9 Aug 2019

♥ 2019 & I Lost 51kg (112lbs) Yeayy

0 ♥ comments


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Its been a while! A veryyyy very very long hiatus anyway, last entry was 2 years ago (OMG) 😁 so this was just a post (20th May 2019) that I copied from my FB. Rasa nak share di sini juga. Tajuk post pun kelakar tapi why not kan? Haha.. InshaAllah will try to keep on updating my journey here, hopefully. Lots of things here and there that I need to adjust and reset, lama betul dah tak update the template/theme/html & so forth.. 😅

Alhamdulillah. Tak pernah terfikir pun untuk sampai ke tahap ini, maksudnya sampai dapat capai berat & saiz hari ini. Bermula 2 tahun lepas, disebabkan lebih 9 tahun mencuba (ttc), kami dinasihatkan oleh doktor pakar untuk kurangkan berat badan. Selagi berat badan tidak mencapai tahap yang sesuai, kami tak dapat teruskan prosedur di hospital.

Mulanya kami cuba kawal makan, tapi tanpa sebarang senaman. Cuba kurangkan nasi, kurangkan air manis. Suami dpd peminat tegar nescafe ais manis setiap hari, dah bertukar kepada nescafe panas, seterusnya nescafe o dan kini nescafe o kosong (tanpa gula).

Masa tu, berat kami masih pada angka ratus. Saya masih dlm 115kg manakala suami dalam 130kg. Tahun sebelum itu, berat saya paling tinggi pernah dicatatkan ialah 130kg, manakala suami ialah 161kg. Memang tersangat besar, tersangat comel & tersangat bulat kedua²nya, suami bersaiz 5XL atau 6XL manakala saya pula 4XL atau 3XL.

Alhamdulillah, kini suami dah capai berat 89kg, dan saya pula 79kg. Masih belum capai berat ideal, jauh lagi, tapi dia dah berjaya kurangkan 72kg, & saya pula berjaya kurangkan 51kg. Sekarang dedua dah boleh pakai saiz L alhamdulillah. Kami takkan berhenti inshaAllah sehinggalah capai BMI normal & berat ideal, jika diizin Allah.

Mei 2018 (Ramadhan), suami mula buat weightlifting secara ringan di rumah. Saya cuma menjaga makan sekadar yg mampu tapi tanpa sebarang senaman. Suami cadangkan saya cuba mulakan dengan plank.

Memang terasa azab mulanya, tapi kami nampak ada sedikit kesan. Seterusnya saya start berjalan & jogging di sekeliling kitchen island bersama suami 😂 & rasa best pula (paling mudah sambil² baking). Tapi masih belum bercadang nak jogging di luar rumah.

Bermula pada Oktober 2018, kami terjebak dengan jogging di taman yg pada mulanya hanya di hujung minggu sehingga bertukar ke setiap hari. Bermula dengan berjalan yg diselangselikan dengan jogging dan seterusnya bila lutut dah kurang rasa tekanan semasa berlari (berat telah mula kurang), kami mula jogging dengan lebih lama & lebih jauh. Mula nampak kesannya pada berat kami. Berat turun sedikit demi sedikit. Jadi semangat makin bertambah untuk teruskan.

Hampir setiap hari kami jogging (termasuk la di bulan puasa ini), maksudnya kami cuba luangkan masa utk jogging selepas balik kerja. Kalau tak sempat jogging di waktu petang, kami akan ke shopping mall di waktu malam dan berjalan sejauh yang boleh untuk capai 10,000 steps sehari. Kalau tak sempat juga kami akan tetap cari peluang untuk bersenam kat rumah dengan buat weightlifting.

Saya mula berhenti ambil order kek secara part time atas nasihat suami. Kami perlu tidur awal & saya tak boleh stress/penat untuk pastikan tidur yg cukup. Biasanya saya terpaksa tidur jam 2 atau 3 pagi bila menyiapkan tempahan kek, bangun pula seawal 5.30 pagi & ke tempat kerja pula. Memang penat. Tidur cukup sangat² perlu utk pembakaran lemak sebenarnya.

Suami found out diet yang sesuai buat kami, kami cuba Keto. Hampir tiada karbo (sangat sikit), lebih sayuran, lemak & protein. Alhamdulillah gabungan diet Keto, jogging, cukup tidur, amalkan minum acv (apple cider vinegar) & juga puasa IF membuatkan berat kami turun gradually & menampakkan hasil.

