Dear blog,
Assalamualaikum.
I've been trying to update my blog for the last few weeks but work has gotten in the way. Seperti biasa, memang tak berkesempatan untuk update blog sejak akhir² ini. Tuntutan kerja dan masa yang terbatas untuk mengarang. Sibuk mengarang laporan audit. =) Cuma, alhamdulillah lega rasanya bila 4 daripada 5 laporan audit dah selesai dipersembahkan.
Topik kali ini ialah, bagaimana nak menangani rakan sekerja yang, errr, menjengkelkan yang kita tak berapa suka (boleh ke kita nak suka atau tak suka sesuka hati kita je eh?? hmm) atau yang biasa disebut tak 'ngam'.. kalau diikutkan.. Sebenarnya saya sendiri tak berapa kesah sangat jika perangai atau sikap seseorang itu 'tidak sedap dipandang' mata atau sebagainya, itu mungkin sudah menjadi gaya mereka, tapi saya tahu kesabaran saya pun ada tahapnya . Saya cukup tidak suka pada mereka² yang bercakap besar, riya' dan takabbur. Menunjuk² tentang kebolehan dan kelebihan diri, sehinggakan saya rasakan ia cukup menjengkelkan. Saya faham, bagi mereka mungkin itu adalah cara untuk meningkatkan konfiden diri atau juga cara mereka untuk apresiasi diri mereka, tapi perlukah sampai orang di sekitarnya merasa rimas dan bosan??
7 ♥ comments:
kesabaran setiap orang ada batasnya.. tapi jangan sampai mereka membuat kita membenci mereka.. aliaa pon kne jugak kat ofis nie.. huhu
julie^beth: ye la, rasa nak je buat silent treatment, tapi tak sampai ati plak.. hehe.. cemane ek kalo aliaa marah eh?? x bleh nak imagine.. ke mmg x penah marah?? =)
Kesederhanaan sangat cantik utk diamalkan, keras jangan sampai dipatahkan, lembut jangan sampai diperah, tunduk bukan untuk dipijak.
Miliki kemenangan melalui sifat beralah, beralah bukan bermakna kalah, kekadang yang menang balik rumah tidak dapat tidur kerana hatinya memberontak kerana dia tidak mampu kalah dan menang yang diperolehinya kerana sedekah orang yang kalah.
Wassalam
Leenoh: moga Allah tetapkan hati saya untuk terus beralah dan tidak melawan.. insyaAllah.. =)
maa...tak yah layan la org cam tu...buat penat dan lagi bertambah saket hati lg nnt...orang cam nih mane ader paham bahasa maa... :)
Along Riena: tu lah.. susah kalau nak ignore je.. x sampai ati pun ade.. entahlah.. harap² Allah s.w.t bantu tunjukkan jalan yg terbaik untuk menangani masalah kecil ini.. =)
kalo sy marah, pegi aje shopping, balik menunjuk2 kat diorang2 tu.. hahahaha (silent treatment ape.. hehe)
Post a Comment
What say you..? =)
Thanx for commenting.
May Allah bless u as always ♥♥♥