Your idea of perfect first date
Idea of perfect first date?? Hehe. Perfect first date bagi saya ialah bila boyfriend saya (pada masa itu - sebelum kahwin) datang ke rumah saya bersama seluruh keluarganya - tak silap saya 8 orang sekeluarga, menjamu selera bersama² sambil berkenalan dengan mama, baba & keluarga saya. Dan sambil saya mengenali diri & peribadi dia dengan lebih lagi melalui keluarga dia. Itu sangat perfect. Penuh beradab, teratur, mesra & ceria. Itulah perfect first date saya!
Bagi keluarga saya, tiada istilah "date" atau "dating" atau "outing with bf", walaupun setelah saya bertunang. Pernah sekali saya ingin pergi ke kenduri kawan baik saya, dan kerana di dalam jemputannya tertulis begini : "..menjemput Izzah & fiance.." maka saya pun beria² memujuk baba untuk membenarkan saya ke kenduri tersebut bersama fiance dengan alasan dijemput bersama. Atas apa alasan sekali pun, baba tetap tidak mengizinkan.
Cuma saya ingat, oleh kerana baba mama tidak sempat meneman saya untuk membeli persiapan dan hantaran untuk perkahwinan saya (hanya ada 1 bulan sahaja tempoh persiapan), maka baba terpaksa izinkan kami berdua pergi bersama, dan pastinya dengan curfew: mesti sampai ke rumah sebelum 7 p.m. Tepat pukul 6.55 p.m baba menelefon saya & bertanya di mana, oleh kerana kesesakan lalulintas (maklumlah pergi SOGO) saya tiba di rumah lewat beberapa minit. Melanggar curfew adalah sangat² ditakuti oleh saya pada masa itu.
Okeylah, itulah sedikit sebanyak mengenai perfect first date saya. Sebab saya rasa itu yang paling sempurna. Dan mungkin akan menjadi idea of perfect first date bagi anak² saya di masa akan datang nanti. InsyaAllah.
Selesai..
6 ♥ comments:
sweeeeeeeeet! :-*
Wahh~ Lengkap tu! Bukan je BF je datang. Dgn family sekali. pewit!
Kak Izz, macam ni lah date yang Noi idam-idamkan sebenarnya... Noi pon bangga jadi anak ayah & ibu dan dikawal ketat plak tu.. ada kebaikannya kan kak.. nyesal plak rasanya zaman sekolah dulu jd rebel & taknak dengar cakap orang tua.. hihihi..
Moga adalah lelaki di luar sana yang berani nak minta izin ngan ayah Noi kalau nak kuar ngan noi.. so far, memang tade lg lah yang berani.. EKEKE..
style first date tu saya suka :)
Woww... kenangan paling manis!
tetiba teringat, melanggar curfew yg telah di amanah kn oleh abah! lmbt blk rumah ketika bersekolah waktu petang oleh sebab jln ditutup coz ade pokok tumbang! punya la berdebar nk bertentang mata ngan abah time tu.. *pdhal bkn slh diri sdiri..
Rossarina :
sweet ye.. hehe thanx.. ^_~
n0n0i :
insyaAllah noi, 1 day akan ada yg berani dtg minta izin ngan ayah noi.. hehe.. kita doakan je.. hehe..
aliaa :
hehe.. kan.. cool je kann.. :)
eus :
hihi.. tu la, bukan salah yus pun nak balik lambat tu.. ut bencana alam namanya.. hehehe
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