Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

25 Sept 2010

♥ 66 Tahun

0 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Genap 66 tahun pun umur baba kesayangan saya. Kebetulan baba jemput kariah masjid tempat dia mengajar kuliah subuh untuk datang beraya ke rumah. Jemputan  dalam 100 orang, meriah juga. Dalam sibuk² saya mengemas, sempat juga saya buatkan kek coklat saiz besar khas untuk hari lahir baba. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Sempena hari lahir baba, untuk entry kali ini nak letak banyak² gambar baba.. inspirasi saya selama ini. :)

Baba & Mama, Eid Mubarak 2010 ~ sangat suka gambar yang ini..
Dah 66 pun Baba saya..
Sentiasa segak.. kan.. hehe
Baba dengan kawan² Arab nya..
Baba & buah hatinya.. :)

Selamat Hari Lahir buat Baba [24|09|1944]. Semoga terus dianugerahkan sihat tubuh dan jiwa, umur yang panjang, disirami iman dan dihujani takwa sepanjang musim kehidupan. Amin..



25 Dec 2009

♥ Bila Rasa Lega..

6 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


[pictures taken by myself long² time ago..its actually my mini fountain & the colourful artificial stones were added to reflect the LED. I love it. Sooo soothing..]

Alhamdulillah. Terdaya juga akhirnya untuk menaip entri. Sungguh. Hari ini betul² lega. Sangat² lega. Sebab inilah cuti yang sebenarnya cuti. Dah 3 minggu berturut² saya bawa balik segala kerja di pejabat yang tertangguh, untuk disambung di rumah, hujung minggu. Macamlah siap segala, kan. Tapi sekurang²nya bersentuh la jugak kerja² tu. Walaupun selalunya malam Ahad baru saya kelam-kabut mengadap laptop & kerja² tu. Sudahnya pukul 3 pagi saya baru nak tidur. Pukul 5.30 pagi dah bergegas bangun & bersiap ke pejabat. Memang huru-hara. Sampai demam lagi.

Kesian hubby saya. Dia yang memahami. Mungkin silap saya juga. Tak berusaha bersungguh di pejabat untuk siapkan. Asyik rasa berat bila tiba weekend, dalam fikiran saya berlegar pasal kerja. Pasal report. Huhu. Itulah sebabnya kot, saya tak selera nak update blog, bila memikir haish sempat pulak nak update blog, kerja & report tak siap lagi! Tapi alhamdulillah, selesai juga minggu lepas, walaupun masih ada 1 lagi report yang terpaksa dibuat minor amendment ~ demanding habis kali ini.. Jadi hari ini dapatlah saya update blog ni tanpa rasa bersalah..

Sepanjang 2 minggu lepas, bermacam² perasaan melanda.. seiring dengan bermacam² perkara yang berlaku. Teringin nak diceritakan semuanya, tapi saya tak pasti yang mana 1 harus dimula.. Bermula dengan majlis berkhatan 5 orang anak saudara di rumah, suasana yang seronok dengan sanak-saudara & hall depan bilik saya yang dijadikan wad eksklusif buat kelima² mereka.. Di pejabat, dateline yang menanti, saya pula terpaksa ke seminar 2 hari, dan desakan² emosi, huhu.. macam² lah..

Agak stress dalam minggu² kebelakangan, lengkap dengan saya demam, dan melalui pemeriksaan doktor, saya bagai mengalami tekanan. Tekanan darah saya naik ~ mengejut saya kira, tak pernah² pun sebelum ni rekod saya sebegini. Pernah tekanan darah saya naik sedikit - masa mengandung 2 tahun lepas. Degupan jantung juga agak laju, saya fikir saya tengah di dalam state yang menekankan. Kebanyakan punca mungkin dari pejabat. Walaupun sebenarnya dalam kebanyakan masa saya nampak [nampak je la..] tenang & tersenyum.. huhu. Atau mungkin graf kesihatan saya sememangnya makin merudum. Dan ada beberapa situasi yang membuatkan saya geram, sampaikan saya terdaya nak menulis 'menyampah...' di wall post Facebook. Tapi rasanya saya senang nak heal. Bila emosi saya demam. InsyaAllah. Dan hari ini saya rasa dah sembuh segala. Alhamdulillah. Let bygones be bygones..

