26 Nov 2010

♥ Diam Lebih Baik

Bismillahirrahmanirrahim..


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. - M.A

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya di dalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

“Diam-diam ubi berisi”

atau
“Diam-diam tong kosong”

atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”                                                                         ~ Mujahidah Ansarullah


diam..


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.. - M.A



The truth is there.. i know them way much better than you.
Stop claiming as your own, as they are all not yours.

Let Allah deal with the things they done.. enough said.


3 ♥ comments:

Fir said...

Salam, akak.. saya rasa macam ada sesuatu.. saya tau akak takkan bersuara kalau tak penting, kan.. dan akak pun susah sangat nak marah sesiapa kan.. takpe kak, moga Allah bersama akak selalu.. nanti kita jumpa ya.. rindu nak tengok muka akak yang tenang & bersih tu.. ^_~

akudansepatubaru said...

betul kak izzah, baik diam aje, biarlah anjing menyalak bukit, anjing yang menyalak bukit hanya membuat bising, sedangkan bukit itu tidak terjejas sedikit pun fizikalnya. kak izzah jgn down, terus kuat & senyum taw!

♥ Izzah Marzuki said...

Fir :
terima kasih fir.. insyaAllah, bertemu kita nanti ye.. :)

akudansepatubaru :
ye, terima kasih sesangat! jgn down & terus kuat & senyum selalu! :))

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009