14 Aug 2010

♥ Biskut Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


biskut hati ~ manis sekali


Seperti biskut hati, yang dibuat dari hati sendiri, selalunya sedapnya lebih terasa. Lebih manis. Lebih rangup. 
Seperti apa jua hidangan, yang dibuat dari hati sendiri, selalunya akan menjadi. Lebih lazat. Lebih enak.

Begitu jua apa pun yang ditulis, jika lahir dari hati sendiri, bukan dari hati siapa-siapa, pasti lebih terkesan. Bagi yang membaca menggunakan hati, pasti dapat merasa bila apa yang dibaca bukan turun dari hati sebenar. Pasti dapat menelah sesuatu bila hati cuba membaca hati. Bila membaca menggunakan hati, pasti akan terkesan, bila sesama hati berbicara. Usah menipu hati, kerana hati punya kuasa yang tak terjangkaukan oleh fikiran.

Pendek kata, buatlah sesuatu dari hati sendiri. Bukan dari hati orang lain. Bukan dari siapa-siapa. Hati kamu diri kamu. Hati mereka diri mereka. Bukan diri kamu. Jadilah diri kamu, selayaknya. Jadi berhati-hatilah, kerana bukan sekadar baca, pabila mata hati yang membaca. 

Biskut hati yang terhasil bukan dari hati sendiri, pasti lemau rasanya. Jika tidak hari ini, mungkin esok. Percayalah.




3 ♥ comments:

-iryani- said...

like3!!bagi saya,apa y kita niatkan bila buat sesuatu perkara..itulah y kita dapat..serupa juga dgn buat biskut hati..kalau kita buat utk org beli kerana bentuknya y cantik..maka org akn beli atas sebab bentuknya nmpak menarik..lain pula kalau kita buat supaya org beli kerana rasanya y sedap..orang akan terus membeli sebab biskut tu mmg sedap!tks kak izz for this post=]

Anonymous said...

sukeeeeee ~ :D

I'm Seri said...

Saya suka yang ini....tapi kan akak biskut Plurk terasa manisnya walau berhari-hari dah makan.


selamat santai kak.

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009