skip to main |
skip to sidebar
Written by
♥ Izzah Marzuki
at
Friday, August 09, 2019
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Its been a while! A veryyyy very very long hiatus anyway, last entry was 2 years ago (OMG) 😁 so this was just a post (20th May 2019) that I copied from my FB. Rasa nak share di sini juga. Tajuk post pun kelakar tapi why not kan? Haha.. InshaAllah will try to keep on updating my journey here, hopefully. Lots of things here and there that I need to adjust and reset, lama betul dah tak update the template/theme/html & so forth.. 😅
Alhamdulillah. Tak pernah terfikir pun untuk sampai ke tahap ini, maksudnya sampai dapat capai berat & saiz hari ini. Bermula 2 tahun lepas, disebabkan lebih 9 tahun mencuba (ttc), kami dinasihatkan oleh doktor pakar untuk kurangkan berat badan. Selagi berat badan tidak mencapai tahap yang sesuai, kami tak dapat teruskan prosedur di hospital.
Mulanya kami cuba kawal makan, tapi tanpa sebarang senaman. Cuba kurangkan nasi, kurangkan air manis. Suami dpd peminat tegar nescafe ais manis setiap hari, dah bertukar kepada nescafe panas, seterusnya nescafe o dan kini nescafe o kosong (tanpa gula).
Masa tu, berat kami masih pada angka ratus. Saya masih dlm 115kg manakala suami dalam 130kg. Tahun sebelum itu, berat saya paling tinggi pernah dicatatkan ialah 130kg, manakala suami ialah 161kg. Memang tersangat besar, tersangat comel & tersangat bulat kedua²nya, suami bersaiz 5XL atau 6XL manakala saya pula 4XL atau 3XL.
Alhamdulillah, kini suami dah capai berat 89kg, dan saya pula 79kg. Masih belum capai berat ideal, jauh lagi, tapi dia dah berjaya kurangkan 72kg, & saya pula berjaya kurangkan 51kg. Sekarang dedua dah boleh pakai saiz L alhamdulillah. Kami takkan berhenti inshaAllah sehinggalah capai BMI normal & berat ideal, jika diizin Allah.
Mei 2018 (Ramadhan), suami mula buat weightlifting secara ringan di rumah. Saya cuma menjaga makan sekadar yg mampu tapi tanpa sebarang senaman. Suami cadangkan saya cuba mulakan dengan plank.
Memang terasa azab mulanya, tapi kami nampak ada sedikit kesan. Seterusnya saya start berjalan & jogging di sekeliling kitchen island bersama suami 😂 & rasa best pula (paling mudah sambil² baking). Tapi masih belum bercadang nak jogging di luar rumah.
Bermula pada Oktober 2018, kami terjebak dengan jogging di taman yg pada mulanya hanya di hujung minggu sehingga bertukar ke setiap hari. Bermula dengan berjalan yg diselangselikan dengan jogging dan seterusnya bila lutut dah kurang rasa tekanan semasa berlari (berat telah mula kurang), kami mula jogging dengan lebih lama & lebih jauh. Mula nampak kesannya pada berat kami. Berat turun sedikit demi sedikit. Jadi semangat makin bertambah untuk teruskan.
Hampir setiap hari kami jogging (termasuk la di bulan puasa ini), maksudnya kami cuba luangkan masa utk jogging selepas balik kerja. Kalau tak sempat jogging di waktu petang, kami akan ke shopping mall di waktu malam dan berjalan sejauh yang boleh untuk capai 10,000 steps sehari. Kalau tak sempat juga kami akan tetap cari peluang untuk bersenam kat rumah dengan buat weightlifting.
Saya mula berhenti ambil order kek secara part time atas nasihat suami. Kami perlu tidur awal & saya tak boleh stress/penat untuk pastikan tidur yg cukup. Biasanya saya terpaksa tidur jam 2 atau 3 pagi bila menyiapkan tempahan kek, bangun pula seawal 5.30 pagi & ke tempat kerja pula. Memang penat. Tidur cukup sangat² perlu utk pembakaran lemak sebenarnya.
Suami found out diet yang sesuai buat kami, kami cuba Keto. Hampir tiada karbo (sangat sikit), lebih sayuran, lemak & protein. Alhamdulillah gabungan diet Keto, jogging, cukup tidur, amalkan minum acv (apple cider vinegar) & juga puasa IF membuatkan berat kami turun gradually & menampakkan hasil.
Semua pengetahuan tentang diet, keperluan utk diet, pemakanan sihat, pembakaran lemak, semua hanyalah melalui pembacaan sendiri, dengan merujuk dgn pakar pemakanan & juga doktor di hospital. Kami tak pernah pun sign up apa² program diet / gym. Kami tak pernah ambil sebarang ubat/jamu utk diet/kuruskan badan sebab dilarang doktor. Memandangkan kami dalam pemantauan doktor, sebarang ubatan yg dimakan akan memberikan kesan pada blood test.
Intermittent Fasting (IF) sangat memberikan impak utk penurunan berat. Seterusnya kami cuba OMAD (One Meal A Day) dan alhamdulillah berat yang naik di hujung minggu -disebabkan kami biasanya cheat Sabtu Ahad; dapat turun semula & dapat dikawal supaya tak naik dengan byk. Selain itu, kami cuba selang selikan dengan HIIT yang sesuai. Lari laju & angkat berat utk naikkan heart rate dalam tempoh masa tertentu.