Lajunya masa berlari, dah hampir penghujung 2009. Rasanya banyak juga yang terjadi tahun ini. Tak sangka juga dah setahun lebih saya bekerja di pejabat tu. Pelbagai sketsa & drama saya tempuh. Moga Allah bantu saya untuk terus menempuhnya, InsyaAllah. Minggu lepas juga, ada perjumpaan keluarga di rumah. Semua, termasuk ipar², ada amanat dari baba untuk semua. Syahdunya bila teringat. Sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dan baba telah menghadiahkan kepada kami semua dengan sesuatu. Tapi pada saya, ingatan & kasih sayang yang baba mama berikan lebih besar, jauh lebih besar & tak ternilaikan.

Selepas perjumpaan, baba buat keputusan untuk benarkan Loqman ke Australia.. Mungkin itu yang Loqman tunggu. Saya pun gembira bagi pihak dia. Perbincangan untuk berpindah, telah diumumkan. Sedih juga. Sedih untuk tinggalkan rumah ini. Dari 1989 hinggalah kini, tak ada yang manis & selesa melainkan di rumah sendiri. Home sweet home. Akan saya pastikan gambar rumah ini diambil di setiap sudut. Berpindah demi kebaikan. Dan sebenarnya kerana tuntutan pembangunan. Kawasan di sini akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk pembangunan. Bandar Ilmu. Berbetulan dengan pejabat saya yang bakal dipindahkan ke Cyberjaya. Molek la tu. Memang dah dekat dah. Cuma sekarang kenalah gandakan usaha. Kumpul duit dengan lebih gigih lagi untuk tegakkan tiang rumah sendiri. Hee.

InsyaAllah, bermula tahun depan, hubby saya akan serius dengan 'sesuatu'. Sesuatu yang saya sendiri pun minat. Harapnya menjadi. Dan sebagai pelaburan masa depan & masa tua kami. Allahua'lam. Perjalanan masih jauh. Tapi alhamdulillah. 3 tahun sudah. Bersama dia. Moga terus bersama dia hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Banyak benda baru saya belajar dari dia. Yang paling saya suka, dia sentiasa jadi guru saya dalam melawan inferiority-complex sydrome. Apa kebendanya tu? Hehe. Dia juga juga banyak bagi pengalaman baru. Contohnya, cuba menu baru. Masakan baru. Makanan baru. Berjalan ke tempat² baru. Dan dia juga tak pernah penat mengajar & berpesan untuk sabar & kawal emosi. Dia semangat saya. My wonderwall. Apa pun, sekarang ini bahagia, dengan status : kid-less couple. Moga diperkenankan-Nya jua, nanti, amin.

Berbalik pada cerita di pejabat.. saya rasa senang bekerja dengan mereka di department saya.. mereka memahami, apa yang dirasa. Sebab mereka pun sama merasakan bebannya. Beban? Dateline & demand. Cuma saya agak terkilan, bila 1 report yang saya tungkus -lumus berjaga hingga ke 3 pagi semata² nak siapkan, ditangguhkan dulu submissionnya. Tangguh hingga ke tahun depan. Hmm. Kenapalah saya tak diberitahu awal². Tak perlulah saya berjaga hingga demam.

Tak mengapalah. Semua ni cabaran. Biasalah, kerja. Kerja kan menuntut pengorbanan. Dan pengajaran utama buat saya : cukup² lah dengan last minute effort. Hehe. Okey, last minute effort pun sebab saya tahu capability saya. Sebab tahu saya dapat hit the target even by last minute effort. Itu yang jadi puncanya. Haish. Tapi kalau saya buat dengan sebaik mungkin & elakkan last minute, mungkin akan capai lebih daripada apa yang ditarget, kan. Pengajaran lain : hati² dalam memberi. Saya mungkin tak perlu jadi terlalu pemurah sangat untuk memberi. Ye, sifat pemurah tu sangat mulia. Tak perlu diharapkan balasan, kan. Tapi terkadang pemurah tu buatkan saya sakit. Terutamanya sakit di dalam. Jadi ada baiknya juga saya jauhkan. Huhu. Apa² je lah.

