13 Feb 2009

♥ Owh Valentine's Day..


Dear blog,

Assalamualaikum. Agak lama juga tak berupdate, minggu ini teramatlah sibuk dengan Audit Report yang perlu di submit ke CEO.. dan perlu tunggu feedback & buat tindakan selanjutnya.. Pagi tadi ramai² ke Bilik Persidangan, tazkirah Jumaat oleh al-Ustaz Mohd. Helmi dpd API, UM tajuknya mengenai kecintaan kita kepada Allah.. alhamdulillah ramai juga yang turut serta mendengar, berbeza dengan Jumaat lepas semasa sesi membaca Al-Quran yang disertai oleh beberapa orang sahaje (alhamdulillah seluruh department saya turut serta).. Tazkirah pagi tadi dimulakan dengan al-Ustaz quote kan "menyukai sesuatu memang adalah fitrah manusia".. (memang betul pun kan).. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran al-Karim ayat 14, Surah Ali 'Imran:

(Bismillahirrahmanirrahim)

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Ayat ini dijadikan sebagai imtihan untuk menguji samada kita cintakan Allah s.w.t atau sebaliknya..

Samada kita tetap turutkan nafsu, terikut budaya Barat dengan meraikan Hari Kekasih (Valentine's Day) atau sebaliknya? Pada saya, konsep meraikan atas rasa sayang kepada seseorang yang kita sayang mungkin tiada salahnya, tetapi kenapa perlu 14 Februari, dan kenapa perlu dinamakan Valentine? Saya sendiri meraikan rasa kesayangan dan kasih saya pada orang yang dicintai, tetapi bukan pada hari² tertentu atas nama ocassion tertentu, tetapi setiap hari! Setiap hari saya meraikannya, setiap hari saya meluahkan rasa kasih dan sayang saya pada suami, mama dan baba saya serta adik-beradik yang lain.. setiap hari saya meraikannya! Dan apa yang paling penting, setiap hari, 5 kali wajib bagi saya mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan, kenikmatan umur dan rezeki buat mereka.. insyaAllah!



Aha, berkenaan isu boikot. Betul, perang di Palestin sudah reda, tapi, perlukan kita berhenti berperang dengan nafsu kita untuk ke McD atau KFC atau yang seumpama dengannya? Alhamdulillah sehingga hari ini, saya dan keluarga berjaya mengekalkan tindakan boikot ini. Dan seperti biasa, cemuhan pasti dilemparkan. Terutamanya di ofis.

"Ala, mula² boleh la nak boikot, lepas tu dah takde dah.."

"Kitorang tak kuat iman, tak larat nak boikot.."

"Boleh ke tu nak boikot lelama..? Ala nanti mesti tak jugak.."

"KFC dah announced hari tu diorang tak terlibat dengan Israel, so tak payah la nak boikot.. McD lain lah.."

Ha, inilah antara ayat² yang ditadah oleh telinga saya pada hari ini.. Sementelahan pada kebiasaannya hari Jumaat di ofis adalah hari untuk rehat yang panjang - biasanya dulu lunch di lokasi yang agak jauh dari ofis contohnya di KFC atau McD di KLSentral, Midvalley atau KLCC.. Oh, tak mengapalah. Itu semua bukan urusan saya lagi. Tepuk dada tanyalah iman.

♥ izzah©

6 ♥ comments:

aliaaroslan said...

orang malaysia nie mudah sangat terpengaruh n ikut budaya orang luar.. kalau yang baik takpe lah kan.. tapi yg kurang baik tu jugak yang nak diikuti.. huhu

♥ Izzah Marzuki said...
This comment has been removed by the author.
♥ Izzah Marzuki said...

julie_beth: a'aaa sbenarnye konsep V-day ni ok, cuma bila disalahgunakan, hmmm allahua'alam..

Leenoh said...

Itulah cara hidup kita, sentiasa merendah diri dengan Allah dan berdoa untuk kesejateraan diri, ibu bapa dan keluarga.
Walaupun kita tinggal berjauhan dengan ibu bapa tetapi sebenarnya atau hakikatnya kita sangat hampir dengan mereka.Seolah-olah kita berjumpa mereka lima kali sehari.Iaitu selepas kita berjumpa dengan Allah Taala, beta indah dan bahagianya ye.
Wassalam.

Ain Mardhiah said...

salam ma!!! wa.. lama rasanya mcm tak tegur .. hehe.. sihat?

♥ Izzah Marzuki said...

Leenoh: betul tu, memang indah dan bahagia bila semua tu seiring, kan. =)

Ainul: wsalam. takyah la panggil ma.. hihi mcm klakar lak bile kat sini.. a'aa lama x jumpe adik, even kat plurk, kan.. kesibukan membataskan.. alhamdulillah sihat.. harap adik pun sama.. =)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009