Semua pengetahuan tentang diet, keperluan utk diet, pemakanan sihat, pembakaran lemak, semua hanyalah melalui pembacaan sendiri, dengan merujuk dgn pakar pemakanan & juga doktor di hospital. Kami tak pernah pun sign up apa² program diet / gym. Kami tak pernah ambil sebarang ubat/jamu utk diet/kuruskan badan sebab dilarang doktor. Memandangkan kami dalam pemantauan doktor, sebarang ubatan yg dimakan akan memberikan kesan pada blood test.

Intermittent Fasting (IF) sangat memberikan impak utk penurunan berat. Seterusnya kami cuba OMAD (One Meal A Day) dan alhamdulillah berat yang naik di hujung minggu -disebabkan kami biasanya cheat Sabtu Ahad; dapat turun semula & dapat dikawal supaya tak naik dengan byk. Selain itu, kami cuba selang selikan dengan HIIT yang sesuai. Lari laju & angkat berat utk naikkan heart rate dalam tempoh masa tertentu.

Mungkin cara² ini lebih sesuai dengan kami, dan seriously kami pernah cuba cara diet yang lain sebelum ini tapi tidak berapa berkesan. Walaupun apa yg kami amalkan ini nampak agak ekstrem, tapi dari semasa ke semasa kami masih dipantau doktor, selalu check kadar gula & bp, & blood test utk ujian tertentu.

Memang setiap hari kami akan check sendiri bp & gula. Alhamdulillah suami kini tidak lagi perlukan ubatan utk kencing manis & darah tinggi seperti sebelum ini. Semua bacaan totally normal tanpa sebarang ubat, mashaAllah! Alhamdulillah.

Apa yg turut menggembirakan selain melihat berat pada penimbang menurun, ialah bila semua baju² lama dah boleh dipakai. Saya mmg gantungkan baju lama yg saya beli tapi tak dpt dipakai sebab ketat satu masa dahulu di depan pintu bilikmandi. Saban hari saya akan cuba pakai & benchmark tahap keketatannya.. 😂

Akhirnya, baju tu dapat dipakai dengan selesa. Mmg satu kejayaan walaupun nampak kecil. Dan kini baju tersebut tak dapat lagi dipakai pula, disebabkan sudah terlalu besar buat saya -ukuran bahu jatuh, baju jadi meleret & labuh, sangat longgar & bukan lagi saiz yg sesuai utk sy. Frustrating; in a good way i would say 🤣 Baju² lama sebelum kahwin kini juga tak dapat dipakai lagi kerana saiz kini lebih kecil daripada saiz sebelum kahwin. Pendek kata kami tak pernah bersaiz seperti sekarang ini, sebelum ini.

Yang turut membuatkan hati saya lebih lapang & gembira ialah bila dapat solat dengan lebih mudah. Dulu disebabkan fizikal yg sgt besar & berat, terpaksalah solat secara duduk kerana masalah pada lutut. Alhamdulillah, kini dapat solat seperti biasa, dapat duduk tahiyyat macam biasa, Allah.. syukur sangat².

Saya mengenali & berkahwin dengan suami di saat dia sememangnya berbadan besar ketika itu (150kg), tapi menghairankan juga kerana sepanjang 13 tahun hidup bersama dia, saya tak pernah nampak dia sebagai seorang yg sangat gemuk pun. Begitu juga dia, katanya. Love is blind, definitely 😄.

Bila mengimbau gambar² lama, memang terkejut & hampir tak percaya kami pernah sebesar & secomel dulu. Sukar nak diterangkan tapi begitulah. Dia sanggup korbankan semua yg dia minat -makan & rokok, semata² nak beri sokongan, motivasi & inspirasi buat saya, supaya sama² dapat turunkan berat. Memang susah nak capai kalau saya seorang je yg beria nak diet, kan.

Yang pernah ejek, perli, sindir & gelakkan kami satu masa dulu disebabkan kami gemuk, besar & menyusahkan, tak mengapa, kami maafkan. Moga kita semua jagalah perasaan sesama makhluk, selagi kita sendiri tak alami, kita takkan faham apa yg dihadapi.

Setiap kali kami terjumpa seksyen pakaian utk plus size ni kat memana kedai, hati kami akan terasa sedih, terimbau kembali zaman kepayahan dulu nak mencari baju yang sesuai ditambah pula dgn harga plus size ni kebiasaannya lebih mahal dpd harga baju saiz standard.