Bahagia kan kalau dapat menulis macam ni selalu. Luahkan yang terbuku di minda & di hati. Seronok tengok kawan yang menulis hampir setiap hari. Kenapalah bagi saya, 24 jam tu tak cukup. Atau saya yang tak pandai menyusun, kan. InsyaAllah saya akan terus di sini. Selagi mampu. Allahua'lam. Saya baru tambah link di blogroll ~ link kawan² baru. Google Reader dah menjadi peneman setia saya setiap hari. Saya nak buat nota kaki macam kebanyakan blogger buat tu, boleh? Nampak macam menarik juga, kan.




✿ܓ baru lepas minum secawan penuh jus daun belimbing yang pahit - turunkan tekanan darah.. huhu
✿ܓ maka jadilah saya the one & only anak manja(!) mama - baba graduated in Malaysia..
✿ܓ saya terpotong - terhiris jari manis saya, dalam juga lukanya.. kaffarah dosa, mungkin? [boleh buat modal untuk next entry ni.. hehe]
✿ܓ saya nak beli lagi karya Hlovate - novel²nya yang buat saya jatuh cinta pada diri sendiri lagi. Hehe. Siap jadi penyiasat, siapa Hlovate yang sebenar tuu.. dan rasanya saya dah jumpa. Dah tahu kot. Rahsia.
✿ܓ Saya buat mini / pet purse comel. Nak tengok? Tunggu next entry ye.. insyaAllah.



Wassalam.


30 Nov 2009

♥ Berqurban & Diqurbankan..

4 ♥ comments

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..



Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.


Backdated entry.

Alhamdulillah. Selesai sudah ibadah qurban. Dua ekor kambing biri² dah selamat diqurbankan.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }

Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)


Sejak kelmarin biri² ini sampai di rumah. Anak² saudara semuanya teruja dengan biri² ni. Maklumlah, semuanya buat muka sedih sambil cakap:

"Teteh [panggilan untuk MakTehnya ni..], kitorang semua tak pernah pegang kambing.. tak sabar nak pegang.."

Hihi.. MakTeh nya ini pun mana pernah pegang kambing hidup².. daging kambing biasalah..

Sejak semalam saya sibuk di dapur. Eh sejak kelmarin lagi. Malam Sabtu, sambil melayan Nur Kasih episod akhir , saya sibuk merebus nasi himpit. Permintaan hubby ~ nak feel raya katanya. Hehe. Ye la, malam sebelum raya memang mama cuma masak laksa [oh, favourite saya tu!!]. Tiada menu raya. Tak rasa suasana raya sangat. Jadi nasi himpit nanti akan dimakan dengan sambal tumis dan ikan bilis goreng - menu kegemaran hubby, yang seperti selalu dimasak di rumah mertua. Pagi Sabtu, saya rebus nasi himpit lagi. Terus saya sibuk dengan sambal tumis dan ikan bilis goreng pula. Terfikir juga, pedas² ni, kesian pulak pada anak² buah yang tak makan pedas.

Maka saya pun menyambung sesi masakan dengan menampi kacang tanah menggunakan nyiru [orang utara sebut : badang] - terasa macam zaman dulu² lak.. kacang tanah perlu ditampi dahulu untuk dibuang segala habuk & sampah sarap & yang paling bahaya, batu² kecil.. memang pernah jumpa pun bendasing² ni.. Sambil masak kuah kacang, saya tolong mama masak sup [daging & tulang qurban dari masjid].. Dan di saat saya berpanasan di dapur, anak² buah semua terjerit² kegembiraan " kambing! kambing!".. hehe.. dah sampai rupanya kambing biri², terus ditambat di tepi laman rumah..


[2 ekor biri² dan 2 daripada 10 orang kanak² yang teruja]


Baru terasa suasana raya. Dengan dapur yang berasap dari pagi sampai petang, suara anak² buah yang sedia ada & yang baru sampai.. hujan lebat yang penuh guruh-kilat-petir menyebabkan biri² yang baru sampai dialihkan & ditambat di bawah pondok untuk berteduh. [syahdunya..] kesian, tetap basah kuyup kedua²nya..

Pagi Ahad, semua dah berada di rumah. Sesi menyembelih biri² akan berlangsung hari ini. Malam sebelumnya saya telah minum 2 cawan Nescafe, akibatnya saya tak dapat tidur sepanjang malam. Hinggalah tiba subuh, selesai solat mata saya terpejam. Saya cuma sempat tidur 2 jam, dan pukul 8 bergegas bangun, kerana biri² akan disembelih jam 8 pagi, atas arahan baba.. hehe.




