam gambar² ini adalah maha pentingnya mengerjakan solat, hatta sedang terlantar sakit, di medan juang atau di mana². Semuanya ada cara tersendiri. Ada rukhsahnya. Hanya tinggal pada diri kita samada kuat atau tidak untuk melaksanakannya, kan. Saya suka tengok gambar ni. Sejuk rasanya hati. Buat saya cemburu sendiri. Syukurlah masih ramai lagi manusia yang lebih cekal dari saya di luar sana. Alhamdulillah.



di atas air


di atas pelayaran


di tengah sungai


di perbatasan


di pusat membeli-belah


di tengah² bandar


di padang


di tengah² hujan


di tepi puing² kemusnahan


di jalanan


di tengah² perjalanan


di dalam taman


di atas bangunan


di tengah lautan


di atas gunung pendakian


di tepian jalanraya


di kawasan lapang


di atas tembok


di kelilingi alam persekitaran


di tepi lot² kedai


di tengah jalanraya



di dalam perjalanan


di kaki pergunungan


di padang luas


di kaki lima


di dalam penerbangan


di kaki tangga


di atas kenderaan


di dalam jihad


di antara kemusnahan


di tepi pantai


di taman awam


di dalam pekerjaan


di padang latihan


di gigi pantai


di celah laluan


di hamparan salji


di dalam gerabak


di tengah kesejukan


di dalam kesempitan


di tengah² ketandusan


engkau berdiri bersolat sedang hatimu ke sana ke mari
tidakkah engkau sedar bahawa perbuatan itu jahat sekali?
engkau berdiri dan berukuk dan bersujud berulang kali
namun rakaatnya kau lupa tidak ingat berapa kali?
celaka engkau, apakah ini solat yang engkau tunaikan?!
kepada Tuhan Rabbul Alamin yang engkau selalu serukan
taqwa dan rahmat belas-kasihan yang engkau harapkan
padahal hatimu terus berpaling terus membelakangkan
kepada yang lain engkau sibuk mengira dan mengingatkan
inikah yang kau katakan solat, tanpa khusyuk yang kau sertakan?!
ingatlah kawan, jika solat itu ditolak dan dikembalikan
alamat celaka menimpa badan, di hari sudah hari kebangkitan!
di akhirat kelak kita dikumpulkan mengikut amal yang kita lakukan
ke hadrat Allah yang Maha Perkasa kita dihadapkan
segala perbuatan segala perlakuan kita dipersoalkan
buruk dan baik semuanya diperlihatkan tiada yang ketinggalan
taqwa dan iman jadi penentuan dan amal soleh diperhitungkan
ketahuilah, jika buku amalan diberi ditangan kiri, celakalah badan
dan sekiranya diberi sebelah kanan tanda bahagia berkekalan
inilah kesudahan bagi semua insan kepada Allah kita dikembalikan..

Allahua'lam..





Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009