Memang sedih bila teringat, kadang bergenang airmata. Kami sangat faham perasaannya berbadan besar/gemuk ini. Kami doa supaya cukuplah kami & yang senasib kami untuk pernah melalui keadaan itu sekali cuma. Cukuplah dengan makanan yg berlebihan, cukuplah untuk menurut nafsu makan tanpa memikirkan akibatnya. Bukan mudah, sebenarnya.

Sempena Ramadhan yg barakah ini, doakan kami berjaya menempuh prosedur di hospital tidak lama lagi; seterusnya dikurniakan zuriat kedua selepas pemergian yg pertama 12 tahun lalu.

Apa pun hasilnya nanti, kami akan tetap sabar & redha, percaya pada taqdir Allah, teruskan bersangka baik pada Allah. Dia lah yang menggerakkan hati & memberi kekuatan untuk kita berusaha, Dia lah yang memberi keizinan untuk berhasil atau tidak usaha kita.

Yang penting kita usaha untuk jadi lebih sihat & lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih atas segala doa², kata² semangat dpd semua, moga Allah murahkan rezeki kalian.

Kami doakan buat yg masih berusaha untuk lebih sihat & turunkan berat, & yg masih belum dikurniakan rezeki lagi, jangan putus asa. Kena kuatkan hati, kena sanggup korban banyak perkara. Be resilient. Resilience is knowing that you are the only one that has the power & the responsibility to pick yourself up. Niatkan semua kerana Allah. Selebihnya serahkan pada Dia. InshaAllah. 😊





♥ Izz

27 Oct 2017

♥ Back To Blogging?!

0 ♥ comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Its been a while. A veryyyy long hiatus anyway, so this was just a recent post i copied from my FB 

Semalam lagi kereta biru ni dah start bg warning dia sakit. Betul² dia bertahan, sampai depan pagar rumah dia pengsan. Nasib baik depan pagar. Kalau tgh highway nak pulak kat speeding line? Huhu. Pagi tadi dia macam dah baik demam. Semalam pengsan kejap je.

Tapi on the way ke ofis, tiba² dia pengsan lagi. Kali ni pengsan yg lama. Tengah² jalan. Dekat traffic light. Taksempat tarik handbrake. Terlanggar sisi kereta depan. Allahuakbar. Walaupun kereta orang depan kemik, kereta ni juga yg maintan macho ada just a few minor scratch je. Huhu. Alhamdulillah atas ujian. Tapi mujur juga chinese lady tu baik. Entah kenapa, rasa lega juga.. this lady siap berlari² ambil beberapa kon oren tepi jalan utk blok kereta yg dah tak boleh start tu. Nasib baik dia cool senyum & tak marah / maki (itu la yg paling taknak).. & sama² tunggu En.asben patah balik dari Subang Jaya ke Cyberjaya to assist the towing etc.


Sambil tunggu tepi jalan, matahari makin meninggi. Cepat² this lady ambil payung & payungkan kita. Eh mcm terharu juga. Padahal kereta dia dah kena langgar & kemik. Alhamdulillah dpt settled on our own, tak perlu pegi balai. Sedih juga kereta ni dah ke bengkel. Kereta inilah penah ambil & hantar kita ke sekolah. Lama dah berjasa. Rehatlah dulu. Nanti kita bawa jalan² pusing Cyberjaya lagi inshaAllah.. tq perdana biru, awak sangat tough sebab awak tak badly injured pun due to the accident.. it just that awak dah berumur je kan huhu.. Alhamdulillah pasti ada hikmah atas ujian~

♥ Izz

9 Jan 2014

♥ Tips Menarik

1 ♥ comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Dah masuk 2014 dah. Setahun tinggalkan blog ni. Kesian betul. Terjumpa artikel yang agak bagus ni di WikiHow. Bagus untuk panduan sendiri di awal tahun ini. Hehe.

