[backdated entry; December 12, 2010]
A photo of something you ate today.
Apa yang saya makan hari ini? Apa yang saya masak hari ini, secara detailnya. Kebetulan hari ini hari Ahad, selepas groceries shopping, balik rumah dan terus masak. Menu simple sahaja dan memang menjadi kegemaran kami. Sup suhun dimakan bersama sambal ikan bilis goreng garing dengan nasi panas, perghhhhh memang mantaplah perut kami. Hihi. Kepedasan yang tak terhingga daripada sambal ikan bilis telah dineutralkan oleh sup suhun yang lazat [amboi cerita...]. Tapi memang pedas ya Rabbi, makan sambil menangislah saya. Dan sambil tu saya tak henti² berkata pada hubby, "Fuhhh pedassssss, Fear Factor! Fear Factor!!" dan membayangkan peserta program realiti Fear Factor tengah menggelupur menelan sambal pedas power sambil menangis.. hihihi. Kali ini memanglah pedas kerana cili kering yang saya guna sebenarnya bukanlah cili merah yang dikeringkan, tetapi cili padi warna merah yang dikeringkan. Itu sahaja option cili kering yang ada masa saya membeli-belah di Tesco. Walaupun pedas tak tercakap, rasanya tetap umph la kot sebab saya tambah nasi 2 kali, hubby pun tambah 2 kali tapi kali kedua tu dalam kuantiti yang agak banyakkk la jugakkk.. aisehh. Tu tak termasuk semangkuk penuh sup suhun yang dia hirup sebagai starter untuk lunch. Hehe. Apapun alhamdulillah, kenyang sudah dengan rezeki untuk hari ini..
Sup Suhun + Telur |
Sambal Bilis Goreng Garing Pedas Ya Rabbi |
Oh untuk rujukan resepi bagi menu² simple ni, boleh singgah ke dapur saya di bawah ni ye..
♨ Resepi Sup Suhun + Telur
♨ Resepi Sambal Bilis Goreng Garing
4 ♥ comments:
dah terliur walaupon baru terbayang!!!
Isk ni sungguh menggiurkan (woot).
Noi pun suka makan sambal ikan bilis pedas. Berasap telinga tapi best. Lagipun senang je nak dapat cili padi sini, memang pedas, sedap!
aliaa :
alaaa aliaa lagi banyak masak dah skang..kalo baca blog aliaa pun k.izz asyik terliur je tauuu.. :D
n0n0i :
pergh tak dapat lupa la kepedasannyaa.. tapi tu yg best tu kan!! :D
Salam Izz,
Alamak tergoda lah saya dengan makanan ni semua. Nasib baik saya sudah kenyang baru siap sarapan pagi, kalau tak memang nak kena pegi cari salah satu yang kat gambar tu :)
::truemax
25 Muharam 1432H - Sabtu
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