[2. Bermesra dengan biri² comel.. sebelum diqurbankan.. huhu]



Biri² pertama dibawa jauh dari 'kawan'nya. Syahdu juga bila terdengar mereka saling berbalas "embekan", tapi sudah ditaqdirkan mereka akan diqurbankan secara mulia.. saya sendiri tak sanggup untuk melihat detik pisau bertemu urat merih, saya cuma sempat merakam detik² pengorbanan tersebut dari sisi sahaja.. Oh ye, kalau ada yang tak sanggup melihat gambar² di bawah ini, harap maaf ya. Saya memang tak pernah lihat pun haiwan disembelih untuk qurban.. biasanya kami sekeluarga akan ber'qurban' dengan lembunya disembelih & dilapah siap² dia pusat sembelihan.. kami cuma menanti di rumah.. tapi kali ini, kami sendiri yang akan menguruskan sembelihan & melapahnya sendiri.



[3. kalau ikutkan rasa, memang tersangatlah kesian .. tapi, inilah yang dinamakan qurban..]



[4. Dah selamat disembelih..]

Sewaktu sembelihan dilaksanakan, kami beramai² membaca takbir, sambil cuba mengingati kembali peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.. Betapa tabahnya hati Nabi Ibrahim a.s., anak sendiri direlakan demi agama. Macam manalah rasanya ya, sedang saya ini, tengok kambing disembelih pun dah terasa sayu & syahdu sangat. Betul tak kuat.. hehe.

Proses sembelihan tak lama, maklumlah, 2 ekor kambing sahaja. Nak mengawalnya pun mungkin lebih mudah berbanding lembu. Seterusnya aktiviti melapah. Biasanya aktiviti ini memang menjadi kewajipan kaum bapa. Untuk melapah, kedua² biri² digantung bagi memudahkan proses. Sebenarnya, kaedah menggantung ini adalah satu cara bagi mengurangkan bau kurang enak daging kambing. Dan terbukti, daging kambing ini tidak berbau seperti yang lain.

Perkara sunat semasa melakukan sembelihan antaranya ialah:
  1. Menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
  2. Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
  3. Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
  4. Disunatkan juga orang yang berqurban [yang berniat] menyembelihnya.
  5. Dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
  6. Menggunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
  7. Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
  8. Mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
  9. Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
  10. Membaca basmalah.
  11. Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
  12. Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
  13. Berdoa.


[5. baba dengan hasil qurbannya..saja letak B&W Focal effect, sebab takut nampak ngeri sangat lak..]



[6. imej sengaja diblurkan untuk mengurangkan apa² rasa yang tidak sepatutnya..]



[7. lokasi kejadian - tragedi qurban/pusat sembelihan..hehe]

Sambil menanti daging kambing dilapah dan dihiris, kami kaum ibu [cewah] sibuk menyiapkan bahan² untuk menumis. Alhamdulillah, kami dapat sediakan sup tulang kambing, kari, dan bbq kambing pada hari ini. Saya pun berjaya memenuhi impian saya dengan menyediakan roti jala - yang akan dimakan dengan kari kambing. Sedapnya.. [okey, tiba² teringat roti jala lagi..hehe]. Cuma lenguh betul, kerana roti jala perlu dibuat 1 by 1.. hmm.. dan licin dihabiskan oleh 10 orang kanak² riang & 12 orang dewasa..


[8. roti jala + kari kambing.. mmm..]

Petangnya selesai agenda masak-memasak, tiba pula sesi menghantar daging² qurban ke rumah² saudara mara & sahabat².. Malamnya, hubby saya mengetuai acara menyalakan unggun api..hehe, bukan, menyalakan arang untuk bbq.. Saya rasa semua orang dah pening agaknya makan daging kambing.. saya je yang tak, agaknya, sebab saya tak makan daging kambing.. hehe.

Itulah sahaja catatan kali ini. Lama betul nak menunggu saya update blog kan.. ye, saya cemburu dengan kawan² yang rajin meng'update'.. walaupun tak sempat, tapi saya selalu mengikuti cerita kawan² - kalau tak dengan melawat sendiri, pasti melalui Google Reader. Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian kawan² untuk membaca.. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.