How To Stop Being Hungry Quickly

Still hungry? Didn't you just eat a couple of hours ago? Just follow these simple suggestions to keep from feeling hungry.
  1. Are you really hungry or just bored? Eating out of boredom is very common. Change your mind by participating in an another activity for 10 minutes. Go for a quick walk, do some artwork or write a letter. ~ Okey, selalu juga terjadi. Okey, kalau lapar kita naik basikal yeah. Hihi. Jangan makan sebab bosan. Haha.
  2. Are you actually thirsty? Hunger symptoms can occur if you're dehydrated. Try drinking something before deciding upon something to eat. ~ Itulah kan. Sebenarnya dehidrasi. Tapi asyik rasa perlu penuhkan perut. Okey, lepas ni kita minum dulu!
  3. Determine your hunger level. Use a scale of one to ten. Would you still be interested in eating your least favorite food? If the answer is yes, then you should probably eat something. ~ Hmm, bagus juga buat macam ni. Nak kawal psikologi kita kan. Kalau sampai sanggup makan makanan yang tak berapa digemari, maknanya memang lapar betul (kebulur) hihi. Kalau sampai sanggup makan hati, limpa, petai, daging tetel (eh!), perut, nasi kerabu, peria, rebung, semua ni makanan yang kurang digemari (oleh saya la), tu maknanya memang laparrr.
  4. Make a fulfilling meal. Include grains, legumes and vegetables. A healthy, well-balanced diet is very effective in curbing hunger. ~ InshaAllah, dalam proses tindakan. Hehe.
  5. Have a hot lunch. Warm food and beverages are more satiating. Try a hot bowl of chicken vegetable soup rather than a cold chicken salad sandwich. ~ Selalu pastikan hot. Sekarang pun dah kurang minum air sejuk unless buat fruit smoothies/infused water. Current favorite drink : hot honey lemon.. memang best!
  6. Curb hunger with healthy fats. Choose a handful of nuts as a snack. ~ Dalam cubaan juga..heh.
  7. Choose foods and beverages that suppress hunger. These may include caffeine, herbs, amino acids and vitamins. Try a piece of hard candy or chewing gum. Sparing amounts are recommended. ~ Kena rajin sikit bila part yang ni..
  8. Eat only three meals a day. Train your body by eating at the same time every day. Resist eating between meals. Within a few weeks, hunger symptoms between meals should disappear. ~ Yang ni memang betul. Kalau train perut untuk terima makanan setiap masa, memang sangat susah nak ajar perut tu cool je kalau nak control makan. Hihi.
  9. See your physician. If you continue to have issues with hunger, you could be misjudging your nutritional needs. Excessive hunger can also be a sign of diabetes or parasites. ~ Hmm. Part parasites tu yang macam ngeri jugak. Kecacingan. Huuu. (kalau orang Melayu punya diagnos: saka.. hihi)
  10. "Look at what you're doing." Write down everything you're eating, put a picture up of a holiday destination or a dress you want, this with give you the motive to only eat when you need to, not when you want to. ~ Yang ni kena usaha lebih sikit  & perlukan masa sikit. Bila kelapangan boleh cuba. (Nak update blog pun tunggu setahun. Haha.)
  11. "Try drinking." Instead of eating, make some tea or coffee. Try chewing gum. Look at the food and think of it in a different (gross) way. Try hobbies to do read, and write. Also ask yourself, "Do I really want this?" And, "Do I really need this?" Try a diet and following it, or even just set a goal for your weight adding healthy exercise. ~ Yeah, lebihkan minum daripada makan! Betul, kekadang makan tu tak perlu sangat pun, sebab dah kenyang pun, cuma lebih kepada perasaan nak makan je. Nafsu semata² kan. Hihi.
Semoga berjaya! (berjaya hentikan rasa cepat lapar..hihi).

Balik kerja basuh baju sidai baju minum air lemonkiwimadu 
sambil lepak depan umah tengok sunset. 
Alhamdulillah.




17 Sept 2013

♥ Alhamdulillah ~ InshaAllah

0 ♥ comments

Alhamdulillah, for the small achievements..
 
Further study ~ was on study leave for 4 months.. (°⌣°)
Passed & got first class pointer for the Final Exam (•‿•)
Hit the target to reduce weight, so far ~ 16kg.. more to go! (^^,)
Selesaikan major part project of our new house (*≗*)
Iphone5.. hihi (〃^∇^)


InshaAllah, for the future endeavors.. 

