25 Dec 2009

♥ Bila Rasa Lega..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


[pictures taken by myself long² time ago..its actually my mini fountain & the colourful artificial stones were added to reflect the LED. I love it. Sooo soothing..]

Alhamdulillah. Terdaya juga akhirnya untuk menaip entri. Sungguh. Hari ini betul² lega. Sangat² lega. Sebab inilah cuti yang sebenarnya cuti. Dah 3 minggu berturut² saya bawa balik segala kerja di pejabat yang tertangguh, untuk disambung di rumah, hujung minggu. Macamlah siap segala, kan. Tapi sekurang²nya bersentuh la jugak kerja² tu. Walaupun selalunya malam Ahad baru saya kelam-kabut mengadap laptop & kerja² tu. Sudahnya pukul 3 pagi saya baru nak tidur. Pukul 5.30 pagi dah bergegas bangun & bersiap ke pejabat. Memang huru-hara. Sampai demam lagi.

Kesian hubby saya. Dia yang memahami. Mungkin silap saya juga. Tak berusaha bersungguh di pejabat untuk siapkan. Asyik rasa berat bila tiba weekend, dalam fikiran saya berlegar pasal kerja. Pasal report. Huhu. Itulah sebabnya kot, saya tak selera nak update blog, bila memikir haish sempat pulak nak update blog, kerja & report tak siap lagi! Tapi alhamdulillah, selesai juga minggu lepas, walaupun masih ada 1 lagi report yang terpaksa dibuat minor amendment ~ demanding habis kali ini.. Jadi hari ini dapatlah saya update blog ni tanpa rasa bersalah..

Sepanjang 2 minggu lepas, bermacam² perasaan melanda.. seiring dengan bermacam² perkara yang berlaku. Teringin nak diceritakan semuanya, tapi saya tak pasti yang mana 1 harus dimula.. Bermula dengan majlis berkhatan 5 orang anak saudara di rumah, suasana yang seronok dengan sanak-saudara & hall depan bilik saya yang dijadikan wad eksklusif buat kelima² mereka.. Di pejabat, dateline yang menanti, saya pula terpaksa ke seminar 2 hari, dan desakan² emosi, huhu.. macam² lah..

Agak stress dalam minggu² kebelakangan, lengkap dengan saya demam, dan melalui pemeriksaan doktor, saya bagai mengalami tekanan. Tekanan darah saya naik ~ mengejut saya kira, tak pernah² pun sebelum ni rekod saya sebegini. Pernah tekanan darah saya naik sedikit - masa mengandung 2 tahun lepas. Degupan jantung juga agak laju, saya fikir saya tengah di dalam state yang menekankan. Kebanyakan punca mungkin dari pejabat. Walaupun sebenarnya dalam kebanyakan masa saya nampak [nampak je la..] tenang & tersenyum.. huhu. Atau mungkin graf kesihatan saya sememangnya makin merudum. Dan ada beberapa situasi yang membuatkan saya geram, sampaikan saya terdaya nak menulis 'menyampah...' di wall post Facebook. Tapi rasanya saya senang nak heal. Bila emosi saya demam. InsyaAllah. Dan hari ini saya rasa dah sembuh segala. Alhamdulillah. Let bygones be bygones..

Lajunya masa berlari, dah hampir penghujung 2009. Rasanya banyak juga yang terjadi tahun ini. Tak sangka juga dah setahun lebih saya bekerja di pejabat tu. Pelbagai sketsa & drama saya tempuh. Moga Allah bantu saya untuk terus menempuhnya, InsyaAllah. Minggu lepas juga, ada perjumpaan keluarga di rumah. Semua, termasuk ipar², ada amanat dari baba untuk semua. Syahdunya bila teringat. Sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dan baba telah menghadiahkan kepada kami semua dengan sesuatu. Tapi pada saya, ingatan & kasih sayang yang baba mama berikan lebih besar, jauh lebih besar & tak ternilaikan.

Selepas perjumpaan, baba buat keputusan untuk benarkan Loqman ke Australia.. Mungkin itu yang Loqman tunggu. Saya pun gembira bagi pihak dia. Perbincangan untuk berpindah, telah diumumkan. Sedih juga. Sedih untuk tinggalkan rumah ini. Dari 1989 hinggalah kini, tak ada yang manis & selesa melainkan di rumah sendiri. Home sweet home. Akan saya pastikan gambar rumah ini diambil di setiap sudut. Berpindah demi kebaikan. Dan sebenarnya kerana tuntutan pembangunan. Kawasan di sini akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk pembangunan. Bandar Ilmu. Berbetulan dengan pejabat saya yang bakal dipindahkan ke Cyberjaya. Molek la tu. Memang dah dekat dah. Cuma sekarang kenalah gandakan usaha. Kumpul duit dengan lebih gigih lagi untuk tegakkan tiang rumah sendiri. Hee.

InsyaAllah, bermula tahun depan, hubby saya akan serius dengan 'sesuatu'. Sesuatu yang saya sendiri pun minat. Harapnya menjadi. Dan sebagai pelaburan masa depan & masa tua kami. Allahua'lam. Perjalanan masih jauh. Tapi alhamdulillah. 3 tahun sudah. Bersama dia. Moga terus bersama dia hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Banyak benda baru saya belajar dari dia. Yang paling saya suka, dia sentiasa jadi guru saya dalam melawan inferiority-complex sydrome. Apa kebendanya tu? Hehe. Dia juga juga banyak bagi pengalaman baru. Contohnya, cuba menu baru. Masakan baru. Makanan baru. Berjalan ke tempat² baru. Dan dia juga tak pernah penat mengajar & berpesan untuk sabar & kawal emosi. Dia semangat saya. My wonderwall. Apa pun, sekarang ini bahagia, dengan status : kid-less couple. Moga diperkenankan-Nya jua, nanti, amin.