Mungkin cara² ini lebih sesuai dengan kami, dan seriously kami pernah cuba cara diet yang lain sebelum ini tapi tidak berapa berkesan. Walaupun apa yg kami amalkan ini nampak agak ekstrem, tapi dari semasa ke semasa kami masih dipantau doktor, selalu check kadar gula & bp, & blood test utk ujian tertentu.
Memang setiap hari kami akan check sendiri bp & gula. Alhamdulillah suami kini tidak lagi perlukan ubatan utk kencing manis & darah tinggi seperti sebelum ini. Semua bacaan totally normal tanpa sebarang ubat, mashaAllah! Alhamdulillah.
Apa yg turut menggembirakan selain melihat berat pada penimbang menurun, ialah bila semua baju² lama dah boleh dipakai. Saya mmg gantungkan baju lama yg saya beli tapi tak dpt dipakai sebab ketat satu masa dahulu di depan pintu bilikmandi. Saban hari saya akan cuba pakai & benchmark tahap keketatannya.. 😂
Akhirnya, baju tu dapat dipakai dengan selesa. Mmg satu kejayaan walaupun nampak kecil. Dan kini baju tersebut tak dapat lagi dipakai pula, disebabkan sudah terlalu besar buat saya -ukuran bahu jatuh, baju jadi meleret & labuh, sangat longgar & bukan lagi saiz yg sesuai utk sy. Frustrating; in a good way i would say 🤣 Baju² lama sebelum kahwin kini juga tak dapat dipakai lagi kerana saiz kini lebih kecil daripada saiz sebelum kahwin. Pendek kata kami tak pernah bersaiz seperti sekarang ini, sebelum ini.
Yang turut membuatkan hati saya lebih lapang & gembira ialah bila dapat solat dengan lebih mudah. Dulu disebabkan fizikal yg sgt besar & berat, terpaksalah solat secara duduk kerana masalah pada lutut. Alhamdulillah, kini dapat solat seperti biasa, dapat duduk tahiyyat macam biasa, Allah.. syukur sangat².
Saya mengenali & berkahwin dengan suami di saat dia sememangnya berbadan besar ketika itu (150kg), tapi menghairankan juga kerana sepanjang 13 tahun hidup bersama dia, saya tak pernah nampak dia sebagai seorang yg sangat gemuk pun. Begitu juga dia, katanya. Love is blind, definitely 😄.
Bila mengimbau gambar² lama, memang terkejut & hampir tak percaya kami pernah sebesar & secomel dulu. Sukar nak diterangkan tapi begitulah. Dia sanggup korbankan semua yg dia minat -makan & rokok, semata² nak beri sokongan, motivasi & inspirasi buat saya, supaya sama² dapat turunkan berat. Memang susah nak capai kalau saya seorang je yg beria nak diet, kan.
Yang pernah ejek, perli, sindir & gelakkan kami satu masa dulu disebabkan kami gemuk, besar & menyusahkan, tak mengapa, kami maafkan. Moga kita semua jagalah perasaan sesama makhluk, selagi kita sendiri tak alami, kita takkan faham apa yg dihadapi.
Setiap kali kami terjumpa seksyen pakaian utk plus size ni kat memana kedai, hati kami akan terasa sedih, terimbau kembali zaman kepayahan dulu nak mencari baju yang sesuai ditambah pula dgn harga plus size ni kebiasaannya lebih mahal dpd harga baju saiz standard.
Memang sedih bila teringat, kadang bergenang airmata. Kami sangat faham perasaannya berbadan besar/gemuk ini. Kami doa supaya cukuplah kami & yang senasib kami untuk pernah melalui keadaan itu sekali cuma. Cukuplah dengan makanan yg berlebihan, cukuplah untuk menurut nafsu makan tanpa memikirkan akibatnya. Bukan mudah, sebenarnya.
Sempena Ramadhan yg barakah ini, doakan kami berjaya menempuh prosedur di hospital tidak lama lagi; seterusnya dikurniakan zuriat kedua selepas pemergian yg pertama 12 tahun lalu.
Apa pun hasilnya nanti, kami akan tetap sabar & redha, percaya pada taqdir Allah, teruskan bersangka baik pada Allah. Dia lah yang menggerakkan hati & memberi kekuatan untuk kita berusaha, Dia lah yang memberi keizinan untuk berhasil atau tidak usaha kita.
Yang penting kita usaha untuk jadi lebih sihat & lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih atas segala doa², kata² semangat dpd semua, moga Allah murahkan rezeki kalian.
Kami doakan buat yg masih berusaha untuk lebih sihat & turunkan berat, & yg masih belum dikurniakan rezeki lagi, jangan putus asa. Kena kuatkan hati, kena sanggup korban banyak perkara. Be resilient. Resilience is knowing that you are the only one that has the power & the responsibility to pick yourself up. Niatkan semua kerana Allah. Selebihnya serahkan pada Dia. InshaAllah. 😊
♥ Izz