Siapkan thesis proposal & confirmkan dengan Supervisor.
Blogging as much as I can.. (◠‿◠)
Tukar blog layout/skin ~ blog Cuppyness By Izz
Kemas meja study.. be committed & spend more time on thesis! (-''-)
Continue baking & caking.. (absolutely in need of this therapy!)
Continue cycling & keep on dieting! hihi (>.<)
Travel/umrah (^^,)
Brand new laptop? (ʘ‿ʘ)
New job.. perhaps? ( '-' ) 
Baby / babies??  (*^ -^*)


Moga Allah permudahkan & tunjukkan jalan.. (ᵕ.ᵕ)

11 Sept 2013

Merasa Terasa

8 ♥ comments
Setelah beberapa minggu, baru terasa nak menulis & luah di sini. Setelah aku rasa dah sedikit lega & boleh menulis dengan tenang. Betul, 2-3 minggu kebelakangan ini, memang aku terasa. Kecil hati & rasa tercucuk sampai ke dalam. Rasa disiat². Selama 7 tahun ini, tak pernah aku rasa sedih begini. Selama 7 tahun ini aku redha, sabar & tak pedulikan sangat apa kata² atau soalan² orang yang menyentuh tentang anak. Aku sangat positif & redha sebab aku tahu aku dah lalui pun & pernah merasai pun punya anak walaupun untuk beberapa bulan cuma. Cuma rezeki aku Allah pinjamkan sekejap sahaja. Ya, sebagai seorang perempuan yang pernah mempunyai anak & anak itu pula yang dibawa pergi, bohonglah kalau aku nak kata yang aku tak kisah dan tak fikir tentang anak. Setiap kali lepas solat itulah doa & harapan aku rintihkan depan Dia. Aku tau, dan aku tak kisah pun kalau beribu² orang bertanyakan aku tentang anak, tentang masalah mendapatkan anak, tentang usaha² yg kami buat untuk dapatkan anak, sebab aku tahu mereka semua tu sangat concern pasal aku berdua, especially mereka² yang dah beranak-pinak. Aku tau, tujuan mereka tak lain tak bukan hanyalah nak kami berdua merasai kegembiraan ada anak sama seperti yang mereka rasai. Kan?

Aku tak pernah terasa langsung bila kawan² atau saudara-mara bertanyakan hal anak. Tapi. kalau kata² seorang perempuan yang bangga mempunyai anak ramai itu merendah²kan status aku yang belum berzuriat ini, memang buatkan aku pedih sampai ke ulu hati. Disebabkan suamiku boss, suamiku yang buat keputusan untuk suaminya samada boleh bercuti atau tidak, dia dengan tergamaknya meluahkan perkataan yang bagi aku sangat kejam. Kejam untuk perempuan yang tak bernasib baik macam aku. Kejam untuk pasangan² yang senasib dengan kami. Disebabkan tak dapat penuhi permintaan dia, terus menuduh suamiku tak sanggup berkorban kepada mereka yang mempunyai anak, ditambah pula dengan ayat PATUTLAH TAK PERNAH DIBERI PELUANG UNTUK MERASA (ada anak).. Berderau darah aku bila baca ayat ni. Perkataan pertama yang ku terfikir ialah: KEJAM! Sangat kejam. Sebak rasa di dada & nafas ku tersekat, airmata dah nak mengalir tapi aku pastikan ia hanya bergenang memandangkan aku di pejabat. Walaupun aku tau kenyataan tu dituju buat suamiku, tapi secara tak langsung melibatkan aku sebagai isterinya. Apa dia ingat orang macam kami tak punya perasaan? Patutlah tak pernah diberi PELUANG? Aku ulang² ayat tu.. Sedihnya aku rasa! Takburnya dan bongkaknya kata² mu itu. Siapa kamu untuk berkata begitu? Kali ini aku memang tak dapat menahan perasaan, sebelum tidur aku menangis bila teringat kata² kejam sebegitu. Aku rasa malam tu aku tak dapat lelapkan mata pun, aku nangis diam² tanpa pengetahuan suami. Sebab aku tak mahu dia nampak aku sedih. Walaupun aku dah berbincang tentang hal ini dan dia cuba tenangkan hati aku, tapi aku takkan lupakan ayat² perempuan itu. Mana mungkin aku lupakan.