Berbalik pada cerita di pejabat.. saya rasa senang bekerja dengan mereka di department saya.. mereka memahami, apa yang dirasa. Sebab mereka pun sama merasakan bebannya. Beban? Dateline & demand. Cuma saya agak terkilan, bila 1 report yang saya tungkus -lumus berjaga hingga ke 3 pagi semata² nak siapkan, ditangguhkan dulu submissionnya. Tangguh hingga ke tahun depan. Hmm. Kenapalah saya tak diberitahu awal². Tak perlulah saya berjaga hingga demam.

Tak mengapalah. Semua ni cabaran. Biasalah, kerja. Kerja kan menuntut pengorbanan. Dan pengajaran utama buat saya : cukup² lah dengan last minute effort. Hehe. Okey, last minute effort pun sebab saya tahu capability saya. Sebab tahu saya dapat hit the target even by last minute effort. Itu yang jadi puncanya. Haish. Tapi kalau saya buat dengan sebaik mungkin & elakkan last minute, mungkin akan capai lebih daripada apa yang ditarget, kan. Pengajaran lain : hati² dalam memberi. Saya mungkin tak perlu jadi terlalu pemurah sangat untuk memberi. Ye, sifat pemurah tu sangat mulia. Tak perlu diharapkan balasan, kan. Tapi terkadang pemurah tu buatkan saya sakit. Terutamanya sakit di dalam. Jadi ada baiknya juga saya jauhkan. Huhu. Apa² je lah.

Bahagia kan kalau dapat menulis macam ni selalu. Luahkan yang terbuku di minda & di hati. Seronok tengok kawan yang menulis hampir setiap hari. Kenapalah bagi saya, 24 jam tu tak cukup. Atau saya yang tak pandai menyusun, kan. InsyaAllah saya akan terus di sini. Selagi mampu. Allahua'lam. Saya baru tambah link di blogroll ~ link kawan² baru. Google Reader dah menjadi peneman setia saya setiap hari. Saya nak buat nota kaki macam kebanyakan blogger buat tu, boleh? Nampak macam menarik juga, kan.




✿ܓ baru lepas minum secawan penuh jus daun belimbing yang pahit - turunkan tekanan darah.. huhu
✿ܓ maka jadilah saya the one & only anak manja(!) mama - baba graduated in Malaysia..
✿ܓ saya terpotong - terhiris jari manis saya, dalam juga lukanya.. kaffarah dosa, mungkin? [boleh buat modal untuk next entry ni.. hehe]
✿ܓ saya nak beli lagi karya Hlovate - novel²nya yang buat saya jatuh cinta pada diri sendiri lagi. Hehe. Siap jadi penyiasat, siapa Hlovate yang sebenar tuu.. dan rasanya saya dah jumpa. Dah tahu kot. Rahsia.
✿ܓ Saya buat mini / pet purse comel. Nak tengok? Tunggu next entry ye.. insyaAllah.



Wassalam.


6 ♥ comments:

Anonymous said...

salam Kak Izz. penuh nye entry nih smpai tatau nk komen yg mn satu. pilih2 la ye. hehe.

1. gmbr lawa!
2. uhu kerja. smoge dipermudah kan sgl kerja Kak Izz, amin.
3. slmt pindah rumah. ho pndh rumah sgt penat. #_#
4. alamak. ms bc yg psl hubby Kak Izz, tibe2 rs nk kawen agaga. ohho angin gedik dh dtg nih. (-_-!)
5. oh sudah tentu lah bole buat nota kaki itu :D

all in all, doa sy, smoge mudah sgl urusan Kak Izz. smoge di berikan kesihatan yg baik. dan juge smoge kekal bahagie smpai ke syurga. amin. :)

aliaaroslan said...

- selamat pindah rumah.. mau tolong ke?
- loqman ada kasitau.. tapi dari riak wajah die, mungkin ada sedikit kerisauan di hati, untuk tinggalkan mama, baba n family lain di malaysia
- didoakan kak izz bahagia dgn hubby sampai bila2.. bercinta sampai syurga!
- rindu nak borak2 dgn kak izz

♥ Izzah Marzuki said...

arina :
hehe entri yg padat & berkhasiat ek.. maklum la, daha brapa lama x update.. huhu.. oow, tetiba rasa nak kawen? hihi..insyaAllah.. akan tiba masanya ye.. mekaseh atas doa tu.. 。◕‿◕。

julie^beth :
blum nak pindah lagi pun... x tau la bila tuu.. loqman risau? haha.. anak manje, memang gitu.. mane penah dok jejauh ngan mama baba.. ok aliaa, timekaseh bebanyak atas doa.. k.izz doakan yg sama jugak buat aliaa.. bile nak borak, hmmm nanti insyaAllah.. 。◕‿◕。

Amal said...

comelnye kak!
=)

-cenonet-

I'm Seri said...

Salams kakak.

Pertamanya nak cakap sangat suka gambar tu...indah.

Sentiasa doakan yang terbaik buat kakak.


:)

♥ Izzah Marzuki said...

miSs s!v :
hehe..ape yg comel ye?
gambar tu ye? hehe.. tq tq..

IRIS :
terima kasih kerna sukakan gambar tuu.. tu sbenarnya 1st pic akak masa memula blajar pasal fotografi dulu.. didoakan yg terbaik juga buat Iris.. =)

Post a Comment

What say you..? =)

Thanx for commenting.

May Allah bless u as always ♥♥♥

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009