Wassalam.




27 Sept 2009

♥ Sejuta Apresiasi

5 ♥ comments
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


Entri ini sempena hari jadi baba (panggilan kami sekeluarga untuk ayah).. Saya mahu buatkan satu entri khas tentang baba sahaja. Tetapi, idea itu masih beku dan tidak mahu keluar. Jadi, entri ini saja lah yang terfikir di cepu minda kala ini..

24 September 2009

Kini..
umur baba genap 65 tahun
Subhanallah..
susuk yang masih nampak gagah..(menurutku..)
mungkin begitu juga penilaian siapa yang mengenalinya..

Baba..
baba di mataku..
susuk luarbiasa yang sederhana..
soleh, bijak, baik hati, rajin bekerja,
suka membuat kejutan tetapi tenang, tegas,
inspirasiku dalam ilmu,
ramai pelajar meminatinya.. ramai bekas pelajar masih mengenalinya..
ramai pekerjanya yang menyayanginya..
menyayangi kesemua cucu²nya..
cukup kuat menjaga amalan pantangnya..
masakan dia masih segak bergaya..
aku dapat rasakan, bukan aku malah juga mereka yang lain
aura yang terjana
bila mana baba berkata²
bila mana baba berdiri di hadapan
seri wajahnya.. segar kata²nya..
hasil dari
istiqamah..

Baba..
aku sangat dekat dengan susuk baba..
paling rapat sedari umurku 2 tahun..
baba yang menguruskan makan pakaiku..
lantaran mama sibuk dengan adik yang masih kecil..

baba..
terima kasih untuk kesediaan baba menghantar jemput..
saat dari tadika.. sekolah rendah.. menengah.. diploma.. hinggalah ke universiti..
dan kini walau telah bekerja & bersuami, baba tetap ada
disaat aku memerlukan.. saat aku perlu dijemput..
baba tak pernah mengeluh..
Allahuakbar!

Baba..
wang baba sudah banyak dihabiskan..
dengan apa aku harus membalasnya..
aku selalu dipelawa baba untuk terima wangnya..
walaupun aku tak pernah memintanya!
oh baba.. selalu membelikan aku hadiah bila² dirasakannya perlu..
buku² bersusun di lemari, semuanya hadiah dari baba!
terima kasih baba, kerana baba lah aku menjadi pencinta buku & ilmu..
walaupun kini aku sibuk dengan kerja,
namun masih tetap menyimpan harapan untuk sama seperti mu,
menggenggam phD! insyaAllah..
dan mungkin akan ku turuti jejak langkah awalmu, sebagai pensyarah..
doa mu baba, amat ku harapkan..

Baba..
masih ku ingat.. kata² dalam ucapanmu di depan khalayak dewan,
betapa sejuknya perut ibu bapa,
bila mana anaknya berjaya & dapat membanggakan!
kala itu meremang romaku, aku tekad untuk mengejar anugerah itu..!
alhamdulillah, pingat perak sultan itu ku renggut, untuk baba dan mama..
dan aku harap tidak banyak-sedikit; ia telah dapat menyejukkanmu..

Baba..
masih ku ingat.. getaran suaramu melafazkan istighfar dan syahadah..
sejurus sebelum aku dilepaskan - diaqadkan
dengan restumu tiga tahun yang lalu..
syahdu alunanmu, menggetarkan hatiku,
tidak dapat tertahankan..
berderai airmataku..

Baba..
kumis dan rambutmu kini sudah beruban..
tapi baba tetap lelaki yang paling tampan pernah ditemui,
dan paling tampan di kalangan sahabat seusiamu..
awet muda sungguh!
baba tetap baik hati pada semua..
semua orang merasakan itu, baba..
kerana kebaikan baba..

Baba..
begitu banyak dosaku pada mu..
begitu banyak aku mengecewakanmu..
tapi tak membuat kau lelah untuk terus
berjuang untuk ku..

Baba..
aku menyayangimu kerana Allah,
aku menghormatimu kerana Allah,
aku menyanjungimu kerana Allah,
aku sangat perlukanmu..