Memang kebelakangan ini aku sibuk di wallpost dengan ayat² melibatkan zuriat. Anak. Rezeki. Anak² buah. Perasaan. Aku rasa dia sedar. Sebab dia dah buang pun status kejamnya itu dari timeline dia. Baguslah kalau kau sedar, sebab kau dah lukakan hati aku dan orang² senasib aku atas asbab yang diluar kuasa aku tapi sepenuhnya dari Allah swt. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku dan tunjukkan padaku, siapa diri dia yang sebenarnya. Disebabkan perempuan itu jugalah aku jadi sangat sensitif bila menyentuh tentang zuriat / anak. Sampai satu ketika,  mengalir deras air mataku menangis dalam kereta selepas pulang daripada majlis jamuan raya kawan² sekerja suami. Sebab? Masing² sibuk dengan anak² dan semua cerita pun berkisarkan anak² semata²nya. Walaupun tersenyum, masa tu aku terfikir di mana aku harus letakkan diriku, jika aku tak sebertuah mereka semua yang bangga punyai anak².. Layakkah aku nak bercerita tentang anak² sedang aku tak punyai seorang pun.. Sedih sangat rasanya. Terima kasih perempuan, kerana buatkan aku jadi begitu. Tapi aku sedar, semua itu ujian. Aku kena redha. Dan terus redha. Terasa sangat lega bila aku kongsi rasa dengan kakak² yang sangat memahami.. dan ayat mereka yang buat aku tersedar kembali : “Sekurang²nya anak awak dah terjamin ada di syurga, anak² kami yang boleh jadi fitnah kepada kami, belum tentu nasibnya, syurga atau neraka..” Allahu Rabbi.. maafkan aku ya Allah, kerana kekecewaan & kesedihan aku sebenarnya hanya membuatkan aku tak redha dengan ujianMu.. Moga SABAR yang aku tuai selama 7 tahun ini ya Allah ~ hatta ditaqdirkan untuk 70 tahun akan datang sekali pun, membuahkan hasil & manfaat untuk kami suami isteri.. dunia & akhirat.. Ameeen :')

25 Oct 2012

♥ Kalau Dah Jodoh..

3 ♥ comments

Kita tak pernah tahu siapa jodoh kita sehinggalah tiba saat kita yakin kita dah bersedia untuk terima orang lain dalam hidup kita..  kita mungkin hanya nampak dia, bukan orang lain atau siapa-siapa untuk jadi peneman kita teruskan hidup..

Saya tak pernah terfikir pun saya akan berkahwin dengan kawan baik saya. Hehe. Kenapa entry ini ditulis, kerana bersempena dengan Hari Raya Aildil Adha, selalu mengingatkan saya tentang dia; suami saya.. ;)

Beberapa kawan saya dan kawan suami saya pernah bertanyakan tentang bagaimana saya boleh berkenalan / berjumpa dengan suami.. mungkin kerana beza umur yang agak jauh, 7 tahun bezanya, membuatkan mereka terfikir.. Saya pula selalunya susah nak menceritakan pada kawan-kawan mengenainya..

Selepas SPM, saya sambung pengajian di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Dalam tempoh pengajian, saya biasa menggunakan internet di rumah, dan kadangkala saya perlu membayar bil di Telekom. Suatu hari, saya dan rakan telah ke Telekom untuk membayar bil. Itu kali pertama saya ke Telekom tersebut. Kebetulan saya mengalami sedikit masalah berkenaan internet. Dalam keadaan terpinga-pinga, maklumlah masih kanak-kanak Ribena.. hehe, saya terpandang seorang lelaki yang berpakaian lengkap beruniform. Saya kira itu pasti pekerja Telekom, dengan yakin saya mengandaikan lelaki tersebut ialah technician di situ. 

Saya dengan tersipu-sipu (konon) meminta bantuan lelaki tersebut, dan lelaki tersebut dengan berbesar hatinya membantu saya membawakan bil & dan menguruskan masalah saya. Saya pasti lelaki tersebut memang merupakan salah seorang pekerja. Setelah beberapa minit kami menanti, akhirnya urusan saya pun selesai. Lelaki tersebut datang berjumpa dengan saya dan akhirnya dia membuat pengakuan.. bahawa dia pun pelanggan juga seperti saya, bukan pekerja! Hihi tapi dengan rasa ingin menolong, dia bantu juga saya.. aduh memang malu sungguh rasanya. Saya cuma ucapkan terima kasih tidak terhingga sahaja.. Dalam hati saya berkata, baik hati juga lelaki ni.. :D

Saya teruskan pengajian di UM, hinggalah satu hari, saya menghadiri kenduri kahwin saudara di KL. Tidak disangka, lelaki tersebut turut menghadiri kenduri yang sama & kami bertemu lagi. Saya memang kenal dia sebab rupa fizikalnya yang familiar.. hehe senang nak ingat.. Dia datang menegur saya & kami bercerita mengenai peristiwa di Telekom tersebut.. malu memang malu tapi saya cuma tergelak sahaja.. kali ini dia bagi nombor telefon & emel dia pada saya.. 

