.Dear blog,
Eh tolonglah. Tolong buat kerja sendiri, jangan nak menunjuk depan saya! Saya buat kerja saya, sikit pun tak ganggu, anda nak dengki dalam diam itu urusan anda. Anda nak tunjukkan yang anda pun dapat kerja yang hebat (atau mungkin lagi hebat daripada apa yang saya buat), aduh, kesian sungguh saya rasa! Saya rasa kesian yang teramat, kenapa dia perlu minta tolong dan pandangan saya semata-mata nak khabarkan kat saya secara tak sengaja bahawa dia dapat kerja tu, yang lebih kurang macam saya dapat?? Seronok sangat gamaknya dapat buat kerja yang dah lama diidamkan tu. Ya Allah, tolonglah. Kenapa perlu ada orang sebegini rupa dalam hidup saya! Ya Allah, limpahkanlah kesabaran saya! Ya Allah, kenapa saya ikutkan rasa marah saya..
Memang dulu mungkin dia pernah mencipta kehebatan, tapi tak setiap masa kita di atas.. kalau betul awak hebat, sila selesaikan sendiri, jangan ganggu hidup saya, tolong. Kalau betul benar² hebat, kenapa tiada siapa yang iktirafkannya pun?? Saya sedih dan kesian dgn dia. Sibuk mencari identiti lagi, walaupun sepatutnya sekarang bukan masanya. Kesian.. anda perlukan pujian, pengiktirafan, untuk teruskan hidup anda. Sambil tu anda terpaksa mengaku sendiri kelebihan anda walhal tiada apa pun yang boleh dibanggakan sangat. (!) Astaghfirullahal'azim. Emosinya saya. Maafkan saya. Saya tak suka bila ada perasaan sebegini. Dah lama benar rasanya tak rasa macam ni. Ya Allah, saya taknak titik² hitam bertambah di hati saya.
Saya rasa geram hari ini. Kenapa saya perlu hadapi semua ini di hari Isnin? Saya terus ke surau secepat yang boleh. Saya perlu tenangkan diri saya. Saya perlu sejukkan muka dan anggota yang lain. Yang paling penting hati saya. Sejukkan hati yang rasa bagai tercucuk beratus jarum terus tetiba ada bintik²hitam muncul. Saya berdoa semoga hati saya bersih dan terus kenyal untuk berdepan dengan keegoan orang lain.
Saya tak tahu apalagi yang akan saya depani lepas ini. Mungkin saya perlu lebih positif? Sebenarnya, saya sudah tak selera untuk ambil tahu apa² berkaitan dengan dia lagi.. buleh? Cuma, saya harap dia tak datang ganggu saya sambil tunjukkan keegoan dia. Nampak baik, innocent tapi sebenarnya mungkin, tidak!
Ini kata² yang terlalu ikut perasaan. Maafkan saya. Beginilah resam dunia. Doakan semoga saya berjaya melawan rasa amarah saya ini.

♥ izzah©
.