Baba..
tiada orang yang dapat menggantikan tempatmu dihatiku,
tiada insan yang memahamiku melebihimu,
tiada orang yang sanggup melayan karenahku melainkanmu,
tiada insan yang menyayangiku melebihi kasih sayangmu..

Lalu apakah hadiah terindah musim ini?
tiada lain mampu ku balasi, selain doa untuk baba - juga mama: kalian berdua, setiap hari..
kalam suci surah Luqman; 14 dan al-Isra'; 24 untuk direnungi..

Baba..
terima kasih permata hati, sejuta apresiasi di hari jadi..
selamat hari lahir ya baba..

Baba..
smoga umur baba berkah..
murah rezeki..
(keluarga kita selalu dilimpahi rezeki, berkat nama baba yg membawa makna rezeqi & nama mama yg bermakna rahmah..alhamdulillah..)
diberi nikmat kesihatan yg baik..
disayang Allah selamanya..
dan terus menebar manfaat..

terakhir..
perjalanan ini masih panjang..
ku selalu berdoa..
semoga Allah mengizinkanku untuk terus
menemani dan ditemani baba meniti jalan panjang itu..
sampai usai dan sekeliling kita pun bahagia
dengan perjuangan kita meniti perjalanan itu..
dan sesungguhnya, tidak dapat kubayangkan,
jika baba tiada dalam hidupku ini..

Selamat hari lahir baba,
moga terus-terusan nikmat umur lagi..
amin..






8 May 2009

♥ Sayang Mama

8 ♥ comments
Dear blog,

Assalamualaikum. Setelah sekian lama saya diamkan blog saya ni. Saya rasa saya perlu ubah sekali sekala persekitaran blog ni. Lebih ceria. Walaupun sebenarnya saya lebih senang dengan warna bumi. Sekurang²nya putih lebih bersih. Rabu lepas adalah hari jadi mama. 6 Mei 1953. Saya dan hubby berkejar ke Kajang lepas kerja. Saya singgah di Alamanda, tergesa² carikan hadiah yang sesuai, terus ke Secret Recipe (penaja kek rasmi berbayar kami), adik saya pun sama berlari ke KLCC. Semuanya ada malam tu, kecuali seorang lagi kakak kembar saya yang tak dapat sertai kami. Mama nampak seronok. Harusnya sambutan di buat hujung minggu, tapi saya & hubby fikir apasalahnya kalau terus disambut pada hari kelahiran mama.. Sesuai pula dengan sambutan Hari Ibu pada bulan ini..Mama wanita yang cukup tabah, walaupun dia memang seorang yang lemah-lembut, softspoken, begitu juga tingkahlakunya, tapi hatinya memang keras.

Saya jarang melihat mama menangis. Sangat-sangat jarang. Dan dia tidak langsung menitiskan airmatanya semasa kami kehilangan Adib. Dia cukup kuat. Dia cukup berani. Dia yang kadang menggantikan baba menghantar dan mengambil kami di sekolah, sehinggalah kami selesai alam persekolahan. Dia yang selalu menghantar saya ke mana² yang saya pergi. Dia selalu dahulukan kami. Mama tak pernah meninggikan suara pada anak²nya. Dia memang contoh isteri terbaik pada pandangan kami adik-beradik. Mama tak pernah meninggikan suara depan baba. Tak pernah masam apa lagi mencuka di depan baba. Sanggup bersengkang mata semata² menantikan baba pulang lewat malam untuk menemankannya makan. Mama tetap melayan baba dengan senyuman walaupun ada harinya baba menjadi garang..(hehe) Mama memang seorang yang redha. Mama jarang tinggalkan solat dhuha nya, qiyamullailnya, Al-Qurannya.. Mulianya hati mama. Benarlah, seorang ibu tiada bandingannya.. Selamat hari lahir buat mama, saya dan anak²nya lain mendoakan moga mama terus dikurniakan rezeki umur dan nikmat, kalau boleh mama terus ada selama²nya di sisi kami, insyaAllah!

Saya rasa lagu ini sesuai sangat dengan mama. Lagu kegemaran saya sampai kini. Nyanyian Brothers. Buat ibu² di luar sana, Selamat Hari Ibu. Semoga dapat memegang amanah sebagai ibu dengan penuh tanggungjawab & kasih-sayang.

Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya




Terima kasih mama, ibu, mak, ummi, mommy, mom.. I love u.






Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009