Selepas daripada itu saya tak pernah jumpa dia lagi. Cuma saya pernah email padanya & dia pernah hantar e-card pada saya.. zaman tu memang famous dengan e-card especially e-card dari Bluemountain.. hihi.. Jadi kami pernah berbalas email cuma bertanya khabar dan seingat saya dia selalu ceritakan mengenai bakal tunangnya.. Dalam masa yang sama saya berkawan dengan seorang kawan baik lelaki yang tinggal di PD.. kami pun tidaklah selalu berhubung, cuma kadangkala melalui telefon dan emel sahaja.. Jadi dia pun tahu situasi saya yang berkawan dengan kawan di PD, dan saya pun tahu situasi dia yang bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya.. (cewah ayat..)

Pada tahun 2000, saya berpindah mengikut keluarga ke Alor Setar, saya sambung pengajian di sana. Entah bagaimana, hampir 2 tahun sebelum itu saya dah tidak berhubung lagi dengan dia, begitu juga dengan kawan baik di PD. Saya lebih banyak tumpukan masa pada study. Satu hari, hari itu ialah hari sebelum Hari Raya Aidil Adha.. saya tergerak hati untuk buka semua buku-buku nota saya, dan saya terjumpa 1 senarai nombor telefon kawan-kawan lama. Dalam senarai tersebut, ada nombor telefon dia. Entah kenapa nombor dia menarik perhatian saya, walaupun sebelum ini saya tak pernah pun call dia. 

Jadi dengan rasa saspen, saya hantar mesej untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, setelah hampir 2 tahun tanpa berita.. hihi.. Rupanya mesej tersebut dibalas, dia masih guna nombor tersebut & masih kenal saya. Lepas mesej dibalas, dia call saya dan beritahu dia di klinik, hantar mamanya yang demam. Dan selepas dari itu, saya berhubung semula dengan dia, terutamanya melalui emel.. dan dari situ saya dapat tahu dia tiada jodoh dengan tunangnya.. 

Jadi saya dan dia pun berkawan jarak jauh, kerana dia di KL, saya di AS. Saya sibuk dengan pengajian di UUM, dia pula sibuk dengan kerjayanya. Saya tahu dia serius bukan untuk berkawan sahaja, tetapi untuk memperisterikan saya. Saya sendiri pun tak suka untuk berkawan sekadar suka-suka tanpa matlamat kerana hanya membuang masa & sia-sia. Saya masih ingat lagi, dia pernah berkata yang dia mahu saya jadi ibu kepada anak-anaknya nanti. Di situlah saya faham yang dia bukan main-main berkawan dengan saya. 

Dalam pada itu, dia selalu jadi pemberi & pembakar semangat saya masa saya study.. selalu doakan saya bila tiba hari exam.. dia selalu jadi penyokong kuat saya untuk dapatkan result yang baik.. Sampai satu peringkat saya dijemput untuk bertemu dengan mamanya & keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya tibalah juga saat dia mahu datang bersama keluarganya ke rumah saya di KL untuk merisik saya. Saya ingat lagi pada hari itu saya sibuk di kelas, saya tiada di majlis tersebut. Dia cuma kirimkan mms gambar barang-barang merisik yang dibawa. 

 Mms dari dia, 26.12.2004

Saya perlu tunggu cuti semester untuk pulang dan sarungkan sendiri cincin merisik.. hihi. Tarikh bertunang juga telah ditetapkan, tidak lama selepas merisik. Jadi alhamdulillah kami ditunangkan dalam tempoh hampir setahun kerana saya masih di dalam pengajian lagi. 

 Hari pertunangan, 08.05.2005

Di akhir pengajian, saya berbincang dengan dia mengenai perkahwinan. Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyangka saya bercakap mengenai soal pernikahan. Dan menurut suami, dia pun tak sangka saya akan bincang mengenai perkahwinan, walaupun dia memang dah bersedia dan menanti saya tamatkan pengajian. Pada saya, lebih elok dipercepatkan, saya tak suka berlarutan tanpa ikatan walaupun dengan ikatan pertunangan. Jadi saya fikir sebulan selepas saya tamat sahaja, saya dah berada di KL dan kami dapat jadi pasangan yang halal. Tempoh sebulan tersebut untuk persediaan & masa untuk saya siapkan sendiri hantaran..

Hantaran gubah sendiri je..

Flower arch pun buat sendiri jugakk..

Alhamdulillah, 03.06.2006, kami selamat diijabqabulkan. Tarikh tu juga merupakan tarikh hari jadi mamanya. Mamanya selalu berkata, sayalah hadiah birthdaynya yang paling besar! Hahaha.. 

