5 May 2011

♥ Hlovate & Me

2 ♥ comments
Bismillahirrahmanirahim..

Akhirnya, berjaya juga dapatkan Hlovate's latest masterpiece! Sungguh tersangat² sibuk, langsung tak berkesempatan ke MPH, saya terlepas nak membeli Geng ABCDE Bercuti Ke Arau yang dah lama di pasaran pun. Bila ada pesta buku baru² ini, haa peluang! Terkejar² ke PWTC, saya sempat sambar Geng ABCDE dan Contengan Jalanan ~ semestinya! dan sempat juga memborong beberapa majalah kanak² yang comel Ana Muslim & Sayang Muslim dan 2 dozen badges untuk dihadiahkan kepada 11 orang kanak² comel (anak² buah..hehe) bila tiba hujung minggu..

Alhamdulillah.. dan bila sampai ke rumah, saya terbaca status di wallpost Hlovate - pernyataan maaf dari pihak JS kerana novel Contengan Jalanan telah kehabisan stok pada malam itu juga - mesti selepas saya sempat sambar sebuah.. fuh lega, saya berkejar ke sana pun kerana tujuan asalnya nak mencari novel Hlovate terbaru.

Saya suka membaca dan menghayati bacaan bila saya berada dalam keadaan tenang dan berlatarbelakangkan (selalunya guna headphone) muzik instrumental kegemaran. Sayang rasanya nak baca dalam tergesa² contohnya di ofis (semasa lunchbreak atau semasa menanti waktu balik). Tapi perasaan ingin tahu & keterujaan yang tinggi (perhh) membuatkan saya sentiasa membawa CJ (Contengan Jalanan) di dalam beg saya. Saya curi² juga baca sehelai dua - yang menambahkan lagi rasa keterujaan tu.. hehe. Ada² masanya saya baca di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang.. tapi kebanyakan masa saya selalu tertidur pun sepanjang perjalanan..hee..

Setakat ini, saya baru melepasi beberapa bab untuk CJ : I-Fend. Macam biasa, Hlovate seorang penulis yang sangat² detail - attention to detail (as in Audit term..hehe).. bila dia bercerita, sangat² terperinci sehinggakan kita yang membaca akan menjadi sangat² faham dan seterusnya sangat² menghayati. Cara dia bercerita tentang jenis dan nama² lagu yang diminati oleh watak² dalam novel tu pun, dah cukup membuatkan saya teruja lagi untuk mengetahui apakah lagu tersebut & membuatkan saya mencari lagu² yang disebutkan dalam ceritanya. Sudahnya saya tersangkut dengan lagu² tu pula, petang tadi dengan gigih saya mencari lagu² koleksi Scala & Kolacny Brothers Choir, Apocalyptica dan dijangka saya akan mencari tajuk movie yang diceritakan telah membuatkan satu watak dalam I-Fend tu berubah 360°.

Hehe. Hebat kan.. penangan tulisan Hlovate. Saya rasa mungkin bukan saya seorang sahaja yang jadi macam ni.. Mungkinlah kan. Menarik kerana fakta yang digunakan Hlovate dalam kebanyakan novelnya ialah fakta yang betul & wujud, yang benar² berlaku dan bukan rekaan semata² - betul, walaupun pasti ada unsur² imaginasi sebagai tambahan, kan. Contoh terbaik ialah penggunaan nama lagu, nama tempat, keadaan sesuatu lokasi - kebanyakannya adalah realiti. Saya suka novel sebegini, bukan fantasi, khayalan atau rekaan semata.

Dalam masa yang sama saya teruja dengan novel Hlovate, saya perlu bahagikan masa untuk research saya dan juga caking! Akhir² ini saya sibuk juga dengan misi pencarian rasa terbaik untuk Cuppyness Red Velvet saya.. Apa pun, tak sabar rasanya nak tahu kesudahan I-Fend & II-K²..



 Satu petang bersama Hlovate & Bisou Red Velvet by Bijoux - kombinasi yang sangat sedap!



Maaf ye tajuk entry kali ini macam kontroversi je kan.. sebenarnya nak tulis tajuknya begini : Contengan Jalanan by Hlovate & Red Velvet by Me.. tapi terlalu panjang for a tittle pulak.. jadi diringkaskan je. Hlovate dan saya tiada kena-mengena dan kedua²nya sangatlah berbeza.. harap maklum.. hehe.

 

Related Posts with Thumbnails
 

note to self : breathe Design by Insight © 2009