 Finally.. 03.06.06

Jadi, itulah cerita jodoh saya. Kadang-kadang saya berkata pada suami, saya tak menyangka pun akan berkahwin dengan dia. Itulah yang dinamakan jodoh. Kita tak tahu dengan siapa jodoh kita, kadang dengan yang tidak disangka-sangka. Allahu Ta'ala a'lam. Cuma saya penah mengaku juga pada dia, sepanjang saya berutus beberapa emel pada dia, saya suka juga pada dia dalam diam.. haha. Dushh. Malu. Apapun, saya berdoa moga jodoh saya dengan dia terus kekal hingga ke syurga, ameeeen. Saya doakan pada kawan-kawan untuk bertemu dengan jodoh yang baik, kerana apa yang dikurniakan Allah pada kita semuanya yang terbaik & untuk kebaikan kita, insyaAllah!

Alhamdulillah.. ;)

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua..













4 Oct 2012

♥ Jalan² Singapore

5 ♥ comments
Assalamualaikum..

Hehe.. nak buat entry jejalan ke Singapore lah.. walaupun entry ke Perth pun belum siap.. hihi.. nanti²lah bila ada mood ye.. bak kata Yus, dah berjanggut menunggu..haha.. sorry Yus!

Okey untuk jejalan Singapore ni, just nak share gambar² lama.. taknak tulis panjang² nanti boring pulak nak dibaca.. kan.. tengok je laaa.. hihi.. Gambar² adalah bercampur² dengan efek & tanpa efek, sebab ikut suka je hihihihi banyak guna iphone je.. hehe..

Mula² kita tengok Map of USSi (Universal Studio Singapore) ni dulu..sangatla besar kawasannya.. seharian kot kalau nak habiskan semua.. dinasihatkan pakai selipar atau kasut yang sangat comfy &  tahan basah.. kalau tak, memang menangis la kot.. hehe..


kat luar Resort World Sentosa.. parking luas sangat sampai kena naik teksi..free takpe... hihi

 kat lobi Festive Hotel.. comel kan.. 

 kat luar bilik..

cool greetings from hotel.. 

 selamba panjat naik atas.. tapi macam gayat gak.. hihi

 
 hotel room yg sangat cozy & comel.. 

 
 hihi..

 
 macam kat oversea kekonon ye..

 memula nak masuk Transformers Ride dulu..

 
 masih awal pagi.. orang pun tak ramai sangat lagi..

 
ngan autobot.. hihi
 tengah tunggu ride.. untuk berjuang bersama Optimus Prime!

 


 best best.. 2 kali repeat naik Transformers Ride ni.. hihi

 kat area Jurassic Park

 depan Jurrasic Park

 memang tinggi.. 

 The Mummy Ride pun best jugakk

 statue tu besar & tinggi & kekadang seram bila tengok..hoho

 Shrek's Kingdom!

 
di alam fantasi..

kat taman depan istana..

 kawasan luar istana..

 donkey comel..

 
 cantik kannn

sebijik macam dalam movie.. tak termasuk yg depan tu la.. haha








 ieeee menakutkan.. masa dia sampai tu rasa nak lari je.. tapi takkan nak tinggalkan En.Husband? :D










 comel kann.. hihi

 depan rumah Ogre


 Waterworld Show.. bestt












 jalan² pusing² lagi..

 

 




 


 


 berhenti makan kat Oasis jap..

 
 nasi beriani & soto.. dah penat berjalan, lapar kan.. semua pun terasa sangatlah sedap.. hihi


 nasi beriani ngan ayam masak ape tah, lupe.. yang hijau tu sayur daripada kacang peas..sedaaaaaaap..


 




Candylicious!




malam pun singgah lagi.. ontheway nak tengok Giant Crane Show


Crane Show yang sangatlah spectacular..

ye lah tu.. hihi

Kat Kallang Theater, tengok Dream Theater.. uhuhu terjebak jugak..

Okey.. cukup kot gambar² ni.. sebab ada lagi tempat² lain yang kami pergi & ada lagi gambar² lain tapi semua nak kena resize.. mau memakan masa selama setahun setengah lagi.. haha.. lepas ni nak cuba habiskan entry Perth & nak sambung dengan entry Hatyai & StarCruise pule.. hihi  insyaAllah.. semangat tu lom datang sepenuhnya lagi.. heeeeee..

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009